Home   Wordpress   Log in

“Siti Rindu Soalan Nakal Media”

June 25th, 2008 by Joe (Admin) | Filed under Utusan Malaysia.

Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA saharudin.musthafa@utusan.com.my

Tiga beradik berjiwa seni. Dari kiri Siti Saerah, Siti Nurhaliza dan Siti Nursaida. Ketiga-tiga Siti ini juga menyimpan hasrat untuk merakamkan album keluarga satu hari nanti.

LAMA benar Datuk Siti Nurhaliza tidak muncul di dada media. Selepas kekecohan isu perpindahannya dari sebuah kondominium ke banglo mewah di Bukit Antarabangsa, artis popular itu bagaikan membawa diri.

Ada soalan-soalan nakal yang bertanya apakah Siti merajuk dengan media?

Dan pada satu pertemuan dengan artis tersohor itu sebelum mengadakan persembahan di Laman Seni, Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini, Siti tergelak menjawab soalan yang ditanyakan padanya.

“Tak adalah merajuk. Sebaliknya, Siti rindu soalan-soalan nakal daripada rakan-rakan media,” jawab Siti mengenai tanda tanya wartawan dan peminat-peminatnya mengenai kehilangannya selama ini.

Soalan-soalan nakal? Apa yang dimaksudkan oleh Siti?

“Kalau dulu sebelum Siti kahwin, kawan-kawan wartawan pantang jumpa mesti tanya bila nak kahwin.

“Kalau bukan soalan kahwin, soalan peribadi yang kadang-kadang Siti sendiri susah nak jelaskan. Selepas mendirikan rumah tangga, ada kalanya Siti akan teringat momen-momen manis yang Siti lalui ketika hidup bujang.

“Bagaimanapun, Alhamdulillah, sehingga kini hubungan Siti dengan rakan-rakan wartawan masih baik dan Siti mengharapkan ia akan kekal sampai bila-bila,” tambah Siti yang juga terkenal sebagai artis yang gemar menyakat wartawan.

Isteri kepada usahawan Datuk Khalid Mohammad Jiwa itu yang semakin langsing menjelaskan, buat masa ini beliau lebih senang mendiamkan diri lantaran tiada berita menarik untuk dikongsi dengan masyarakat.

Apa lagi, dengan kedudukannya sebagai isteri yang sering dihambat oleh masa menyebabkan Siti mahu memberi tumpuan yang sepenuhnya menguruskan suami.

Tambahan pula, selepas menetap di banglo mewah yang tersedia 13 bilik tidur menyebabkan Siti perlu menyesuaikan diri.

“Semuanya berjalan lancar. Kehidupan Siti lebih tenang. Selain suami, ibu dan ayah mertua Siti juga menetap bersama kami di rumah itu. Jadi, Siti mahu meluangkan masa kualiti dengan keluarga,” jelas penyanyi yang mula menempa nama menerusi lagu Jerat Percintaan pada tahun 1996.

Sesekali bila ada masa terluang, Siti selesa memanjakan diri dengan spa, salon dan membeli-belah.

Semua itu katanya, bagaikan terapi untuk dirinya mengisi masa lapang.

“Dahulu ketika sibuk dengan jadual seni, Siti tidak pernah memiliki peluang berbuat semua itu. Kini, masanya untuk Siti memberi tumpuan pada diri Siti pula dan ternyata ia sangat menyeronokkan,” katanya sambil memberitahu gaya hidupnya tidaklah begitu ekstrem elit seperti mana wanita mewah lain sebagai yang didakwa sesetengah pihak.

Ketika tiada anak kecil untuk dibelai dan dimanja, Siti berkata, itulah caranya mengisi masa lapang lebih-lebih lagi ketika suami sibuk memberi tumpuan pada perniagaannya.

“Insya-Allah kalau ada rezeki, sudah tentu Siti juga akan menimang cahaya mata, cuma Tuhan belum kurniakan anak buat Siti. Kalau ada Siti tentu akan beritahu anda semua (wartawan),” jawab Siti seakan mengerti soalan yang mahu ditanya.

Pada masa yang sama, anak jati Pahang itu juga berkongsi kasih sayang yang dijalin dengan suami tercinta masih utuh dan Siti begitu mensyukuri dengan kurniaan Ilahi.

