Anugerah Bintang Paling Popular milik Mawi
Oleh Akmal Abdullah

JADI PILIHAN: Mawi ceria bersama trofi Bintang Paling Popular dan Penyanyi Lelaki Popular yang dimenanginya pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007
GENTING HIGHLANDS: Penyanyi popular, Asmawi Ani atau Mawi mencipta hatrik apabila sekali lagi dinobatkan oleh pembaca akhbar ini sebagai Bintang Paling Popular pada majlis kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007, yang berlangsung di sini, malam tadi.
Mawi, 26, yang meraih 119,268 undi, memenangi gelaran itu untuk tahun ketiga berturut-turut selepas mengetepikan saingan kelompok empat artis yang mendapat undi tertinggi iaitu Faizal Tahir, Datuk Siti Nurhaliza, Saiful Apek dan Aznil Nawawi.
Bagaimanapun, jumlah undi yang diperoleh Mawi kali ini merosot berbanding 261,555 undi yang diraihnya musim lalu bagi anugerah tertinggi itu.
Berikutan kemenangan itu, Mawi membawa pulang kereta Peugeot 407 (2.0) berharga RM185,000 tajaan Nasim Sdn Bhd serta set barang kemas eksklusif tajaan Habib Jewels Sdn Bhd bernilai RM150,000, selain trofi.
Mawi turut dipilih memenangi kategori Penyanyi Lelaki Popular, juga kali ketiga berturut-turut selepas mengetepikan Faizal, Anuar Zain, Hazami dan Adam.
Trofi Bintang Paling Popular 2007 disampaikan Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Hishamuddin Aun, pada majlis kemuncak ABPBH 2007 yang berlangsung di Arena of Stars, di sini.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Syed Faisal Albar dan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Manja Ismail.
Majlis gilang-gemilang itu turut disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan stesen radio Hot FM. Lebih 5,000 penonton hadir mengikuti acara berkenaan yang berlangsung semalam lebih dua setengah jam.
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada seniman M Nasir sebagai mengiktiraf sumbangan besarnya dalam bidang muzik dan perfileman sepanjang pembabitannya sebagai anak seni selama lebih tiga dekad.
Sementara itu, juruhebah radio Hot FM yang juga pengacara rancangan Melodi TV3, Fara Fauzana mencipta kejutan apabila meraih dua kemenangan sekali gus iaitu masing-masing bagi kategori Pengacara TV Wanita Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular.
Siti Nurhaliza berjaya mempertahankan trofi Penyanyi Wanita Popular buat kali ke-11 berturut-turut apabila menang gelaran itu selepas mengetepikan Jaclyn Victor, Mila, Misha Omar dan Adibah Noor.
Beliau mempertahankan gelarannya sejak ABPBH 1997.
Fasha Sandha dan Rusdi Ramli membuat kejutan apabila masing-masing terpilih sebagai pemenang Pelakon Filem Wanita Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular. Fasha mengetepikan saingan terdekatnya, Maya Karin selain Erra Fazira, Vanidah Imran dan Sharifah Amani.
Rusdi yang menang buat kali pertama kategori itu mengetepikan pemenang tahun lalu, Saiful Apek, selain Rosyam Nor, Afdlin Shauki dan Pierre Andre.
Bagaimanapun, Fasha gagal mempertahankan gelaran Pelakon TV Wanita Popular apabila trofi kategori itu dimenangi muka baru, Dynaz yang truut mengetepikan Rita Rudaini, Rozita Che Wan dan Eja.
Saiful Apek mempertahankan kejayaan dalam kategori Artis Komedi Lelaki Popular, manakala kategori Artis Komedi Wanita Popular terus dipertahankan Sheila Rusly.
Rosyam Nor berjaya mengekalkan kemenangannya dalam kategori Pelakon TV Lelaki Popular apabila dengan mudah menyingkirkan empat saingannya di peringkat akhir iaitu Fahrin Ahmad, Aaron Aziz, Datuk Jalaludin Hassan dan Arash Mohamad.
Kumpulan Rabbani turut mengekalkan reputasinya apabila meraih kemenangan dalam kategori Penyanyi Nasyid Popular buat tahun keenam berturut-turut, manakala bagi kategori Artis Baru Lelaki Popular dan Artis Baru Wanita Popular masing-masing dimenangi bintang Akademi Fantasia musim kelima (AF5), Dafi dan Mila.
Faizal Ismail merampas trofi Penyampai Radio Lelaki Popular yang sebelum ini didominasi Halim Othman. Nama Halim tidak tersenarai dalam pertandingan kali ini.
Kumpulan Sofaz menang kategori Artis Berkumpulan/Duo Popular, manakala Aznil mempertahankan buat kali keempat kategori Pengacara TV Lelaki Popular.
