Benarkah Siti Nurhaliza Bela Hantu?

Siti: Bukan pelihara, tapi memang hantu… ‘hantu telur!’

Oleh
Sabariah Hirma
Penulis Sambilan

KETIKA Singapura kini ketandusan telur ayam, di seberang Tambak pula, pheeeeeee…, begitu laju bak tuju-tuju e-mel mengenai Siti Nurhaliza menggunakan telur untuk memelihara hantu, ligat disebarkan.

E-mel panjang lebar yang kononnya tulisan ‘Asmah & the gang @ Astro’ itu kini menjadi bahan perbualan yang hangat dalam dunia hiburan.

Apa tidaknya, antara lain ia mendakwa Siti memancungkan hidungnya di Indonesia, Siti dapatkan suntikan botox, Siti mandi bunga dan asap kemenyan serta telan telur di tandas kerana memelihara hantu.

Apakah reaksi Siti ke atas dakwaan-dakwaan itu?

Dalam wawancara eksklusif dengannya melalui panggilan jauh, Siti yang baru menamatkan konsert kemuncak, Siti Nurhaliza Fantasia Tour di Kuala Lumpur, menjelaskan beliau memang terlalu akrab dengan telur… suka sangat makan telur.

Jadi kira-kira, Siti ni bukanlah pelihara hantu, tetapi beliau sendiri yang menjadi hantu… bukan hantu apa, tapi ‘hantu telur!’ Ha..ha..ha…

‘Siti rasa nak tergelak membaca e-mel itu dan apa yang disampaikan pereka cerita. Kasihan pula kepada yang terpedaya. Sebenarnya Siti memang sudah lama mengamalkannya (makan telur).

‘Sebelum Siti serius sebagai artis pun, Siti dah amalkan makan telur mentah ini. Petua ini diturunkan oleh ibu Siti sendiri. Ini memang petua orang-orang lama,’ jelasnya.

Menurutnya, beliau sendiri pernah melihat bagaimana seorang artis vete ran menelan sampai lapan biji telur sebelum membuat satu persembahan ghazal.

‘Biasanya, Siti hanya makan telur jika ada persembahan besar yang memerlukan Siti menggunakan kekuatan suara secara sepenuhnya. Contohnya, untuk konsert atau jika mengalami sakit tekak.

‘Tapi paling banyak Siti makan pun cuma dua biji sahaja. Itu pun kalau Siti teringat. Ia sebetulnya petua melicinkan tekak dan mengubat luka pada tekak… bukan sebab pelihara hantu,’ tambahnya.

Dalam e-mel tersebut, penulisnya (yang menurut pihak Astro tiada kaitan dengan syarikat itu) mendakwa:

‘Kami lihat di bilik air sebelum show, Siti telan telur dalam jamban. Siti ini bela hantu ke?’

Menjawab dakwaan itu, Siti yang makan hanya kuning telur, berkata:

‘Tentang Siti makan telur tersebut dalam tandas … hai, kenapa pulak tak boleh? Memanglah perlu ke tandas untuk buang putih telurnya. Di situ ‘kan ada singki?

‘Tapi, tak semestinya Siti makan telur dalam tandas. Siti juga boleh memakannya dalam bilik me nyalin pakaian atau tempat yang Siti kira sesuai. Tak ‘kan Siti nak telan telur atas pentas pulak?’

Bagaimanapun, kata Siti, beliau tidak bergantung semata-mata pada telur untuk menyanyi. Sebaliknya, beliau turut berserah dan bertawa kal kepada Yang Maha Esa.

‘Kalau nak pecah, pecah jugalah suara ini. Tapi kita perlulah berusaha mana yang perlu. Alhamdulillah, ia memberikan Siti tenaga untuk buat persembahan,’ akuinya.

Malah, Siti mengakui pernah menggunakan telur sebagai bahan kecantikan.

‘Selain untuk merawat tekak, Siti juga pernah menggunakan telur untuk menjaga kecantikan wajah. Waktu itu Siti muda lagi (dalam belasan tahun).

‘Masa itu, tak ada duit nak beli produk kecantikan. Jadi Siti buatlah sendiri. Ramuannya ialah putih telur bersama tepung beras,’ tambahnya.

Menyentuh dakwaan kononnya penyanyi jelita Indonesia, Kris Dayanti, memperkenalkan Siti pada pembedahan plastik, suntikan botox dan mandi bunga, Siti menafikannya.

Menurut Siti, Kris tidak pernah mengajar atau mengajaknya berbuat demikian seperti yang didakwa dalam e-mel bertarikh 16 Ogos dan sepanjang lima muka surat itu.

‘Alhamdulillah, Siti bersyukur kerana dilahirkan cukup sifat dan sempurna. Tidak terlintas hendak mengubah apa-apa kecuali nak langsingkan badan je…

‘Tentang hidung Siti, kalau nak kesan mancung yang sama, mari Siti boleh solekkan,’ kata bintang yang kini kian giat di Indonesia itu sambil ketawa.

Siti juga mendakwa belum sempat mandi lulur apatah lagi mandi bunga semasa ke Indonesia. Ini ekoran jadual kerjanya yang ketat.

‘Sebenarnya memang tak salah nak mandi bunga. Tapi Siti memang tak ada masa langsung untuk berbuat demikian.

‘Tengoklah nanti kalau betul-betul ada masalah nak bertemu jodoh, barulah Siti terfikir mandi bunga kot! Ha… ha.. ha…,’ tambahnya lagi sambil ketawa besar.

http://cyberita.asia1.com.sg/