Bakal masuk studio rakaman

Selepas leka berbual mengenai kehidupan personal, Siti mengalih perhatian pada kerjaya seninya yang bakal memasuki fasa baru menjelang hujung tahun ini.

Seiring dengan kematangan yang dicapai dalam industri hiburan selama lebih sedekad, Siti sudah bersedia untuk melalui satu lagi transisi dalam proses pembikinan album terbarunya.

Menjelang hujung tahun ini, Siti akan muncul dengan album solo yang menyaksikan kerjasama beliau dengan komposer-komposer senior tanah air.

Kalau dahulu, komposer Adnan Abu Hassan merupakan orang paling penting mencorakkan kerjaya seninya, kali ini, Siti akan kembali bergabung dengannya.

Kekaguman Siti terhadap sifu M. Nasir juga memperlihatkan kerjasama kedua-dua mereka.

Komposer lain yang juga menyumbang lagu untuk album terbaru Siti ialah Fauzi Marzuki, Zubir Ali dan lain-lain lagi.

Kesemua komposer itu bersepakat menghasilkan lagu terbaik hadiah buat Siti pada bengkel lagu Berirama Malaysia Cipta Ekspres anjuran Badan Perlindungan Hak Cipta Karyawan Muzik Berhad (MACP) di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 14 hingga 17 Januari lalu.

Menjangkakan album terbarunya itu bakal dipasarkan hujung tahun ini, Siti menyatakan kegembiraannya dapat merakamkan lagu-lagu ciptaan komposer-komposer hebat itu.

“Siti dah tak sabar nak masuk studio sebenarnya,” ringkas Siti menggambarkan keghairahannya untuk kembali ke studio rakaman.

Sokongan buat kakak, adik

Biarpun sibuk memberi tumpuan pada urusan rumah tangga dan kerjaya seni, Siti juga pada masa yang sama tidak terlepas memberi sokongan moral buat kakaknya, Siti Nursaida yang merupakan bintang Akademi Fantasia 6 serta adiknya, Siti Saerah.

Menurut, sebagai artis berpengalaman, beliau terpanggil untuk memberi sokongan buat kedua-dua saudaranya itu.

Dan bagi Siti Nursaida, sokongan moral adik kesayangannya membuatkan dia semakin yakin untuk melangkah ke persada seni.

“Bertuah dan bersyukur kerana saya bergelar kakak kepadanya. Walaupun ada yang berpendapat saya menumpang popularitinya, itu semua saya anggap sebagai resam dalam industri hiburan.

“Saya melihat dari dekat bagaimana Siti berusaha untuk sampai ke kedudukannya hari ini dan saya akan jadikan kejayaan Siti sebagai motivasi buat saya,” ujar Siti Nursaida.

Hal yang sama disuarakan oleh Siti Saerah yang sukar menyembunyikan rasa bangga pada kakaknya yang juga artis nombor satu negara.

“Doa dan sokongan kak Siti (Siti Nurhaliza) terhadap saya merupakan hadiah yang paling berharga buat saya,” ujar Siti Saerah yang bakal berduet dengan Siti Nursaida dalam sebuah lagu yang bakal dipasarkan tidak lama lagi.

Powered by Utusan Malaysia

14 Responses to ““Siti Rindu Soalan Nakal Media””

  1. mustang | 26/06/08

    “rindu soalan nakal?” mcm2 atok ET ni ya. bila wartawan sibuk bertanya dan bercerita lu kata org sibuk hal jaga kain lu. so skrg lu rindu plak dgn soalan2 mereka… kenapa ya? adakah lu nak ambil hati mereka semula selepas lu bengang pasal kes pindah bekas rumah banglo TZ? well done.

  2. kuntau | 26/06/08

    skrang sibuk pulak nak bergabung ngan komposer2 m’sia mane p komposer dari indon tu semua tok kembang??? x hasilkan lagu sendiri ka mcm yg sudah2?? nampak sangat bussiness x jalan spt saat gemerlapan kau dulu no…skrng kau nak pikat hati masyarakat ngan lagu2 cintan mu spt yg sudah gak ke??

    wartawan yg tulis artikel ni - berapa jumlah bilik tandas kat rumah tu tak di tulis ke??? lain kali tulis ye :)..sihan kau jumlah bilik tidur pun nak diberitahu mesti dah beku otak bab ape lagi nak promosi pasal tok kembang kan…

  3. ADONIS | 26/06/08

    apalagi kalau nak perhatian.perhatian perhatian and more perhatian. and then cakap they need private moments to themselves if too much perhatian given. that is so typical of a celebrity. don’t u think she is too bit cheeky? she knows how to play with the media. that’s a naturally gatal woman.

