Home   Wordpress   Log in

Archive for the ‘2001’ Category

Memborong 5 Piala dari 10 Kategori.

October 3rd, 2001 by Joe (Admin) | No Comments | Filed in 2001

“Kuala Lumpur, Disctarra.Com

SITI NURHALIZA terus berkiprah sebagai seorang penyanyi profesional, bahkan semakin mantap saja. Terbukti pada Malam Anugrah Era, di Arena of the Star, Genting Highlands, Malaysia, Sabtu (29/9) lalu, ia berhasil menyabet lima penghargaan sekaligus dari 10 katagori yang ada. Penghargaan ini didasarkan pada pilihan penggemar yang disediakan oleh pihak penyelenggara, Radio Era, Malaysia.

Penghargaan yang diterima oleh pelantun tembang Beradu di Khayalan ini adalah untuk kategori:
1. Vokal Pilihan Wanita,
2. Vokal Pilihan Kelompok,
3. Lagu Pilihan Pop,
4. Lagu Pilihan Etnik dan
5. Musik Video Pilihan.

Anugrah ini juga menggambarkan bahwa Siti masih berada di puncak tangga popularitas. Tentunya menempatkan namanya sebagai artis yang punya paling banyak penggemar di negeri jiran.
Meskipun sangat senang dan berterima kasih pada para penggemar yang telah memilihnya, namun hal tersebut bukan berarti artis yang lainnya gagal, begitu menurut Siti yang manis imut-imut ini, “”Kami semuanya sama saja, cuma pada malam ini adalah rezeki saya,”" ungkapnya dengan nada rendah hati.

Gadis berzodiak Capricorn, kelahiran 11 Januari 1979 ini, juga menyebutkan popularitas yang kini diraihnya adalah karena peran penting para penggemarnya yang berjibun banyaknya, “”Tanpa mereka saya nggak mungkin akan seperti ini,”" aku pelantun tembang Cindai yang juga sangat populer di Indonesia.
Acara yang juga dimeriahkan oleh artis Krisdayanti dan grup band Gigi dari Indonesia ini, juga mengumumkan pemenang untuk kategori:
Vokal Pilihan Pria, diberikan pada M Nasir yang menyisihkan Awie, Saleem, Ferhad dan Aqasha.
Lagu Pilihan Rock diberikan pada kelompok Def-Gab-C dengan lagu Marilah Maria.
Lagu Pilihan Nasyid dimenangkan grup Rabbani yang terkenal dengan lagu Intifada, mengungguli tiga grup saingannya; In-Team, Raihan, dan Saujana.

Sedangkan penghargaan untuk Artis Inggris Lokal diberikan pada grup Too PhatFerhad, Poetic Ammo, Butterfingers dan Reefe.
Yang terakhir, anugrah khas yaitu anugrah Emas Era untuk mengenang jasa seorang seniman Malaysia yang mengabdi pada kesenian seumur hidupnya diberikan kepada SM Salim.
Pada malam itu, Siti Nurhaliza berhak mendapatkan uang tunai 25.000 ringgit Malaysia yang akan dibagi bersama Tan Sri SM Salim dan komposer Ajai bagi kategori Vokal Pilihan Kelompok, Lagu Pilihan Etnik meliputi lagu Pandang-pandang Jeling-jeling dan Lagu Pilihan Pop.
Tahnia untuk si manis Siti yang semakin ngetop dan kian kaya saja! (19/01)

http://www.disctarra.com/”

Peminat dorong kejayaan.

October 2nd, 2001 by Joe (Admin) | No Comments | Filed in 2001

Oleh: KHADIJAH IBRAHIM

Penyanyi Siti Nurhaliza menganggap peminat adalah sebahagian daripada kejayaannya dalam bidang nyanyian sejak lima tahun lalu.
Bagi penyanyi ini, peminat telah memainkan peranan untuk membawanya mencapai banyak kejayaan dan berada di puncak populariti.

