Skip to content

August 21, 2007

65

Barangan mewah untuk kepuasan diri – Siti Nurhaliza



Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL


SITI Nurhaliza bersama dompet jenis M. Vernis Viennois.

APABILA sebut sahaja barangan mewah, pasti ramai yang mengetahui ia merupakan produk yang mampu dimiliki oleh mereka yang berada sahaja.

Bagaimanapun, perkembangan bidang seni tanah air telah membolehkan golongan artis juga memiliki barangan mewah kerana pendapatan mereka yang semakin lumayan.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin misalnya merupakan antara mereka yang meminati barangan berjenama mewah dan antara jenama pilihannya ialah Louis Vuitton (LV).

Siti dan LV dilihat seperti tidak dapat dipisahkan. Mengapa dikatakan demikian? Jenama mewah itu sering kali dikaitkan dengan Siti Nurhaliza kerana beliau merupakan antara selebriti tempatan yang kerap menggunakan barangan daripada jenama berkenaan.

Dengan statusnya kini dan menjadi anak seni selama hampir 11 tahun, tidak mustahil dia mampu untuk memiliki barangan berjenama mewah. Hati sering juga tertanya, berapa jumlah yang Siti habiskan untuk membeli sebuah beg? Berapa koleksi barangan LV yang Siti ada? Atau adakah barangan jenama mewah lain yang Siti miliki selain daripada LV?

Dalam satu pertemuan eksklusif yang diatur oleh Key Message Public Relations Sdn. Bhd., yang mewakili pihak Olay di butik LV yang terletak di Starhill Gallery, Kuala Lumpur, segala persoalan yang bermain di fikiran akhirnya terlerai apabila Siti membuka rahsia tentang cintanya terhadap barangan LV.

Kata Siti, orang pertama yang memperkenalkan jenama LV kepadanya adalah penyanyi bersuara lantang iaitu Ziana Zain.

“Saya masih ingat lagi kata-kata Kak Ziana yang mengatakan kita sebagai artis, bekerja keras untuk menghiburkan peminat. Jadi, apa salahnya, korbankan sikit wang ringgit untuk memiliki barangan berjenama mewah ini. Bukan untuk siapa pun tetapi untuk kepuasan diri sendiri,” kata Siti mengimbas kembali memorinya.

Tambahnya lagi, dia hanya mampu memiliki barangan LV selepas enam tahun berkecimpung dalam bidang seni.

“Kalau tidak salah saya, barangan LV pertama yang saya beli pada tahun 2002 adalah sebuah beg tangan yang masih lagi saya gunakan dan simpan sampai sekarang.

“Memang, apabila dilihat pada harganya, pasti ramai yang akan mengatakan dan mengandaikan ia merupakan satu kerugian besar tetapi tidak pada saya. Ia memberi satu kepuasan dan semuanya untuk pelaburan jangka masa panjang,” jelas penyanyi yang kini popular dengan lagu Menanti Pasti, salah sebuah lagu di dalam album runut bunyi, Kayangan The Soundtrack.

Jelas duta produk Olay dan Pantene ini lagi, pada awal dia membeli barangan LV, dia turut merasa keperitannya apabila mengeluarkan sejumlah wang yang begitu besar hanya untuk memiliki sebuah beg tangan, namun demi minatnya terhadap LV, dia sanggup bekerja keras untuk memilikinya.

“Apabila sejumlah wang yang agak besar dikeluarkan, saya terpaksa bekerja keras bagi menampung balik jumlah yang telah saya gunakan untuk membeli barangan LV itu.

“Saya gunakan LV atau barangan jenama mewah yang lain bukan untuk menunjuk atau riak, tetapi saya rasa, itu merupakan satu penghargaan untuk diri saya setelah bekerja keras. Malah, saya mementingkan pada kualiti dan saya berbangga memiliki barangan mewah atas usaha saya sendiri,” ujar penyanyi kelahiran Kampung Awah, Pahang, itu lagi.

Sehingga kini, kata Siti, dia mempunyai barangan LV lebih daripada 20 jenis termasuk beg tangan, dompet dan beg pakaian. Jika dihitung nilai kesemuanya itu, tidak mustahil koleksi Siti itu mencecah ratusan ribu ringgit!

“Kalau sekali belanja di butik LV, sekurang-kurangnya RM10,000 saya belanjakan. Itu semua bergantung kepada jenis barangan yang saya beli,” akui Siti.

Antara barangan LV milik Siti adalah kasut sebanyak 10 pasang serta enam utas jam tangan. Malah, kalau ada yang masih ingat lagi, salah sebuah hantaran yang diterima Siti pada majlis pernikahannya 21 Ogos tahun lalu juga merupakan sebuah tas tangan edisi terhad berjenama LV. Siti pernah menggayakan tas tangan tersebut sewaktu menghadiri Anugerah Planet Muzik di Singapura, Mei lalu.

