Album ke-11 penuh makna

27-04-2006 03:57:09 PM
Zieman

siti6.jpg
“Angka 11 begitu manis buat Siti,” kata Siti Nurhaliza mengenai Transkripsi
(The Star)

Angka 11 membawa kenangan yang cukup manis bagi penyanyi tersohor Malaysia, Siti Nurhaliza. Ianya menjadi lebih manis apabila albumnya yang terbaru “Transkripsi” juga adalah album ke 11 bagi Siti.

“Angka 11 begitu manis buat Siti. Kebetulan ini adalah album kesebelas dan Siti sudah berada 11 tahun dalam industri ini dan T.R.A.N.S.K.R.I.P.S.I juga mempunyai 11 huruf yang bererti,” ujar Siti yang juga dilahirkan pada 11 Januari 1979.

Mungkin ramai yang tertanya apakah simboliknya setiap huruf di dalam perkataan Transkripsi yang membawa makna tersendiri.

Album TRANSKRIPSI cukup istimewa
Transkripsi yang dinanti-nantikan oleh ramai peminat Siti ini telah mula berada di pasaran sejak awal minggu ini. Menurut Siti, album ini mengambil masa yang cukup lama untuk dihasilkan.

“Setelah dua tahun menunggu, barulah album ini siap sepenuhnya,” kata penyanyi yang bertambah jelita saban hari.

Penantian dua tahun cukup mendebarkan kerana selama itu juga dia terpaksa mengharungi berbagai rintangan dan cabaran dalam kehidupan peribadi dan juga kariernya.

“Penerbitan album ini cukup menyeronokkan. Siti benar-benar dapat merasakan kebebasan berkarya, memberi idea dan mendapat peluang bergabung dengan ramai komposer, penulis lirik dan pekerja belakang tabir yang sungguh dedikasi,” ujar penyanyi yang berusia 27 tahun ini.

“Terlalu banyak perbezaannya dan begitu banyak yang dipelajari. Proses pembelajaran ini yang memberi kepuasan kepada diri Siti
kata Siti Nurhaliza
(The Star)

Kegembiraan Siti bertambah lagi kerana inilah satu-satunya album yang begitu dirindui dan dinanti-nantikan.

“Siti tidak pernah merasa situasi begini sebelum ini. Mungkin bahangnya lebih terasa kerana penantian Transkripsi ini terlalu lama,” kata Siti yang mengaku melahirkan ekspresi diri sepenuhnya di dalam album ini.

Siti amat berpuas hati dengan lagu-lagu dan susunan muziknya. Transkripsi juga merupakan kali pertama syarikatnya Siti Nurhaliza Production (SNP) menerbitkan album sendiri. Sebelum ini, kesemua album Siti diterbitkan oleh SRC Records.

“Terlalu banyak perbezaannya dan begitu banyak yang dipelajari. Proses pembelajaran ini yang memberi kepuasan kepada diri Siti,” katanya lagi.

Walaupun Siti terpaksa memerap album ini selama 2 tahun tetapi tindakannya mendapat sokongan yang begitu padu daripada peminat. Sejak setahun lalu peminat Siti asyik bertanyakan album ini. Ini membuat Siti teruja dan terasa bahawa Transkripsi ini bakal dihargai.

Buat kali pertama, Siti telah berjaya mencipta dua buah lagu dalam album ini. Ini

“TRANSKRIPSI adalah himpunan perasaan dalam hidup kita selama ini” kata Siti Nurhaliza mengenai album terbarunya
(mStar Online)

adalah percubaan pertama kerana sebelum ini Siti tidak berani dan mempunyai keyakinan diri untuk berbuat demikian.
Seperti albumnya yang lalu, Siti bekerja dengan nama-nama besar dalam industri muzik Malaysia dan Indonesia. Menurut Siti, ianya merupakan satu usaha untuk mendekatkan hubungan yang sedia ada dalam
sosio-budaya kedua-dua buah negara.

Kenapa TRANSKRIPSI?
“TRANSKRIPSI adalah himpunan perasaan dalam hidup kita selama ini. Ia ditutur lalu ditulis dan dilagukan mengikuti emosi dan ekspresi. Ia dicantumkan dari keindahan lagu dan penceritaan lirik yang nada-nadanya tercipta daripada luahan serta terjemahan hati,” ujar Siti.

Bagi Siti, segala ekspresi yang terlahir ini adalah satu perkongsian rasa kita semua.
Dia cuba sedayanya untuk menerangkan satu persatu perasaan yang pernah dirasanya selama ini. Perasaan yang silih berganti di dalam menempuh perjalanan seninya selama 11 tahun ini.
Begitu puitis sekali Siti menyusun ayat di dalam website Sitizone.com.my.

“Sipu yang manis, rajuk yang mengguris atau amarah yang menghiris. Ataupun rasa bahagia yang bertandang, duka yang panjang, kecewa yang mengundang jua rindu waktu bayang menghilang. Ia juga menjadi sakit yang tak nampak deritanya atau bangga yang tak diungkap sedalamnya. Perasaan menjadi pancaindera, peka pada segala, mampu merasa pada sesuatu yang tak terzahir di mata,” katanya penuh bermadah.

“Siti rasa bahagia sangat di atas kehadiran peminat yang terus menyokong karier Siti selama ini,” ujara Siti Nurhaliza mengenai Hati Berbisik
(The Star)

Setiap lagu istimewa
Mulai dari Hati Berbisik sehinggalah ke Biarlah Rahsia, semua lagu dalam album Siti membawa maksud yang tersirat.
“Siti rasa bahagia sangat di atas kehadiran peminat yang terus menyokong karier Siti selama ini. Lagu Hati Berbisik ditujukan khas untuk mereka ini,” kata Siti.

Siti Situ Sana Sini pula menceritakan perjuangan seninya yang penuh warna warni selama 11 tahun. Segala yang ditempuh tidak pernah membuat Siti berasa jauh hati kerana kata Siti, dia bukannya manusia pendendam. Semuanya jelas di dalam lirik lagu berikutnya Tanpa Dendam Di Hati.

Di dalam lagu Bisakah, Siti bertanya kepada diri sendiri mampukah dia mengharungi segala cabaran dan dugaan yang menuntut seribu ketabahan.

Bukannya satu teka-teki lagi siapa di hati Siti. Yang pasti hatinya sudah dimilikki dan kesemua lagunya di dalam album ini seakan satu pengakuan. Lagu Pastikan membayangkan dilema seorang gadis pingitan yang cuba menenangkan perasaannya yang berdepan dengan konflik diri dan permasalahan dengan orang tersayang. Tidak mungkin Siti akan menceritakan segala konflik diri yang dialaminya kerana Siti lebih suka berahsia. Maka lahirlah lagu yang bertajuk Biarlah Rahsia.

Dua lagu yang akan memberi kepastian samada Siti benar-benar dilamun cinta terkandung didalam Intrig Cinta dan Destinasi Cinta.

Siti amat selesa berteka-teki tentang “orang istimewa” yang berada di dalam hidupnya di saat ini. Hayatilah lagu Hidup Penuh Bicara, Bila Harus Memilih (seorang gadis yang didalam dilema), Rupanya Kita Serupa, Cuba Untuk Mengerti dan Impiankan Nyata untuk mencari jawapannya.