Catatan Siti Nurhaliza di siti.nurhaliza.com.

Salam buat semua. Moga sihat hendaknya. Malam ini tidak ada urusan kerana hanya petang tadi Siti muncul dalam Muzik-Muzik. Nampaknya bolehlah berceloteh dengan anda malam ini. Tentu anda sudah membaca berita yang disiarkan di akhbar seperti yang Siti katakan beberapa hari yang lalu. Berat mata memandang,berat lagi bahu memikul. Ingin Siti jelaskan di sini…terpaksa menjelaskan kerana tidak berpeluang menjelaskannya di luar sana. Tidak mengapalah..biar seribu orang menutup telinga..Siti yakin..anda sedia mendengarnya. Jika anda membaca ruangan Huzz dan Kitaorang…barangkali anda dapat mengagak ianya ditujukan buat Siti dan abang Siti. Cuma rasa kesal kerana memberi cerita/dakwaan palsu..lebih-lebih lagi dalam ruangan Kitaorang. Bukan seperti apa yang diceritakan…dan bukan itu sebabnya. Tidak ada kekasaran..memukul..dan sebagainya. Semua itu dakwaan palsu. Abang Siti mencelah bukan kerana Siti tidak mampu menjawab sendiri tetapi ada sebabnya….tidak perlu diceritakan di sini..cukuplah Siti sahaja mengetahuinya. Bak kata pepatah..kalau tidak ada angin..masakan pokok bergoyang. Memang kesal apabila membaca berita2 seperti itu..bukan sahaja fitnah tetapi menjatuhkan maruah Siti sekeluarga. Alhamdulillah..Siti ada laman ini untuk memberi penjelasan…walaupun memang berat untuk menulisnya. Memang banyak perkara yang membuatkan Siti berasa serba salah dalam industri ini. Buat itu salah..ini salah…tak tahu nak buat apa! Namun sokongan anda semua..KEKUATAN untuk Siti. Alhamdulillah..ada juga yang memahami…ada media yang menemubual Siti hati ke hati..Siti ceritakan..walau tidak semuanya..agar semua orang faham..sukarnya Siti berdepan dengan semua ini. Soal gimik juga jadi isu…tidak bolehkah Siti buat begitu? Bagaimana pula jika Siti buat konsert duduk tegak sahaja..menyanyi macam biasa. Tentu tidak setuju juga..dipersoalkan juga..sukarkan? Siti tekad sahaja..selagi memang ada rezeki Siti dalam bidang ini….juga sokongan anda..Siti akan terus di sini. Bersabarlah semua…Siti berterima kasih di atas keprihatinan anda semua. Baiklah..Siti ingin menjelaskan di sini..bimbang ada kekeliruan..kedatangan Siti ke Brunei Ogos ini bukan untuk mengadakan konsert tetapi muncul dalam program TV-Senandung Muhibbah. Ok..jangan lupa juga bersama-sama Siti dan artis2 70-an di Karnival Seniman Rakyat-Bukit Jalil-3 Ogos-8.30 malam. Siti akan bersama-sama mereka mendendangkan lagu2 70-an. Rasa seronok sangat kerana mendapat peluang begini. Bagi yang berkunjung ke pameran ulam & peram di Muzium Negara 5 Ogos nanti…Siti akan membuat persembahan di sana jam 3.30 ptg. Bertemu kembali ye..salam mesra selalu. A’kum.