Menghargai barang

“Kalau orang kata rugi apabila memiliki barangan jenama mewah ini, sebenarnya ada cara untuk kita menghargainya. Cara saya menghargai barangan jenama mewah adalah sentiasa menggunakannya. Bak kata pepatah, ‘Alah membeli, menang memakai.’

“Apabila kita sering menggunakannya, tidaklah rasa rugi. Pada hemat saya, ia merupakan satu kerugian yang besar jika kita beli tetapi sekali sahaja menggunakannya atau tidak langsung menggunakannya.

“Namun, kita juga perlu tahu sesesuaikan barangan tersebut untuk sesuatu majlis yang kita hadiri,” kata Siti yang turut tercalon dalam Anugerah ERA 2007 yang bakal berlangsung 8 September ini bagi kategori Vokal Wanita Pilihan dan Lagu Pop Pilihan menerusi lagu Pastikan.

Tambahnya, selain LV, antara barangan berjenama mewah lain yang dimilikinya adalah Prada, Hermes, Bally, Chanel, Yves Saint Laurent (YSL) dan Salvatore Ferragamo.

Bercuti ke luar negara juga memberi peluang kepada Siti untuk membeli barangan mewah yang tidak terdapat di butik tempatan.

“Setakat ini, antara butik LV yang sudah saya kunjungi adalah di Indonesia, Paris, Jerman, London dan Hawaii. Biasalah, nama pun perempuan.

“Tidak sah kalau tak beli satu jika menjejakkan kaki ke butik LV di luar negara walaupun saya sudah berazam tidak mahu membeli apa-apa,” kata Siti yang genap setahun melayari perkahwinannya hari ini (21 Ogos).

Cita rasa Siti terhadap barangan mewah sebenarnya dipengaruhi oleh suami tercinta, Datuk Khalid Mohamad Jiwa.

“Sebelum berkahwin, saya tidaklah terlalu pandai dan bijak apabila hendak membeli sesuatu barangan. Asal pada mata saya cantik dan saya rasa praktikal, saya akan beli.

“Tetapi, selepas berkahwin, suami saya banyak mempengaruhi cita rasa saya dan memberikan pendapatnya. Dia lebih tahu dan berpengalaman tentang barangan jenama mewah ini. Apabila melihat katalog, kami akan berbincang dan memberikan pendapat masing-masing jika hendak membeli sesuatu barangan itu.” kata Siti tersenyum.

Read more from Utusan Malaysia
65 Comments Post a comment
  1. Aug 22 2007

    oklah tuh….. beli bag blh labur. nanti kalau rasa2 tak boleh bayar hutang blhlah labur bag LV lu. dgn kasut2 sekali….

    Reply
  2. Aug 22 2007

    bagi gua lu tak payahlah na ceta berapa harga semua barang2 lu sampai mencecah ratusan ribu. itukan riak nama nya juga. dan lagi lu ceta bukan saja LV tapi ferragamo,chanel dll….. apa maknanya tuh? cakap tak riak jugakah itu. nak beli tu gua tak kisahlah pasal duit lu tapi tak perlulah ceta brand apa lu beli. cukuplah lu ada buy LV je. kalau beli kat overseas tuh gua tak heran sebab selalu ada jualan murah. mcm kat paris…. gua tau berapa harga kalau dah discount. lebih murah dari msia. di mana pun tempat jualan LV paris lah paling byk buat jualan murah. bkn LV je tapi ada byk juga brand2 lain termsuk pakaian.

    gua cuma nak ingat kan jelah kat lu cgila, riak bkn beerti menunjuk saja tapi juga pada percakapan. lu kata tak tunjuk riak bila pakai tapi kata2 lu tuh menunjukkan lu riak beb. tak salah nak pakai tapi jgn riak bila berkata2…walaupun tidak pada perbuatan.

    Reply
  3. betuahbadan
    Aug 22 2007

    org pompuan ni memang suka kalau dapat brg2 mewah dan apa lagi cantik mata memandang.bab ni susah pulak aku nak komen.apa yg kau kata tu yol memang betul.tak payah la beritahu satu dunia barang2 mewah tu.sendiri beli sendiri pakai sendiri diam sudah la…

    Reply
  4. mizz
    Aug 22 2007

    berkat die jual kuih dulu arini die berpeluang memiliki brg mewah…
    hah…mst jelek kan ngan statement aku nie.
    mmg betul kate ko yol kite x perlu riak ngan ape yg kite ade kdg2 manusia nie ssh nak tutup mulut…
    stp org kan berbeza kehidupanyer, mgkn ko pun ade beli brg mahal tp ko xnak ckp dgn sesape sbbnyer ko anggap ia riak dan kehidupan ko x diekori sesape dan org pun x amik tau pun ape ko buat,ape ko pakai,ape ko beli,dgn sape ko kawen (melainkn klu ko kawen ngan org glamourlah)
    wlu apepun aku ttp bersetuju dgn pendpt ko kite x perlu riak dgn ape yg kite ade…