ABPBH 2007 ialah edisi ke-21 penganjurannya oleh Berita Harian, iaitu acara yang menggabungkan penganugerahan berdasarkan undian peminat untuk artis dan selebriti yang terbabit dalam bidang perfileman, muzik dan penyiaran. Lebih 400,000 borang diterima penganjur dalam kempen undian musim ini.
ABPBH 2007: Debaran di puncak Genting
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff dan Serimah Mohd Sallehuddin

GIGIH: Michael (kiri) mengawasi Fasha (dua dari kiri), Dynas dan Fouziah menari dengan langkah yang betul.
Penampilan siapa yang panas, ganas, sensasi dan ranggi di Arena Of Stars pasti dinanti peminat
MALAM esok, Arena Of Stars, Genting Highlands bukan saja menjadi medan perhimpunan ratusan selebriti tanah air. Bahkan, ia juga acara yang dinantikan peminat industri hiburan apabila pelakon, penyanyi, pengacara, penyampai radio serta pelawak paling popular diumumkan menerusi acara kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007.
Selain pemenang bagi 16 kategori yang dipertandingkan, seluruh rakyat Malaysia juga pastinya tertunggu-tunggu anugerah utama, Bintang Paling Popular yang pernah menjadi milik Raja SMS, Asmawi Ani, untuk dua tahun berturut-turut. Mampukah jejaka dari Johor itu mempertahankan gelaran paling diidamkan semua pada ABPBH edisi ke-21 ini?
Mawi tentunya menjadi perhatian bukan setakat kerana kemungkinannya untuk mengekalkan gelaran yang disandangnya selama dua tahun itu, tetapi peminat juga ingin mengetahui apakah penyanyi popular ini hadir ditemani pengurus atau datang bersama pelakon wanita yang hangat dikaitkan dengan dirinya, siapa lagi jika bukan artis senegeri, Ikin.
Khabarnya, wanita yang kencang digosipkan sebagai buah hati pengarang jantung Mawi itu turut diundang ke anugerah berprestij ini. Malah, pereka Michael Shu sudah pun menyiapkan sehelai gaun indah buat si jelita yang kini tampil anggun dengan imej bertudung.
Adakah Ikin hadir untuk memberikan sokongan kepada Mawi, yang bukan saja dicalonkan dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular, bahkan bakal membuat persembahan bersama Heliza pada malam berkenaan?
Selain Mawi, pasangan pengantin yang boleh dianggap masih berada dalam mood bulan madu, Erra Fazira dan Engku Emran Engku Zainal Abidin juga pastinya menjadi tumpuan lensa kamera dan peminat. Apatah lagi, pelakon yang pernah dikaitkan dengan Erra, Hans Isaac, akan turut berada di arena yang sama.
Usah dilupa juga pada penyanyi wanita nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, yang akan hadir tanpa suami di sisi. Khabarnya, Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa atau lebih mesra dengan panggilan Datuk K perlu menghadiri satu majlis mengenai busana muslimah di Dubai.
Dalam riuh bercerita mengenai gosip cinta, penonton seharusnya tidak melupakan acara persembahan pada malam kemuncak ABPBH 07. Penganjur berusaha keras menampilkan kelainan pada kali ini, termasuk persembahan tiga artis wanita jelita – Fasha Sandha, Dynas dan Fouziah Gous – yang julung kali akan menonjolkan kehebatan bakat tarian masing-masing. Lebih hebat lagi, tiga rupawan ini akan mengiringi nyanyian pelakon Datuk Jalaluddin Hassan. Tentu ada yang tidak berkelip mata melihat persembahan artis yang begitu sporting melakukan sesuatu yang bukan menjadi kebiasaan mereka.
Di samping empat nama tadi, pentas persembahan ABPBH kali ini juga tentu meriah dengan kemunculan kumpulan muzik underground, Meet Uncle Hussain serta beberapa nama besar lain seperti Anuar Zain, Ella, Amy Search, Ramli Sarip, Awie, Hattan, Liza Hanim, Atilia dan Bob. Kemunculan pelantun suara Lelaki Ini dan Ketulusan Hati ini tentunya mengubati rindu peminatnya kerana setelah sekian lama, inilah kali pertama Anuar kembali di pentas ABPBH.
Persembahan mereka bakal diiringi 40 pemuzik orkestra di bawah pimpinan Ramli MS. Hmmm…. jangan lupa melihat reaksi Ramli apabila bertemu Ogy Datuk Ahmad Daud yang menjadi hos malam itu bersama Raja Azura di pentas yang sama kerana kononnya sudah timbul gosip bahawa ada ‘sesuatu’ di antara mereka!
Suasana tentunya semakin gamat apabila buat pertama kali Raja Lawak, Nabil tampil di pentas ABPBH apabila dia berpasangan dengan Zul Yahya dan Sharifah Shahira untuk menyampaikan trofi serta memenuhi slot commercial break untuk menghiburkan tetamu di Arena Of Stars.