  4. kuntau | 26/06/08

    sure she is adonis..naturally beb!!!

  5. NT kuntau aka mustang GAY | 29/06/08

    KALAU TUDUHAN MELULU MCM KAU CAKAP SITI BUAT TU GATAL, THEN AKU TAK TAHU LAH ARTIS MACAM ANITA SARAWAK, ZILA BAKARIN,ANAK PONTIANAK, NASHA AZIZ, NORISH KARMAN, AZHARINA TU,
    KORANG AKAN PANGGIL APA…. :) ADA OTAK PAKAI.

  6. kuntau | 30/06/08

    ikut halaman la beb..ni halaman tuk tok kembang kita pun ckap la pasal tok kembang, takkan main rojak je ikut kandang la oooiii..takkan kandang ayam kau nak berbahasa unta pulak… :) ade otak pakai la ckit - atau pun lu ni dah habiskan semua u punya otak tuk cari lu punya nick name ape ha..ha..ha..

  7. NT kuntau aka mustang GAY | 30/06/08

    KALU HATI SUDAH SKIT SAMA SITI, SAPA BOLEH TOLONG .PASAI TU DOK CARI SALAH SITI JERK. PADAHAL DIA SIKIT PUNYA KAMPUNG PUNYA BAIK. MASALAH CIPUT2 DIPERBESARKAN. BELAMBAK ARTIS MALAYSIA YG ROSAK KAW2, C TOK SITI WAN KEMBANG JUGAK JADI SASARAN. MANUSIA…..

  8. kuntau | 30/06/08

    lu rasmikan halaman baru tuk artis2 yg lain kita pun boleh tolong bg komen kaw2 kalo hang nak gay aka lesbian, tp setahu aku at least artis lain tu hipokrit depa x la sehandal yg tok kembang ni ada tu yg wat dia jd sasaran selalu dari geng yg lain.

  9. ADONIS | 30/06/08

    MEMANG BONGOK PUNYA ORENG .DAH KATA NI LELAMAN UTK TOK KEMBANG SO YANG GATAI TU TOK KEMABANG LU LAH!YANG LAIN2 PUN BOLEH TUMPANG SEMANGKUK JUGAK

  10. rin | 1/07/08

    CARI SALAH SITI JERK. PADAHAL DIA SIKIT PUNYA KAMPUNG PUNYA BAIK..statement ape ni???kalau dah artis kat mane letak baiknye??setakat ckp sopan x abih tu, gelak tutup mulut..kalau dah kire baik, xyah cite la psl nasha, norish n anita..anita buat show tolong org2 susah ala oprah, baik hape…nasha ckp lembut lidah baik ape..norish ckp lemah lembut x abis baik hape…muahahaha

  11. Genius.YYY | 1/07/08

    wa ke ke .. sopan sebab bila gelak tutup mulut.. mmg ler lawak.. monyet peliharaan tok penghulu kg aku pun kalau gelak tutup mulut jugak tau.. huhh bule jadik artis tu.. kroh kroh.. satu lagik jgn lupa, kalau jumpa org tua, cium tangan walaupun bukan mahram..

  12. kuntau | 1/07/08

    cutenya monyet dia…pandai tutp mulut, recomment la kat mana2 stesen tv mana tau leh bergelar artis betoi2 :)

    rin - bagi fanatik2 tok kembang artis2 lain kat melaya tu xde yg leh lawan bodola mereka yg sorang ni, yg bodola mereka buat semuanya betoi sebab tu dah di gelar “angel” selain dari “hajah”

  13. Genius.YYY | 1/07/08

    satu lagik aku lupa tambah, monyet tu pun kalau jumpa golongan artis sure salam cium tangan… wakakaka… nanti aku sms tok penghulu kg aku boleh tak aku pinjam monyet dia tu sat, kot2 boleh dijadikan ibu duit..

  14. Ainee | 11/07/08

    Siti jangan nakal-nakal lagi tau…nanti ada orang marah..

Share Your Thoughts