Archive for the ‘Blog Master’ Category
Siti Nurhaliza Tidak Hadir Di Majlis MTV Sebab Kalah?
Siti Nurhaliza tidak menafikannya mengenai desas-desus bahawa dia tidak akan hadir ke Anugerah MTV Asia yang akan diadakan di Genting Highlands esok kerana dia mempunyai urusan peribadi yang perlu dibereskan.
“Siti tidak dapat pergi kerana ada komitmen lain yang perlu dilunaskan. Kalau boleh memang Siti teringin untuk menyertai tetapi tarikhnya jatuh pada hari yang sama dengan hal peribadi Siti, jadi Siti terpaksa pilih salah satu daripadanya.”
“Bukan Siti sengaja tidak mahu pergi. Lagipun sebelum ini Siti tidak pernah ketinggalan untuk bersama-sama dengan MTV Asia, hanya kali ini saja. Hal Siti nanti lebih kepada perkara peribadi, Siti tidak ke mana-mana cuma hal dalam negara saja.”
Ya ke Siti? Atau memang sudah siang-siang lagi mereka telah mengumumkan yang Siti kalah kepada Nicholas Teo? Kita lihat esok malam siapa yang menang….
2008 MTV Asia Awards
Tarikh: 2hb Ogos 2008
Tempat: Arena of Stars in Genting- City of Entertainment, Malaysia
Peminat Faizal Tahir, sila vote di sini. Oppp.. Untuk fanatik-fanatik Dato’ Siti Nurhaliza sila klik sini untuk mengundi.
Undian ditutup pada 25hb Julai 2008.
Ni Gambar Hajjah Siti Masa Konsert Celine Dion
Gambar ni diambil dari blog sanggarbayu.

Seperti kata blogger sanggarbayu, nampaknya Siti sudah mula dedah aurat!