Majlis Hari Raya Yang Lalu…
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Seperti biasa Siti mendoakan agar anda semua berada dalam keadaan yang baik dan dikurniakan kebahagiaan selalu.
Rasanya masih belum terlambat untuk Siti mengucapkan terima kasih di atas kehadiran warga Sitizone yang berkesempatan datang berhari raya bersama-sama tempohari. Pertama sekali Siti minta maaf jika ianya diadakan agak tergesa-gesa memandangkan Siti memang ada urusan lain selepas tarikh itu. Namun kehadiran warga Sitizone hari itu amat menggembirakan Siti walaupun Siti difahamkan warga Sitizone yang lama tidak sempat mendaftar dan ada di antara mereka yang tidak mendapat undangan kerananya. Siti mohon maaf kerana majlis yang buat pertama kali diadakan ini adalah khusus untuk warga Sitizone yang mendaftar sahaja (pendaftaran di Sitizone baru).
InsyaAllah jika ada rezeki, di masa akan datang majlis seumpama ini boleh diadakan lagi. Siti berharap agar semua yang datang hari itu berpuas hati dengan majlis yang seadanya itu dan terhibur dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan. Cuma Siti perhatikan ada warga Sitizone yang malu-malu dan ada juga di antara mereka yang tidak mengambil bahagian tetapi hanya menyokong dari belakang. Selepas ini Siti berharap agar semua warga Sitizone akan bekerjasama, tidak hanya ada kelompok tertentu kerana laman ini dibuka khusus untuk merapatkan hubungan di antara kita semua.
Selepas mesej ini anda baca, Siti sudah sibuk dengan persediaan rakaman vokal. Sekarang ini muzik untuk album sudah siap dan Siti sudah bersedia ke studio. Doakan agar album ini akan dapat disiapkan dengan baik. Siti juga ada sasaran tertentu untuk album ini, besar harapan Siti agar Sitizone dan peminat semua dapat bekerjasama bagi memastikan album ini akan menjadi penanda aras industri muzik Malaysia terus berkembang.
Buat semua, semoga gembira dan bagi yang menduduki peperiksaan semoga berjaya. Kepada yang telahpun menduduki peperiksaan, doa Siti agar anda juga akan berjaya.
Sekian, salam mesra selalu.
Siti Nurhaliza
Weekend Watch: Brazilian FI ‘Live’ On Sunday Morning
THE Brazilian Grand Prix F1 race in Sao Paulo will be aired “live” over RTM1 early Sunday morning at 12.30am.
New this weekend is a Japanese serial entitled Hana Kim (8TV, Sunday, 3pm).
The drama is based on the popular manga of the same name by Nakajo Hisaya.
It revolves around Ashiya Mizuki, a Japanese girl in the United States. One day, she watches young athlete Sano Izumi on television compete in the high jump.
She begins to idolise him, and decides to move to Japan to attend the same school. However, Izumi goes to an all-boys school, so Mizuki disguises herself as a boy.
The series stars Horikita Maki, Oguri Shun, Ikuta Toma, Konno Mahiru and Kamikawa Takaya.
For a little music, catch Eksklusif… Siti Nurhaliza Bersama Peminat (RTM2, tomorrow, 11pm).
In this two-hour presentation, Datuk Siti Nurhaliza will sing such hits as Ku Mahu, Kau Ku Sayang, Wanita, Penawar Rindu, Bukan Cinta Biasa and Biarlah Rahsia, as well as more traditional numbers.
Learn about the making of comedy adventure Tropic Thunder, (8TV, tomorrow, 10.30am), teen musical film High School Musical 3: Senior Year (8TV, Sunday, 10.30am) and local film Budak Kelantan (ntv7, Sunday, 1.30pm) this weekend.
Tropic Thunder, starring Robert Downey Jr, Jack Black and Ben Stiller, is about the cast in a big-budget war movie finding themselves in the middle of the jungle where the enemy shoots real bullets.
High School Musical 3: Senior Year stars Zac Efron, Vanessa Hudgens and Ashley Tisdale.
Budak Kelantan, starring Danny X-Factor, revolves around two youths who are influenced differently by city life.
TOMORROW
Midnight Movie (RTM1, 11.30pm) – Chances Are
A man dies in an accident but gets a second chance at life when he’s reborn. Starring Cybill Shepherd, Robert Downey Jr and Mary Stuart Masterson.
Bollygood On 2 (RTM2, 12.30pm) – Abhiman
A pop singer finally settles down and decides to record a duet with his wife, only to regret it when she becomes more popular. Starring Amitabh Bachchan, Jaya Bhaduri, G. Asrani, Bindu and Durga Khote.
Saturday Nite Special On 2 (RTM2, 9pm) – Alien Resurrection
After killing herself to prevent the government from taking a monster alien to Earth, Ellen Ripley awakens 200 years later to find she has been cloned…
Starring Sigourney Weaver, Winona Ryder and Ron Perlman.
Panggung Sabtu (TV3, 2pm) – Yun Hota Toh Kya Hota
Four strangers board a flight to the United States which makes a stop in Boston.
Here passengers board the plane – people who will decide whether they are to live or die. Starring Konkona Sen Sharma, Irfan Khan, Ayesha Takia and Jimmy Shergil.
Hong Movie Saturday (ntv7, Midnight) – Magic Touch
A con artist in “fortune-telling” one day coincidentally manages to predict what is to come. This time, he decides to put it to good use. This top-rated comedy stars Michael Hui, Leon Lai and Ricky Hui.
Chinese Movie (8TV, 8.30pm) – If You Care
Interior designer Chun-fai’s goal is to earn as much money as he can.
But he turns from a selfish person into one who is caring after a car crash.
Starring Eason Chan, Candy Lo, Gillian Chung and Eric Kot.
SUNDAY
Spice Of India (RTM2, 12.30pm) – Naan Avan Illai
Annamalai ends up in jail for cheating several women by marrying them and then making off with their money.
However, the daughter of the judge who is presiding over his case is attracted to him.
This is a remake of K. Balachander’s classic film of the same title.
Starring Sneha, Malavika, Namitha, Jyothirmayi and Keerthi Chawla.
Golden Premier (RTM2, 10pm) – Big Shot’s Funeral
Director Don Tyler is getting sicker by the day while on location in Beijing, so his assistant hires a down-and-out cameraman, YoYo, to take the reins.
YoYo is determined to make an unforgettable movie.
Starring Donald Sutherland, You Ge and Rosamund Kwan.
TV3 Cinema (TV3, 12.30am) – Rocky
An amateur boxer from Philadelphia’s tough neighbourhood gets a shot at the heavyweight championship title.
Starring Slyvester Stallone, Talia Shire, Burt Young and Carl Weathers.
Sinema (TV9, 10pm) – Cantiknya Audra Laili
Audra falls in love with Awang Lekir. Unfortunately, her family decides to marry her off to Tengku Syed Osman, a man who has disappeared under mysterious circumstances.
Starring Imuda, Aida Aris and Azean Irdawaty.
New Straits Times
Terbaik Daripada Yang Popular
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
zhusni@bhariah.com.my

BARISAN nama yang bakal melakar sejarah pada malam Anugerah Skrin 2008.