Andainya peminat berdebar-debar menanti keputusan, sama ada artis kesayangan mereka muncul pemenang atau sebaliknya, penyanyi yang mengadakan persembahan juga tidak sabar menantikan saat gemilang berkenaan.
Anuar yang ditemui beberapa hari sebelum acara kemuncak berlangsung berkata, dia sememangnya teruja apabila diundang menjayakan acara persembahan. Apatah lagi, kali ini dia diberi peluang menyanyikan single popularnya, Ketulusan Hati, pada acara terbabit.
“Janji saya, peminat akan dihiburkan dengan persembahan terbaik daripada saya pada malam itu,” ujar lelaki ini.
Raja SMS yang akan berduet dengan Heliza menerusi lagu Doa Dalam Lagu berkata, dia baru saja memulakan latihan kerana sibuk dengan tugas lain.
“Saya ingin melakukan silap mata pada persembahan saya nanti. Namun, saya terpaksa membatalkan hasrat itu apabila corak persembahan kali ini ialah secara duet. Sejak akhir-akhir ini peminat memang sentiasa menantikan silap mata setiap kali persembahan,†katanya.
Bagi peminat yang tidak dapat bersama-sama memeriahkan acara itu di Genting Highlands, jangan lupa menyaksikan anugerah gilang gemilang itu secara langsung di TV3, esok jam 9 malam.
Siti Nurhaliza muncul majlis pembukaan ABPBH2007
PETALING JAYA: Penyanyi nombor satu negara, Datin Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 29, mendapat penghormatan sebagai penyanyi memulakan majlis pembukaan kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2007) yang berlangsung di Arena Of Stars, Genting Highland, malam esok.
Acara kemuncak ABPBH2007 ini turut disiarkan secara langsung di TV3, jam 9 malam.
Pada tahun lalu, Siti Nurhaliza muncul pada majlis penutup persembahan di anugerah berprestij ini.
Ditanya apakah imej bertudung menyumbang lebih banyak undian kepadanya. Siti Nurhaliza berkata, ia terpulang kepada peminat tetapi dia yakin penampilan terbaru itu tidak akan mengganggu persembahannya pada malam kemuncak ABPBH2007.
“Tahun ini saya diberi penghormatan untuk muncul sebagai artis pembukaan dalam persembahan malam kemuncak ABPBH. Tahun lalu, saya muncul pada penutup persembahan. Persembahan pada malam kemuncak ABP selalunya menarik dan tidak mengecewakan penonton dan peminat,†katanya dalam rancangan Wanita Hari Ini (WHI) terbitan TV3, di Sri Pentas, Damansara.
Siti Nurhaliza, Faizal saingi Mawi
Oleh Akmal Abdullah

KUALA LUMPUR: Siapakah yang akan bergelar Bintang Paling Popular pada kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007 malam ini – Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Mawi, Saiful Apek, Aznil Nawawi atau Fasha Sandha?
Keputusannya serta pemenang bagi 16 kategori lain yang dipertandingkan akan diumumkan malam ini pada acara kemuncak ABPBH 2007 di Arena of Stars, Genting Highlands, dekat sini.
Artis yang dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular 2007 akan membawa pulang trofi, kereta Peugeot bernilai RM185,000 tajaan Nasim Sdn Bhd serta set barang kemas eksklusif tajaan Habib Jewels Sdn Bhd bernilai RM150,000.
Siti Nurhaliza pernah mengungguli kategori tertinggi itu sebanyak enam kali, manakala Rosyam Nor dan Saiful Apek masing-masing sekali dan juara Akademi Fantasia 3, Mawi, dua kali termasuk kemenangan pada musim lalu.
Faizal dikatakan bakal membuat kejutan kali ini kerana jumlah undian yang diterimanya mengejutkan, berikutan sokongan padu kepadanya meningkat selepas lonjakan populariti lagu Mahakarya Cinta dan Kasih Tercipta walaupun naib juara program realiti TV, One In A Million, itu terheret dalam kontroversi buka baju ketika mengadakan persembahan anjuran 8TV, dua bulan lalu.
Malah, Mawi turut menghadapi tentangan sengit daripada Faizal menerusi kategori Penyanyi Lelaki Popular dan mungkin trofi itu bakal terlepas daripada tangannya kali ini.
Siti Nurhaliza turut bersaing sengit untuk meraih gelaran tertinggi itu. Buat kali ke-11, Siti dicalonkan bagi kategori Penyanyi Wanita Popular, kali ini bersaing bersama Mila, Jaclyn Victor, Misha Omar dan Adibah Noor.
Saiful Apek yang kembali melakar nama menerusi filem Nana Tanjung 2 dan Duyung, turut memberikan cabaran. Malah, ada pihak meramalkan Apek bukan saja akan diumumkan sebagai Bintang Paling Popular, tetapi sekali lagi mengungguli kategori komedi, di samping trofi Pelakon Filem Lelaki Popular.
