Normala Samsudin Muncul Kembali
Lama tidak menatap wajah bekas pengacara popular Nona, Datin Seri Normala Samsudin di kaca televisyen sejak berkahwin dengan Datuk Seri Azmi Khalid.
Selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga dengan bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu, ramai juga peminat yang nak tahu kisah Normala sekarang ini.
Tapi mungkin disebabkan statusnya sebagai isteri menteri sebelum ini menyebabkan aktiviti Mala agak terbatas.
Niezam pun banyak dapat e-mel dan SMS daripada pembaca yang bertanya pasal Mala. Kata dia orang, mereka rindu nak tengok keayuan Mala di televisyen.
Yalah, sebagai peminat, mungkin mereka tak tahu ada peraturan tertentu yang harus Mala patuhi apabila menjadi isteri menteri tak lama dulu.
Berdasarkan kepada permintaan itu tidak hairanlah masa Mala menemankan suaminya berkempen untuk pilihan raya umum tahun lalu, dia turut diserbu oleh peminat.
Begitulah hebatnya wanita bernama Normala Samsudin.
Sejak sekian lama menghilang, rupa- rupanya Mala masih rindu dengan dunia penyiaran yang sudah lama beliau tinggalkan.
Khabarnya Mala memilih untuk muncul kembali dan tidak mustahil dia akan menjadi pengacara untuk program wanita.
Dalam majalah Harmoni terbaru, Mala turut membuat pengakuan eksklusif beliau akan menjadi penerbit untuk drama-drama televisyen selain berhasrat menerbitkan filem.
”Insya-Allah kalau tak ada aral melintang, Kak Mala akan buat kerja-kerja belakang tabir sebagai penerbit dan mungkin akan jadi pengacara untuk satu atau dua episod program wanita,” katanya.
Dalam majalah Harmoni juga Mala turut bercerita bagaimana kecewanya dia selepas mengalami keguguran apatah lagi mengetahui kandungannya kembar.
Selain kisah Mala, Harmoni terbaru dalam turut menyiarkan kisah menarik penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang akan menyambut lebaran di rumah mereka yang baru diubah-suai.
Kalau nak tahu kisah menarik dan gambar-gambar eksklusif Mala dan Siti, cepat-cepatlah beli Harmoni terbaru yang sudah berada di pasaran sekarang ni.
NIEZAM: Selamat berpuasa kepada semua pembaca Pancaindera dan mohon maaf di atas salah dan silap.
Utusan Malaysia
Kenali Gaya: Kebaya Eksklusif Untuk Ibu Menyusu Bayi
bminggu@bharian.com.my

Sutera sifon sesuai kerana ciri lembut dan tampak mewah bagi sambutan Aidilfitri
Soalan:
Saya seorang ibu, mempunyai anak berusia 12 bulan dan masih menyusu badan. Pada Aidilfitri kira-kira sebulan lagi, saya ingin kelihatan menarik dan tidak terlalu ringkas dengan hanya berbaju kurung. Apakah fesyen dan fabrik sesuai digayakan ibu yang menyusukan bayi?
Apakah yang dimaksudkan dengan fesyen ‘smoking’? Adakah ia sesuai dipakai anak kecil berusia 12 bulan yang sedang lasak?
Elly, melalui emel.
Jawapan :
Kali ini, saya lakarkan baju potongan kebaya moden untuk anda. Pilihan baju potongan kebaya dengan bukaan pada bahagian depan baju memudahkan anda untuk menyusukan bayi walaupun sibuk melayan kunjungan tetamu.
Bagaimanapun kelainan dibuat pada bahagian leher baju yang dipotong tinggi serta dibuat ropol supaya gaya tampil berbeza dan tampak eksklusif pada lebaran nanti.

Calvin Thoo bergaya bersama rekaannya.
Penggunaan fabrik yang sesuai akan membuatkan persalinan kelihatan lebih indah. Jadi, saranan fabrik sesuai adalah sutera sifon kerana cirinya yang lembut dan tampak mewah sesuai untuk sambutan Aidilfitri.
Perhatikan juga pilihan baju raya musim ini, kebanyakan pereka menghasilkan rekaan yang sarat dengan sulaman sama ada sulam tebuk atau tampalan renda Perancis.
Untuk anda, saya sarankan dibuat sulaman tebuk pada bahagian hujung baju, lengan dan kaki kain. Memadai sulaman tebuk dengan hiasan jemeki ringkas tapi jika anda tidak sukakan gaya sarat, buat sulaman ringkas tapi lebihkan taburan manik pada bahagian berkenaan supaya baju tampak berseri.
Teknik potongan ‘empire line’ sesuai untuk anda kerana potongan di bahagian berkenaan mampu membuatkan potongan di bahagian dada tampak kemas kerana kebiasaan ibu menyusu mempunyai payu dara yang agak besar. Tanpa sokongan baju dalam dan cara potongan sesuai boleh mencacatkan keindahan baju.
Untuk si dara kecil, pilihan baju yang tampak sedondon membuatkan gaya lebih manis. Biasanya si kecil yang sedang lasak tidak sesuai berbaju kurung seperti ibu. Jadi saya sarankan supaya disediakan gaun ringkas berhias sulam tebuk bermotif sama seperti dibuat pada kebaya anda untuk si kecil.
Fabrik menyerap peluh dan tahan lasak seperti kain kapas dan linen boleh menjamin keselesaan serta ketahanan baju. Gaun adalah gaya mudah untuk bayi yang sedang lasak kerana ia mudah disarung dan dibuka.
Menjawab pertanyaan saudari mengenai smoking, ia adalah sejenis gaya jahitan biasanya dibuat pada bahagian dada baju kanak-kanak daripada material kain kapas. Fesyen smoking menjadi kegilaan kalangan ibu yang menggemari gaya Inggeris. Kebiasaannya gaun smoking menjadi pilihan ibu untuk si kecil berusia dari enam bulan hingga 4 tahun.
Cirinya yang selesa selain tampak berbeza menjadikan ia pilihan tepat untuk digayakan pada Aidilfitri atau majlis keraian seperti majlis ulang tahun kelahiran. Gaun smoking dijahit tangan membuatkan harganya lebih tinggi dan tidak sesuai dipakai sebagai pakaian harian.
PROFIL: Calvin Thoo
Usia : 37 tahun
Asal : Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Fesyen, RMIT University of Melbourne, Australia
Mempunyai pengalaman selama 12 tahun di dalam industri fesyen tanah air malah nama besar Calvin Thoo pernah menghasilkan rekaan busana indah untuk selebriti antaranya Anita Sarawak, Erra Fazira, Datuk Siti Nurhaliza, Raja Azura, Sazzy Falak dan Dynas.
