Ini Gosip Tak Berasas – Datuk K

SITI dan Datuk K dikerumuni wartawan yang ingin mengetahui kisah panas kononnya penyanyi wanita itu dimadukan.
GOSIP paling hangat ketika ini tentunya kisah Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa (Datuk K) berkahwin dengan seorang pramugari dari Ipoh, Perak di kota London. Isterinya, penyanyi tersohor Datin Seri Siti Nurhaliza sudahpun menafikan dia dimadu dan bertegas bahawa itu gosip semata-mata.
Namun masih ramai yang tidak berpuas hati dengan penjelasan itu selagi tidak mendengar daripada mulut Datuk K sendiri mengenai perkara tersebut.
Justeru pada majlis memperkenalkan artis Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. (SNP) di Yayasan Tun Abdul Razak, di Kuala Lumpur Selasa lalu, wakil media mengambil kesempatan bertanyakan gosip tersebut kepada Datuk K.
“Perkara ini (gosip) pernah berlaku,” demikian kata Datuk K dengan senyum manisnya. Siti yang tenang di sebelahnya juga sesekali mencelah memberitahu, sebagai artis, dia perlu sentiasa bersabar menghadapi setiap fitnah yang melanda.
“Perdana Menteri pun menghadapai perkara seperti ini, tapi Siti sentiasa berdoa terus dikuatkan hati Siti. Selagi ada fitnah, selagi itu Siti kuat untuk menghadapinya,” kata Siti.
Apa pun, kita minta Datuk K tolong jawab segala persoalan mengenai gosip beliau berkahwin lain yang dianggap antara terhangat pada ketika ini.
Boleh Datuk komen tentang gosip Datuk memadukan Siti yang hangat ketika ini?
Benda-benda begitu adalah gosip-gosip yang tak berasas. Saya tidak tahu dari mana atau daripada siapa? Saya pelik kenapa ramai yang suka mengambil kisah-kisah yang tidak berasas begini. Inilah akibatnya kalau kita mempercayai Internet. Daripada gosip kecil ia boleh merebak menjadi besar apabila ada orang mempercayainya.
Jadi Datuk mahu menafikannya?
Saya menafikan sekeras-kerasnya. Tak ada kebenaran tentang gosip berkahwin lain.
Datuk sedar tentang kewujudan gosip tersebut?
Ya, gosip berleluasa. Kawan-kawan saya tidak kira dari utara hingga selatan sibuk bertanya kepada saya tentang kesahihan berita itu. Kawan-kawan di Kuala Lumpur pula, kalau berjumpa saya, pun sibuk bertanyakan hal berkenaan. Tak baik buat cerita di bulan Ramadan begini. (Tersenyum)
Bagaimana pula Siti menghadapi gosip panas ini?
Dia tak percaya tapi ada juga bertanya (ketawa). Sebenarnya sejak saya berkahwin dengan Siti, 99 peratus masa saya bersama dengannya. Saya tak pernah pun bercuti sendirian apa lagi nak ke London berseorangan. Kalau ada pun saya tinggalkan Siti, itupun sekejap kerana menguruskan hal-hal berkaitan kerja.
Bila gosip ini hebat melanda, apakah Datuk akan menyiasat punca gosip ini?
Saya tak berminat untuk ambil tahu. Hanya buang masa. Ini bukan kali pertama. Dulu gosip menular kata saya pukul Siti. Saya buat laporan polis tapi akhirnya gosip itu senyap dan lenyap begitu sahaja. Jadi pada saya, buat apa nak layan perkara-perkara begini. Kita kalau layan mereka yang buat gosip ini, bermakna agenda mereka berjaya.
Apa harapan Datuk dengan penjelasan yang telah dibuat ini?
Saya harap dengan penjelasan ini akan menamatkan gosip-gosip liar ini. Tapi ia (gosip) sesuatu yang orang suka dan ia akan terus ada. Kita tak tahu apa pula selepas ini.
Tapi pepatah ada menyatakan, kalau tak ada angin, pokok takkan bergoyang?
Mana tahu kalau ada monyet yang goncang (ketawa).
Ini adalah harga yang perlu saya bayar apabila berkahwin dengan Siti, berkahwin dengan seorang penyanyi terkenal.
