Catatan Siti Nurhaliza di siti.nurhaliza.com.

Salam buat semua. Nampaknya hari ini Siti boleh menulis di sini. Ramai ye yang tertunggu-tunggu…semoga berpuas hati hendaknya hari ini. Bila timbul macam2 cerita, Siti memang tidak mahu para peminat Siti susah hati dan terfikir yang bukan2. Jika sudah dinamakan khabar angin..janganlah mempercayainya. Manusia ini macam2 boleh dilakukan. Nasihat untuk diri Siti dan juga anda semua….dalam hidup ini kita hendaklah berhati2 walaupun dalam berhati2 pun macam2 boleh berlaku. Tentang konsert Siti, macam mana..dah dapatkan tiket? Alhamdulillah…sambutan setakat ini memuaskan dan Siti berbesar hati dengan sokongan anda. Dan pasal iklan wiper tu..jangan ada yang salah anggap pula. Takkanlah Siti mahu menjatuhkan maruah sendiri tanpa berfikir baik buruknya. Semua itu dibuat atas perbincangan….bila semua ok dan Siti bersetuju..ianya berjalan. Siti tidak pasti mengapa ada yang seakan tidak setuju tetapi wiper itu sendiri Siti gunakan dan Siti pasti di antara anda juga menggunakannya. Namun begitu, jika ada yang masih tidak berpuas hati..Siti tidak dapat berkata apa-apa. Tentang peminat2 Siti dari Indonesia…terima kasih kerana menyokong album `Cindai’. Jika anda ada masalah mendapatkan album Siti…bolehlah menghubungi pihak syarikat rakaman Universal di Jakarta. Sekian sahaja kali ini. Salam Mesra. A’kum.