Sebanyak 18 telefilem, 22 filem bertanding rebut 22 kategori pada Anugerah Skrin 2008 anjuran TV3
TANPA perlu membandingkan dengan Anugerah Emmy yang sudah melewati hampir enam dekad usia penganjuran, penggiat industri drama dan filem tempatan juga mampu berbangga dengan Anugerah Skrin yang diperkenalkan TV3 sejak 1995. Bertatih membina reputasi, Anugerah Skrin hari ini membesar, memperlihatkan proses evolusi yang mematangkan acara tahunan yang menobatkan penggiat drama dan filem tempatan.
Membawakan tema Berlian, Anugerah Skrin 2008 (ASK 2008) sekali lagi membuktikan kesungguhan stesen televisyen swasta ulung itu untuk menyatakan terima kasih serta penghargaan mereka terhadap anak seni berjasa dalam memasyhurkan karya tempatan.
Buat kali keempat juga, penyertaan ASK 2008 turuti memperoleh kepercayaan jitu daripada stesen televisyen lain untuk sama menggembleng bahu dan menjayakan acara bersejarah dengan mempertandingkan produk siaran mereka.
Bakal berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 7 November ini, jam 8.30 malam, ASK 2008 mempertandingkan 22 anugerah, berbanding 20 kategori tahun lalu meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman.
Seperkara yang menarik, ASK 2008 juga mengangkat kepercayaan terhadap watak pembantu yang turut memainkan peranan besar dalam sesebuah penerbitan dengan memperkenalkan dua kategori baru iaitu Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

GANDINGAN Adlin dan Nurul Syuhada melancarkan ASK 2008.
Umumnya, ASK 2008 menyaksikan sembilan kategori dikhususkan untuk drama, drama rantaian dan drama komedi, tujuh kategori filem dan enam kategori penerbitan dalaman. Penyertaan pula dipilih berdasarkan catatan jumlah penonton (rating) yang diraih berdasarkan kajian AGB Nielsen mengikut genre masing-masing daripada saluran membabitkan TV3, ntv9, 8TV, TV9, RTM dan Astro.
Ia menyaksikan 18 telefilem bertarung merebut Drama Terbaik, manakala Drama Rantaian Terbaik pula memperlihatkan 13 drama bersiri bertanding diikuti Drama Komedi Terbaik dengan lima pencalonan. Walaupun menerima hadiah terbaik, tetapi pencalonan awal berdasarkan populariti sesebuah drama iaitu mengikut rating tertinggi disenaraikan dalam anugerah ini.
Filem pula menyaksikan 22 produksi bertanding, berdasarkan tarikh tayangan bermula 1 Julai 2007 hingga 30 Jun 2008. Bagaimanapun, pada usia 13 tahun barangkali sudah matang sebuah acara berprestij seperti Anugerah Skrin, namun malangnya masih ada beberapa aspek yang perlu diperbaiki untuk memastikan kredibiliti anugerah itu tidak dipersoalkan.
Jika jumlah tontonan menjadi ukuran untuk sesebuah produk membolosi senarai pencalonan, mampukah ASK 2008 mengangkat produk berkualiti tanpa berlaku prejudis terhadap karya lain yang barangkali lebih layak tetapi kurang mendapat perhatian khalayak?
Bercakap mengenai perkara ini, Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Datuk Amrin Awaluddin berkata, hanya pemilihan awal berdasarkan jumlah tontonan namun penjurian di peringkat akhir ditentukan oleh panel juri profesional. Tetapi, apakah wajar populariti dijadikan penanda aras untuk menentukan kualiti sesebuah produk?
Amrin berkata, selama 52 minggu bersiaran, panel juri berkemungkinan menghadapi kesukaran untuk menilai semua drama yang disiarkan menerusi kesemua stesen terbabit.
Justeru, menyenarai pendek penyertaan berdasarkan jumlah tontonan mampu mengatasi masalah itu sekali gus memberikan juri profesional masa yang cukup untuk mengadili semua produk yang dipertandingkan.
Jalan pintas yang mungkin memberi kemudahan dari segi penjurian tetapi mampukah cara itu memutik keyakinan kepada penerbit untuk memartabat ASK sebagai acara yang punya kredibiliti?
Antara populariti dan kualiti, ASK 2008 dilihat tidak lebih sekadar meneruskan kelangsungan penganjuran tanpa memberi keadilan kepada semua penerbitan yang layak untuk dipertandingkan.
Logiknya, dalam seminggu hanya berapa drama disiarkan menerusi semua saluran televisyen. Apakah jumlah kecil itu tidak mampu dinilai secara berperingkat oleh penganjur hingga mendesak mereka menunggu saat akhir untuk mengadili kesemuanya? Mengapa tidak proses penilaian dilakukan dari awal kerana ASK juga menetapkan tarikh siaran tertentu untuk sesebuah drama layak dipertandingkan?
Turut menjadi persoalan, mengapa perlu merujuk kepada stesen televisyen untuk mendapatkan pencalonan sedangkan pihak yang sepatutnya menyerahkan penyertaan adalah penerbit?
Bukan mahu membandingkan Anugerah Emmy yang jauh lebih berpengalaman namun apa salahnya ASK 2008 mengambil formula yang diamalkan acara itu lalu dimanfaatkan untuk membantu mempertingkatkan industri drama tempatan.
Rasanya itu lebih memberi keadilan jika TV3 serius mahu memacu kualiti penerbitan drama tempatan dan menggalakkan penerbit untuk tampil dengan produk lebih hebat dan membanggakan nama Malaysia.
Ukuran penerimaan khalayak juga tidak seharusnya dijadikan sandaran untuk menilai kualiti kerana antara mutu dan populariti, ada garis besar yang memisahkan dua aspek itu.
Disukai khalayak tidak bermakna program itu berkualiti kerana ia disokong pelbagai faktor lain termasuk siri promosi berkesan yang hanya dijalankan oleh sesetengah saluran televisyen dan penerbit.
Bagaimana nasib penerbit yang menghasilkan drama yang baik tetapi tidak diendahkan khalayak kerana kurang diberikan promosi hingga langsung tidak disedari kemunculannya? Siapa yang seharusnya membela mereka? Apakah mereka tidak layak menyertai ASK hanya kerana kurang jumlah penonton?
ASK 2008 menetapkan kriteria seperti plot dan garapan skrip, kekuatan dialog, bahasa dan gaya serta
penafsiran dan penghayatan watak, pembawaan dan peranan pelbagai watak sebagai antara aspek utama
menentukan pemenang bagi setiap kategori membabitkan drama, filem dan penerbitan dalaman.
Aspek lain yang turut diperhatikan adalah pengarahan dan lakonan, watak serta kesan lakonan, videografi dan penyuntingan teknik visual, teknikal membabitkan bunyi, penata cahaya dan kesan khas selain kreativiti lakonan iaitu keberkesanan dan konsistensi dalam lakonan.
Ketika penggiat filem dan drama menaruh kepercayaan industri ini akan terus berkembang, ASK 2008 bagaimanapun, masih belum yakin untuk mempertandingkan aspek teknikal yang turut memainkan peranan penting dalam sesebuah produksi.
Lalu apa yang ada pada ASK 2008 hanya kategori yang mengangkat martabat pelakon dan pengarah manakala kekuatan keseluruhan produksi terpaksa dikongsi semua menerusi kategori Drama/Filem Terbaik dan Lakon TV/Lakon Layar Terbaik Filem.
