Archive for the ‘2002’ Category

Rizal Mantovani Menggarap Video Klip Siti Nurhaliza.


“DALAM setiap video klipnya, Rizal Mantovani berusaha untuk menampilkan penyanyi tampil cantik. Tak heran jika pria kelahiran Jakarta, 12 Agustus 1967 ini selalu menekankan pada make-up dan pakaian si penyanyi agar tampil lebih menawan. Namun, saat membuat video klip lagu terbaru Siti Nurhaliza, kreativitas Rizal sedikit dibatasi oleh sang penyanyi. Di antaranya, Siti tak mau memakai pakaian yang mengekspos aurat. “”Karena itu, saya suruh kru untuk membuatkan pakaian buat Siti yang tertutup,”" kata anak bontot dari lima bersaudara itu.

Kendati dibatasi, menurut Rizal, tak sulit menonjolkan kecantikan Siti. Pasalnya, Siti memang memiliki paras elok. “”Kasarnya, tanpa dimake-up dan pakaian bagus pun dia tetap cakep,”" kata sarjana arsitektur Universitas Trisakti ini, tersenyum. Selain soal pakaian, Siti juga tak menghendaki ada model dan adegan romantis dalam video klipnya. Mengenai hal ini, Rizal harus memutar otaknya lebih keras karena lagu Siti yang dijagokan justru bertema cinta. Tantangannya, sutradara film “”Jelangkung”" ini harus menemukan simbol-simbol cinta untuk menggantikan adegan romantis. Rizal mencontohkan, pada video klip sebelumnya–yang juga dibuat Rizal–cinta dilambangkan dengan kupu-kupu.

Sementara itu, Siti mengakui ingin tampil sopan dalam setiap kesempatan. “”Saya tidak suka berpakaian buka-bukaan atau dengan bahan yang jarang-jarang,”" ucap kelahiran Kampung Awah, Temerloh Pahang, Malaysia, 11 Januari 1979 ini. Dan keinginan penyanyi yang semula bercita-cita menjadi polisi wanita itu sesuai dengan produk akhir Rizal. Buktinya, keduanya sudah lima kali berkerja sama dalam pembuatan video klip. “”Saya senang bekerja dengan Rizal dan dua video klip sebelumnya juga mendapat penghargaan di Malaysia,”" ujar Siti. Hmm pantas aja.

(Zq-201202)

http://www.sctv.co.id/”

Persiapan Album Baru Siti Nurhaliza.


“PENYANYI asal Negeri Jiran Siti Nurhaliza akan kembali mengeluarkan album pada 2003. Di album terbarunya, Siti yang belum lama tampil dalam acara ulang tahun sebuah stasiun televisi swasta di Indonesia ini, mengaku bekerja sama dengan sejumlah musisi Tanah Air. Satu di antara musisi yang terlibat dalam pembuatan album tersebut adalah Dewiq.

“”Di album terbaru ini, Dewiq membantu membuatkan satu lagu. Dan Siti menulis liriknya,”" kata kelahiran Berek Polis Kg. Awah, Temerloh, Pahang pada 11 Januari 1979 ini. Biduanita yang sudah menelurkan 11 album ini mengaku berencana akan menggelar konser tunggal pada tahun mendatang. “”Sebelumnya akan ada permintaan untuk penampilan Siti di Bandung dan Medan. Insya Allah,”" kata perempuan berambut panjang ini.

Meski banyak tawaran manggung pada malam tahun baru nanti, anak kelima dari delapan bersaudara pasangan Tarudin bin Ismail dan Siti Salmah Bachik mengaku belum berencana apa-apa. “”Mungkin Siti akan ke kampung untuk merayakan hari jadi Mak Siti,”" kata Siti.

(La-181202)

http://www.sctv.co.id/”

Siti ‘terbang’ lagi ke Jakarta.