    Reply
  5. Aug 22 2007

    itula aku pelik dah berkat jual kuih tukar kerja jadi pelalak..beli beg sampai puluh ribu…bodoh bodoh..setan sengih sepanjang masa dgn aktiviti membazir depa..tapi itula yg depa panggil gaya mutu keunggulan..DUNHILL….bengap betul artis ni

    Reply
  6. betuahbadan
    Aug 22 2007

    mcm mana la duit hasil nyanyi tu nak berkat.koleksi kasut sampai 10 pasang,koleksi beg 20 pasang(mak latuk sampai ribu2 tu),baju jgn cakap la..agak aku mungkin ada 10 almari.dah nak sangat nah kau ambik.Allah itu Maha Pemberi Rezeki.InsyaAllah minta la pada Allah tapi biar la kita memilih yg tidak merugikan kita di akhirat nanti.di situ yg kekal.di dunia ni semuanya kosmetik sahaja.so adik2 aku jgn la terpengaruh dgn kehidupan dunia glamor yg tak mendatangkan apa2 ketenangan jiwa.tgk la apa minah ni buat.mana nak rasa puas selagi tak dapat yg lebih bagus dan mahal2 lagi.nafsu syaitan dah menguasai minah ni.kita pun boleh nampak.tgk la mizz idola kau tu apa sudah jadi.beg mahal2 ni gerenti halal ka.setahu aku ada jugak beg2 dibuat dari kulit2 binatang haram.kena check tu.

    Reply
  7. cykepo
    Aug 22 2007

    Entahlah ya, bagi artis2 ni mereka rasa mereka berhak cita2 gini sbb dah penat melalak sampai nak terkeluar anak tekak. penat oiii!!!! lagipun peminat suka baca. tapi bagi mereka yang meluat, tulah riak katanya. bagi saya yang baca, saya harap saya tak baca dgn perasaan iri hati. dah rezki depa apa nak buat. saya pakai yang kat chowkit yang tiruanjelah. bagi kita, kita kata bendatu merugikan, lebih baik dermaje duit tu. tapi adakah kita kuat untuk berbuat demikian dan korbankan sebesar bahagian kejalan Allah atau tarikan dunia lebih kuat. itu tak tau lagi. kalau kita dah dilonggokkan harta berkoyan2, macam mana keadaan kita. rasanyae, bersykukur jelah dgn apa yang ada. lagipun, dgn berbuat demikian, artis2 ini memulakan sifat ikut2tan untuk peminat2 depa. maklumlah kena ikut cita rasa artis tersayang. jadi mana tanggungjawab artis tu terhadap masyrakat? Nak mulakan trend dikalangan pemuda-pemudi kita yang akan mengikut nafsu tanpa berfikir tentang kemampuan mereka?Itulah artis2 yang tidak berfikir dua kali tentang implikasi tindak tanduk mereka kerana mereka berasa berhak.ini hak individu, tapi hanya mereka yang pintar dan menghalusi keadaan takkan memukul canang walau diketuk bagaimanapun. memang boleh menikmati jerih payah usaha dan rezki Allah beri tapi berahsialah sikit. dulu tau berahsia, sekarang asyik pukul canang je.Terus terang hambo meluat dgn pose dia yang melentuk tunjuk barang jenama. memang meluat!!!!!!

    Reply
  8. Aug 22 2007

    tak payah pening pening…membazir itu sahabat syaitan yg direjam…sape nak jadi sahabat syaitan sila tiru gaya artis bengap berbelanja…tafadddol

    Reply
  9. kumak
    Aug 22 2007

    aku tau korang jeles kan.. jangan kan nak beli, nak masuk butik LV pun belum tentu lagi… biar la dia nak berhabis pun.. tu kan duit dia…

    Reply
  10. Aug 22 2007

    tak habis2 dgn bujal ni…. lu bujal mampu ke nak beli? entah2 seluar dlm pun duit mak yg bagi…hehehehe…. tak payahah cakap pasal cemburu bab brand2 ni bujal…. tak ada maknanya.
    gua pun bangga jugak dgn diri gua sebab hidup gua di ajar dari kecik utk utk berjimat. utk membeli barangan brand2 ni bukan tak mampu cuma beli mana yang perlu saja. jangan fikir barangan yg berjenama semua ada kualiti. belum tentu lagi…kadang2 yang tak berjenama lagi berkualiti dari berjenama. gua pun bershopping bila ada jualan murah. jangan ikut sgt nafsu tuh… kelak kita rugi. kena control beb…. bkn perempuan je yg kaki shopping tapi lelaki pun sama tapi kenalah beringat.

    Reply
  11. agk7777
    Aug 23 2007

    perasan tak sejak kebelakangan nie dia asyik posing side-way jer… banding dulu posing depan cekak pinggang.

    takut org nampak muka bulat & perut buncit lagi lurus… kalo dah takde “shape”, posing mcm mana & pakai semahal mana pon xmenarik lah!!!
    Kalo ramping pakai simple T-shirt dgn Jeans murah pon nampak lagi menarik.