Fasha turut disebut sebagai nama baru yang akan memandu pulang Peugeot 407 dan membawa pulang barang kemas Habib Jewels. Beliau turut disenaraikan dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular dan Pelakon TV Wanita Popular. Dua kategori itu dimenanginya pada musim lalu.
Aznil yang meraih tumpuan menerusi Akademi Fantasia selama lima musim dan kini menonjol menerusi program kanak-kanak, Tom Tom Bak, turut memberi saingan sengit kepada artis lain yang pernah memenangi kategori Bintang Paling Popular. Beliau juga dikatakan bakal menang mudah bagi kategori Pengacara TV Lelaki Popular.
ABPBH2007: Aura glamor Habib
Oleh Zul Husni Abdul Hamid

PILIHAN KAMI: Mila dan Fauziah Latiff bersama set aksesori pilihan di samping Bob yang akan membuat persembahan pada malam ABPBH 2007.
Pereka, artis puas hati koleksi eksklusif serlah tema malam kemuncak ABPBH 2007
DETIK gemilang makin mendekati, debaran bertambah memuncak malah persoalan yang selama ini berteka-teki di minda umum juga akan berakhir dengan pengumuman senarai bintang pilihan peminat.
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007 tidak sekadar mengundang debaran peminat, malah bagi 14 pereka baru tempatan yang diberi tanggungjawab menata gaya selebriti acara kemuncak itu juga menguji penerimaan khalayak terhadap rekaan kreatif bertemakan Batik Glam.
Khamis lalu, Bilik Pameran Habib di Ampang menjadi medan pertemuan pereka untuk sesi pemilihan aksesori yang bakal digayakan selebriti yang secara tidak langsung menyemarakkan lagi kehangatan bahang ABPBH 2007.
Dibantu Penolong Pengurus Komunikasi dan Pemasaran Habib Jewels, Yasheeda Yashaiya, sesi pemilihan aksesori itu berjalan lancar, malah setiap pereka berpuas hati kerana apa yang mereka inginkan dipenuhi Habib.
Pilihan aksesori dari Koleksi Berlian 2008, sebahagian besar adalah rekaan terbaru termasuk bermotifkan batik bakal menyuntik aura glamor sekali gus menyemarakkan lagi kilauan bintang yang menyerikan ABPBH 2007.

CANTIK: Julia Ziegler bersama pereka pakaiannya, Hatta Dolmat menggayakan aksesori pilihan yang akan digayakan pada malam ABPBH 2007.
“Tidak sukar untuk menyesuaikan aksesori Habib dengan rekaan bertemakan Batik Glam kerana berlian sesuai digayakan dengan apa saja rekaan,†kata Yasheeda.
Justeru, kata Yasheeda, untuk menyerlahkan lagi aksesori pilihan Habib mereka menitikberatkan rekaan yang dapat menonjolkan aksesori hasil perbincangan bersama pereka terbabit.
“Dari segi kreativiti, setiap pereka diberikan kebebasan untuk mencurahkan idea namun kami turut mengambil kira perincian, lebih mudah jika rekaan tidak terlalu sarat di bahagian tengkuk pemakai.
“Ini kerana kami mahu aksesori Habib yang bakal digayakan selebriti menyerlah, sekali gus melengkapkan lagi penampilan yang menyuntik aura glamor pada malam ABPBH 2007,†katanya.

MENAWAN: Barisan pereka dan artis bersama Yasheeda (tengah) bertungkus-lumus memastikan ABPBH 2007 meninggalkan detik manis kepada semua yang terbabit.
Apa yang menarik kata Yasheeda, rekaan aksesori yang digayakan selebriti pada malam kemuncak ABPBH 2007 disiapkan sejak Januari lalu sempena sambutan ulang tahun ke-50 Habib.
Dengan rekaan yang eksklusif, malah belum pernah digayakan sebelum ini, ABPBH 2007 bakal menjadi medan perhimpunan selebriti untuk melaram koleksi istimewa mereka.
“Setiap aksesori pilihan pereka akan dilihat semula oleh barisan pereka Habib kerana kerjasama ini sekali gus membantu menyerlahkan lagi rekaan, malah memberikan keselesaan kepada selebriti terbabit,†katanya.
Akui Yasheeda, kebanyakan pereka cenderung memilih aksesori mewah dan mahal tanpa menyedari aksesori ringkas jika bijak digayakan mampu membangkitkan rekaan.
Pilihan merangkumi berlian, permata pelbagai rona dan mutiara juga bakal memperlihatkan variasi koleksi yang dimiliki Habib.
“Inisiatif yang diambil Berita Harian menyatukan penggiat industri hiburan dan fesyen pada acara penuh prestij ini memperlihatkan kesungguhan untuk membawa rekaan tempatan ke peringkat lebih tinggi.
“Secara tidak langsung, usaha ini akan memartabatkan industri rekaan fesyen dan aksesori sekali gus membangkitkan kesedaran di kalangan pencinta fesyen dalam memilih apa yang bersesuaian untuk gaya serta penampilan mereka,†kata.
