Bruno Mars Pula Menjadi Pilihan Siti Nurhaliza

Teks oleh SyafIqah Jalal

Emel: syafiqah_jalal@digitalfive.com

Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 6 MAC2012: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin akui tidak serik untuk untuk merakamkan album Inggeris kedua walaupun sebelum ini album sulungnya All Your Love menerima kritikan negatif.

Malah, dia sudah pun memasang angan-angan yang tinggi untuk berkolaborasi dengan penyanyi dan komposer Amerika Syarikat, terkenal, Bruno Mars untuk album Inggeris keduanya kelak.

Siti Nurhaliza berkata Bruno Mars menjadi pilihannya selepas melihat bakat yang ada pada penyanyi antarabangsa tersebut.

“Saya tidak akan serik dan patah semangat untuk merakamkan album Inggeris kerana saya bagi album All Your Love hanya permulaan sahaja dan saya ingin terus berusaha memperbaiki kekurangan saya.

“Jika diberi peluang dan kemampuan saya ingin merakamkan album Inggeris saya seterusnya di Eropah.

“Selain mahu merakamkan album Inggeris untuk kali kedua, saya juga ada berangan-angan untuk berkolaborasi bersama Bruno Mars.

“Saya sukakan lagunya dan dia memang sangat berbakat,” katanya kepada portal murai.com.my.

Sebelum ini, penyanyi lagu Cindai ini, pernah berkolaborasi dengan penyanyi antarabangsa seperti Sean Kingston dari Amerika Syarikat dan Christian Alexanda (Australia).

Malah terang, Siti Nurhaliza dia amat berpuas hati dengan sambutan album Inggeris pertamanya itu, sejak dilancarkan pada September tahun lalu. Dan kini dia dalam proses rangka mempromosikan single keduanya bersama Sean Kingston, Remember You.

“Alhamdulilah, sambutan untuk album Inggeris pertama ini agak memberansangkan walaupun baru enam bulan berada di pasaran.

“Mungkin sebab konsep untuk album itu sangat catchy dan rancak, sesuai dengan citarasa pendengar sekarang.

“Saya kini dalam proses bekerjasama dengan hampir kesemua radio Inggeris di negara bagi mempromosikan single, Remember You. Setakat ini, lagu Remember You, sudah dimainkan di Hitz.Fm dan Fly FM. Insya Allah akan datang di radio Mix.FM, Red.FM , Suria FM, Era FM dan banyak lagi,” jelasnya.

Selain rangka promosi di stesen radio, Siti Nurhaliza bakal meneruskan promosi single terbarunya itu, di dua lokasi sesi beramah mesra bersama peminat sekitar lembah Klang.

Selain Remember You, album All Your Love juga turut memuatkan lagu-lagu lain seperti I’ll Wait Forever, Falling In Love dan banyak lagi.

Murai