Anugerah Juara Lagu

Tahniah kepada lagu gubahan Pete Teo dan nyanyian Aizat, “Pergi”, yang dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu yang ke-24. Tapi aku berpendapat yang lagu ini menang kerana ramai yang mahu mengenang jasa pengarah Allahyarham Yasmin Ahmad yang telah pergi meninggalkan dunia filem buat selamanya pada Julai tahun lalu. Lagu ini yang diubah ke versi melayu oleh Amran Omar adalah soundtrack dari filem “Talentime” yang bertajuk “I Go“. Aizat juga memenangi anugerah Persembahan Terbaik.

Yuna yang suara dan lagunya mirip Zee Avi memenangi tempat kedua menerusi lagu “Dan Sebenarnya”.

Tempat ketiga dimenangi oleh Superman yang menghidap penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT), Faizal Tahir, dengan lagu “Bencinta”.

Anugerah Vokal Terbaik dirampas oleh Black (Mentor) yang mendendangkan lagu “Aku Rindu Sayang Kamu”.

Dato’ Siti Nurhaliza membuat persembahan bersama Azlan The Typewriter, mantan vokalis Meet Uncle Hussien menerusi lagu “Lagu Untuk Mu”, juara AJL ke-23. Selamat ulang tahun yang ke-31 Siti Nurhaliza!

Bunkface dengan lagu “Situasi”.

Tahun ini AJL kembali ke format asalnya dengan ketiadaan kategori Etnik Kreatif, Pop Rock dan Balada.