APM 2011: Kali Terakhir Buat Siti Nurhaliza Sertai?

Teks oleh Syafiqah Jalal

SINGAPURA, 16 JULAI 2011: Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza terpaksa digugurkan penyertaanya untuk tahun seterusnya dari Anugerah Planet Muzik (APM) bagi kategori Artis Serantau Paling Popular setelah memenangi sebanyak sepuluh kali di malam kemuncak anugerah tersebut yang berlangsung di Max Pavilion Singapura Expo, Jumaat malam.

Akur dengan keputusan dari pihak penganjur, Siti Nurhaliza berkata dia tidak begitu kecewa kerana dia masih lagi boleh menyertai kategori lain dan sentiasa menyokong satu-satunya anugerah yang menggabungkan pemuzik dan penyanyi dari tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia itu.

“Alhamdulilah, syukur dengan kemenangan ke sepuluh saya ini. Ini membuktikan peminat saya masih setia hingga tidak berbelah bahagi menyokong saya. Namun saya terima bila ini merupakan anugerah terakhir saya untuk kategori Artis Serantau Paling Popular.

“Sebenarnya saya sudah diberitahu oleh pihak pengajur setibanya saya sampai disini. Pihak penganjur memberitahu sebelum itu, jika saya menang lagi untuk kali ke-10 kategori ini secara automatiknya penyertaan saya terpaksa digugurkan untuk tahun seterusnya.

“Namun, hanya untuk satu kategori sahaja kerana kategori ini hanya melibatkan saya seorang. Lagipun saya masih mahu bersama APM pada penganjuran yang seterusnya untuk kategori lain kerana untuk kategori lain saya bukan hanya mempertaruhakan diri saya sahaja malah pemuzik dan komposer lain yang menghasilkan lagu-lagu saya,” jelasnya selepas berlangsungnya anugerah berprestij tersebut.

Namun begitu, Siti Nurhaliza hanya menerima keputusan tersebut dengan positif dan alasan yang diberikan masih sama seperti ketika dia membuat keputusan menarik diri dari Anugerah Bintang Popular Berita Harian baru-baru ini.

“Saya terima keputsuan ini dengan hati yang terbuka, saya masih berpegang pada kata bekas perdana menteri kita Tun Dr. Sri Mahathir, ketika tengah sedap tu baik kita berhenti.

“Lagipun cukuplah, biarlah anugerah malam ini anugerah yang terakhir untuk kategori ini. Saya juga sudah cukup berbangga dengan kemenangan ini kerana ia melibatkan tiga buah negara iaitu Singapura, Indonesia selain Malaysia,” kata isteri kepada Dato Khalid Mohamad Jiwa ini lagi.

Dalam pada itu, Siti Nurhaliza memberitahu dia kini sedang sibuk menguruskan pernigaan produk kecantikan SimplySiti sebelum fokus kepada album studio baru yang akan diterbitkan pada tahun hadapan.

“Saya terpaksa menumpukan kepada perniagaan pada tahun ini, memandangkan SimplySiti pun masih lagi baru dalam menempa namanya. Saya juga sibuk dengan promosi Simply Siti di beberapa tempat.

“Album penuh pula saya target untuk keluarkannya pada tahun hadapan. Cuma saya akan lancarkan single Inggeris pertama saya iaitu Falling In Love, InsyaAllah pada bulan sembilan ini terlebih dahulu,” tambah Siti yang telah mempersembahkan single tersebut istimewa di malam anugerah APM itu.

Tweet
KONGSI

Murai