Di mana peranan mereka yang berada di balik tabir? Mengulas mengenai hal ini, Amrin berkata, industri penerbitan drama dan filem tempatan masih kecil menyebabkan kita tidak mempunyai cukup kepakaran untuk menilai aspek itu.
Bagaimanapun, katanya, mereka yakin dalam tempoh lima tahun akan datang ASK akan berkembang dan penilaian yang dibuat juga lebih mendalam mencakupi pelbagai aspek teknikal.
Sudah tiba masanya ASK mengalami anjakan, membawa anugerah itu ke satu tahap baru dan membuktikan kita juga mampu melakukan sesuatu yang membanggakan dengan cara sendiri.
ASK 2008 menyaksikan gandingan Nurul Syuhada dan Adlin Aman Ramli sebagai pengacara majlis, selain disajikan persembahan hiburan daripada Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Adibah Noor, Lah, Noryn Aziz dan Nikki.
INFO: Kategori dipertandingkan pada ASK 2008
Drama, Drama Rantaian dan Drama Komedi:
Drama Terbaik Pelakon Lelaki Terbaik Pelakon Wanita Terbaik Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Pengarah Terbaik Lakon TV Terbaik Drama Rantaian Terbaik Drama Komedi Terbaik
Filem:
Filem Terbaik Pelakon Lelaki Terbaik Pelakon Wanita Terbaik Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Pengarah Terbaik Lakon Layar Terbaik
Penerbitan Dalaman:
Dokumentari/Majalah Terbaik Rancangan Bual Bicara Terbaik Rancangan Muzik Terbaik Rancangan Hiburan Terbaik Rancangan Realiti Terbaik Rancangan Laporan Khas/Berita Terbaik
Calon Drama ASK 2008
Kehangatan Lantana (Neon Entertainment Sdn Bhd/TV3) Ihsan (Layar Consult Sdn Bhd/TV3) Tuhan Pun Tahu (JS Pictures Sdn Bhd/TV3) Cinta Si Rempit (Sonata Films Sdn Bhd/TV3) Suara Saleha (Pena Creative Sdn Bhd/TV3) Cari (Suhan Movies & Trading Sdn Bhd) Pulanglah Di Aidilfitri (Suar Channel Sdn Bhd/RTM1) Nasi Lemak Lebaran (Kirawang Sdn Bhd/RTM1) Kebun Pisang Tok Mudim (Sketch Seven Sdn Bhd/RTM2) Calon Madu (Tas Sdn Bhd/RTM2) Wasiat Fitrah (Unit Drama TV RTM/RTM2) Raya Sedondon (Pena Creative Sdn Bhd/TV9) Abang! Mak Panggil Balik (Radius One Sdn Bhd/TV9) Relung Kasih (Grand Brilliance Sdn Bhd/TV9) Aku Bukan Buaya (Grand Brilliance Sdn Bhd/ntv7) Jangan Lupa (Phosumpro Sdn Bhd/ntv7) Hang 2 (Big Star Acts Sdn Bhd/Ria) Kembalikan Amanda (Helle Pictures Sdn Bhd/Ria)
Drama Rantaian:
Jelatang (Asia Media Content Sdn Bhd/TV3) Iris (Suhan Movies & Trading Sdn Bhd/TV3) Manjalara (Juita Viden/Filmscape Sdn Bhd/ TV3) Bella (Grand Brilliance Sdn Bhd/TV3) Takdir Yang Terindah (Suhan Movies & Trading Sdn Bhd/RTM1) Bicara Aur Dengan Tebing (Teniview (M) Sdn Bhd/RTM1) Tangisan Bulan Madu (Asia Media Content Sdn Bhd/RTM2) Bilik No 13 (Manjafilms Sdn Bhd/RTM2) Akademi Polis (ME Comm Sdn Bhd/TV9) Pendekar Lima (Ace Motion Pictures Sdn Bhd/TV9) Elly (Asia Media Content Sdn Bhd/ntv7) Ghost (Popiah Pictures/8TV) Jangan Main Belakan (MIG Production Sdn Bhd/Ria)
Drama Komedi:
Mr Mama (Radius One Sdn Bhd/TV3) Bujang Antik (Radius One Sdn Bhd/RTM1) Pak Pandir Moden (Suhan Movies & Trading Sdn Bhd/TV9) Gaia (Karya Prima Sdn Bhd/Ria) Di Bawah Ketiak Isteri (Nusantara Seni Karya Sdn Bhd/Prima)
Berita Harian
Our Very Own Little Voice
Yana’s a natural!
Like the young girl in the British film Little Voice, eight-year-old Nurriyana Jamhari is a little dynamo with a big voice, writes DENNIS CHUA.
PETITE Nurriyana Jamhari may be only eight, but she has managed to impress many of her seniors in the music industry as a natural-born entertainer.
The youngest of businesswoman Herlina Jaafar’s six children, the Petaling Jaya-born Nurriyana, or Yana as she is affectionately called by family and fans, has been singing since she was four.
Herlina said: “Yana’s first song was Air Mata Ibu, a popular song by Datuk Siti Nurhaliza. After hearing it, I felt that my daughter was destined to sing.”
Yana’s siblings also enjoy singing but Herlina said her youngest was easily the most passionate about her God-given talent.
“Not only did she pick up singing at a young age, she also imitated the singers’ moves after watching her on television,” Herlina said.
Yana lists Siti Nurhaliza as her idol, besides Indonesian pop princess Agnes Monica and Canadian rock star Avril Lavigne.
Yana’s first major singing project was in 2005 when she came up with a nasyid-oriented album titled Lagu Doa Kanak-Kanak. It was produced by Hamparan Rezeki in aid of the National Cancer Council of Malaysia.
She won her first major singing contest last year. It was ntv7′s talent search programme Aiyoh!
She said: “I sang Agnes’ Tak Ada Logika, one of my favourite numbers.”
In the same year, she participated in Kuala Lumpur City Hall’s Bintang Kecil singing contest as its youngest participant.
“I picked Inul Daratista’s (Indonesian dangdut queen) Goyang Inul. I also did a patriotic number, Baju Hijau,” she said.
Yana subsequently performed with such big names as Adibah Noor, Amy Mastura and Jaclyn Victor.
She said: “I sang a duet with Adibah in the KL Tower and one with Jaclyn in Putrajaya, both this year. They are fantastic singers.
“I also performed with Azwan Ali in a Hari Raya concert. He’s really funny.”
Yana’s other memorable performances include singing aboard a ship on a Tourism Ministry promotion in Pantai Puteri, Malacca, last year, and singing with iconic rockers Jinbara at the Langkawi Stadium in Kuah, Langkawi in 2006.
Her most recent appearances include those at a Rakan Muda concert in Kuala Lumpur, a Karyawan buka puasa in the Putra World Trade Centre, on RTM1 children’s programme Selamat Pagi Sayang and on the channel’s Hari Raya special, Yeh Yeh Hari Raya.
Herlina said: “She also joined TV3′s Jom Heboh carnival in the Bukit Jalil Stadium, appeared in the TV3 programme Melodi and represented Malaysia in the Children’s Arts Festival in Istana Budaya.”
Besides singing, Yana also has a keen interest in acting and modelling.
In 2005, she starred in the musical play Rubiah alongside Singaporean actress Maizurah Hamzah and veteran actor Ahmad Tarmimi Siregar at Istana Budaya, and played the role of Aliya in RTM2′s family-oriented sitcom, Keluarga Adam.