    Reply
  12. agk7777
    Aug 23 2007

    Org tidak jeles dgn apa yg dimiliki CT sbb setiap org ada kemampuan & citarasa tersendiri, byk lagi Artis2 dan org2 lain yg jauh lebih kaya dan terkenal ttp tidak menunjuk2 begini.

    Semua org tau DK tu sebenarnya bukan sekaya mana…. (org sederhana) tapi nak ikut lifestyle mcm org “tycoon”. kalo sikap buruk pakai baju USD2000 pon org Xheran lah… org begini dipanggil
    “Necktie colar, pocket no dolar”

    Reply
  13. saje
    Aug 23 2007

    baju siti pakai pun mahal tu..kalau lengan panjang mesti lagi mahal,tu yg kene beli lengan pendek tu…nasihat dari datuk k

    Reply
  14. Aug 23 2007

    betul tu double7…. bukan nya cemburu pun tapi muak dah. tgklah dia pose dgn LV dia, mcm manusia2 kat msia ni heran sgt. tapi tak pelah…dah perangai dia mcm tuh… buluh dah tua… di lentuk sikit kopak… keras bebbbbbbbbbbbbb…. hahahahaha….. dapat pun buluh dah naik usia…. ganas sihhhhh.

    Reply
  15. agk7777
    Aug 23 2007

    Beyonce Knowles(Hollywood Singer/Actor) owns and even carries one of 24 of the LOUIS VUITTON (LV) Tribute Patchwork Bags worth USD52,500.00

    and

    WHO IN THE HELL IS “DATUK SITI NURHALIZA TARUDDIN” carry “Not-So-Expensive” LV bags????

    Reply
  16. Aug 23 2007

    Org dah banyak duit, belanjalah.. ada ker artis pakai petaling street punya. low class lah wei.. aku pun teringin nak pakai LV… memang high class… peduli apa kata org, duit kau siti, kau penat nyanyi, kau penat carik duit, beli ler apa kau suka.

    org miskin2 kat sini mmg teringin jugak kalau diberi LV, belum Coco Chanel, Jimmy Choos lagi.. belum Zara…

    Tapi org2 miskin kat sini cantik ker nak pakai barang2 mahal..?? nak muntah wei kalau org tengok… korang pakai jer pasar malam punya .. gerenti murah… duit lebih leh simpan wat gi haji…

    “HO IN THE HELL IS “DATUK SITI NURHALIZA TARUDDIN” carry “Not-So-Expensive” LV bags????”

    Ada jugak dia pakai LV… ada org tu…??? Meleleh air liur…

    Reply
  17. cykepo
    Aug 23 2007

    hai agent double 77, cgilamour ingat standard orang malaysia gituje. posing ngan beg apatu pun boleh buat orang heran sangat. beyonche yang kau cakap tu pulak standard orang amerika kot. hai hairanlah peminat2 depa tengok betapa cantoik beg tu!!!!atau depa ingat ”hai aku jelah kat malaysia ni yang boleh beli beg semahal ni, aku keje keras pe untuk menikmati jenama entah dari yahudi mana dan boleh aku tolong yahudi tu jadi kaya raya lagi, kan rezki ni harus dibagi2, aku dah cukup derma ngan anak yatim”

    Reply
  18. agk7777
    Aug 23 2007

    hahaha…….

    jangan2 dlm dompet “LV” dari Yahudi tue…… KOSONG!!!!!
    saja nak tayang2 kan.

    Reply
  19. Aug 23 2007

    hahahaha…lawak lawak lawak….. gelak gelak gelak…..
    betul lu cakap cykepo… diorang menyokong org yahudi punya barang. mcm tesco shoppg tuh pun org yahudi punya. sebab tu murah dari giant or careefore. tapi kerajaan msia ni main hentam je bagi masuk tak pk yg yahudi naik senyum kerbau tgk org2 msia terutama muslim beli sebab murah. hmmmm….. skrg pun kerjaan terutama UMNO beri je apa yg bangsa lain minta. tapi permintaan org2 melayu buat dono je. apalah salahnya PAS dan UMNO bergabung satu. ni bangsa lain sudah berani mengejek2 agama kita.sepatutnya mana2 org yg berpengaruh ni gunakanlah kuasa sebaik mgkn. tegak kembali agama dan bangsa org melayu. makin di beri pangkat makin lain plak jadinya. skrg bangsa cina makin tunjuk belang. sudah berani minta itu minta ini dgn kerajaan. entahlah….siapalah yg boleh betulkan kerajaan kita supaya bangsa lain tidak pijak kepala…..

    Reply
  20. kpc
    Aug 23 2007

    betoi cakap korang semua ni. eksyen konon. podahlah.ada korang tengok malaysia today.net? sana lagi bagui dari baca cita si hipokrit ni.

    Reply
  21. agk77
    Aug 23 2007

    MELAYU mesti pandai berpolitik seperti org kelantan…

    Mereka ada dua kerajaan.
    1) Kerajaan sah (PAS) memerintah sekarang dengan pembangunan rohani dan jasmani.