Sesi pemilihan aksesori itu turut diserikan dengan kehadiran tiga selebriti yang bakal memeriahkan ABPBH 2007 iaitu Fauziah Latiff, Mila, Julia Ziegler dan Bob.
Seramai 14 pereka fesyen tampil pada majlis itu untuk memperkenalkan rekaan yang dihasilkan untuk selebriti yang bakal menggayakan busana berkenaan. Mereka yang terbabit ialah Rizman Ruzaini yang menata gaya untuk Ning Baizura, Erra Fazira dan Nurul, manakala Kent daripada Kentchoize de Boutique pula menyiapkan rekaan untuk peragawati dan pelakon terkenal, Aleeza Kassim.
Hazwani Osman pula menjadi pilihan Sharifah Shahira, Ijoy dan Diddy, manakala Norazura Mazaruddin pula menyiapkan rekaan kreatif untuk Nora Danish, Fouziah Gous, Rozita Che Wan dan Nasreen Ngasri.
Khairy Sufi pula menata gaya, Sharifah Amani, Faizal Azraf (Fauziah Latif), Zery Zamry (Dynas, Marsha dan Bob).
Michael Shu menghasilkan rekaan untuk Datuk Siti Nurhaliza, Lisdawati, Diana Danielle dan Irma
Hasmie, Nazreen Idris (Anne Ngasri), Mohd Fitri Zainal Abidin (Nana), Erwan AS (Kenchana Dewi),
Anizam Yusof (Nita Malaysia Idol dan Meet Uncle Hussain) dan Hatta Dolmat (Julia Ziegler dan Mila).
Hati Siti tersentuh di Singapura

KONSERT Diari Hati Siti Nurhaliza merupakan konsert solo pertama Siti selepas mendirikan rumah tangga dengan Datuk K pada Ogos 2006.
DALAM banyak-banyak konsert atau persembahan yang pernah dijayakan oleh penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, persembahan di Esplanade Theatre Singapura minggu lalu barangkali paling menyentuh hatinya.
Masakan tidak, di celah-celah hampir 1,800 penonton yang menyaksikan Konsert Diari Hati Siti Nurhaliza, terselit seorang peminat yang cukup istimewa buat penghibur itu.
Sifatnya tidak sesempurna jutaan peminat Siti yang lain. Matanya buta, namun dek kerana cinta dan kasihnya pada penghibur kesayangan ramai itu, Zarina tidak mempedulikan kekurangan dirinya untuk hadir memberi sokongan pada Siti.
“Mulanya Siti tidak sedar kehadirannya, hanya selepas menyampaikan tiga buah lagu, Siti nampak kelibatnya yang sedang leka menghayati lagu yang Siti nyanyikan.
“Menyedari itu Zarina, Siti lantas mengundangnya ke pentas,†kata Siti berkongsi cerita dengan Hits mengenai kehadiran tetamu istimewanya pada malam Konsert Diari Hati Siti Nurhaliza.
Hati penyanyi mana yang tidak akan tersentuh melihat peminat yang kurang sempurna sifatnya menggagahkan diri hadir sendirian ke konsert itu walaupun tanpa pernah melihat wajah manis artis yang diminatinya.
Sebaik dia dipimpin ke pentas untuk berdiri di sisi Siti, seluruh pandangan audiens tertumpu pada si manis yang begitu girang kerana menjadi peminat bertuah yang mendapat perhatian biduanita muda itu.
Biar penglihatan tidak mengizinkannya menatap wajah artis yang sudah menghiburkan peminat-peminatnya lebih sedekad, namun kepuasan tergambar pada wajah Zarina.
Kegembiraan juga barangkali perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan perasaan Zarina yang selama ini hanya mengenali suara merdu Siti.
Dan ketika Zarina di pentas menemani Siti juga, suasana berubah daripada kegembiraan yang sedang dinikmati sebelum ini menjadi hening seketika.
Bahkan, Siti sendiri ketika merakamkan penghargaan dan rasa kasihnya pada Zarina menjadi terlalu emosional.
Selepas berborak dengan Zarina, Siti menyampaikan lagu Bisikan Hati (nyanyian asal Allahyarham Datin Rafeah Buang) suasana ketika itu menjadi cukup syahdu.
Gejolak rasa
Audiens yang ada pada malam itu bersama-sama Siti tidak mampu membendung gejolak rasa menyebabkan ada yang menitiskan air mata.
“Sudah lama Siti mengenali Zarina. Dia sentiasa tidak melepaskan peluang menonton persembahan Siti setiap kali Siti berkunjung ke Singapura.
“Siti sangat terharu dan menghargai sokongannya selama ini. Katanya dia datang seorang diri malam itu. Bahkan ketika membeli tiket juga, dia bersendirian tanpa sesiapa menemaninya.