Early this year, she appeared as an extra in the film Sepi, which starred Afdlin Shauki and Vanidah Imran, and participated in the Asian Broadcasting Union Short Drama Festival that was held in Angkasapuri.
Yana said: “I was a Dumex calendar model last year, too, something I share with Vanidah and her family.”
She has also appeared in print and television advertisements for McDonald’s, Digi and Mastercard, among others.
Herlina said Yana’s strength as a singer lies largely in her ability to memorise music and lyrics.
“It comes naturally to her. She does not need to practise much in order to sing on stage,” she said.
Yana would love to compose and write her own songs one day and master a musical instrument like the piano.
Herlina said: “While she enjoys singing, she is also committed to her studies as a student of Sekolah Kebangsaan Tasik Permaisuri in Cheras. I always remind her to do well in school too.”
Yana said: “My goal is to sing with my local and foreign heroes. And to make an impact on the local music scene.”
New Straits Times
Rahsia Resipi Zaidah
Oleh SHAMRAN SARAHAN
shamss@hmetro.com.my
APAKAH keistimewaan nama Restoran Djeumpa? Pasti pengunjung yang singgah ke restoran terletak di Bukit Antarabangsa, Ulu Klang, Selangor itu menyangka perkataan Djeumpa bermaksud jumpa.
Namun, telahan itu tidak tepat. Djeumpa sebenarnya perkataan dalam bahasa Aceh, Indonesia yang bermaksud haruman cempaka.
Sebagaimana maksudnya, pemilik restoran, Zaidah Mohd Noor, 51, atau dikenali Chef Zaidah, menganggapnya sebagai ‘rahsia’ resipi setiap hidangan ciptaannya yang memiliki kelainan tersendiri dan bau yang mempesona bak haruman cempaka.
Pun begitu, menurut Chef Zaidah, ia bukan pula bermakna hidangan yang disediakan restoran yang dibuka sejak 5 September lalu itu menyediakan makanan dari Aceh, sebagaimana pemilihan nama restoran.
“Makanan di sini tiada kena mengena dengan masakan dari Aceh. Hidangan di sini, 70 peratus adalah makanan Melayu dan bakinya makanan Barat.
“Djeumpa sekadar keistimewaan pada hidangan yang ada. Misalnya, nasi ayam Djeumpa yang istimewa kerana hidangan sambal dan ‘harumannya’,” katanya yang juga pengacara rancangan masakan.
Yang menarik, hidangan istimewa di Restoran Djeumpa bukan saja hasil rahsia resipi yang dimiliki chef berpengalaman itu, tetapi turut mendapat sentuhan idea anak dan menantunya yang bersama-sama mengusahakan restoran.
Kira-kira 40 menu istimewa disediakan, antara yang menarik sebagai pilihan adalah nasi ulam, sup merah, bihun Siam Singapura, rojak Kateh, ikan bakar Djeumpa, mi rebus, nasi goreng kampung, laksa Johor, nasi lemak hijau, char kue tiau dan mi goreng kantonis.
Turut disediakan ialah hidangan Barat seperti stik ikan salmon, stik kambing, ‘chicken chop’, pasta ala Vongole, pasta masakan laut, ‘spaghetti cabonara’ dan aneka pilihan salad.
“Ketika ini, hidangan paling mendapat sambutan adalah sup merah Djeumpa. Ia sup istimewa ciptaan saya yang disajikan menggunakan kuah pekat kemerahan dan berlaukkan ekor lembu.
“Selain itu, saya mencipta kelainan pada hidangan nasi lemak. Biasanya nasi lemak berwarna putih, tetapi di sini ia berwarna hijau kerana menggunakan daun pandan yang diadunkan dengan nasi,” katanya yang membuka restoran berkenaan bersama anaknya, Zaireen Ahmad Ibrahim dan menantunya, Ramdzan Mahyuddin.
Tambah Chef Zaidah, pada waktu malam, turut disediakan hidangan snek atau makanan ringan sebagai pilihan pengunjung seperti aneka bubur, keropok dan pencuci mulut istimewa.
“Hidangan menarik yang menjadi pilihan pengunjung ialah rojak kateh. Ia masakan tempatan istimewa yang saya peroleh daripada Terengganu,” katanya.
Mengenai minuman, restoran ini turut menyediakan aneka pilihan yang menyelerakan kepada pengunjung, antaranya jus Djeumpa, jus timun, aneka minuman buah dan teh pelbagai rasa.
“Paling menarik, ada disediakan jus menggunakan telur burung puyuh, halia dan aneka rempah. Ia dipanggil jus seri cempaka. Minuman ini berkhasiat dan baik untuk kesihatan,” katanya.
Chef Zaidah berkata, restoran yang sesuai untuk kunjungan keluarga ini mampu memuatkan 110 pengunjung dan turut bersedia untuk tempahan perkahwinan, majlis hari jadi, tempahan korporat serta majlis keraian.
Restoran itu juga menyediakan ruang selesa dan dihiasi dengan deretan lukisan menarik di dinding seperti potret Mawi dan Datuk Siti Nurhaliza.
Menariknya, lukisan yang menghiasi restoran itu karya seni yang dihasilkan oleh suami Chef Zaidah, Ahmad Ibrahim.
Ikan Bakar Djeumpa
Bahan:
1. Bawang merah dan putih
2. Halia
3. Kunyit hidup
4. Lengkuas dan batang serai
5. Buah keras
Bahan B
1. Ikan talapia atau dowry
2. Daun salam
3. Santan
4. Marjerin dan kicap pekat
5. Air limau nipis
6. Serbuk lada hitam
Cara memasak
Bahan A ditumis. Gunakan 20 biji bawang merah dan 10 ulas bawang putih, setengah inci halia, kunyit hidup dan lengkuas, enam batang serai dan lima buah keras yang dikisar halus. Ketika ditumis masukkan sekali daun salam sehingga minyak naik.
Ikan hendaklah dilumur dengan sedikit garam dan goreng sehingga garing. Kicap, marjerin dan air limau nipis di masak sekejap saja.
Kemudian, ikan goreng tadi dipanggang menggunakan daun pisang. Apabila masak, bahan tumis dan kicap disapu pada ikan goreng berkenaan. Ia perlu disapu pada kedua-dua belah ikan itu.
MAKANAN
Nasi ayam djeumpa – RM9.50
Nasi ulam – RM10.50
Sup ekor – RM7.50
Bihun Siam Singapura – RM7.50
Rojak Kateh – RM4
MINUMAN
Kopi Djeumpa – RM2.80
Teh jasmin hijau – RM3.50
Jus tembikai susu – RM4.20
WAKTU OPERASI: Selasa hingga Ahad, dari jam 3 petang hingga 12 malam.
ALAMAT: Djeumpa Restoran, Kelab Oakleaf, Bukit Antarabangsa, Ulu Klang, Selangor.
Harian Metro
CAK: Hantaran Mawi RM30,000
cak@hmetro.com.my
Rap
KETIKA sidang media pengumuman tarikh perkahwinannya, bintang paling popular Anugerah Berita Harian tiga tahun berturut-turut, Asmawi Ani enggan mengulas lanjut perihal jumlah hantaran yang bakal diterima permaisuri hatinya, Nora’ashikin Rahmat atau Ekin.