    2) Kerajaan (UMNO) menabur bermacam2 projek untuk menawan kelantan.

    Bijak…bijak..kalau minta kat pas tak dapat, minta kat umno….bijak…bijak..

    Reply
  22. kepelikan
    Aug 24 2007

    macam pelikkan??? ok, firsly, bukan salah ct citer pasal dier punyer koleksi barang berjenama tue kener publish kat paper, i mean, dah wartawan tanye, xkan dier nak mendiamkan diri ajer???? lagi satu, toyo, kau nie mod ke kat cni, rajin giler balas2 komen orang!!!! and then, louis vuitton is not jewish, tapi kalau kafir tue aku setuju lerrr…….. then ader komen pasal badan ct tue kan, pasal dah montok2 tue lerr yang dier dah muler pakai baju seksi sebab dah ader barang yang nak ditayang….. pesanan terakhir kepada agk7777, kalau nak buat comparison tue, berpade-pade larrrrr, compare ct nagn kd ker, ning ker, dayang ker, kalu nak compare ngan beyonce, baek kau cakap britney spears ker, paris hilton ker, ader paham……

    Reply
  23. Aug 24 2007

    sebab itu org melayu masuk UMNO pasal nak dapat projek je… biasalah. si KJ tuh skrg dah tunjuk taring belang harimau bintik hitam dia…. yg pemuda UMNO skrg pulak pandai berkata2 je. entahlah…..

    bro….hari2 gua baca malaytoday, tranungkite, agendadaily dan mcm2 lagi cite pasal dunia. terutama cite pasal org melayu kita berebut jawatan UMNO.

    Reply
  24. agk7777
    Aug 27 2007

    Dear kepelikan,

    Nampaknya U nie OTAK LEMBU lah, kalo Xpham maksud org jangan tembak org suka2 hati. Saya pilih Beyonce sbb dia tue cuma artis BIASA(kurang terkenal), bukan spt CT, penyanyi “NOMBOR 1″ negara. BEYONCE MANA NAK COMPARE DENGAN CT.

    Maksud saya ialah pelakon BIASA pon mampu memiliki product LV ratusan ribu. SO WHAT IS SO BIG DEAL / PROUD OF HAVING LV PRODUCT??????? Skarang dah PHAM!!!!!!! Org Stupid Yg Selalu Pelik……………!!!!!!!!!

    Reply
  25. Aug 27 2007

    itulah dia bro… org maksud lain, dia faham lain. pasal lu cakap press yg buat ceta soal siasat kat minah ni, itu dah jadi kerja diorang. cuma yg menjawabnya tu kenalah cover2 sikit. jangan tunjuk pada manusia2 kat asia ni yg cgila lu mampu beli. bila dah cerita yg lu ada berapa koleksi, ada beberapa brand lain dan total harga semua itu tak ke menunjuk2 namanya. kalau lu bijak, tak suka bermegah2 dgn apa yg ada lu pandai jawab soalan wartawan beb. tak payah ceta lu ada berapa, berapa lu belanja sekali shoppg, and jumlah semua koleksi lu. lu boleh jawab SIMPLE JAWAPAN JE ‘ADALAH SIKIT’. dan pasal lu kata gua rajin balas2 komen kat sini…. sebab gua regular customer kat sini hahahahaha….. amacam ok ke jawapan gua.. yg lu kata gua lu pun tersampuk gak masuk sini asal beb….. DALAM HAL NI TAK ADA SAPE PUN YG JADI KEPELIKAN MCM LU PUNYA NAMA.. WARTAWAN DAN CGILA LU YG PELIK BANGAT SEBAB TAKSUB MENYOAL PUJAAN HATInya GUNA PRODUCT LV DAN CGILA MENJADI GILA2 shoppg DAN MEGAH DGN PRODUCT JENAMANYA SAMPAI BERCERITA PADA SEMUA ORG YG DIA MAMPU BERSHOPPG BARANGAN LV SEKURANG2NYA 10K…. tak ke megah namanya tuh…….

    Reply
  26. agk7777
    Aug 27 2007

    Dear kepelikan,

    Mmg benar lu cakap “louis vuitton is not jewish” (bukan buatan/brand dari yahudi) BUT do you know that LV is still available in Jewish??

    kalo tak caya, visit “http://www.israelforum.org/blog_article.php?aid=932905″

    Reply
  27. Aug 27 2007

    hahahaha….. nak compare dgn britney yg dah tak laku dan pokai buat apa beb….. paris hilton???? membazir je sebut… tak habis2 buat hal. tak sesuai…….. dayang, camelia, ZZ, erra dan lain2 artis msia sudah tentu lebih mampu cuma mereka tak seperti cgila lu yg tak habis2 dgn perangainya. kan mcm sombong megah namanya tu. kalaupun dari buatan/brand dari yahudi atau tidak tapi kalau dah berkenan di mata hati barang musuh sendiri pun tutup mata dan buat tak tau asalkan puas di hati dapat menikmati barangan jenama yg di hajati. mcm cgila nyanyi lagu cintai msia tapi setiap percutian dia kebanyakkan di luar negara…

    Reply
  28. kumak
    Aug 28 2007

    dah siti mampu nak beli barangan LV, biarla.. harap siti menang Anugerah Era nanti. Vokal Wanita Pilihan And lagu Pop Pilihan… lama dah tak tgk siti kat AE..

