Aaron Aziz Bintang Paling Popular 2011

GENTING HIGHLANDS, 8 APRIL 2012: Bintang Paling Popular 2011 menjadi milik pelakon Aaron Aziz. Keputusan ini sekaligus menepati ramalan berikutan nama pelakon yang berasal dari Kota Singa ini terus mendapat perhatian selepas bangkit menerusi filem Ombak Rindu.

Selain menerima trofi, Aaron turut membawa pulang sebuah kereta Nissan Teana bernilai RM175 000 berserta barang kemas Rafflesia Mandalay bernilai RM250 000.

Pelakon kacak ini terus unggul dengan memenangi kategori pelakon filem lelaki popular mengalahkan pemenang tahun lalu iaitu Saheizy Sam.

Majlis gilang- gemilang ini juga turut menganugerahkan ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid sebagai penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat ABPBH2011.

Dalam pada itu, Zizan Razak memecah tradisi kategori pengacara TV lelaki popular apabila dia berjaya mengalahkan Aznil Hj Nawawi yang sudah bertahun-tahun memenangi kategori ini.

Menerusi kategori penyampai radio lelaki dan wanita popular, Faizal Ismail dan Fara Fauzana masih mengekalkan takhta apabila sekali lagi dipilih peminat untuk memenangi kategori ini.

Keseluruhan pemenang untuk kategori yang dipertandingkan rata-ratanya dimonopoli oleh pemenang yang baru.

Sementara itu, bagi kategori yang pertama kali diwujudkan iaitu anugerah Seri Perak telah diberikan kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin. Untuk kategori ini, Siti menepati ramalan dan membuktikan bahawa namanya masih lagi popular di mata peminat hiburan tempatan.

Anugerah yang dianjurkan kali ke-25 ini dimeriahkan dengan persembahan pembukaan dari Stacy, Alyah dan Datuk Siti Nurhaliza. Persembahan ketiga-tiga penyanyi ini mendapat iringan tarian dari pelakon tempatan seperti Watie Elite, Maria Farida dan pasangan suami isteri, Lisdawati dan Fauzi Nawawi.

Di pertengahan anugerah yang diadakan secara langsung dari Arena Of Star, Genting Highland ini diserikan dengan persembahan tribute Tan Sri P Ramlee, Biduanita Saloma, Datuk Sharifah Aini, Datuk Sudirman Hj Arshad dan Datuk Siti Nurhaliza. Artis yang diberi mandat untuk segmen ini adalah Anuar Zain, Dayang Nurfaizah, Najwa Latiff, Black, Bob dan Shila Amzah.

Kemuncak persembahan ABPBH25 diakhiri dengan persembahan dari Salma Mentor, Hazama, Faizal Tahir dan Amy Search bersama Man Kidal menerusi segmen lagu-lagu berentak rock. Pengacara ABPBH25 ialah Zizan Razak, Didie Alias, Raja Azura dan Sharifah Shahira.

Penyampai Anugerah ABPBH25

Nora Danish & Adi Putra
Kumpulan Boboi
Nurul Syuhada & Datin Seri Normala Samsudin
Ridhuan Hashim & Neelofa
Chad, Deen & Kamelia
Erra Fazira & Mustapha Kamal
Rosyam Noor & Fazura
Datuk Yusof Haslam, Samsul Yusof dan Syafiq Yusof
Datuk DJ Dave & Wan Maimunah

Berikut adalah keputusan penuh ABPBH2011:

Penyanyi Lelaki

Faizal Tahir
Anuar Zain
Aizat
Hafiz (pemenang)
Black

Penyanyi Wanita

Najwa Latif
Yuna (pemenang)
Stacy
Alyah
Shila Amzah

Artis duo/Berkempulan

6ixth Sense
Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah (pemenang)
Meet Unclee Hussain/Hazama
Bunkface
Forteen

Artis Baru Lelaki

Johan Ariff As’ari (pemenang)
Hazama
Awi Rafael
Aeril Zafrel
Beto Khusyairi

Artis Baru Wanita

Tasha Shilla (pemenang)
Najwa Latif
Neelofa
Nur Fathia
Izara Aishah

Pelakon Filem Lelaki

Aaron Aziz (pemenang)
Shaheizy Sam
Adi Putra
Syamsul Yusof
Bront Palaree

Pelakon Filem Wanita

Lisa Surihani
Maya Karin (pemenang)
Diana Danielle
Yana Samsudin
Eja

Pelakon TV Lelaki

Aaron Aziz
Adi Putra
Remy Ishak
Fizz Fairuz (pemenang)
Fauzi Nawawi

Pelakon TV Wanita

Fasha Sandha (pemenang)
Tizz Zaqyah
Scha Alyahya
Nora Danish
Rozita Che Wan

Artis Komedi Lelaki

Zizan Razak
Johan (pemenang)
Nabil
Along Cham
Afdlin Shauki

Artis Komedi Wanita

Noorkhiriah
Sharifah Shahira
Didie Alias (pemenang)
Kenchana Dewi
Alliza Abdullah@Enot

Pengacara TV Lelaki

Aznil Nawawi
Faizal Ismail
Ally Iskandar
Awal Ashaari
Zizan Razak (pemenang)

Pengacara TV Wanita

Fara Fauzana (pemenang)
Cheryl Samad
Sharifah Shahira
Raja Azura
Nurul Shuhada

Penyampai Radio Lelaki

Faizal Ismail (pemenang)
Aznil Nawawi
AG
Halim Othman
Khairil Rashid @ Krill

Penyampai Radio Wanita

Fara Fauzana (pemenang)
Linda Onn
Raja Azura
Abby Fana
Sharifah Shahira

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat ABPBH2011

Datuk Sheila Majid

Anugerah Seri Perak

Datuk Siti Nurhaliza

Artis Paling Popular 2011

Aaron Aziz

Murai