“Zarina juga sempat berbisik kepada Siti mendoakan Siti cepat menimang cahaya mata. Semoga Allah sentiasa melindunginya,†jelas penyanyi yang juga isteri kepada usahawan ternama, Datuk Khalid Mohammed Jiwa atau Datuk K dalam nada terharu.
Selain ingatan terhadap Zarina yang masih melekat di ruang fikirannya, Siti juga menyatakan rasa terima kasih kepada peminat-peminatnya di Kota Singa kerana masih setia menyokongnya.
Masakan tidak, Konsert Diari Hati Siti Nurhaliza tempoh hari merupakan konsert solo pertamanya selepas mendirikan rumah tangga dengan Datuk K pada Ogos 2006.
Bahkan, persembahan itu merupakan yang pertama selepas dia melakar kejayaan industri hiburan tanah air apabila mengadakan konsert solo di Royal Albert Hall, London pada 1 April 2005.
Berlangsung selama 90 minit, Siti merumuskan konsert berkenaan berjaya mencapai hasratnya untuk menghiburkan peminat-peminat dalam suasana santai.
“Siti sangat menggemari konsert yang berlangsung tempoh hari. Ia sangat santai dan Siti dapat merasakan yang Siti begitu dekat dengan peminat-peminat,†ujarnya lagi.
Tema pemilihan konsert akustik itu dicadangkan oleh pengurusan penganjur dan dipersetujui oleh penyanyi lagu Cindai itu kerana berpendapat, ia begitu jarang dilakukannya.
Pada masa yang sama, Siti berpendapat, sebelum ini, dia sudah puas menjayakan pelbagai konsert yang bertaraf mega.
“Sesekali untuk mengelakkan kebosanan peminat, Siti bersetuju untuk menjayakan konsert akustik dan Alhamdulillah, ia sangat memuaskan hati Siti,†katanya mengenai konsert yang diketuai oleh Aubrey Suwito sebagai pengarah muzik.
Rasional Siti bersetuju untuk menjayakan konsert sederhana itu juga adalah kerana, persetujuan yang dicapai oleh pihaknya dan pengurusan Esplanade serta penganjur berlaku dalam waktu yang singkat.
Lantaran kesuntukan masa ditambah dengan komitmen Siti, maka ketiga-tiga pihak mencapai kata sepakat konsert itu dianjurkan dalam konsep akustik dan diadakan semalam saja.
“Cukuplah semalam saja. Lepas ini, Siti dan pihak pengurusan akan rancang konsert yang lain pula terutamanya untuk peminat-peminat Siti di Malaysia pula,†janji Siti memberi harapan buat peminat-peminatnya di tanah air.
Kesempatan beraksi di Konsert Diari Hati Siti Nurhaliza juga memberi peluang kepada anak seni kelahiran Pahang itu berkongsi pelbagai kisah hidup dengan peminat-peminatnya.
Kata Siti, sebahagian daripada cerita pada malam konsert itu berkisar mengenai kehidupan peribadinya terutamanya selepas bergelar isteri.
“Tidak ketinggalan, Siti turut membawa ingatan peminat terhadap saat-saat manis yang pernah Siti lalui di Singapura,†jelas Siti lagi mengenai konsert solo sulungnya di Esplanade Theatre itu lagi.
Gambaran kehidupan Siti bermula sebagai juara Bintang HMI 1996 sehingga dilamar sebagai artis rakaman Suria Records dan kemudian masyhur menerusi single Jerat Percintaan sehinggalah mencapai kedudukan artis nombor satu negara diterjemahkan menerusi seleksi lagu yang dinyanyikannya tempoh hari.
Rangkaian lagu Ku Mahu, Cindai, Biarlah Rahsia, Siti Situ Sana Sini serta medley lagu-lagu seniman kelahiran Singapura, M. Nasir seperti Suatu Masa dan Ada merupakan antara lagu yang menjadi pilihannya pada malam Konsert Diari Hati Siti Nurhaliza.
Tidak ketinggalan di hadapan peminat tiga negara jiran Singapura, Malaysia dan Indonesia itu juga Siti turut mendapat sokongan daripada penyanyi-penyanyi latar Swara.
Sementara bagi memberikan impak yang berkesan pada persembahan tempoh hari juga, barisan pemuzik hebat seperti Nan dan Aji pada posisi gitar, Andy Peterson (bass), John Asley Thomas (dram) dan Steve Thornton (perkusi) serta Aubrey Suwito (keyboard) menjadi tulang belakang kejayaan Konsert Diari Hati Siti Nurhaliza. – DEAN
Batik bold and beautiful

Fauziah Ahmad Daud (left) and Raja Azura.
The red carpet is all set to be rolled out this Sunday for the Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007. DENNIS CHUA has details of the event regarded as among the most prestigious by local entertainers.
THE Arena of Stars in Genting Highlands is set to host the Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 (ABPBH 2007), an annual award show at which leading Bahasa Malaysia daily Berita Harian honours the nation’s most popular entertainers.