    Reply
  29. zawiyah
    Aug 29 2007

    Dah nak buat cam no…biar je le..rezeki dia jadi celebriti.

    Reply
  30. adikmanja
    Aug 29 2007

    alahai…kalau tak mampu beli yang original,beli lah copy…berlambak kat siam…

    Reply
  31. Aug 30 2007

    betul tuh….. melambak2 kat siam. kat petaling street pun ada. gua masih ingat lagi fazli (lagu asmara ini) beli barang kat petaling street…. humble je mamat tu. bagus2…. gua suka org mcm tuh. kaya, berpangkat tetapi humble and low profile. gua selut lu beb.
    to OMG…. zara??? product dia tak adalah bagus sgt. koleksi kasut gua nak pesanlah exspecially kat lu OMG, itu pun kalau lu dah masuk zara yg menjadi kebanggan lu tuh, kebanyakkan tapaknya byk dr kulit ba. lu pernah terlanjur beli ke? baik cek dulu. tak pasal2 kena samak. hahahahaha…. gua nak cakaplah Zara is nothing. tak ada yg menarik.
    Coco chanel?… perfume? koleksi baju? tak payahlah nak sebut benda yg tak menjadi kebanggaan kat og2 sini. diorang ni semua mampu membeli.
    jimmy choos? whel menarik jugak rekaan kasut dia. tapi tak pernah plak nak cuba beli. so bagi gua dalam hal ni tak ada ceta mampu or tidak mampu cuma hanya berpesan2 kpd yg sedikit alpa pada kekayaan diri dan menunjuk serta riak megah memiliki product yg sebenarnya tidaklah semahal yg di lihat. bg mereka yg bijak dan berfikiran panjang tidak akan melaburkan duit sebanyak itu utk puaskan diri membeli barangan berjenama. cukup sekadar keperluan itu sudah memadai.
    and lagipun skrg maybe dia mampu. mana tau esok lusa selepas kering segalanya maka koleksi pujaan hatinya di jadikan lelongan utk membayar hutang. haru haru…baru betul utk pelaburan jangka panjangggggg

    Reply
  32. agk7777
    Aug 30 2007

    OMG! Says:

    August 23rd, 2007 at 5:35 pm

    “Org dah banyak duit, belanjalah.. ada ker artis pakai petaling street punya. low class lah wei.. AKU PUN TERINGIN NAK PAKAI LV……
    Ada jugak dia pakai LV… ada org tu…??? Meleleh air liur…”

    Siapa yg meleleh air liur tuh??? Pham2 jer lah!!!

    Penyanyi “No.1″ negara harus jadi contoh TERbaik terutama kpd peminat2 dan BUKAN menunjuk2 ………!!! pham2 maksud saya!!!!

    Reply
  33. kpc
    Sep 1 2007

    hanya yg meleleh air liur tu yg tak pham. lain kali, kalo tak pham, jgn nak pandai2 sampuk(yg meleleh air liur).kah kah kah.. oh my god

    Reply
  34. poi
    Sep 2 2007

    alah beb, takkan korang tak sedar siti ni memang riak , tengok jer wedding dier mesti over the top kalahkan raja. and kan dier ni face of lv kat malaysia, thats why she gets free lv.

    Reply
  35. Sep 2 2007

    hmmm….. satu lagi pasal dia ceta hand bag hantaran dari misai. siap ceta kat org ‘EDISI TERHAD’. lagi nampak riak giler beb…. sabar jelah dgn perangai minah ni. dia tak tau edisi terhad sebenarnya akan di keluarkan lagi selepas sold out. oklah tuh…. lagi pun gua tgk bag hantaran tuh tak le cantik sgt cuma harga je mahal.

    Reply
  36. bystander
    Sep 4 2007

    KAMPUNGLAA KORANG NI!!!

    Reply
  37. Sep 5 2007

    lu tu kebandaran sgt ke bystande? entah2 sama species dgn cgila…. sesuailah tuh….. kampung dah dapat apa yg dia hajati maka jadi KAMDAR. oklah tuhhhh

    Reply
  38. cykepo
    Sep 5 2007

    apalahtu bystander, anak watan bandar kl ke? apa kena ngan kampung? orang kl tak ada kampungke? checklah salasilah lu. silap2 haribulan, nenek moyang pun orang kampung. apa, orang kampung bukan orang ke? orang kampung ada lagi yang lebih arif dan budiman dari orang bandar. jgn stereotype oranglah.

    Reply
  39. Sep 5 2007

    ak pggemar siti nurhaliza dri dlu ak org indonesia ak ingin bilang ma siti kpan neh adakan konser lagi di indonesia boleh gak ak belajar nyanyi sama siti ak pengen banget jadi penyanyi terkenal seperti siti nurhaliza apa seh yg membuat kita bisa jd org terkenal seperti siti nurhaliza?