Kunjungi butik Calvin Thoo di P17, Tingkat 4, Lot 10, Bukit Bintang atau hubungi 03-21486862 untuk pertanyaan lanjut mengenai fesyen.
INFO:
Jika anda mempunyai kemusykilan mengenai fesyen sesuai dengan diri atau majlis yang hendak dikunjungi, ruangan ini mungkin dapat membantu. Hantarkan masalah anda untuk dijawab pereka fesyen berlainan setiap minggu melalui emel di bminggu@bharian.com.my atau pos ke alamat Berita Minggu, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur atau faks ke 03-22822425.
Berita Harian
Kenali Gaya: Kebaya Eksklusif Untuk Ibu Menyusu Bayi
bminggu@bharian.com.my

Sutera sifon sesuai kerana ciri lembut dan tampak mewah bagi sambutan Aidilfitri
Soalan:Saya seorang ibu, mempunyai anak berusia 12 bulan dan masih menyusu badan. Pada Aidilfitri kira-kira sebulan lagi, saya ingin kelihatan menarik dan tidak terlalu ringkas dengan hanya berbaju kurung. Apakah fesyen dan fabrik sesuai digayakan ibu yang menyusukan bayi?
Apakah yang dimaksudkan dengan fesyen ‘smoking’? Adakah ia sesuai dipakai anak kecil berusia 12 bulan yang sedang lasak?
Elly, melalui emel.
Jawapan :Kali ini, saya lakarkan baju potongan kebaya moden untuk anda. Pilihan baju potongan kebaya dengan bukaan pada bahagian depan baju memudahkan anda untuk menyusukan bayi walaupun sibuk melayan kunjungan tetamu.
Bagaimanapun kelainan dibuat pada bahagian leher baju yang dipotong tinggi serta dibuat ropol supaya gaya tampil berbeza dan tampak eksklusif pada lebaran nanti.

Calvin Thoo bergaya bersama rekaannya.
Penggunaan fabrik yang sesuai akan membuatkan persalinan kelihatan lebih indah. Jadi, saranan fabrik sesuai adalah sutera sifon kerana cirinya yang lembut dan tampak mewah sesuai untuk sambutan Aidilfitri.
Perhatikan juga pilihan baju raya musim ini, kebanyakan pereka menghasilkan rekaan yang sarat dengan sulaman sama ada sulam tebuk atau tampalan renda Perancis.
Untuk anda, saya sarankan dibuat sulaman tebuk pada bahagian hujung baju, lengan dan kaki kain. Memadai sulaman tebuk dengan hiasan jemeki ringkas tapi jika anda tidak sukakan gaya sarat, buat sulaman ringkas tapi lebihkan taburan manik pada bahagian berkenaan supaya baju tampak berseri.
Teknik potongan ‘empire line’ sesuai untuk anda kerana potongan di bahagian berkenaan mampu membuatkan potongan di bahagian dada tampak kemas kerana kebiasaan ibu menyusu mempunyai payu dara yang agak besar. Tanpa sokongan baju dalam dan cara potongan sesuai boleh mencacatkan keindahan baju.
Untuk si dara kecil, pilihan baju yang tampak sedondon membuatkan gaya lebih manis. Biasanya si kecil yang sedang lasak tidak sesuai berbaju kurung seperti ibu. Jadi saya sarankan supaya disediakan gaun ringkas berhias sulam tebuk bermotif sama seperti dibuat pada kebaya anda untuk si kecil.
Fabrik menyerap peluh dan tahan lasak seperti kain kapas dan linen boleh menjamin keselesaan serta ketahanan baju. Gaun adalah gaya mudah untuk bayi yang sedang lasak kerana ia mudah disarung dan dibuka.
Menjawab pertanyaan saudari mengenai smoking, ia adalah sejenis gaya jahitan biasanya dibuat pada bahagian dada baju kanak-kanak daripada material kain kapas. Fesyen smoking menjadi kegilaan kalangan ibu yang menggemari gaya Inggeris. Kebiasaannya gaun smoking menjadi pilihan ibu untuk si kecil berusia dari enam bulan hingga 4 tahun.
Cirinya yang selesa selain tampak berbeza menjadikan ia pilihan tepat untuk digayakan pada Aidilfitri atau majlis keraian seperti majlis ulang tahun kelahiran. Gaun smoking dijahit tangan membuatkan harganya lebih tinggi dan tidak sesuai dipakai sebagai pakaian harian.
PROFIL: Calvin Thoo
Usia : 37 tahun
Asal : Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Fesyen, RMIT University of Melbourne, Australia
Mempunyai pengalaman selama 12 tahun di dalam industri fesyen tanah air malah nama besar Calvin Thoo pernah menghasilkan rekaan busana indah untuk selebriti antaranya Anita Sarawak, Erra Fazira, Datuk Siti Nurhaliza, Raja Azura, Sazzy Falak dan Dynas.
Kunjungi butik Calvin Thoo di P17, Tingkat 4, Lot 10, Bukit Bintang atau hubungi 03-21486862 untuk pertanyaan lanjut mengenai fesyen.
INFO:Jika anda mempunyai kemusykilan mengenai fesyen sesuai dengan diri atau majlis yang hendak dikunjungi, ruangan ini mungkin dapat membantu. Hantarkan masalah anda untuk dijawab pereka fesyen berlainan setiap minggu melalui emel di bminggu@bharian.com.my atau pos ke alamat Berita Minggu, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur atau faks ke 03-22822425.
Berita Harian
Siapa Agaknya Eh?
Thanks to kucingmiang & agk7.
Entah betul entah tidak, khabarnya suami artis itu sekarang sudah menikah lain. Isteri baru suami artis itu boleh tahan cantik dan seksi pulak tu. Kalau hendak dibandingkan dengan artis itu, SS rasa tiada yang kurang. Maklumlah artis popular, penampilan sentiasa hebat dipandang mata. Tak mainlah pakai yang ‘cikai-cikai’. Kalau menempah baju pun, dengan pereka fesyen terbaik tanah air.
Menurut desas-desus yang sampai ke pengetahuan SS, gadis yang dinikahi itu bertugas di awan biru yang sebelum ini pernah menjadi ‘kekasih gelap’ suaminya selama beberapa tahun.
Namun, SS tidak pasti pula sama ada artis itu sudah tahu mengenai perkara ini kerana mereka dikatakan melangsungkan pernikahan di luar negara. Bagaimanapun, tembelang suaminya kahwin lain pecah disebabkan sekeping gambar pernikahan tersebar di Internet. Tetapi bukan mudah untuk mendapatkan gambar itu kerana SS difahamkan sekatan penyebaran gambar berkenaan giat dilakukan.
