Skip to content

August 3, 2012

Bejeweled Arjuna Glamor Siti Nurhaliza



Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

Foto oleh Simplysiti

KUALA LUMPUR, 2 OGOS 2012: Kesempatan kala bakal menjelangnya Aidilfitri, label kosmetik, penjagaan kulit dan wangian, Simplysiti telah melancarkan satu lagi koleksi eksklusifnya Bejeweled sebagai tradisi kepada label berkenaan pada setiap musim perayaan.

Bertempat di Berjaya Times Square Hotel, loleksi Bejeweled telah dilancarkan sempena dengan majlis berbuka puasa Simplysiti dan penyerahan sumbangan kepada golongan anak yatim yang kurang bernasib baik dari Rumah Anak Yatim Baitul Ehsan.

Produk terbaru Simplysiti ini ia dirumus khas dengan Jewellery Powder iaitu unsur permata berlian, delima dan mutiara yang mempunyai kuasa hebat dalam mencerah dan mencantikkan kulit wajah agar berseri dan cantik menawan.

Dua taruhan yang bisa anda pilih iaitu Bejeweled Ruby dan Sapphire di mana Ruby yang mewakili delima (merah) khas untuk mereka yang mahukan glamor manakalah Sapphire pula buat mereka yang mahu solekan gaya classy.

Kedua-dua koleksi ini lengkap dengan Powder Foundation (bedak dan bedak asas), Duo Blusher iaitu pembayang kontur pipi dual fungsi, Multi Eye Color (pembayang mata) dan Lip Color melengkapkan solekan kala dicalitkan ke bibir anda.

Menurut pengasas Simplysiti, Dato’ Siti Nurhaliza, para pengguna produk ini bakal mendapatkan petua dan tutorial jika mereka kurang jelas mengenai pengguna koleksi terbaru Bejeweled ini.

“InsyaAllah tidak lama lagi anda boleh ke laman rasmi Facebook Simplysiti bagi melihat video atau tutorial cara solekan betul yang akan Siti sendiri tunjukkan.

“Selain itu juga Siti akan sertakan petua tambahan supaya para pengguna jelas mengenai fungsi setiap produk dari koleksi Bejeweled.

“Bermula 1 Ogos ini Siti akan memulakan lawatan dan promosi ke beberapa kaunter Simplysiti di seluruh negara.

“Setiap produk yang dihasilkan ini lebih praktikal dan bukan hanya tertakluk pada satu fungsi sahaja.

“Dengan harga yang mampu dimiliki dan sah halal, Siti harap ia akan menjadi pilihan para pengguna untuk mendapatkan Bejeweled yang sudah pun berada di pasaran,”ujarnya ketika ditemui di sidang akhbar perlancaran koleksi tersebut.

Koleksi Bejeweled juga telah mengadakan kolaborasi bersama Habib Jewels bagi peraduan Find that Diamond in You.

Khusus kepada pembeli Bejeweled, mereka akan berpeluang menyertai peraduan berkenaan untuk memenangi hadiah utama set berlian yang bernilai RM25,000 dan hadiah yang lain bernilai RM70,000.

Di majlis yang sama Dato’ Siti Nurhaliza memperkenalkan finalis pencarian bakat Star Search hasil usahasama Simplysiti dan MIG dan telah diacarakan oleh Sharifah Shahira selain persembahan daripada Rabbani, tazkirah oleh Imam Muda Asyraf dan lantunan suara merdu Dato’ Siti Nurhaliza sendiri.

Murai

Read more from Murai

Leave a comment

required
required

Note: HTML is allowed. Your email address will never be published.

Subscribe to comments