Kejayaan terbaru ialah membolot lima anugerah dalam Anugerah Era yang berdasarkan pilihan peminat. Pada anugerah itu, Siti Nurhaliza membuktikan peminat berada di sisi kariernya apabila memenangi lima dari sepuluh kategori yang disediakan oleh penganjur iaitu Radio Era di Arena of the Stars, Genting Highlands Sabtu lalu.

Anugerah-anugerah itu juga menunjukkan Siti Nurhaliza masih berada di tangga populariti yang teratas.

Siti Nurhaliza meraih kejayaan menerusi kategori Vokal Pilihan Wanita, Vokal Pilihan Berkumpulan, Lagu Pilihan Pop, Lagu Pilihan Etnik dan Muzik Video Pilihan.

Keseluruhannya Siti Nurhaliza membawa pulang wang tunai RM25,000 yang dikongsi bersama Tan Sri S.M Salim dan komposer Ajai bagi kategori Vokal Pilihan Berkumpulan, Lagu Pilihan Etnik menerusi lagu Pandang-Pandang Jeling-Jeling dan Lagu Pilihan Pop.

Tetapi Siti Nurhaliza tetap menganggap, kejayaan yang diperolehi itu bukan kerana kegagalan rakan-rakan artis yang lain.

“Kita serupa saja cuma pada malam ini adalah rezeki saya,” kata Siti Nurhaliza kepada rakan-rakan artis.

Menerusi penganugerahan julung kali dianjurkan oleh sebuah stesen radio tempatan itu juga memilih M.Nasir sebagai pemenang kategori Vokal Pilihan Lelaki dengan menewaskan Awie, Saleem, Ferhad dan Aqasha.

Kumpulan Def-Gab-C yang turut mengadakan persembahan pada malam itu memperolehi kejayaan menerusi lagu Marilah Maria untuk kategori Lagu Pilihan Rock.

Untuk kategori Lagu Pilihan Nasyid dimenangi oleh kumpulan Rabbani yang terkenal dengan lagu Intifada itu.

Kejayaan Rabbani itu sekali gus memusnahkan harapan kumpulan In-Team (Kasih Kekasih), Raihan (Iktiraf, Haji Menuju Allah) dan Saujana (Keluarga Bahagia).

Selain itu kumpulan Too Phat yang popular dengan lagu Anak Ayam dipilih memenangi kategori Artis Inggeris Tempatan dengan mengalahkan Ferhad, Poetic Ammo, Butterfingers dan Reefa.

Menurut Malique, kejayaan yang diperolehi akan memantapkan lagi kedudukan Too Phat dalam bidang seni dan mengumpul peminat dari kawasan luar bandar.

“Kejayaan ini memberi laluan kepada kami untuk mengumpul peminat di kawasan luar bandar,” tegasnya.

Sementara Ferhad yang sebelum ini pernah dicalon untuk tiga kategori bagi Anugerah Industri Muzik (AIM) berkata, kejayaan yang diperolehi menerusi kategori Artis Harapan Pilihan memudahkan dia untuk mempromosi album terbarunya.

Album terbarunya akan diedarkan pada bulan Februari atau Mac tahun depan. Kejayaan ini membuktikan kehadiran dia mendapat sokongan peminat.

Pada majlis yang sama S.M Salim dipilih untuk menerima anugerah khas iaitu Anugerah Emas Era sebagai mengenang jasanya dalam bidang seni di negara ini.

“Saya amat rasa terharu dan tidak sangka pada malam ini akan menerima anugerah yang amat bernilai ini,” kata S M Salim.

Selain S.M Salim, Anugerah Era juga turut menghargai pelakon-pelakon veteran seperti Ahmad Mahmud, Aziz Sattar, Allahyarham Normadiah, S. Shamsuddin, Saadiah dan Sarimah menerusi anugerah khas Panggung Era.