Hai apalah nasib! Dapat bini cantik, popular dan bergetah pun masih mahu cari lain. Mungkin sudah lahiriah orang lelaki tidak pernah puas dengan seorang isteri.
Tetapi siapalah SS hendak memberi nasihat lagipun Islam sendiri membenarkan lelaki berkahwin empat. Cuma yang menjadi persoalan orang bermadu ini, bolehkah si suami berlaku adil terhadap semua isteri?
Sungguhpun begitu, artis itu tidak boleh salahkan suaminya 100 peratus kerana dia dulu pun merampas hak orang dan kini rasalah apabila orang lain pula hendak berkongsi dengannya!
Soseh Soseh: Artis jelita dimadu? * 2008/08/28 * www.hmetro.com.my
Weekend Watch: Merdeka Specials
Neha Dhupia stars in Sheesha tomorrow on RTM2, 12.30pm.
IT’S our 51st National Day this Sunday and there are some interesting programmes to look out for.
Samantha Schubert stars in The Red Kebaya on RTM1, 8.45pm tomorrow.
On the eve of Merdeka, catch Ambang Merdeka live on RTM1 and RTM2 at 10.30pm and 9.15pm respectively.
The show will be telecast live from three locations – Dataran Merdeka, Bukit Bintang dan KLCC.
Kumpulan Raihan, Jefrydin, Winnie Kok, Estranged, Kumpulan Rabbani, Ahmad Jais, Stacey, Meet Uncle Hussain, Datuk Siti Nurhaliza, Mawi, Karen Kong, Andre Goh, Manivanam, Tofa and Helmy The Gimmick will be performing.
A Merdeka special documentary called My Way will be aired on ntv7 tomorrow at 1.30pm. This half-an-hour programme takes you to all the historical places in the country.
Also catch Panggung Merdeka: The Red Kebaya tomorrow at 8.45pm on RTM1.
This movie is about Latiff, a famous but lonely photographer who sets out on an expedition to photograph abandoned houses around Malaysia.
On his journey he is haunted by images and sounds that remind him of his traumatic childhood.
The movie stars Vanidah Imran, Ramli Hassan, Bob Mercer, Samantha Schubert, Zahim Albakri, Sabera Shaik, Fauziah Nawi and Elaine Daly.
On Sunday, catch the National Day Parade live from Dataran Merdeka over RTM1, ntv7 and 8TV at 7.30am.
Music fans can catch The 35th Annual American Music Awards 2007 on Sunday at 11.15pm over 8TV.
The show, hosted by Jimmy Kimmel, features celebrity presenters and performances by Alicia Keys, Avril Lavigne, Celine Dion, Daughtry, Fergie and lots more.
TOMORROW
Panggung Sabtu (Hindi Movie) (TV3, 2pm) – Bhool Bhulaiyaa
When US-based Siddharth visits his Indian home town with his new wife, he insists they stay at the ancestral home, laughing off family members’ warnings of ghostly goings-on in the mansion. But events soon make him reconsider his beliefs. Starring Akshay Kumar, Vidya Balan, Amisha Patel and Paresh Rawal.
Liar Liar (English Movie) (TV3, 12.30am)
Fletcher Reid is a fast-talking attorney and a habitual liar. When his son Max blows out the candles on his fifth birthday cake, he has only one wish: that his dad would stop lying for 24 hours. You can imagine what ensures when his wish actually comes true. Starring Jim Carrey, Maura Tierney and Justin Cooper.
Bollygood Time On 2 – Sheesha (Hindi Movie) (RTM2, 12.30pm)
Sia and Raj’s professional friendship blossoms into love and they get married. Trouble starts when Sia’s twin sister, Ria, comes into their life and starts to take a liking for her brother-in-law. Starring Neha Dhupia, Sonu Sood and Elidh MacQueen.
Death Note (Japanese movie) (8TV, 8.30pm)
Yagami is an intelligent man who resents crime and corruption. His life undergoes a drastic change when he discovers a mysterious notebook known as the “Death Note” lying on the ground. The “Death Note” claims that whoever’s name is written in it will die. Starring Erika Toda, Ken’ichi, Tatsuya Fujiwara and Asaka Seto.
Suara Saleha (Malay movie) (TV3, 10pm)
Saleha, a widow who lives with her mother and her sister Radiah, gets by selling nasi lemak. Her mother is senile and Radiah works as a GRO. To make matters worse, Saleha’s family matters are the target of the village gossips. Starring Ogy Ahmad Daud, Fauziah Nawi and Raja Azura.
SUNDAY
Mazhai (Tamil movie) (RTM2, 12.30pm)
Arjun, an unemployed youngster, and Deva, a powerful don, are in love with Sailaja. Arjun keeps bumping into Sailaja every time it rains. This makes them both feel that it is perhaps the rain that keeps bringing them together, and they start to fall in love. Deva, on the other hand, makes use of her father to get close to her. Starring Jayam Ravi, Shriya and Rahul Dev.
Yours, Mine & Ours (English movie) (RTM2, 3pm)
A Coast Guard Admiral and a handbag designer fall in love and marry, much to the dismay of her 10 and his eight children. When both families move into a new house, they struggle to stay as one family. Starring Dennis Quaid, Rene Russo, Sean Faris, Katija Pevec and Dean Collins.
New Straits Times
Siti Beralah Dengan Suami
Oleh AQMAR ALLADAD aqmar.alladad@kosmo.com.my
MEMIKUL tugas menghiburkan peminat lebih sedekad membuatkan dirinya saban hari semakin matang dan bijak berbanding dengan kemunculan awalnya dulu.
Tidak dengan kelebihan itu sahaja, penampilan yang sopan diterapkan sejak dulu lagi telah membuat peminat berasa selesa berada di sisinya.
Lantas selepas mendirikan rumah tangga pula semakin banyak perubahan drastik ditonjolkan semata-mata untuk bersesuaian dengan statusnya yang bergelar isteri.
Kepuasan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dalam menghiburkan peminatnya tidak pernah terbatas malah jiwanya seringkali mencuba untuk memberi sesuatu perubahan yang menampakkan dirinya itu berada di hadapan.
Walaupun sudah pernah mempunyai pengalaman mengadakan konsert di merata-rata tetapi Siti masih lagi tidak jemu-jemu mengidamkan konsert terbarunya yang sudah tentu peminat juga mula merindukan lenggok Siti di pentas.
“Memang Siti teringin sangat. Tidak buat konsert pun tak apa, secara eksklusif pun Siti setuju,” katanya sebelum memulakan rakaman Eksklusif….Siti Nurhaliza Bersama Peminat terbitan RTM baru-baru ini.