Puas dipujuk dan didesak, Mawi tetap mengunci mulut. Katanya, perkara itu masih dalam perbincangan dengan keluarga Ekin. Dia keliru dan belum membuat keputusan apabila keluarga bakal mentua menyerahkan bulat-bulat kepadanya untuk menentukan jumlah hantaran.
CAK cuba merisik lebih lanjut melalui telefon. Biasalah, selagi tak dapat apa yang diinginkan, CAK tak akan tenang. Mawi pula cukup terbuka berbicara mengenai perkara itu.
Kata pelantun lagu Kian ini, hasil perbincangan dengan keluarga, dia akan menyerahkan wang hantaran bernilai RM30,000 kepada buah hatinya.
Mawi turut memberitahu, antara barang hantaran yang bakal diterima Ekin adalah kasut, beg tangan, telekung, sejadah, al-Quran serta minyak wangi dan dia pula kemeja, kasut, songkok, al-Quran, sejadah, kain pasang untuk baju Melayu, tali pinggang dan dompet.
Sebagai gimik, helikopter digunakan untuk membawa pasangan mempelai ke majlis resepsi di Felda Taib Andak yang ditaja orang perseorangan sebagai hadiah perkahwinan. Dengan pengangkutan ini, perjalanan hanya mengambil masa 15 hingga 20 minit.
CAK dengar Mawi dan Ekin juga akan diarak dengan kuda dalam majlis resepsi di Palace Of The Golden Horses nanti. Lebih menarik, Mawi akan menunggang kuda. Bagaimanapun, perkara ini masih dalam perbincangan dengan pihak pengurusan hotel mewah itu.
Dalam pada itu, ada juga ura-ura Raja Sehari akan berlayar di atas bot di tasik bersebelahan hotel berkenaan. Dari atas bot, Mawi dan pasangan akan melambai-lambai ke arah tetamu yang menanti kehadirannya.
Fuh! Hebat sungguh. Sebelum ini Datuk Siti Nurhaliza pernah berhajat melambai kepada peminatnya dari atas kereta kuda ketika majlis resepsinya di Kuala Lumpur tetapi tidak kesampaian.
Harapnya apa yang dirancang dalam perkahwinan Mawi dan Ekin berjalan lancar dan menjadi kenangan indah bersama.
Harian Metro
CAK: Siti Nurhaliza Dilamar Lagi
cak@hmetro.com.my
Rap
KISAH Datuk Siti Nurhaliza menolak lamaran KRU untuk berlakon filem muzikal, Magika, bukan perkara baru lagi. Malah, ramai yang sudah lama menyimpan hasrat mengajak Siti berlakon dengan produksi masing-masing sejak zaman anak dara lagi.
Masih ingat lagi tawaran RM1 juta dulu! Itu dulu tetapi melalui satu sumber terbaru, CAK diberitahu yang Siti dilamar lagi oleh seorang produser muda yang juga nama besar di dalam industri. Bagaimanapun, CAK perlu merahsiakan nama produser itu buat seketika.
Produser yang juga pelakon terkenal itu khabarnya mahu menyunting Siti berlakon filem terbitannya. Filem apa? Minta bersabar, sebab semua dengarnya masih dalam perbincangan.
Malah, perbincangan itu menampakkan riak positif kerana dipercayai penerbitan filem berkenaan turut membabitkan kerjasama Siti Nurhaliza Productions dan orang rapat Siti.
Bukan sekadar kerjasama, berkemungkinan juga mereka membuat produk itu secara usaha sama.
Tunggu sajalah perkembangan seterusnya.
Harian Metro
18 Drama Terbaik Bersaing
Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my
Rap
ACARA berprestij, Anugerah Skrin 2008 (ASK 2008) yang akan berlangsung jam 9 malam di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 7 November ini menyaksikan persaingan sengit 18 drama yang dicalonkan ke peringkat akhir sekali gus merebut trofi Drama Terbaik ASK 2008.
Daripada 18 drama yang dicalonkan, drama yang disebut mengungguli trofi kategori utama itu, Kehangatan Lantana arahan pengarah Feroz Khan.
Kehangatan Lantana mengisahkan Juwita, bekas Ratu Cantik Malaysia 1994 yang dihantui perasaan fobia kecantikan miliknya kian pudar hingga sanggup tunduk pada ilmu hitam. Telefilem yang menampilkan Nur Fasha Sandha Hassan dan Adi Putra ini mencatat rating tertinggi iaitu 3.6 juta penonton sejak disiarkan kali pertama di stesen TV3, 31 Mei lalu.
Selain kategori Drama Terbaik, Kehangatan Lantana juga dicalonkan untuk dua lagi kategori utama, Pelakon Lelaki Terbaik Drama (Adi Putra) dan Pelakon Wanita Terbaik Drama (Fasha Sandha).
Feroz berkata, drama itu tersenarai ke peringkat akhir ASK 2008 sudah cukup bermakna buatnya.
“Ia membuktikan orang menghargai karya kita. Apatah lagi, ini drama pertama terbitan produksi Neon Entertainment yang tercalon dalam ASK.
“Selain pengarah, saya juga penerbit drama ini bersama dua abang, Mohd Rafiq dan Mohd Iskandar serta rakan kongsi, Abdul Kalam Pakkir. Kehangatan Lantana mempunyai kekuatan dari segi jalan cerita dan mesej yang mahu disampaikan kepada penonton.
“Setiap perbuatan yang kita lakukan akan mendapat balasannya. Sebagai pengarah, saya hanya buat yang terbaik dan berdasarkan maklum balas penonton, ramai menangis apabila menonton cerita ini.
“Namun, saya tidak menaruh harapan tinggi kerana drama lain juga hebat. Setiap drama yang bakal tercalon ke peringkat akhir juga mempunyai kualiti dan kekuatan tersendiri,” katanya.
Ini juga pencalonan ketiga buat Feroz. Sebelum ini, drama arahannya, telefilem Rendang Untuk Mentua dan DNA Jasmin tercalon pada ASK 2006 dan Mya Zara (ASK 2005).
Drama lain yang disenaraikan ke peringkat akhir, Ihsan, Tuhan Pun Tahu, Cinta Si Rempit, Suara Saleha dan Cari, yang semuanya disiarkan TV3.
Selain itu, Pulanglah Di Aidilfitri, Nasi Lemak Lebaran, Kebun Pisang Tok Mudim, Calon Madu dan Wasiat Fitrah, disiarkan di RTM1 dan RTM2.
TV9 menyandarkan kehebatan telefilem Raya Sedondon, Abang! Mak Panggil Balik dan Relung Kasih. Manakala ntv7 menghantar dua drama, Aku Bukan Buaya (GBSB) serta Jangan Lupa (Phosumpro). Astro Ria dengan dua penyertaan, drama Hang 2 dan Kembalikan Amanda.
Bagi kategori Drama Rantaian pula, 13 drama yang berjaya, Jelatang, Iris, Manjalara dan Bella yang ditayangkan di TV3.
Selain itu, Takdir Yang Terindah, Bicara Aur Dengan Tebing, Tangisan Bulan Madu, Bilik No 13 yang disiarkan di RTM1 dan RTM2.
Tidak ketinggalan, Akademi Polis, Pendekar Lima (TV9), Elly (ntv7), Ghost (8TV) dan Jangan Main Belakang (Astro Ria).