The 21st ABPBH will be carried “live†on Sunday at 9pm over TV3 and on official radio station Hot FM. Zany television personalities actors Fauziah “Ogy†Ahmad Daud and Raja Azura, will be emcees once again. Coincidentally, Ogy and Azura are in the running for Most Popular Female Television Host.
Batik Glam is the dress code this year, and viewers can expect the celebrities to walk down the red carpet dressed in innovative batik creations.
The suits and dresses will be the handiwork of both veterans and newbies in fashion design including Bill Keith, Jovian Mandagie, Khairy Sufi, Michael Shu, Rizman Ruzaimi and Kenny Loh.
Awards presenters will include Akademi Fantasia host AC Mizal, Afdlin Shauki, Awie, Datuk Yusni Hamid, Erra Fazira, Hans Isaac, Diana Danielle, Iqram Dinzly, Sharifah Aleya, Fauziah Latiff, Ning Baizura, Sharifah Shahira, Nora Danish, Nurul, Estranged, Rashidi Ishak, Noryn Aziz, Anne Ngasri and Rozita Che Wan.
The reigning Most Popular Male Artiste Asmawi “Mawi†Ani and his female counterpart Datuk Siti Nurhaliza will be among the performers on Sunday evening.
Joining them are rock king Amy Search, Anuar Zain, Raja Atilia, Awie, Datuk Jalaluddin Hassan, Ella, Fasha Sandha, Liza Hanim, Meet Uncle Hussain, Ramli Sarip, Julia Ziegler, Dynas Mokhtar, Hattan, Heliza Helmi, Fouziah Gous and Bob Usop. Popular actor Jalaluddin will present his first vocal performance before a live audience.
Akademi Fantasia 6 principal Ramli MS is the event’s music director, and will lead a 40-member team of musicians.
Artistes will also pay a musical tribute to the late songwriter and actor Rosli Khamis or Loloq, who died early this year after a long illness.
Mawi has won the Most Popular Artiste title for two consecutive years. Siti won the title six times, and has been the Most Popular Female Artiste since 1996.
At last year’s event, pop king Jamal Abdillah and Mawi shared the Popular Group/Duo award. Halim Othman and Linda Onn were the Popular Male and Female Radio Presenters respectively. Linda of Era. FM has never lost in her category (which was introduced in 2001).
Rabbani defended its five-year monopoly of the Popular Nasyid Group category, effectively shutting out long-time competitor Raihan, which clinched the title during its first two years — 1999 and 2000.
Top-notch actor Rosyam Nor won the Popular TV Actor award, which he first received in 2002, and king of comedy Saiful Azam Yusoff (or Saiful Apek) took home the Popular Film Actor category.
Former Akademi Fantasia host Aznil Nawawi and Melodi host Fara Fauzana bagged the Popular Male and Female TV Presenter awards, while Apek and Apa Apa Aje host Sheila Rusly took home the Popular Male and Female Comedian awards.
The Popular New Male Artiste was Faizal Ramly, and the Popular New Female Artiste was Farawahida. Fasha Sandha won the Popular TV Actress and Popular Film Actress awards.
The legends of screen and song honoured were director Datuk Jamil Sulong, “pop yeh yeh†master Jefrydin and veteran actress Datin Umi Kalthom. They received the Special Lifetime Achievement Award (Jamil) and Special Veteran Artiste Awards (Jefrydin and Umi Kalthom).
The most coveted award, Most Popular Artiste, will win the recipient this year a Peugeot 407 worth RM185,000, jewellery worth RM150,000, and electric goods from JVC.
The event’s main sponsors are Habib Jewels Sdn Bhd and Nasim Sdn Bhd. The other sponsors are JVC Sales and Services, the Palace of the Golden Horses and Mara Liner.