KANAK-KANAK sentiasa dekat di hati diva yang satu ini.
Dalam pada itu, Siti turut mengakui tidak sabar untuk melaksanakan impiannya itu malah bersedia berusaha sepenuhnya melunaskannya dalam masa terdekat.
Malah akuinya lagi dengan jujur, empunya diri sendiri juga rindu untuk menghiburkan peminat dengan lebih dekat kerana dengan cara begini dia boleh dekatkan hati bersama mereka.
“Dan mengenai konsert yang bakal diadakan nanti, Siti sudah pun menghantar kertas kerja untuk mencari penaja dan kalau rezeki itu diterima maka ia akan dilaksanakan tahun ini juga mungkin selepas Hari Raya,” ulasnya lagi sambil tersenyum manis.
Siti yang tidak meminta untuk mengadakan persembahannya secara besar-besaran tetapi mempunyai niat tersendiri untuk mengadakan konsertnya itu sebagai persembahan amal sahaja.
“Secara tidak besar-besaran pun tak apa yang penting niat saya untuk menolong golongan yang tidak mampu terutama artis-artis yang uzur,” katanya sentiasa merendah diri
Ditanya bagi lokasi projek terbarunya itu, adakah Siti mengidamkan untuk mengadakannya di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) memandangkan pentas di situ begitu gah.
Siti dengan nada bersederhana memberitahu, buat masa kini tidak pernah terlintas di benak fikirannya untuk mengadakan di dewan eksklusif itu tetapi paling utama keselesaan peminat dan dirinya jua.
KEKAL anggun dan bergaya dalaman persalinan bersopan.
Sentuh pula soal album terbarunya, Siti kali ini turut menggunakan tenaga pencipta muda iaitu Radhi OAG yang menyumbangkan sebuah lagu.
Konsep album yang diterbitkan kelak juga tidak terlalu jauh menyimpang seperti mana konsep albumnya sebelum ini. Masih juga menggunakan sentuhan kreatif Pak Ngah terutama untuk lagu-lagu berirama melayu.
“Konsep melayu yang dipilih ini perlu perhatian serius kerana muzik tersebut turut diselitkan alunan muzik moden,” kata Siti serius.
Mengecapi kemeriahan Ramadan bersama suami tercinta Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa atau Datuk K buat kali kedua merupakan saat paling manis jua.
Sambutan Ramadan kali ini juga Siti akan menolak untuk mengadakan persembahan di mana-mana sahaja melainkan hanya menerima majlis berbuka puasa sahaja.
Selain itu, sempat jua ditanya persiapan sebagai isteri menjelang sambutan Ramadan, Siti yang tersenyum manja menyatakan tidak ada apa-apa perubahan malah ia seperti tahun lalu.
“Sepanjang bulan Ramadan nanti tidak ada apa-apa perubahan sama juga macam sebelum ini. Siti kena sediakan makanan untuk suami. Siti pun kena buat banyak lagi kerja yang biasa dilakukan oleh isteri lain juga,” kata Siti yang bergelar isteri orang sejak Ogos 2006.
Tidak lupa juga menyentuh soal rumah tangganya yang baru saja memasuki usia dua tahun, Siti menggunakan konsep perlu mengalah sekiranya mempunyai sebarang masalah antara dia dan suami.
SITI menerima kucupan manja daripada peminat veterennya.
Dengan sikap berkenaan barulah sesuatu masalah atau apa juga yang berlaku tidak akan berpanjangan. Sikap mengalah juga membawa kepada permuafakatan dan menjadikan kasih sayang bertambah erat dari semasa ke semasa.
“Itulah sebenarnya yang penting dalam hubungan. Perlu ada tolak ansur. Siti percaya kepada sikap bertolak ansur mampu menyelesaikan banyak perkara” jelasnya tersenyum manja.
Pada usia setahun perkahwinannya dulu, Siti ketika itu masih mempelajari dan mengenal hati budi masing-masing apa yang digemari dan tidak digemari oleh suami yang dicintainya itu.
“Syukur, Siti sudah belajar kenal hati masing-masing. Setakat ini tidak ada sebarang perkara besar yang menyebabkan kami bergaduh,” katanya yang juga akan mengerjakan Umrah pada Awal Ramadan ini.
Mendendangkan sebanyak tujuh buah lagu di hadapan peminat yang terdiri daripada golongan unit beruniform seperti polis, jururawat, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan tidak lupa juga golongan kurang bernasib baik.
SEMPAT menghiburkan golongan peminat daripada pelbagai latar belakang status.
Menonjolkan Siti seorang penghibur serba boleh turut tidak mengecewakan penonton yang membanjiri auditorium kerana Siti tidak kekok sekali ke tempat audiens untuk bermesra bersama walaupun hanya sekejap.
Menampilkan vokal hebat Siti pada sesi rakaman itu, Siti yang dilabelkan penyanyi nombor satu itu memilih lagu seperti Ku Mahu, Ketahuan, Wanita, Kau Ku Sayang dan medley Si Baju Hijau.
“Siti memang sudah lama berhajat untuk menghiburkan audiens unit beruniform dan golongan kurang bernasib baik yang dijemput khas oleh penganjur,” katanya yang anggun mengenakan busana berwarna biru.
Malah lagu-lagu yang dinyanyikan juga bersesuaian dengan para tetamu yang hadir misalnya saat Siti menyanyikan lagu Kau Ku Sayang amat menyentuh jiwa.
Kerana penyanyi jelita ini turut menjemput kanak-kanak kurang bernasib baik dan warga tua menemaninya dipentas lantas mengusik hati audiens.
Kosmo
Siti, Datuk K Terus Merai Cinta
Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA saharudin.musthafa@utusan.com.my
KHALID Mohammad Jiwa dan Siti Nurhaliza memotong pulut kuning pada majlis ulang tahun perkahwinan kedua mereka di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Turut serta bapa Siti, Tarudin Ismail (kiri), ibu Siti, Siti Salmah Bachik (dua dari kanan) serta ibu Khalid, Zainab Hanapi (kanan).
BANGLO mewah yang pernah menjadi sebutan ramai di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur hujung minggu lalu bercahaya tidak seperti lazimnya.
Deretan kereta mewah pula menjalar di luar kediaman bernilai RM6 juta yang didiami pasangan popular tanah air, Datin Seri Siti Nurhaliza Tarudin dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa.
Kelibat tokoh-tokoh korporat, rakan-rakan artis, keluarga dan rakan-rakan terdekat pasangan itu kelihatan keluar masuk ke rumah itu.
Semuanya berhimpun dalam kedinginan malam (selepas hujan seharian) untuk meraikan pasangan itu melayari bahtera rumah tangga yang berusia dua tahun pada 21 Ogos lalu.