    Reply
  40. sikembang
    Sep 5 2007

    ala mati bawak kain putih jugak

    Reply
  41. Sep 5 2007

    biasalah cykepo, dia anggap fikiran kita2 kat sini kampungan sebab komen cgila. dia ni cuma nampak siti nurhaliza. kita pula nampak thru colours SEBENAR siti nurhaliza. biasalah beb…. org dah suka, apa yg buruk pun nampak bagus.

    to siti yg kat atas ni…. lu tanya “seperti siti nurhaliza apa seh yg membuat kita bisa jd org terkenal seperti siti nurhaliza?” ini rahsianya. pegilah cari consultant yg terbagus dari siti. confirm lu pun boleh jadi lebih terbagus222 dari dia.

    Reply
  42. Sep 6 2007

    aq fans berat ka siti .aq org Indonesia.kalo aku pikir tak ap lah menikmati uang jerih payang sendiri seperti membeli barang-barang mewah selagi mampu dan ga merugikan khalayak ramai.

    Reply
  43. sue
    Sep 6 2007

    i bca komen2 ni i suka gak ngan toyol ni, bukan nya jeles tapi rasa mcm nampak sgt siti ni riak. perasan tak dia ckp wedding dia konsep sedrhana tapi meriah, tup2 mewah giler. 2 mgu lepas smbut anversary konon nak wat kecik tapi jadi grand plak, padahal dah sah nak wat grand punyer.. perasan tak siti jadi gini lps kwin, mcm kejutan budaya DK plak. dulu rasa x ada nak munujuk kebendaan sgt…bila da kuar statemnt beli2 brg branded nmpak siti ni TAK CERDIK orngnya. orang sume pandai menilai, kalau kita beli brg branded, kita x bagitau pun orang for sure perasan gak akhirnya..cara itu lagi nmak LEBIH TERHORMAT..dripada buat statment camtu isk isk ..

    Reply
  44. cute
    Oct 6 2008

    korang ni mendelah, ok la kak ct berbelanja besar, itu duit hasil titik peluh die. ini lah manusia, x bolah tengok org senang

    Reply
  45. kekwa
    Oct 7 2008

    suka nunjuk2 si perampas ni…macam lah dia seorang yg ada….perasan betul

    Reply
  46. Oct 8 2008

    Pada sesiapa pun yg mempunyai lebihan duit akan jadi macam celebriti2 siti. saya pun kalanu berduit saya akan beli barang yang saya hajati. buat kekwa yg kata si perampas, hati2 bercakap, kalau kena kan tempat awak bukan ke awak akan jadi macam tu. Kalau siti kawin dgn org yg tak berduit org akan ckp laki dia nak kapur siti, mmg padan pun siti kawin dgn datuk K sama2 kaya.

    Reply
  47. kekwa
    Oct 8 2008

    such a homewrecker

    Reply
  48. Sep 20 2009

    bengong ke hape korang tak tau cmna dia keja keras..nk kumpul duit..so sukati dia la nk bli bnda mahal..duit dia ada dia mtak pok ko bli?ttg bazir2 nih..apa yg bazirnya..even org alim yg kaya pun bli beg lv sbab kualiti tinggi..kg kalo bli pasar malam nye ngatalak dia kedekut taik idung masin..tak salah le nak brag yg cntik2 lumrah manusia..lgipun dia dah ada yayasan nurjiwa tuk derma dia2 pgi hji pun dah..umrah pun dah..derma ank ytim pun dh..buat banglo kt mak dia pun dah..so biorle..dia bli brg mhl utk dia..ko tu dengki sbnarnya..dia pun taknak le tunjuk..dah wartawan sibuk2 so kna la pose jgak..dh mmg dia tu kya tak tnjuk pun org tau..ngok..

    Reply
  49. Oct 23 2009

    My mother said when she started nursing in the 40s she took care of patients, and when she retired in the 90′s she took care of paperwork. ,

    Reply
  50. Nayue
    Oct 28 2009

    Alahai….sudah2 la mengutuk tu ye..nnti kena dgn adik bradik,sepupu sepapat,sedara mara,baru korang tau!! mengutuk je byk..amalan ntah apa2 ntah.

    Reply
  51. eliyka
    Nov 18 2009

    lantak dia la…duit dia…
    tak nyusahkan org pun….
    korang je yg dengki…
    ala kalu korang ada duit pun korang mesti beli gak…
    pastue cite kt org…
    org akan tnya la….
    cuma yg beza dia artis korang bukan artis…hehehehehe….

    Reply
  52. elvysa serra
    Nov 23 2009

    harta x bawak p mati pown…

    Reply
  53. imah
    Nov 29 2009

    Assalamualaikum….CT NURHALIZA

    Berbanyaklah sedekah pada anak2 yatim dan fakir miskin bukannya berbelanja ribuan ringgit hanyalah kerana barangan jenama.itu semuanya hanyaah harta dunia yg tentu kita x bawa mati tetapi ingatlah amal jariah yang kita bawa mati…..