Wakil media yang mengerumuni pasangan tersebut sempat juga bertanya kepada Siti mengenai isi hatinya terhadap gosip yang melanda. Dengan tenang dan tersenyum penyanyi itu mengungkai segala persoalan.
Sebagai isteri takkan Siti tidak terasa langsung dengan gosip yang tersebar?
Bila baca memang tak terlintas langsung. Orang ini (yang menyebarkan gosip) memang mahu melihat Siti melenting tapi Siti tak pernah melayan. Malah bila membaca atau mendengarnya pun, sebesar kuman pun tak mempercayainya. Tetapi Siti tetap bertanyakan kepada Datuk mengenainya.
Bila timbul gosip begini, bagaimana reaksi Siti? Apakah kepercayaan Siti terhadap suami tergugat?
Tidak! Siti percayakan Datuk. Sejak Siti mula bertemu dengan Datuk hinggalah sekarang, kami mengamalkan kejujuran. Kami tidak pernah sorok apa juga perkara. Lagipun dia sentiasa berada di sisi Siti. Sebagai isteri apa yang lebih Siti pentingkan bukanlah melayan cerita-cerita yang tidak benar begini. Tetapi juga menjadi isteri yang menjalankan tanggungjawab sebaiknya buat suami.
Tubuh badan Siti nampak susut sikit?
Ini kerana diet (tersenyum). Siti jaga makan. Siti sebenarnya dah berpuasa sebelum Ramadan lagi dan tak sangka pula, badan ini cepat turun. Dah lama sangat berisi. Jadi Siti tekad untuk nak kuruskan badan.
Bagaimana dengan aktiviti seni Siti buat masa ini? Ada yang kata Siti akan berlakon filem?
A. Razak Mohaideen ada bertanya kepada Datuk mengenai hal berkenaan dan kami belum berbincang tentangnya. Bukannya apa, Siti memang tak berminat berlakon. Cuma Siti akan membuat penampilan istimewa (cameo) dalam drama Spa Q musim kedua dan akan menyanyikan lagu temanya.
Utusan Malaysia
September 22nd, 2008 at 10:32 am
tak berminat berlakon ke atau yg lebih tepatnya xde bakat
, biasala manusia mcam korang mana nak ngaku kelemahan diri sendiri kan tok kembang???:), semua nak super perfect gitu
September 22nd, 2008 at 11:14 am
lek lu kuntauuu
kalo xde bakat,ianya boleh diasah,ko ni maner2 post pasal ct ade jek namer kunrau
kot la komen bek2,p sumer komen -ve,adeiiii….
t mlm ko bacer yek paper smlm,ct berlakon dlm drama spaQ,uhhh
kalo x pn try search intenet,dunia makin maju
kn i pesan da kn,try xpose urself to worlwide k,jgn jdik cm katak dlm tempurung….
tuhan suka org yg berusaha,so kalo ct xde bakat,die praktis ari2 pn,silap2 die sapu sumer award ntk pelakon.ct ckp mcmtu bab she isn’t greedy,bgik die wat for her,is for her rite…perfect??uhh
September 22nd, 2008 at 11:55 am
ala..aku bukan tinggal kat bumi melaya freaky_senior hari2 nak tatap cerita tok kembang yg saje2 dikembangkan oleh para media yg suka mengampu, mcam biasa la sudu mesti lebih dari kuah punya…
dah ni halaman tuk mengomen pasai c dia so ape salahnya…ko ada masalah ke pasai tu freaky senior??? nak ckap katak bawah tempurung aku rasa baik hang sound tu kat bodola hang k..sebab dia tu aku rasa akai punya la cetek sebab tu selalu terperangkap ngan statement sendiri…aku bawah tempurung ke, atas tempurung ke, tepi tempurung ke at least x de kena mengena ngan hang na…p sound tu kat tok kembang mane tau hang leh ubah ckit penampilannya yg selalu jadi mangsa fesyen ha..ha..ha..aku rasa bodola hang tu lagi cun ngan perumpamaan katak bawah tempurung…duit berlambak tapi entah ape2 melalak je lebih
September 22nd, 2008 at 12:03 pm
ha..ha..so desparate la kalo di bagi tok kembang tu award berlakon, primadona yg ada skrang pun dah berlambak, maya karin yg dah bertahun2 berlakon pun baru dapat award tahun ni tuk ketegori wanita..ha..ha..ha..lain la kalo ko sudi nak perfome miracle tuk dia freaky_senior…
Ohh..ya baru aku ingat lakonan dia tahun 2006_Datuk K hari tu patut pun di beri award, watak sebagai “perampas suami org” bukan senang nak bawa ooo….tapi tok kembang meloloskan diri dengan bangganya ha..ha..ha.