Pada malam itu, Siti dan suami tercinta tidak menang tangan melayan setiap tetamu.
Pantang berselisih di kawasan halaman banglo mereka, Siti dan Khalid tidak lupa bertanya sama ada tetamu-tetamu mereka sudah menjamu pelbagai hidangan enak yang disediakan oleh Kuzie Catering.
“Ini antara hajat Siti bila berumah tangga. Mahu berkongsi kegembiraan dengan orang-orang yang banyak memainkan peranan dalam kehidupan Siti dan suami,” jelas Siti mengenai acara yang diadakan buat kali kedua selepas mendirikan rumah tangga dengan usahawan ternama itu.
Berkali-kali Siti menegaskan, menganjurkan majlis di kediaman itu bukan bermakna dia dan suami mahu bermegah-megah dengan kemewahan yang mereka ada.
Sebaliknya, Siti berpendapat, mereka berdua sekadar mahu berkongsi masa kegembiraan, dan rezeki yang ada.
Kalau di sebelah malam, pasangan itu meraikan rakan-rakan terdekat, di sebelah siang pula, seramai 60 anak yatim diundang ke kediaman yang sama menghadiri majlis doa selamat.
Keseronokan terpancar pada wajah penyanyi nombor satu negara itu tatkala melayan anak-anak yang kurang bernasib baik.
Begitu juga melayan pertanyaan rakan-rakan terdekat mengenai kehidupan berumah tangga yang berusia dua tahun itu.
“Siti gembira kerana berpeluang melalui putaran hidup seperti yang sering didambakan oleh setiap wanita iaitu mempunyai seorang suami.
“Siti harus akui yang Siti semakin matang dalam menjalani kehidupan sebagai seorang wanita. Pada masa yang sama, Siti juga semakin menghargai erti kasih dan sayang.
“Syukur pada Allah kerana kebahagiaan ini benar-benar bererti buat Siti,” kata artis berusia 29 tahun itu lagi pada Hits yang turut diundang pada majlis berkenaan.
Mengenai kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangganya pula, Siti masih tersenyum kerana sudah lali dengan persoalan sedemikian.
Apa kudrat yang Siti ada untuk memberi jaminan esok lusa dia akan hamil kerana semua itu katanya, terletak pada Yang Maha Berkuasa.
Seperti orang lain, dia sangat kepingin untuk melahirkan zuriat sendiri dan membesarkannya.
“Insya-Allah kalau ada rezeki, Siti tak akan tolak,” jelasnya sambil merenung ke arah suami yang tidak pernah lokek mengukir senyuman.
Oh ya, ada pula yang bertanya, apakah Siti dan Khalid yang juga terkenal dengan panggilan Datuk K masih di alam bulan madu kerana mereka masih manja, mesra dan romantik setiap kali berdua.
“Apa salahnya kalau masih berbulan madu? Dua tahun ada ketikanya masih belum cukup untuk kita kenal pasangan kita.
“Dan inilah masa terbaik untuk Siti dan suami lebih mengenali satu sama lain, mengeratkan lagi kasih sayang dan menggandakan rasa cinta kami,” katanya sambil meminta diri kerana perlu melayan tetamu-tetamu lain yang tidak putus- putus mahu merakamkan foto bersamanya.
Di satu sudut di banglo itu pula, Hits memerhatikan ayah dan ibu Siti, Tarudin Ismail dan Siti Salmah Bachik serta ibu Khalid, Zainab Hanapi rancak berbual.
Barangkali, sudah lama tidak bersua lalu banyak cerita yang mahu dikongsi. Atau mungkin juga Tarudin, Siti Salmah dan Zainab seperti orang lain tertanya- tanya bila lagi anak-anak mereka itu akan menambah ahli keluarga.
Pada malam itu juga, kalau sudah namanya penyanyi, Siti tidak terlepas daripada terpaksa mengadakan persembahan biarpun majlis itu diadakan untuk meraikan hari bahagia diri sendiri.
Siti tanpa banyak soal ‘bertugas’ pada malam itu menghiburkan tetamu-
tetamu khususnya rakan-rakan perniagaan suaminya termasuk Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang yang juga tokoh korporat, Datuk Mokhzani Tun Mahathir dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Mohd Nasir Ali.
Mujur juga rakan-rakan artis yang lain seperti Nora, Ezlynn, Fazli Zainal dan Sharifah Shahira bersedia menghiburkan mereka yang datang ke majlis yang diadakan secara santai itu.
Begitu juga dengan ayah dan ibu Siti yang turut mengadakan persembahan pada malam itu.
Keceriaan menemani Siti pada malam yang cukup indah kerana dia bukan saja ditemani suami untuk menjadi pelindungnya tetapi Siti juga masih ada keluarga yang tidak pernah kurang menyayanginya serta rakan-rakan yang sentiasa berada di sisinya pada bila-bila masa.
Utusan Malaysia
Siti Tidak Terkilan
Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA liza.zakaria@utusan.com.my
SITI bersama Beg Guna Semula, Tabung Yayasan Jusco yang dilancarkannya di Pusat Membeli-Belah AEON Bukit Tinggi, Klang baru-baru ini.
BIDUANITA ini sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Sebut sahaja namanya, seluruh pelosok negara tidak kira tua ataupun muda pasti mengenalinya.
Sentiasa sopan dalam pemakaian dan menjaga tertib hujahnya, itulah antara aset utama Datuk Siti Nurhaliza Tarudin atau lebih mesra disapa Siti yang menyebabkan jutaan peminat sentiasa menyayangi dan menyenangi dirinya walau pernah dihambat pelbagai fitnah dan tohmahan liar.
Rezeki penyanyi nombor satu negara ini sentiasa mencurah sejak awal kemunculannya lagi. Tidak hanya terbatas di lapangan nyanyian tetapi juga turut terhampar luas sebagai duta dan jurucakap pelbagai produk.
Sejak zaman bujangnya lagi Siti telah terpilih sebagai duta dan jurucakap pelbagai produk kecantikan antaranya ialah produk Maybelline New York, Pantene dan Olay Total Effect.
Tidak cukup dengan itu, kerjasama Siti turut diberikan kepada badan-badan amal dan juga yang berkaitan aktiviti kemasyarakatan antaranya sebagai duta Pencegahan Dadah oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan pada tahun 2006, duta Muhibah PBSM dan duta Tabung Yayasan Jusco, With All Our Heart sejak tahun 2002 lagi.
Bagaimanapun, sejak mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K, tawaran sebagai duta sedikit berkurangan berbanding zaman solonya dahulu.