    Tak salah kita berbelanja tetapi berpadah-padahlah.besar rezeki yang ALLAH bagi maka besarlah lagi tanggungjawab yang kita tanggung.bukan hanya tanggungjawab pada keluarga tetapi kepada sesiapa saja jadi nasihat saya pada CT semoga pandai-pandailah dalam soal kehidupan ini.

    Reply
  54. Umh Jung-Hwa
    Dec 4 2009

    It’s true! High-end items mostly, demanded a thousand dollars in spending. It’s up to you to buy it or not. I also LV-followers. Last month, I was spend RM13K to brought Tag Heure watch. Sigh! Totally expensive but worth it.

    Reply
  55. puteri
    Dec 20 2009

    bg sy ape yg diperkatakan siti tu adalah hak die… die bekerja keras siang malam kumpul duit.. hasil titik peluh die sendiri.. x salah kalaw die nak beli brg berapa ratus ribu pon.. duit die.. itu adalah hak die…

    sikit pon die x pkai duit korang.. paling x pon duit husband die. so x payah la nak judge owg len.. nak kata riak atau sebagainya..

    dia mampu so biarkan… katanya itu adalah kepuasan.. kowang kata riak ke menunjuk ke.. siti akan ckp “ade aku keysah”.. huhu…

    syon keja cari duit… skali skala nak gak beli brg mahal…. lantak la pe owg nak ckp membazir ke menunjuk ke.. itu duit sy..

    don’t judge people~

    chow~

    Reply
  56. Bigbert
    Dec 20 2009

    teruk benar english si Umh Jung-Hwa.. Haha, ckp melayu kan lagi bagus. grammar hancur lebur.. haha.. kesian.

    Reply
  57. cucikaki
    Jan 12 2010

    biar lah dia nak try ckap omputih….

    Reply
  58. erkk
    Mar 31 2010

    ntah2 dia tu ct kots…vogue pon jadik vogeh magazine…kih2x,soklan:how do u like ur coffee?” …ct jawab “in a cup”..!? ~duhhh

    Reply
  59. atijai@jb
    Apr 2 2010

    dh la korang sume..x yah nk kecoh2x..kubur masing2x.Tk kan si siti ni nk wat amal kebajikan dia nk inform sumo org kn???Pd aku itu adalah kepuasan dia utk beli brg berjenama..Sekurang2x nyer ada gak org dari kg dapat beli brg berjenama..kn!MAAF YEK KLU TERKASAR BAHASA..

    Reply
  60. Datok J
    Apr 6 2010

    Bab ini aku setuju kat CITY.. penat-penat kerja cari wang seharusnya ada bahagian yang digunakan untuk kepuasan diri sendiri. Ada bahagian yang digunakan untuk kebajikan. Jadi bahagian untuk diri sendiri tu.. ok lah nak beli barang mewah ke apa ke ikut berapa yang ada.. sebab kita namanya manusia biasa yang ada keinginan dan kehendak naluri masing.masing… kan..??

    Reply
  61. Apr 16 2010

    duit die melambak2 weyyyy…nak beli ape as reward for her hard work x salah pon…lagipun die mmg kaya…krg tau ke die sedekah duit kat mne2?? krg tau ke dato’ k mmg suke sedekah2 duit nie..krg tau ke bpe ct byar zakat setahun??? almost 1 million tau! jgn menilai org tu dgn brg ape die beli…belakang kite xtau jika die menderma mana2..lagipon die ada yayasan utk org memerlukan ngan suami ( yayasan nurjiwa) so ape yg nk pertikaikan lagi nie?? xpham btol ak…asal ada topik brg mewah ct beli aje, mulalah pkir “baik derma kat anak yatim, belagak aje lebih” but plzz BERFIKIR SEBELUM BERCAKAP! Kelak kite akan kene balik…

    Reply
  62. kalaichelvan
    May 16 2010

    tan ya bole bantu saya $900
    012 2941612 selvam

    Reply
  63. May 21 2010

    Datuk Siti Nurhaliza penyanyi paling best selama-lamanya sekarang. Mari borak cerita pasal artis kegemaran kita semua.

    Reply
  64. dyana
    Jul 15 2010

    bab ni aku pon stuju..kite sume xtau penat lelah siti slame ni sampai die berjaya dalam hidup die..pe yg die de skrg ni berbaloi ngan pe yg die wat sebelum ni..mudah-mudahan allah makbulkn permintaan siti nak menimang cahaya mata..amin..

    Reply
  65. nuriz
    Jul 18 2010

    tak salah siti membelanjakan utk dirinya sendiri krn itu semua hasil titik peluhnya selama bekerja sebagai penyanyi.Semua org akan lakukan yg sama juga

    Reply

Leave a comment

required
required

Note: HTML is allowed. Your email address will never be published.

Subscribe to comments