September 22nd, 2008 at 1:10 pm
kau ni kuntau aku rasa otak ko ni dah merenglah.. xde langsung fikiran yg positif ke dlm kepala kau atau mmg dah berserabut asal bole tangkap muat jek komen ko kat cnie..ko pun samalah kan n lagi teruk sbb ko x sedar kelemahan ko smpi sibuk nak cr kelemahan org..
ko nyer perasaan dengki mmg dah ketara sgtlah kuntau..plslahhhh dok kat ‘luar sana tu’ jgn sampai pemikiran ko pun jadi sempit..lbh cetek dr pemikiran org yg dok cni..
Gua rasa komen lu ni dah makan diri sendiri..klu dah muak klik laman lain or no need to complicate ngan masalah org lainlah wei..
mcm burung murai…
September 22nd, 2008 at 4:11 pm
tak payah nak berlakon…flat tone… jaga atok hang tu jgn bagi org kebas…
kenapa atok hang tu suruh hang buat kerja lagi….dok umah diam2, nampak
sgt atok hang gunakan hang
September 22nd, 2008 at 9:23 pm
Knp sih kuntau slalu sj b’pkiran negatif ttg ct?kyknya ht u tuh dah penuh dgn iri dengki,gak mau lht ct bahagia.ingat ni bln puasa,sharusnya u tu hps sgla kotoran d’otak u…n ingat u pikir dahulu diri u sndiri apa udah clean atw belom??
September 23rd, 2008 at 5:25 am
ha.ha..sihannya fanatik2 bodola sorang ni, sakit hati sangat kalo ada yg x suka kat bodola diaorg, dah kita lahir kat dunia ni bermcam rupa dan warna so x mustahil cara penerimaan dan kesukaan pun lain2 oooii…buka la minda tu sikit bahawa x semua org suka the same person..give and take guys what’s the matter???
, gua melepak kat cni gua punya suka la kan…bukan gua yg p korek cerita bawah kain c dia, c dia sendiri yg jaja kat wartawan ngan org ramai so why not??? lagipun itu yg dia suka…org dok mengata supaya nama tu x luput dari industri muzik bumi melaya
mak cik mizz usah la marah2 nanti puasa tu batal kang sia2 amalan tu end of the day
September 23rd, 2008 at 5:34 am
difa kau sure ke diaorg bahagia…tuhan je yg tahu ye disebalik senyuman tu ye
, x semua org kat halaman ni berpuasa difa oiii…dari dok berfalsafah kat halaman ni sebaiknya hang tu guna kan masa ni tuk bersihkan diri sebersih2nya ya…,
walaupun konon2 bersih x mengata org tapi kalo hati tu asyik nak melayan dan memuja artis2 yg asyik melalak tu pun x guna gak, kalo melalak lagu tentang keagamaan pun x pe…ni asyik2 lagu tangkap leleh, lebih kepada duniawi wat ape
September 23rd, 2008 at 12:09 pm
alaaaa ini semua iklan murahan utk tarik perhatian org balik pada hero tua ni, ko nak kawin lain ker nak apa ker tak sapa ambik tau leh, zaman ko tu dah berlalu, ada banyak lagi isu penting yg perlu di selesaikan, antaranya, baju melayu aku yg merah menyala yg aku tempah ari tu boleh tak siap sebelum raya, kalau idak, abih ler raya den..
apa2 pun selamat hari raya, maap zahir batin pada tuan tanah, kawan2 blogger yg lain baik dari yang berhaluan kiri atau pun kanan, mahupun yg tak berhaluan langsung
September 23rd, 2008 at 12:42 pm
apa lah korang ni xhabis2 nk kutuk siti.dah itu pilihan dia so kene trima la baik buruk pasangannya kan….