Mungkinkah kerana imej bertudung yang dibawa oleh Siti kini menyebabkan ramai pihak kurang berminat mengambilnya?
Atau apakah kerana status Siti sebagai isteri dan seorang hartawan menyebabkan ada pihak yang berasa ragu-ragu memberikan tawaran.
“Semuanya bergantung kepada rezeki. Jika imej Siti tidak sesuai dengan sesuatu produk, itu tidak jadi masalah kerana setiap syarikat ada perancangan mereka sendiri. Imej ini adalah sesuatu yang Siti pilih dan tidak pernah terfikir untuk terkilan jika tidak mendapat tawaran lagi.
“Mereka tidak meletakkan apa-apa syarat tentang status Siti sekarang dan mereka menerima Siti dengan baik. Bagi Siti, sebagai anggota masyarakat tidak kira apa status kita tetapi yang lebih utama adalah apakah sumbangan yang mampu kita berikan,” luah Siti memberi pandangannya.
Bercerita mengenai penglibatannya sebagai duta sebelum dan selepas berkahwin, kata Siti, dia harus memilih tawaran yang diberi berdasarkan komitmen yang dapat dilakukannya.
“Siti tidak boleh mengambil sesuatu tawaran tanpa memikirkan apakah Siti dapat memberi komitmen seperti mana yang dikehendaki oleh syarikat yang menawarkan. Siti juga harus memilih produk yang benar-benar sesuai dengan Siti kerana bukan wang yang Siti cari tapi apakah kita dapat menjalankan tanggungjawab itu atau tidak.
“Insya-Allah sekarang ini semuanya berjalan dengan baik, cuma Siti harus memikir sebaiknya sebelum meneruskan kontrak atau pun menerimanya,” kata penyanyi yang kini cukup popular dengan lagu Wanita itu.
Duta Jusco
Baru-baru ini, Siti hadir melancarkan Beg Guna Semula, Tabung Yayasan Jusco Malaysia di Pusat Membeli-Belah AEON Bukit Tinggi, Klang.
Beg yang terhad sebanyak 10,000 unit itu boleh dibeli di semua cawangan Jusco dengan harga RM4.90 setiap satu bermula 25 Ogos ini.
“Wang hasil pembelian beg tersebut akan disalurkan kepada Tabung Yayasan Jusco. Ini adalah satu perkara yang baik kerana ia dapat membantu mengurangkan penggunaan beg plastik dan dalam masa yang sama dapat membantu melindungi bumi,” kata duta kepada tabung yayasan itu lagi.
Siti mula bekerjasama dengan pihak Jusco sejak tahun 2002 dan sejak itu dia diberi kepercayaan sebagai Duta Tabung Yayasan Jusco (With All Our Heart).
“Kerjasama Siti dengan Jusco dan Aeon biasanya menerusi kontrak yang dibuat secara tahunan dan jika diperbaharui atau kontrak disambung, Siti akan meneruskan kontrak untuk setahun lagi.
“Insya-Allah kontrak tahun lalu akan tamat tidak lama lagi tapi pihak mereka sedang berbincang dengan pihak Siti untuk meneruskan lagi kerjasama ini. Alhamdulillah,” katanya.
Bagaimanapun, penggunaan gambar-gambar lama Siti dengan imej tidak bertudung pada majlis pelancaran Beg Guna Semula, Tabung Yayasan Jusco baru-baru ini sedikit sebanyak menimbulkan tanda tanya dari pelbagai pihak.
Gambar tersebut bukan sahaja tercetak pada poster dan risalah tabung yayasan tersebut malah turut digunakan pada beg guna semula yayasan itu.
“Gambar itu memang diambil sebelum Siti bertudung dan mereka juga ada memohon persetujuan Siti.
“Keadaan berlaku kerana terlalu banyak imej Siti yang tidak bertudung terutamanya pada album-album Siti dan di majalah juga sebelum ini, memang sukar untuk menukarkannya kepada yang baru tetapi insya-Allah selepas ini semuanya akan berubah.
“Ada iklan yang Siti buat sebelum Siti bertudung dan kontrak masih belum habis dengan mereka. Jika ada kontrak baru, Siti akan tampil dengan imej terbaru ini.
“Tindakan Jusco juga adalah atas persetujuan Siti dan kempen menggunakan beg itu hanya untuk tempoh sebulan sahaja,” jelas Siti.
Utusan Malaysia
Dunia Berbeza
Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my

DIANA Danieele dan Riz AF6 sama-sama terpikat bagaikan cinta pandang pertama. Bagaimanapun, itu semua sekadar untuk memenuhi tuntutan sesi fotografi
Rasa kekok dua artis remaja hilang apabila bertentang mata
LANGIT biru nan cerah menjadi saksi pertemuan dua selebriti, Diana Danielle dan Riz AF6 saat Hip berjaya mencuri ruang senggang mereka untuk digandingkan dalam dua gaya berbeza yang cuba direalisasikan sebaik mungkin.
Ruang terbuka tempat meletak kereta di tingkat enam Balai Berita menjadi medan ekperimen, gaya rock daripada Danielle bercampur ‘sentuhan kecundang’ Riz yang ala tak menjadi rocknya dan satu lagi pose bergaya segak dan menawan.
Paduan gaun labuh berwarna biru rekaan Hazree Wahid cukup terletak di badan Danielle dan kot polos berwarna putih menaikkan seri wajah Riz yang terkenal kerana memiliki sepasang mata yang cantik. Satu pujian harus diberikan kepada mereka kerana sanggup bersidai di atas tapak tinggi demi sesi fotografi ini. Hasilnya anda nilai dan hayatilah sendiri.
Khabarnya sejak Riz, 22, berada di dalam Akademi Fantasia musim keenam pada tahun ini, Diana Danielle, 17, cukup mengagumi bakat nyanyiannya. Mereka masing-masing saling memuji saat bertemu. Debaran yang mulanya dirasai pasangan remaja ini, perlahan demi perlahan membangkitkan keserasian. Apa pun mereka cukup profesional.
Siapa mungkin bisa melupakan renungan mata Riz yang dikatakan menjadi senjata berharga dan dipuja ramai golongan wanita. Mungkin juga perasaan itu turut sama dirasai anak tunggal yang semakin meriah mendapat tawaran berlakon dan dilamar menjadi model deretan beberapa nama produk.

“Saya tidak ada hal bekerjasama dengannya. Tak dinafikan dia memang mempunyai pakej lengkap sebagai anak seni. Dia cantik, muda dan boleh pergi jauh. Sebelum sesi fotografi ini berlangsung, saya hanya mengenalinya di kaca TV. Tetapi apabila sudah berjumpa, dia sangat manis dan peramah,” ulas Riz tatkala ditanya mengenai gadis manis itu.