Untuk kategori Drama Komedi, Mr Mama (TV3), Bujang Antik (RTM1), Depan Rumah Sebelah Kedai (TV2), Pak Pandir Moden (TV9), Gaia (Astro Ria) dan Di Bawah Ketiak Isteri (Prima).
Bagi kategori Filem Terbaik ASK 2008 pula, filem Kala Malam Bulan Mengambang (KMBM) arahan Mamat Khalid dijangka mengulangi kejayaannya pada Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21), baru-baru ini. Filem KMBM antara 22 filem yang disenaraikan ke peringkat akhir ASK 2008. Mamat mengakui dia gembira dengan pencalonan KMBM ke peringkat akhir ASK 2008.
“ASK selalunya menilai populariti sesebuah filem dan apabila KMBM berjaya ke peringkat akhir, ia membanggakan saya. Kalah atau menang bukan persoalan. Apa yang penting, anugerah ini galakan kepada pembikin filem untuk menghasilkan produk bermutu dan penuh tanggungjawab.
“Kejayaan KMBM pada FFM21 begitu besar maknanya. Jika KMBM mengulangi semula kejayaan itu pada ASK 2008, ia menyuntik semangat saya menghasilkan karya lebih bagus.
“Daripada 22 filem yang bertanding, saya melihat KMBM menghadapi saingan sengit dengan 1957: Hati Malaya,” katanya.
Sebelum ini, Mamat pernah mengungguli trofi Pengarah Terbaik Drama Anugerah Skrin-Panca Delima 2001 (drama Pinang Durian).
Empat lagi filem bersaing sengit dengan KMBM dan dijangka mara ke Top 5 ASK 2008, 1957: Hati Malaya, Anak Halal, Cuci dan Pensil.
Filem lain yang disenaraikan ke peringkat akhir ialah Cinta Yang Satu, Haru Biru, Kayangan, Impak Maksima, Otai, 9 September, Misteri Orang Minyak, Nana Tanjung 2, Dunia Baru The Movie, Anak, Duyung, Akhirat, Evolusi KL Drift, Congkak, Cinta U-Turn, Apa Kata Hati? dan Sepi.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Datuk Amrin Awaluddin berkata, ASK 2008 menyaksikan 22 kategori berbanding 20 kategori dipertandingkan tahun lalu membabitkan drama, filem dan penerbitan dalaman.
“Dua lagi kategori diperkenalkan bagi kategori filem, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.
“Secara keseluruhan, sembilan kategori dipertandingkan bagi kategori drama, drama rantaian dan drama komedi. Selain itu, tujuh kategori dari filem dan enam kategori bagi penerbitan dalaman.
“Calon yang dipertandingkan untuk 22 kategori ini membabitkan terbitan yang ditayangkan di televisyen dan pawagam mulai 1 Julai 2007 hingga 30 Jun 2008. Pencalonan drama berdasarkan rating jumlah penonton yang berjaya diraih mengikut kajian AGB Nielsen berdasarkan genre masing-masing.
“Manakala, penilaian untuk peringkat kedua bagi memilih senarai Top 5 pula diputuskan juri profesional sebelum menjelang malam anugerah itu nanti.
“Bagi kategori drama yang dipertandingkan, siaran ulangan drama itu ditayangkan di slot Cerekarama bermula 16 Ogos hingga 26 Oktober ini,” katanya.
Amrin berkata, ASK 2008 dihangatkan lagi persembahan hebat daripada Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Adibah Nor, Lah, Noryn Aziz dan Nikki.
“Selain itu, kemunculan pelakon seperti Erry Putra, Emelda Rosmila dan Faradhiya yang buat kali pertama bergandingan menyampaikan medley istimewa sambil berdansa dibawah tunjuk ajar koreografi terkenal, Sazlan Mat Adnan dan Pat Ibrahim.
“Persembahan mereka diiringi kumpulan muzik bimbingan pengarah muzik terkenal, Aubrey Suwito. Acara malam itu dihoskan Adlin Aman Ramli dan Nurul Syuhada,” katanya.
ASK 2008 meneruskan tradisi apabila Anugerah Khas Juri diberikan kepada penerima bertuah yang akan diumumkan pada malam itu.
Calon untuk anugerah khas penaja, Anugerah Pantene Shine ASK 2008, Jue Aziz (Jangan main Belakang) Ayu Raudah (Pulanglah Di Aidilfitri), Wan Sharmila (Abang Mak Panggil Balik), Carmen Soo (Ghost) dan Sherry Ibrahim (Elly). Beliau berkata demikian ketika pelancaran ASK 2008 di One World Hotel di sini, kelmarin.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif ntv7, Datuk Anthony Firdauz Bujang, Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar, Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Datuk Adilah Shek Omar, Pengurus Rangkaian Astro Ria, Khairul Mizan, Pengurus Rangkaian Astro Prima, Khairul Anwar Salleh dan Pengurus Media Asean, Procter & Gamble, Ivy Sam.
Harian Metro
Debaran 20 Disember
Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bharian.com.my

Mawi dan Ikin.
Mawi tunai janji umum tarikh perkahwinan dengan Ekin pada sidang akhbar
TERBONGKAR sudah rahsia yang dulunya digenggam kemas. Segala-galanya yang selama ini menjadi teka-teki dan tanda tanya terlerai satu demi satu. Kelmarin, di atas pentas Theatrette, Palace Of The Golden Horses, pasangan kekasih Mawi dan Ekin membawa perkhabaran indah yang mungkin dinanti-nantikan peminat mereka.
Mengulangi kembali sejarah dua tahun dulu yang pernah dilakukan Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, Mawi mengikuti jejak pasangan itu dengan mengadakan sebuah sidang media khas untuk mengumumkan tarikh pernikahan mereka.
Ibarat pepatah lembu dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji, Mawi nyata menunaikan janjinya sebelum ini yang mahukan semua media berkumpul bersama-sama dan mendengar sendiri tarikh perkahwinan mereka yang sahih menerusi mulutnya sendiri.
Hasil perbincangan dengan keluarga kedua-dua belah pihak, Mawi dan Ekin sepakat memilih tarikh 20 Disember sebagai hari pernikahan.
“Tarikh 20 Disember itu sebenarnya tidak membawa sebarang makna apa-apa cuma kebetulan tarikh itu jatuh pada cuti sekolah. Senang saudara mara nak datang. Selepas majlis akad nikah, sebelah malamnya pula iaitu di Stadium Tertutup JB akan berlangsung majlis kenduri sebelah pihak perempuan.

MAWI dan Ekin menunjukkan contoh kad undangan majlis perkahwinan kepada media.
“Ada dua lagi majlis resepsi yang akan berlangsung selepas itu iaitu untuk pihak saya, majlisnya akan berlangsung di Dewan Felda Taib Andak dan pada tahun depan, akan ada satu lagi majlis resepsi istimewa yang akan diadakan di Palace Of The Golden Horses. Nampaknya dua tahun berturut-turut majlis perkahwinan saya berlangsung,”ujar Mawi berseloroh.
Walaupun jumlah dulang hantaran sudah ditetapkan iaitu 11 dulang berbalas sembilan dari pihak lelaki, Mawi berkata bagaimanapun, jumlah wang hantaran masih belum dapat diputuskan.
