CAK: Siti Nurhaliza Dilamar Lagi

cak@hmetro.com.my

Rap
KISAH Datuk Siti Nurhaliza menolak lamaran KRU untuk berlakon filem muzikal, Magika, bukan perkara baru lagi. Malah, ramai yang sudah lama menyimpan hasrat mengajak Siti berlakon dengan produksi masing-masing sejak zaman anak dara lagi.

Masih ingat lagi tawaran RM1 juta dulu! Itu dulu tetapi melalui satu sumber terbaru, CAK diberitahu yang Siti dilamar lagi oleh seorang produser muda yang juga nama besar di dalam industri. Bagaimanapun, CAK perlu merahsiakan nama produser itu buat seketika.

Produser yang juga pelakon terkenal itu khabarnya mahu menyunting Siti berlakon filem terbitannya. Filem apa? Minta bersabar, sebab semua dengarnya masih dalam perbincangan.

Malah, perbincangan itu menampakkan riak positif kerana dipercayai penerbitan filem berkenaan turut membabitkan kerjasama Siti Nurhaliza Productions dan orang rapat Siti.

Bukan sekadar kerjasama, berkemungkinan juga mereka membuat produk itu secara usaha sama.

Tunggu sajalah perkembangan seterusnya.

Harian Metro