Tak salah saling meminati kerana hakikatnya juga Danielle tahu batasannya sebagai seorang anak muda yang masih belajar dan sering dikait rapat dengan anak pengarah tersohor Datuk Yusof Haslam, Syamsul Yusof.
“Saya sedar orang mulai bercakap dan berteka-teki apabila kami tidak mengaku bercinta. Apa yang saya dapat katakan itu hak kami sebagai manusia. Kalau saya cakap tak nak (tidak mengaku), maka orang tidak
boleh memaksanya. Manusia berhak membuat andaian apa saja mengenai hubungan kami. Tambahan pula saya masih belajar dan tidak sesuai untuk memikirkan soal cinta ini lagi,” katanya yang juga mengaku amat meminati bakat Riz selain selesa dengan jejaka itu yang juga sangat peramah walau pun pertama kali bertemu.

SEPADAN: Persona Diana Danielle dan Riz cukup terserlah dan menampakkan keserasian.
Tatkala dia asyik bergaya di depan kamera, penulis bagaikan hilang kata-kata kerana Danielle ternyata memang bijak memberikan pose terbaik buat tatapan umum. Aura dan liuk lintuk tubuhnya cukup mempesonakan dan sesekali diusik penulis, konon gayanya seperti menonton rancangan American Next Top Model.
Usikan itu dibalas dengan senyuman manja. Saat ini juga bukan tiada suara yang masih meragui bakat seninya dan mengatakan dia hanya bersandarkan paras rupa semata-mata apabila berlakon di kaca TV mahupun di layar perak.
Dengan penuh rasa rendah diri, Danialle mengakui biarpun sudah lebih dua tahun menerjah onak duri dunia seni, sejak Januari 2006, dia masih belum berpuas hati dengan apa yang diberikan dalam lakonannya.
Hanya satu impiannya kini iaitu ingin memegang watak heroin di dalam filem. Bukan tiada tawaran yang kunjung tiba kepadanya kerana akhirnya ia mengundang hampa apabila Diana terlebih dulu terikat dengan komitmen drama dan belajar.
“Saya pernah mendapat tawaran berlakon filem Sepi memegang watak Imaan yang dibawa Baizura Kahar, namun ketika itu saya terpaksa menolak kerana sudah terbabit dengan penggambaran drama Air Mata Maria. Saya menganggap semua itu sebagai tiada rezeki,” katanya.
Laluan seni semakin direstui
NAMA Riz pernah hangat dikatakan berangan hebat dan mempunyai sikap yang menjengkelkan sejak diari kehidupannya di dalam Akademi Fantasia musim keenam (AF6) mula dipaparkan.
Sebelum memasuki AF, pemuda ini terlebih dulu menyertai pertandingan Gang Starz musim pertama dengan menganggotai kumpulan Equal Star yang tampil dengan imej ala kumpulan IL Divo. Ketika bersama Equal Star, bakat mereka sering dipandang sepi sehinggalah saat kumpulan itu berkubur.
Bagaimanapun rezeki berpihak kepadanya sehingga dinobatkan sebagai naib juara. Menyedari laluan seni semakin direstui, Riz cukup menyedari betapa hebatnya impak Akademi Fantasia hingga namanya mula meniti di bibir peminat seni.
“Setelah berpecah daripada Equal Star, kami masing-masing membawa haluan sendiri dan sebab itulah saya masuk AF6 secara solo. Mungkin juga apabila saya bersama Equal Star ia lebih berorientasikan kumpulan, maka susah untuk kami menyerlah seorang diri. Mungkin juga saya boleh katakan tepat percaturan saya menyertai AF6 kerana bakat saya mula dipandang.
“Alhamdulillah saat ini saya masih boleh hidup, tapi nak kata boleh kaya terus itu, tidaklah sama sekali. Semuanya berbalik kepada soal rezeki. Tak semua bintang kelahiran Akademi Fantasia terus mekar nama mereka kerana realitinya ada yang sudah dilupakan. Insya-Allah, saya kini dalam proses mencari lagu single. Kalau ada duit lebih, saya nak bikin single sendiri.
“Saya baru saja selesai penggambaran program raya AF6 yang akan disiarkan pada musim raya nanti di Astro Ria. Kami menjalani penggambaran program itu sejak 5 hingga 12 Ogos lalu. Saya juga akan terbabit dengan rakaman Uniknya Ramadan bersama bintang AF6 yang lain. Selain itu, saya juga terpilih untuk mengalih suara drama di saluran Disney iaitu Camp Rock bagi watak utamanya, Shane Grey. Selain saya, Amylea, Farah, Shawal dan Adifashla pun terbabit,” kata Riz yang juga baru menerima tawaran untuk mengalih suara watak dalam cerita kartun Teenage Mutant Ninja Turtle.
“Saat ini memang saya tiada hasrat untuk berlakon. Biarlah saya membina nama terlebih dulu sebagai penyanyi. Biarlah saya melakukan setapak demi setapak dan andai suatu hari nanti saya sudah bersedia, pastinya saya juga ingin mengembangkan bakat sebagai pelakon,” ungkap Riz yang tidak peduli mengenai tanggapan sesetengah orang yang mengandaikan dirinya ‘sesuatu’ kerana baginya hanya dia tahu siapa dirinya yang sebenar.
INFO: Diana Danielle
tayang)
INFO: Riz AF6
Berita Harian
Kisah Di Sebalik Ampang Medikal
Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my
Mula bersiaran malam ini di ntv7 dengan menampilkan empat pelakon hebat
DRAMA bercorak siri perubatan atau medikal seperti Grey’s Anatomy, Scrub, Chicago Hope dan ER (Emergency Rooms) dari produksi luar sering mencuri tumpuan penonton di Malaysia sehingga ada yang menjadikan siri itu sebagai mesti tonton.
Sebagai saluran penyiar, ntv7 tidak ketinggalan menyiarkan drama berjudul Ampang Medikal yang mula menemui penonton setia saluran itu mulai malam ini.
Pengarahnya, Keith Chong berkata drama seperti itu sedikit sebanyak memberi inspirasi kepadanya untuk membikin drama ini tetapi seboleh-bolehnya dia tidak mahu terus-terusan dibayangi drama luar itu sebaliknya diperhebatkan dengan kandungan tempatan dengan menampilkan wajah, budaya dan rencah tempatan.
Drama terbitan bersama Primeworks Studio dan Niche Films ini mengambil durasi masa selama empat bulan untuk disiapkan bermula sejak 5 Mei dan berlanjutan hingga 15 September ini.