Turut menjayakan majlis gilang gemilang itu ialah Ziana Zain, Sheila Majid, Fredo, Kris Dayanti, Juliana Banos, kumpulan Gigi dan lain-lain.

http://www.utusan.com.my/

Hasrat bidan temui Siti Nurhaliza termakbul.

September 8th, 2001 by Joe (Admin) | No Comments | Filed in 2001

Oleh:SALEHUDIN MAT RASAD

MARAN 7 Sept. - Hasrat bidan, Salmah Budin, 59, yang lumpuh sejak 10 tahun lalu untuk menemui Siti Nurhaliza termakbul apabila penyanyi terkenal itu mengunjunginya petang ini.

Suasana begitu mengharukan apabila Siti terus memeluk dan mencium bidan itu beberapa kali sambil mengalirkan air mata sebaik tiba di rumah bidan yang menyambut kelahirannya pada 1979.

Walaupun sibuk dengan pelbagai program, penyanyi muda yang berbudi bahasa tinggi itu menghabiskan masa selama dua jam dengan bidan itu yang dianggapnya sebagai ibu sendiri.

Turut serta ialah ayah Siti, Taruddin Ismail, ibunya, Siti Salmah Bachik, abangnya Saiful Bahri (Ayai), kakaknya Saedah serta dua adik lelakinya, Mohd. Ali dan Mohd. Hafiz.

Kata Siti: “Saya memang berhasrat untuk berjumpa dengannya tetapi pihak keluarga telah terputus hubungan sehingga berita mengenainya tersiar dalam akhbar Utusan Malaysia.

“Saya amat teringin berjumpa dengannya kerana beliau berjasa besar menyambut saya ketika dilahirkan di Kuarters Polis Kampung Awah malah semasa bayi, mak cik Salmah juga mendukung saya.

“Tetapi dengan pertemuan selama dua jam ini, perasaan saya rasa begitu lega, hasrat saya dimakbulkan.”

Ia pula tentunya hari paling indahbagi bidan Salmah kerana walaupun tidak boleh bercakap dan bergerak, tetapi melalui susunan abjad yang disusun menjadi perkataan, beliau sebenarnya amat gembira dan terharu.

Melalui susunan abjad yang dibantu oleh anaknya Harlina, Salmah menyampaikan isi hatinya yang berbunyi:

“Emak Siti makin lawa macam dulu dan Siti Nurhaliza cantik serta berbudi bahasa.”

Menurut Siti, beliau amat terkejut dengan penderitaan bekas bidannya itu dan akan memberi bantuan misalnya kerusi roda bagi meringankan bebannya.

“Saya akan datang lagi pada waktu lain kerana pada masa ini saya terlalu banyak komitmen lain yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu,” katanya.

Menjelaskan hubungan keluarga dengan bidan berkenaan, Siti berkata, mereka sekeluarga pernah tinggal di Kampung Awah lebih empat tahun.

Keluarganya kemudian berpindah ke Mentakab ketika beliau berusia tiga tahun sebelum berhijrah ke Lipis ketika usianya enam tahun.

Katanya, ibu Salmah memang kawan baik keluarga kerana mereka pernah berjiran di kuarters polis Kampung Awah.

“Apabila berita mengenai hasrat mak cik Salmah ini disiarkan dalam Utusan Malaysia, saya berasa tidak sabar-sabar untuk menemuinya sehingga saya terpaksa menolak satu komitmen lain di Kedah,” katanya.

Ibu Siti Nurhaliza, Siti Salmah mengakui bidan Salmah dan keluarganya memang rakan baik ketika berjiran di kuarters polis Kampung Awah dahulu.

Sementara itu, anak bidan berkenaan, Harlina mengucapkan terima kasih kepada Utusan dan Siti Nurhaliza serta keluarganya kerana sudi datang secara mengejut.

“Saya tidak sangka Siti dan keluarga akan datang begitu cepat.

“Saya juga kagum dengan Siti kerana walaupun sudah terkenal, masih sudi memeluk dan mencium ibu yang lumpuh tidak berdaya,” jelasnya.

http://www.utusan.com.my/