Bintang Hati

Sejarah aku dan Bintang Hati.

Al-Kisahnya….

Disuatu hari… pada awal tahun 1996, sedang aku menggosok baju "Army" ku… tiba2 aku terdengar suara yang sungguh merdu bak "Buluh Perindu" datang dari arah TV. Lagu tu pernah ku dengar tapi dinyanyikan oleh orang lain. Mawarku lagu itu!

Aku pun pergi ke depan TV dan ingin tahu siapakah gerangan penyanyi itu? Lama juga aku menunggu untuk melihat nama penyanyi itu! Semasa menunggu tu aku lihat wajah penyanyi itu, taklah secantik Miss Universe atau Miss World. Diapun taklah pakai make-up banyak2. So nampak macam penyanyi kampung saja! Tapi aku betul2 respect kat dia sebab dia dapat mendendangkan lagu tu dengan sungguh merdu dan bermakna… sekaligus menambat hatiku. Aku betul2 jatuh cinta pada suaranya. Aku meramalkan disuatu hari nanti dia akan menjadi "Bintang Hati" seluruh Malaya…

At last, keluarlah nama penyanyi yang bernyanyi disamping kumpulan "2By2" tu. "Siti Nurhaliza" namanya. Sungguh unik dan cantik nama tu. Ada commercial value!

Esoknya aku pun pergi ke kedai kaset dan mencari lagu "Mawarku" dari kumpulan "2By2". Sedang mencari, aku terjumpa pula album solo pertama "Siti Nurhaliza". Aku didalam dilema! Mana satu nak beli? Aku masih di dalam NS, manalah ada duit banyak! So sebab aku suka suara "Siti Nurhaliza" dari suara "2By2", aku pun membeli kaset solonya. Masa tu tak ada CD!

Balik rumah aku pun terus dengar lagu2 "Siti Nurhaliza". First time tu tak syok sangat, aku pun putarkan lagi sekali, kali ni.. Betul powerlah lagu2nya. Lagu kegemaran aku "Jawapan Di Persimpangan" and "Jerat Percintaan".

Lepas dah dengar berkali2 lagu2 siti (Tentu penat gila kalau siti kena nyanyi lagu2 tu secara LIVE kat aku!) , aku tak sabar menanti album keduanya.

Akhirnya keluarlah album "Siti Nurhaliza" berjudul sama lagi! Tapi lagu "Aku Cinta Padamu" betul2 mengancam sampai ramai yang tertarik kepada penyanyi yang bernama "Siti Nurhaliza".

Aku selalu membawa "Siti Nurhaliza" semasa menjalani NS di dalam hutan untuk menemani aku sepanjang "Tour of Duty" ku. Dan hidup aku didalam NS taklah boring sangat kerana selalu bersama "Siti Nurhaliza".

Tahun 2002 adalah tahun bertuah buat ku kerana dapat melihat siti secara live dan dapat bersalam dengannya semasa siti berada di "IMM" s'pore. Sempat juga aku beri kad kepadanya. Kebetulan sehari sebelum tu adalah harijadi ku… ia seperti sebuah hadiah untukku dari "Siti Nurhaliza"

Aku tak sabar nak jumpa siti lagi dimasa hadapan.