“Saya ada juga bertanyakan hal ini kepada keluarga Ekin tetapi mereka menyerahkan bulat-bulat kepada saya. Jadi perkara ini sehingga kini masih belum dapat diputuskan. Nanti, apabila kata sepakat sudah dicapai, kami akan maklumkan kepada anda semua,” janji penyanyi Langit Biru ini.
Seperti pasangan selebriti lain yang bakal mendirikan rumah tangga, Mawi dan Ekin juga teringin menzahirkan majlis bersejarah mereka itu dengan pelbagai konsep menarik.
“Untuk rumah Ekin nanti, konsep yang dipilih adalah moden kontemporari. Sementara di rumah saya pula akan menonjolkan konsep Jawa. Dan di Palace Of The Golden Horses Januari depan, kami sepakat memilih tema Arab. Nampak menarik serta lain daripada yang lain,” dedah Mawi sambil dipersetujui Ekin di sebelahnya.
Empat majlis yang dirancang ditambah dengan sebuah konsert khas serta membabitkan hotel mewah dan stadium sebagai lokasi sudah cukup menggambarkan betapa hebatnya majlis perkahwinan pasangan ini nanti. Apakah ini sememangnya sudah dirancang Mawi lebih awal untuk menunjukkan bahawa perkahwinan mereka ini memang layak untuk digelar ‘wedding of the year’.
“Bukan itu niat kami apabila mengadakan majlis resepsi yang berbeza-beza. Kalau hendak diikutkan, saya lebih suka buat majlis yang ringkas dan laksanakan apa yang wajib. Tapi itulah, kedudukan saya membuatkan saya tidak mampu untuk berbuat demikian.
“Memang sukar apabila berdepan dengan situasi begini. Kalau buat majlis ringkas, ada tuduh saya kedekut. Buat majlis besar-besaran, orang kata hendak menunjuk-nunjuk pula. Serba tak kena jadinya. Tapi, saya perlu mengikut arus dan majlis ini dibuat untuk meraikan semua pihak seperti keluarga, media, rakan-rakan dan peminat,” ujar Mawi.
Bukan semua ditaja
ADAT orang popular, pastinya hari bersejarah Mawi itu nanti bakal mendapat penajaan daripada pelbagai pihak. Bukan saja dari segi busana pengantin, malah merangkumi pelbagai aspek seperti katering, pelamin, mekap dan sebagainya.
Namun, saat diajukan pertanyaan ini, Mawi berkata, tidak semua majlis perkahwinan mereka ditaja sepenuhnya.
“Ada juga yang kami keluarkan duit sendiri,” tegas Mawi yang mengenakan sepasang sut berkolar Nehru rona krim hasil ciptaan pereka fesyen kegemarannya, Bon Zainal. Ekin petang itu begitu anggun dengan blaus hijau dan berseluar rekaan Michael Shu.
Sidang media yang dipancarkan secara langsung menerusi Astro Awani itu juga menyaksikan Mawi melenyapkan segala spekulasi yang mendakwa dirinya menerima bayaran hasil daripada menjual hak eksklusif perkahwinannya kepada Astro dengan nilai RM5 juta. Sambil menyifatkan dakwaan itu tidak berasas, Mawi berkata, kolaborasinya dengan stesen televisyen berbayar itu bukan bersandarkan wang ringgit.
“Mana mungkin saya meminta bayaran sebanyak itu. Itu semua tidak benar dan hanya spekulasi. Persetujuan saya untuk memberikan hak eksklusif itu hanyalah kerana ingin membalas budi stesen berkenaan yang selama ini banyak membantu meningkatkan lagi kerjaya seni saya,” jelas pemuda berusia 27 tahun ini.
Kenyataan ini turut dipersetujui Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah.
Katanya, tujuan mereka menjadi penyiar rasmi untuk majlis perkahwinan Mawi adalah sebagai tanda sokongan terhadap bekas juara Akademi Fantasia 3 itu.
“Hasrat kami adalah untuk memberikan yang terbaik buat peminat Mawi dan pelanggan kami. Kebetulan Mawi sendiri adalah produk daripada Astro. Lagipun, keempat saluran kami iaitu Ria, Prima, Awani dan Oasis bakal menerbitkan program khas sempena perkahwinan ini dan jumlahnya juga memang cukup besar,” katanya sekali gus menoktahkan spekulasi yang bertiup kencang sebelum ini.
‘Ekin sempoi, buat ibu ketawa’
DIPISAHKAN jarak lebih berjuta batu bukanlah halangan buat pemilik nama penuh Asmawi Ani untuk meluahkan hasrat hati untuk menjadikan Ekin permaisuri hidupnya. Cukup mengejutkan buat si gadis apabila sang arjunanya itu melamarnya menerusi telefon di saat dia sedang berada di bumi Syria bagi menjalani penggambaran program kembara, Mawi di Bumi Anbia.
“Masa tu kami sedang berbual, tiba-tiba Mawi mengajak saya berkahwin pada Disember ini. Masa itu memang terkejut sebab tak sangka dia boleh melahirkan hasratnya secara spontan sebegitu,” cerita Ekin sambil tergelak kecil.
Sambung Mawi pula, ucapan itu lahir daripada hatinya yang tulus ikhlas apatah lagi apabila mendapati Ekin adalah gadis yang dicari-carinya selama ini.
“Selesai menjalani penggambaran, saya pun telefon dia untuk melepaskan rindu dan dalam rancak berbual tiba-tiba saya kata kepadanya, jom kita kahwin Disember depan. Tak adalah formal sangat. Semuanya berlaku secara spontan.
“Apabila pulang saja dari Syria, saya pun menyatakan hasrat itu kepada kakak saya dan pada bulan Jun lepas kami sekeluarga berkunjung ke rumah Ekin untuk merisik. Pada saya, Ekinlah gadis yang sesuai untuk dijadikan isteri kerana selain perwatakannya yang sempoi, dia juga mampu membuat ibu saya tersenyum dan ketawa. Itulah ciri utama yang membulatkan hasrat saya melamar dia menjadi suri hidup,” ujarnya sambil melemparkan pandangan kepada gadis yang dikenalinya lebih setahun yang lalu.
Mengakui amat berdebar menanti kehadiran tarikh keramat itu, Mawi berkata, tiada apa yang diharapkan selain impiannya untuk mendirikan mahligai bahagia bersama Ekin berjalan dengan lancar serta kekal bahagia buat selamanya.
Info perkahwinan Mawi dan Ekin
Selasa, 4 November 2008 – menjalani kursus kahwin di Putrajaya
Sabtu, 20 Disember 2008 – upacara akad nikah di Johor Bahru
Sabtu, 20 Disember 2008 – majlis resepsi keluarga Ekin di Stadium Tertutup JB
Sabtu, 27 Disember 2008 – malam konsert Mawi di Padang Felda Taib Andak, Kulai
Ahad, 28 Disember 2008 – majlis resepsi keluarga Mawi di Dewan Felda Taib Andak, Kulai
Ahad, 11 Januari 2009 – majlis resepsi istimewa di Palace Of The Golden Horses
Program istimewa Astro sempena majlis perkahwinan Mawi & Ekin
Rabu, 17 Disember 2008, jam 9.30 malam di saluran Oasis – Al Aris Wal Arus Mawi & Ekin (kursus kahwin Mawi & Ekin bahagian 1)
Khamis, 18 Disember 2008, jam 9.30 malam di saluran Oasis -Al Aris Wal Arus Mawi & Ekin ( kursus kahwin Mawi & Ekin bahagian 2)
Jumaat, 19 Disember 2008, jam 9.30 malam di saluran Oasis – Al Aris Wal Arus Mawi & Ekin (kursus kahwin Mawi & Ekin bahagian 3)
Sabtu, 20 Disember, jam 11 pagi di saluran Oasis – Ijab Kabul Mawi & Ekin – Siaran langsung dari sebuah masjid di Johor Bharu.