Kata Keith lagi, penulis skrip drama arahannya sudah membuat penyelidikan termasuk mendapatkan perunding yang pakar dalam soal perubatan dan bidang kedoktoran.
Ia menampilkan nama hebat seperti Azhar Sulaiman, Nur Aliah Lee (Vee), Ngasrizal Ngasri, Julia Ziegler dan beberapa nama baru termasuk pengacara Whoa! di ntv7 iaitu Rusdiana Ramli.
Hip menyingkap kisah Rusdiana Ramli, Azhar Sulaiman, Vee dan Julia Ziegler ketika sidang media drama ini dijalankan baru-baru ini.
Gembira dapat watak Dr Siti
AMPANG Medikal menjadi drama sulung yang menampilkan Rusdiana Rusdi atau Diana, 23, sebagai antara watak penting. Rusdiana masih mengacarakan program Whoa! bersama Hafiz di ntv7. Dia pernah mendapat naib juara dalam pertandingan Siti Nurhaliza Mencari Bintang dan aktif membabitkan diri dalam iklan komersial seperti Hotlink, Mobile Wallet dan Malaysian Dream Girls.
Kata Rusdiana, sejak usia sembilan tahun lagi, dia sudah mula menjadi model iklan. Dunia lakonan baginya menjadi satu bidang loncatan demi merealisasikan cita-citanya mahu bergelar Pegawai Perhubungan Awam (PRO). Pengalaman menjadi Dr Siti dalam drama Ampang Medikal memberi satu ruang untuk terus melebarkan bakatnya.
“Sebelum ini saya pernah berlakon beberapa buah drama termasuk Kasih Suci tapi semuanya sekadar pelakon pembantu dan ekstra. Dalam drama Ampang Medikal saya dapat merasai pengalaman menjadi doktor. Tak dapat jadi doktor betul-betul, berlakon jadi doktor pun kira oklah. Saya masih baru dan hijau dalam dunia ini, harapnya kehadiran saya akan disedari dan saya ingin berkongsi sedikit bakat yang ada,” kata anak bongsu daripada empat beradik yang berkelulusan diploma pengiklanan.
Niche Film milik kakak Julia
BIARPUN sibuk dengan komitmen beberapa kerja dalam satu masa, Julia Ziegler, 24, akan cuba sebaik mungkin memastikan aturan jadualnya. Selain sibuk dengan drama Ampang Medikal, Julia juga terbabit menjalani penggambaran Kasih Iftitah menghiasi slot Samarinda, TV3 menjelang Ramadan ini.
Syarikat Niche Film yang menjadi penerbit bersama drama Ampang Medikal ialah produksi milik kakaknya, Linda Ziegler. Keterujaannya menonton drama seperti Scrub dan Grey’s Anatomy semakin memuncak apabila mula ditawarkan watak Dr Melissa oleh kakaknya sendiri. Aktres dan model yang pernah digosipkan dengan Pierre Andre ini kini mengaku masih solo.
“Saya yang mula memperkenalkan Linda ke dalam beberapa produksi dan alhamdulillah semakin hari, dia mula mendapat tempat membikin drama dan telefilem. Untuk drama ini, saya percaya kepada cita rasa Linda dan pengarah.
“Mengenai soal cinta, saya seboleh-bolehnya tidak mahu terjebak dengan sebarang perhubungan lagi. Saya sedang membaikpulih hati yang pernah retak rentetan cinta sebelum ini. Saya tidak mahu hati saya yang sudah kecewa, kembali retak. Kalau saya mahu bercinta sekalipun, biarlah saya mulakan dengan hati yang baru,” kata Julia yang sudah pun selesai menjalani penggambaran filem Teman Selamanya yang turut menampilkan Pierre Andre.
Tak pernah tonton drama medikal
JIKA sesetengah pelakon menjadikan drama atau genre filem berkaitan sebagai rujukan untuk berlakon, ternyata tidak bagi Nur Aliah Lee (Vee). Biarpun pertama kali diberi peranan sebagai Dr Maznah, Vee sama sekali tidak menonton drama atau filem mengenai bidang perubatan atas alasan tertentu. Anaknya Putera Muhamad Ameen juga diundang berlakon sebagai Daniel menjadi anak kepada Dr Maznah.
Bekas isteri kepada Aziz M Osman ini masih berhubungan baik dengan pengarah tersohor itu. Terkini Vee mengakui, yang dia ada berkawan rapat dengan seorang lelaki lebih kurang setahun lalu.
“Saya tidak menonton apa-apa drama atau filem yang menjurus kepada genre yang sama dengan Ampang Medikal kerana saya bimbang akan terikut-ikut dengan watak yang sedia ada,” kata Vee.
Klinik khas untuk penggambaran
GARA-gara mula terbabit dengan drama Ampang Medikal, percaya atau tidak, pelakon kacak, Azhar Sulaiman, 38, sudah pun membuka klinik.
Dalam sibuk berlakon dan bekerja sepenuh masa sebagai arkitek di syarikat Design Nexus Architect, Azhar masih mampu menguruskan klinik yang dibukanya sejak sebulan lalu. Klinik itu diberi nama Emergency Rooms di Plaza Damas.
Sudah berlakon pelbagai watak, menjadi Dr Amir Shah Stephens buat pertama kalinya juga menjadi momen indah dalam hidup suami kepada Chempaka Emalin ini.
“Sebenarnya saya buka klinik itu untuk tujuan penggambaran bagi mana-mana produksi yang berminat. Ia ada set atau studio khas yang boleh digunakan untuk drama atau filem yang membabitkan babak atau suasana di pusat perubatan.
“Klinik dengan keluasan 1200 kaki persegi ini dimuatkan dengan ruang menunggu, bilik doktor, wad, kaunter pertanyaan dan beberapa lagi ruang berkaitan. Alhamdulillah perniagaan ‘klinik’ saya ini semakin mendapat sambutan. Saya hanya mengenakan caj RM400 sehari.
“Sebagai arkitek, saya masih sibuk dengan beberapa projek termasuk projek kerajaan. Saya akan merekacipta ruang bagi fakulti kejuruteraan elektrik di UiTM, Skudai, Johor tidak lama lagi. Sesibuk manapun, saya akan pastikan ada masa untuk keluarga (isteri dan anak-anak),” demikian ungkap Azhar Sulaiman yang sudah 13 tahun bahagia mengecapi kehidupan berumahtangga termasuk dengan kehadiran Kasih Leia Ixora, Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona.
Azhar juga akan memulakan projek sulungnya bersama TV3 untuk menerbitkan telefilem sempena Aidilfitri nanti berjudul Potret Aidilfitri dijangka sudah memulakan penggambaran pada 20 Ogos lalu.
INFO: Ampang Medikal
Berita Harian