Agong Dan Permaisuri Berangkat Ke Majlis Perkahwinan Anak Perempuan Hishammuddin



Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bersama Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berkenan bergambar kenangan dengan pasangan pengantin Muhd Anas Zawawi Khalid bersama pasangannya Nasha Alyssa pada majlis resepsi perkahwinan anak sulung Hishammuddin di sini, hari ini.
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bersama Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berkenan bergambar kenangan dengan pasangan pengantin Muhd Anas Zawawi Khalid bersama pasangannya Nasha Alyssa pada majlis resepsi perkahwinan anak sulung Hishammuddin di sini, hari ini.
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah malam tadi berkenan berangkat ke majlis perkahwinan anak sulung Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di sebuah hotel di sini.

Ketibaan Seri Paduka berdua disambut Menteri Dalam Negeri itu dan isteri, Tengku Datin Seri Marsilla Tengku Abdullah.

Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah turut berkenan merenjis serta menepung tawar pasangan mempelai, Nasha Alyssa Hishammuddin, 23, dan Muhd Anas Zawawi Khalid, 25.Turut berangkat Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar dan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob serta isteri Toh Puan Zurina Kassim.

Majlis itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor, dua bekas Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi serta isteri masing-masing, iaitu Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Tun Jeanne Abdullah.

Pasangan itu selamat diijabkabulkan di kediaman pengantin perempuan di Taman Tun Abdul Razak, Ampang Jaya pada 24 November lalu, dan resepsi berlangsung kelmarin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Nasha Alyssa mengusahakan butik kecantikan di ibu negara manakala Muhd Anas Zawawi, anak sulung Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dengan bekas isteri Tengku Zawiyah Tengku Izham, terbabit dalam bidang perniagaan teknologi maklumat.
Khalid, yang kini suami penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, dan Tengku Zawiyah turut menghadiri majlis itu.

Kira-kira 1,000 tetamu menghadiri majlis itu. – BERNAMA

Berita Harian

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*