September 23rd, 2008 at 1:06 pm
Teman-teman,
SALAM AIDIL FITRI & MAAF ZAHIR BATIN
September 23rd, 2008 at 2:07 pm
alah ct kalau atok nak kahwin pun mana
boleh larang…atok kan mampu kahwin
lagi utk menolong kaum hawa drp jadi
andartu….kalau ct setuju dimadukan
barulah org kata ct ni baik budi, bolehlah dapat award isteri prihatin terhadap suami
September 23rd, 2008 at 2:14 pm
miawww.. betul tu, lopeh ni jgn lupa buat big press conference , panggil semua media, dlm dan luar negara, bagi tau dgn jelas, saya dgn ini membenarkan suami saya untuk kawin lain… pramugari ker, pragawati ker, ahli gusti ker.. barulah boleh menang tokoh maal hijrah tahun depan…
September 23rd, 2008 at 3:24 pm
yalah, kalo betul siDK curi makan pon mana dia nak mengaku depan CT, Xtakut ke nanti siBapak gaja tu nanti heret DK ke balai polis. Anyway, CT tetap akan respect keputusan suami, biar apa pon terjadi CT terpaksa bersabar, apa nak buat, sekarang bergantung pd suami.
September 23rd, 2008 at 3:47 pm
wakakaka… mana bule tangkap org kawin lebih dari satu… esp bila org tu dk…
kalau pk baik2.. kesian aku ngk mak abah si ct ni, depa lagi lah arif masalah bila kawin ngan org yg dah biasa kawin cerai ni, nasihat mereka tidak diendahkan, ct degil utk tetap memilih wak misai.. akhirnya hanya tak sampai dua tahun kawin, mahligai dibina mula bergoncang dek angin dari kota london. Nasihat peribadi aku pada ct lah, peratikan lah si wak misai tu baik2.. kalau dia dah dok mula mencelup strawberry ngan coklat tu.. ko boleh ler angkut buntil balik lipis.. sekian
September 23rd, 2008 at 4:05 pm
pada ct…biar lah org nk kata pa…yg penting awk p’caya suami n jalankan tggungjwb sebaik mgkin…org yg duk ckp2 pn kte blum tau khidupan die mcm mana..so hnya ct yg knal suami…sy doakan b’kekalan hgga akhir hayat…amin…
September 23rd, 2008 at 4:09 pm
GYYY, wah.. lama xdengar suara, ingatkan lu Bz sbb dah dpt anak ke4…:-))
September 23rd, 2008 at 4:23 pm
wakaka.. anak no 4 belum mari lagi ler, masih dalam proses pembikinan.. internet connection aku ni cam biskut ler, kejap ok, kejap ko.. itu yg aku lama tak jengah sini, tapi aku rasa tempat ni mmg cantik ler skg, tahniah ler pada tuan tanah yg tak jemu2 mencantikkan rumah tumpangan ni..
September 23rd, 2008 at 5:06 pm
anyway…. watever it is… to ALL muslim members not forgetting ladybird, Gyyy, mizz, dyana… etc… Hv a Blessed Wonderful Ramadan & may His Blessings always shine upon u ALL… & don forget me in your prayers ya!!!…:-))
September 25th, 2008 at 1:30 pm
selamat hari raya to all muslim members in this blog – esp bro.mus, cykepo, gyy, sitot, mizz, kak sam PAH and tuan rumah, enjoy ur raya and take care esp. on the road ok –
ikhlas dari: kuntau AU
September 25th, 2008 at 2:47 pm
terimakasih kuntau. kau raya apa? krismas ke deepavali ha?
September 25th, 2008 at 8:36 pm
same2 cykepo – gua layan xmas je beb
, awat ko nak hantar santa over ke??? ha..ha..ha..kalau nak hantar jangan yg gemuk sangat ye nanti x larat aku nak bagi makan minum, harga beras kat cni mcam nak beli emas je
September 26th, 2008 at 4:46 pm
Camat raya untuk mu juga kuntau. Nampak2nya rumah ni mesti sunyi punya bila member2 balik kampung.
September 26th, 2008 at 8:57 pm
tima kacih tuan rumah
, tak apa lepas raya sure penuh balik dont worry – peminat tok kembang sure akan berkeliaran juga kat blog ni sebab tau anti c dia ada kat cni selalu ha..ha..ha..
October 9th, 2008 at 4:44 pm
betul ke tak ni?……….anyway kasian CT….