Ahad, 28 Disember jam 11 pagi hingga 6 petang di saluran Astro Prima – Majlis resepsi keluarga Mawi dan dokumentari kisah cinta Mawi & Ekin
Ahad, 11 Januari 2009 jam 6 petang di saluran Astro Ria – Dokumentari persiapan persandingan Mawi & Ekin
Ahad, 11 Januari 2009 jam 7.30 malam di saluran Astro Ria – Majlis resepsi istimewa Mawi & Ekin – siaran langsung dari Palace Of The Golden Horses.
Berita Harian
Tolak Lamaran KRU
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
zhusni@bharian.com.my

SITI NURHALIZA belum bersedia melangkah ke layar perak.
Siti Nurhaliza belum bersedia menggalas tanggungjawab sebagai pelakon
BAKAT lakonan walaupun sekadar melunaskan peranan kecil sudah teruji di pentas teater menerusi muzikal, P Ramlee The Musical, nyata pengalaman itu belum cukup untuk membawa Datuk Siti Nurhaliza Tarudin ke layar lebar.
Ditemui pada majlis rumah terbuka yang dianjurkannya khusus untuk peminat di Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa, Ahad lalu, Siti mengakui, belum masanya untuk dia melangkah ke layar perak.
Tidak menafikan ada menerima tawaran ke filem termasuk daripada KRU yang berhasrat menerbitkan filem muzikal, Magika, bagaimanapun, anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini belum bersedia untuk mempelbagaikan bakat seninya.
Bagi Siti, banyak faktor lain yang perlu dipertimbangkan sebelum dia memberikan kata persetujuan untuk kembali beraksi sebagai pelakon.
“Satu daripadanya adalah faktor masa. Berlakon filem memerlukan komitmen yang besar sedangkan masa tidak mengizinkan Siti kerana banyak perkara lain perlu diselesaikan ketika ini.

SITI NURSAIDA kini bernaung di bawah syarikat produksi Siti Nurhaliza Porductions (M) Sdn Bhd.
“Membawakan watak utama bukan perkara main-main, jadi Siti perlu mempertimbangkan dengan baik semua aspek sebelum memberi kata persetujuan.
“Tidak mudah untuk mencuba sesuatu yang berbeza apatah lagi lakonan menuntut kesabaran serta masa yang banyak. Siti minat berlakon cuma belum masanya lagi untuk Siti beralih ke layar perak,” katanya mengakui menerima tawaran daripada KRU namun masih belum memberikan kata putus kepada trio adik beradik itu.
Tidak menolak akan melangkah ke lokasi filem jika ditawarkan karektor bersesuaian, Siti bagaimanapun, bersetuju untuk membawakan satu watak dalam animasi arahan Mamat Khalid, Kelip-Kelip.
Penyanyi yang masyhur dengan lagu Jerat Percintaan itu berkata, dia tidak menghadapi masalah kerana hanya suaranya saja yang digunakan untuk filem berkenaan.

KELUARGA turut memeriahkan rumah terbuka Siti Nurhaliza.
“Siti sudah melihat sedikit petikan filem itu dan mendapati ia sangat menarik, apatah lagi Kelip-Kelip menggunakan teknologi yang memperlihatkan karya anak tempatan setanding animasi luar.
“Siti sendiri memang berminat untuk mencuba, tambahan pula Siti tidak mempunyai banyak masalah kerana hanya suara saja yang digunakan,” katanya yang turut direncanakan membawakan lagu tema filem itu.
Norman dalam satu kenyataan baru-baru ini, memaklumkan KRU ada menawarkan watak Puteri Gunung Tahan dalam filem muzikal, Magika yang menggandingkan Siti dengan penyanyi lelaki popular, Mawi.
Tegas penyanyi ini lagi, sebelum memberikan kata persetujuan untuk membintangi sesebuah filem banyak aspek perlu dikaji antaranya karektor bersesuaian dengan imej serta dirinya yang kini bergelar isteri.
Kata Siti, dia tertarik dengan filem yang mempunyai mesej yang baik malah cukup meminati produksi bercorak keislaman seperti yang dihasilkan penggiat seni Indonesia menerusi Ayat-Ayat Cinta.
“Tetapi itu tidak bermakna Siti hanya akan berlakon dalam produksi seperti itu saja. Siti juga minat untuk berlakon watak komedi dan aksi cuma mungkin akan memberi kelebihan jika filem itu mempunyai mesej yang baik,” katanya.
Lega impian ‘open house’ untuk peminat tercapai
BERALHIH perbualan mengenai sambutan Aidilfitri bersama peminat, penyanyi berusia 29 tahun itu berkata, sebelum ini dia jarang berkesempatan untuk meraikan penggemarnya secara besar-besaran.
Hanya selepas dua tahun mendirikan rumah tangga dengan usahawan terkenal, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, baru kini impian itu terlaksana.
Jelas Siti, sudah lama dia menyimpan keinginan untuk meraikan peminatnya apatah lagi mereka banyak menyokong perjalanan kariernya yang sudah mencecah usia 12 tahun.
“Kebetulan suami pun tidak menghalang, malah dia yang menggalakkan Siti supaya menganjurkan majlis rumah terbuka ini. Perancangan awal mahu diadakan saja di kediaman kami tetapi memikirkan keselesaan tetamu, Siti cuba memilih lokasi lain yang bersesuaian.
“Tempat ini pun tidak jauh dari rumah, kebetulan Siti dan suami juga ada kelapangan akhirnya apa yang Siti impikan menjadi kenyataan.
“Alhamdulillah, ramai juga yang datang dan Siti mengambil kesempatan ini untuk merayakan Aidilfitri bersama mereka yang banyak membantu melicinkan perjalanan karier nyanyian Siti sepanjang berada di pentas seni,” katanya.
Siti berkata, dalam kesibukan meneruskan karier nyanyian di samping menjalankan peranan sebagai isteri, dia bersedia meluangkan masa untuk bersama peminatnya.
Tekad Siti, dalam setahun dia akan menyusun beberapa aktiviti bersama mereka bagi mendekatkan diri dengan mereka yang tidak putus berdoa kejayaannya sebagai anak seni.
Setahun tanpa album terbaru selepas kelahiran Hadiah Daripada Hati, pertengahan Disember ini atau selewat-lewatnya awal tahun depan Siti akan kembali dengan buah tangan terbaru.
Album etnik kontemporari yang menyatukan Siti dengan nama besar dalam industri penciptaan lagu termasuk sentuhan komposer serta penyanyi terkenal Indonesia, Katon Bagaskara bakal mengukuhkan kembali popularitinya di persada nyanyian.
“Sudah ada beberapa lagu yang siap disusun muziknya cuma menanti masa untuk dirakamkan. Mungkin hujung bulan ini Siti akan memulakan proses memasukkan vokal kerana Siti sendiri sudah rindu untuk kembali dengan album baru,” katanya.
Berita Harian