KETIKA 2002 hampir melabuhkan tirainya, penyanyi wanita paling popular, Siti Nurhaliza, terus dihambat kesibukan. Dalam persediaan untuk muncul bersama album baru, dia kembali memperkukuhkan namanya di negara seberang menerusi siri promosi jelajah Indonesia.

Siti juga sanggup mengenepikan kegembiraan menyambut Syawal bersama keluarga, apabila berangkat ke republik itu, Sabtu lalu. Pemergian penyanyi lagu Bicara Manis Menghiris Kalbu itu sebagai memenuhi jemputan stesen penyiaran di sana, Trans TV.

Kesempatan itu juga digunakan untuk menjayakan penggambaran klip video lagu terbarunya, Bukan Cinta Biasa ciptaan bersama Siti dengan komposer Indonesia, Dewiq.

Dalam persembahan yang berlangsung Ahad lalu, Siti, penyanyi tunggal negara yang dijemput menjayakan konsert itu bersama penyanyi popular Indonesia termasuk Krisdayanti, Vina Panduwinata, Sheila On 7 dan Element.

Dia memilih lagu Jali-Jali, Betapa Aku Cinta Padamu, Warna dan berduet dengan Krisdayanti dan Vina Panduwinata menyampaikan lagu irama Malaysia popular, Cindai.

Hampir seminggu di sana, Siti yang ditemani Pengarah Urusan SRC, Tan Su Loke, dan pengurusnya, Rozi Razak dan abangnya, Saiful Bahari Tarudin (Ayie), turut mengambil kesempatan untuk mempromosikan album pop terbarunya yang bakal berada di pasaran 11 Januari depan.

Ia adalah album solo kesembilan Siti. Lebih memberi makna, buat kali kedua, album Siti dipasarkan ketika hari ulang tahun kelahirannya. Sebelum ini, album Safa juga dilancarkan pada sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-22, tahun lalu.

Untuk tujuan itu, pihak Universal Muzik Indonesia mengaturkan beberapa sesi temu bual bersama media tempatan, sehari selepas konsert itu berlangsung. Pada sidang media itu, Siti menggunakan kesempatan berkenaan untuk memperkenalkan lagu Bukan Cinta Biasa selain menyanyikan lagu popularnya, Percayalah.

“Ia adalah lagu pertama ciptaan komposer Indonesia yang saya rakamkan. Saya berterima kasih kepada Dewiq yang memberi kepercayaan untuk membawakan lagu yang cukup istimewa ini.

“Walaupun padat dengan pelbagai atur cara, saya tidak pernah mengeluh kerana apa yang dilakukan ini adalah untuk kelicinan kerjaya saya juga. Sokongan hangat yang sentiasa diberikan menguatkan semangat untuk terus menghasilkan yang terbaik,” kata Siti.

Album itu akan dilancarkan SRC serentak di Malaysia dan Indonesia. Dalam kesibukan itu, Siti juga memperuntukkan waktu untuk melakukan penggambaran klip video lagu berkenaan di bawah pengarahan Rizal Montovani.

“Saya terpaksa mencuri masa untuk penggambaran klip video ini. Berlari-lari mengejar waktu kerana pada hari penggambaran, saya juga akan ditemubual pelbagai media. Memang kalut. Namun, semua itu sudah biasa.

“Promosi awal penting supaya peminat dapat tahu perkembangan album terbaru saya. Sebaik pulang dari Jakarta, saya kembali bergegas ke studio rakaman untuk menyempurnakan rakaman. Ada beberapa lagi lagu yang belum dirakamkan,” katanya.

Habis rakaman album, Siti perlu menyiapkan diri untuk Juara Lagu 2002 yang akan berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, 12 Januari ini. Menerusi acara tahunan terbitan TV3 itu, Siti mempertandingkan Bicara Manis Menghiris Kalbu (kategori Balada) dan Nirmala (irama Malaysia).

http://www.emedia.com.my/