October 10th, 2008 at 3:25 pm
kesian peminat ctot….website ctot masih tak boleh bukak….apa ke halnya
October 10th, 2008 at 5:31 pm
kunci web dk pegang, dia pulak dok sibuk bercinta ngan model2 kat Paris. tu yg terlupa bukak web tu. kroh kroh
October 13th, 2008 at 4:48 pm
mekasih kuntau…ingat jugak u kat I ehh..selamata hari raya gak… raya kat perantauan je tahun ni… selamat hari raya kat semua orang kat sini…
October 13th, 2008 at 5:00 pm
website ctot udah boleh bukak…aahhh…boring cerita asyik recycle…peminat ctot pun ada jugak yg
kutok pasal seledang serabut…tak guna
nasihat kat dia pun, bukannya reti pon
October 14th, 2008 at 1:34 pm
nilah, macm2 kerenah orang2 yang taik dunia. lepas kat london, ke paris ke new york. mcm2 berita yang dibawanye.so, kita yang membaca nilaikan sajelah apa implikasinye.samada berita sengaja diada2kan utk menarik perhatian atau pun ada berok lain yang goyang pokok.perkara2 gini lah yang meke ingat takleh recycle sbb ada terlibat benua lain.just wondering…aku tak baca pasal model kat paris. are they modelling busana muslim. tapi kalau busana muslim biar yang betul tutup aurat, jangan separuh2 macam yang dipakai tok menti.nanti apa2 pulak signal tentang islam yang diorang nak pass kat orang lain.
October 16th, 2008 at 5:21 pm
kadang2 tue terpikir gak…knapa wartawan slalu menyebelahi dia ek?mmg lah dia ada bakat dlm nyanyian…nmpk sopan..dia nie mmg sesempurna manusia ke ek…smpi x der langsung cacat cela nya…dulu ssh nak tgk org kutuk dia nie…tp skrg nie mkn byk citer negatif dr positif…kutukan lg lah…adakah ini sbb kata2 yg dia sdiri kluarkan,tp akhirnya jd lain..pastu cover plak..cthnya…kata nak pki tudung slps kawin..tup2 x jd sbb byk perkara nak diuruskan lg…pastu tggu g haji plak..tup2 x jd gak…last2 pki selendang..bila org unkit balik…dia dah tukar plak..’ttp tutup kepala tp bselendang lg pun nak pki tudung nak menari n nyanyi x sesuai plak’
sy bkn lah pembenci yg fanatik..tp jd meluat bila dia suka putar2..pastu x der satu pun wartawan akn komen psl percakapan dia…semer nya ok…mgkn jgk sbb wartawan terlalu fanatik dgn ct mbuatkan org jd mual..mmmm..entah lah kan…bila dah byk duit ni…org ckp lah apa pun..msk telinga kanan kuar telinga kiri je….janji duit masuk…
October 16th, 2008 at 5:29 pm
kadang2 tu Tuhan nak bg dugaan kat kita sbgai hambanya supaya beringat…jd kpda ct..cb renung2kan..knpa terlampau byk gossip negatif drpd berita positif..mgkn kah kt sbgi manusia ‘terlupa’ akan amanat kita atau janji2 kita kpd Nya…
kita sesama manusia…rsnya x slh mengingatkan jika terleka….wpun sy bkn peminat ct…tp utk menasihati sesama sdiri x keberatan rsnya…nasihat ini utk sy dan kwn2 yg lain gak..
October 16th, 2008 at 5:40 pm
aslkm…kpd DK, jika ‘terbaca’ lah…cubalah DK renung2kan kembali…knpa berita ini mlanda rumahtgga u..mgkn kita sbg hamba Nya pnh ‘terlalai’janji atau tggngjwb kpd Nya…tp apa yg kita lalai…hanya diri sdiri yg tahu..mgkn lbh baik jika isteri mjadi suri rumah sepenuh masa bg elakkan fitnah..jika berterusan begini…mgkn kehidupan normal x kan dikecapi..
kalau nasihat mcm nie…akan kena saman ke?just beringat aje..kalau rs mlampau..lupakan sj..nasihat ni pun utk diri i sdiri n kawan2..bleh?
October 16th, 2008 at 5:42 pm
hello kuntau…jgn marah2 k…
October 17th, 2008 at 8:48 pm
gini cik MISS. kite baca pasal tok ti ni semua jadi pelajaran bagi kita. cermin diri kita sendiri akan kekurangan kita. kalau dia mcm tu, ni tengah hari lupa dia, asalkan kita ikut hukum, jgn nak beri alasan sendiri dan bolak balikkan apa yang Allah dah suruh.bersyukurlah kalau kita tak serupa dia dan ikut2 dia walau dia tu nama bosa kat nusantara ni. nanti dah sampai waktu dia soda, insyaAllah dia sodalah tu. kita kat sini pun nak ingat2kan dia tapi peringatan tu pedas kalau orang tak leh terima. siapa yang nak ngaku diri tu salah? lagi orang selebriti berpangkat tinggi pulak tu. jadi ada je alasan yang manusia bleh terima . wallahualam.
October 19th, 2008 at 5:30 am
Alahai cik adek sorang yang badigol mcm baguih ni. Awak dok ngata2 orang ni awak tu betuih ko?
TUDUNG pun tak pakai!
Ah…..!……. Ah……….! ………Ah……….!
Ngaku kapir! ngaku kapir!
Pirah ……!
Kalau 2 ekor mamat tu lain ler. Diaorag GAY! Mulut buat gossip mengalahkan makcik.
Lu pikir laer sendiri.
October 20th, 2008 at 3:40 pm
aiyaa… wa lasa lah ini nama ‘cikepo babi tunggal’ mcm itu pelempuan mulut bau sampah. manyak busuk wooooo… itu apa lu olang panggil dia nama ’sampah’. haahh, itu pelempuan lah.
October 21st, 2008 at 2:28 pm
hmmm..susah nak percaya gelagat artist ni kan.selalu sangat buat penafian.nanti esok lusa tup..tup dah pun cerai.bak kata”sapa yang nak mengaku berak tengah jalan!?”..he..he…
October 22nd, 2008 at 4:58 pm
org artis memang gitu jawabnya….hendak
pikat peminatlah katakan…jgnlah percaya sgt kat laki kau tu….kalau dia kahwin pun, terima je lah, awak pun
sama jugak ambik org punya….jgnlah marah kalau pompuan gatal ambik laki kau…..
October 24th, 2008 at 10:33 am
JANGAN KOMEN BYK2.. KANG KENA BARU NAK BERINGAT… BAK KATA ORANG NASIB MASING2 KITA TAK TAU… TU RUMAHTANGGA ORG BIAR LAH DIORANG URUS SENDIRI… KORANG YANG MARAH2 BUKANNYA PUN BAIK SANGAT… SEMUA MANUSIA YANG ADA DI DUNIA INI TIADA YANG SEMULIA PARA NABI… KALAU YA PUN DATUK K NAK KHWIN TAK SALAH DALAM ISLAM.. KOMEN ORANG PANDAI TENGOK2 LAH DUNIA SEKARANG AKIBAT MULUT LAH ZINA BERLELUASA… KOORANG KENA SEDAR LEBIH BAIK KAHWIN SECARA SAH DARIPADA BUAT ZINA.. DATUK SITI RAMPAS SUAMI ORANG MANA KORANG TAU… ATAU KORANG TAK BELAJAR AGAMA”JODOH”… BIASA LAH TU PERMAINAN DUNIA… DUNIA NIE DICIPTA DENGAN SERIBU 1 MESTERI YANG KITA SEMUA TIDAK TAHU… FAHAM
October 24th, 2008 at 11:17 am
dgr2 cerito lagu indon pulak dia rampas
October 24th, 2008 at 3:28 pm
KUNTAU BODOH
October 24th, 2008 at 3:29 pm
KUNTAU NI HODOH LAH AGAKNYE TU PASAL LAH JELOS SGT DGN DATOK CT.BAWAK2 LAH BERTAUBAT!!
October 26th, 2008 at 12:54 pm
alah… jangan cakap orang bodo lah mahligai Permata ada mata satu. kalau lu manyak pandai lu talak masuk ini komputer kasi komen. lu pun manyak2 tobat wooo cakap olang bodo. ala paamm
October 28th, 2008 at 6:34 am
hollaaa…to everyone’s!!!!!
kuntau menjelma lagi jom kita sama2 mengomen ye
October 28th, 2008 at 6:37 am
to mahligai “airmata” org selalu kata tepuk dada tanya selera bukan tepuk kepala lutut tanya selera
rileks la bro. masuk2 je terus nak naik angin kalo cam tu mane leh tahan lame, x pasai2 dapat heart attack susah kang