——————————————————————————–
Nominees for 2007
Popular TV Host (Male)
1. AC Mizal
2. Ally Iskandar
3. Aznil Nawawi
4. Azwan Ali
5. Wahid Mohamad
Popular TV Host (Female)
1. Cheryl Samad
2. Fara Fauzana
3. Fauziah Ahmad Daud
4. Raja Azura
5. Sharifah Shahira
Popular Radio Presenter (Male)
1. Aznil Nawawi (Era FM)
2. AC Mizal (Era FM)
3. Faizal Ismail (Hot FM)
4. Khairil Rashid (Sinar FM)
5. Kieran (Era FM)
Popular Radio Presenter (Female)
1. Abby Fana (Sinar FM)
2. Fara Fauzana (Hot FM)
3. Linda Onn (Era FM)
4. Nana Mahazan (Era FM)
5. Nila Kurnia (Sinar FM)
Popular Comedian (Male)
1. Afdlin Shauki
2. AC Mizal
3. Saiful Apek
4. Piee
5. Zul Yahya
Popular Comedian (Female)
1. Adibah Noor
2. Kenchana Devi
3. Raja Azura
4. Sharifah Shahira
5. Sheila Rusly
Popular New Artiste (Male)
1. Bard R1
2. Dafi Ismail
3. Diddy Muhid
4. Fiq Halim
5. Kaer Azami
Popular New Artiste (Female)
1. Farah Asyikin
2. Fouziah Ghous
3. Heliza Helmi
4. Julia Ziegler
5. Mila Jirin
Popular Nasyid Singer
1. Hijjaz
2. Inteam
3. Mirwana
4. Rabbani
5. Raihan
Popular Singer (Male)
1. Adam Mat Saman
2. Anuar Zain
3. Faizal Tahir
4. Mawi
5. Hazami
Popular Singer (Female)
1. Adibah Noor
2. Mila Jirin
3. Jaclyn Victor
4. Misha Omar
5. Datuk Siti Nurhaliza
Popular Group/Duo
1. Kristal
2. Jinbara
3. Misha Omar and Andy
4. Spider
5. Sofaz
Popular Film Actor
1. Afdlin Shauki
2. Pierre Andre
3. Rusdi Ramli
4. Rosyam Nor
5. Saiful Apek
Popular Film Actress
1. Erra Fazira
2. Fasha Sandha
3. Maya Karin
4. Sharifah Amani
5. Vanidah Imran
Popular TV Actor
1. Aaron Aziz
2. Arash Mohamad
3. Fahrin Ahmad
4. Rosyam Nor
5. Datuk Jalaluddin Hassan
Popular TV Actress
1. Dynaz Mokhtar
2. Eja
3. Fasha Sandha
4. Rita Rudaini
5. Rozita Che Wan
Program Hebat Di Astro Ria Dan Prima
KUALA LUMPUR, 26 MAC 2008: Sebagai sebuah stesen penyiaran satelit yang berkembang maju, Astro terus proaktif menerbitkan pelbagai program hebat.
Terbaru, Astro dengan kerjasama Firdaus Maju Sdn Bhd (FMSB) meneruskan usaha dan objektifnya dengan memperkenalkan 2 program menarik khusus bagi saluran berbahasa Melayu.
Dua program baru itu ialah Cerita Artis Malaysia untuk saluran Astro Ria dan Citra Manusia di Astro Prima, selain musim baru Mistik juga bagi Astro Prima.
Majlis pelancaran program berkenaan, telah disempurnakan di sini petang semalam sambil disaksikan Pengurus Saluran Astro Prima, Khairul Anwar Salleh; Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul serta wakil FMSB, Syahril A Kadir.
Khairul Anwar berkata, kehadiran program berkenaan diyakini menambahkan lagi kepelbagaian fkandungan Astro untuk pelanggan Astro.
“Selain bersesuaian dengan nilai-nilai dan sasaran penonton Astro Ria dan Astro Prima, program seperti ini menyuntik elemen kemanusiaan, kesedaran sivik, informasi dan realiti agar dapat membuka mata penonton kepada kehidupan seharian,” katanya.
Mengulas mengenai musim baru Mistik, Khairul Anwar berkata, ia akan cuba menyelongkar serta mengetengahkan cara perubatan alternatif serta mengikut landasan Islam.
Program itu bermatlamat untuk mengelakkan orang ramai dari terjebak dengan kaedah perubatan yang salah di sisi agama di samping memberikan informasi untuk penonton melindungi diri daripada terkena dengan ilmu hitam.
Sementara itu, Khairul Mizan berkata, Cerita Artis Malaysia (CAM) adalah sebuah program baru yang mengupas kisah artis-artis tempatan bermula dari era 1970-an hingga sekarang
“Bukan ramai yang peka dengan latarbelakang artis tempatan. Menerusi CAM, penonton didedahkan dengan zaman kegemilangan dan cerita sebenar artis-artis ini di awal pembabitannya lagi.
“Keistimewannya apabila ia dipersembahkan dalam bentuk realiti, tiada pengacara sebaliknya temubual bersama rakan terdekat artis berkenaan. Keperitan dan kejayaan artis-artis ini akan dikongsi bersama,” katanya.
Menyentuh mengenai Citra Manusia, Syahril berkata, berbeza dengan program kemanusiaan yang lain, program yang diacarakan oleh Jalil Hamid itu mengangkat semangat juang seorang individu bergelar wira.
Kata Syahril, mereka adalah wira tidak bernama yakni bukan wira yang terdiri dalam kelompok VIP mahupun mereka yang popular. Sebaliknya wira ini wujud diantara sesama kita. Mereka adalah manusia biasa.
“Kepayahan yang ingin kita tonjolkan melalui program ini bukanlah untuk meraih simpati berbentuk wang ringgit, sebaliknya mewujudkan kesedaran terhadap perjuangan masyarakat tersisih dan mereka yang kekurangan fizikal tetapi mampu bergelar wira di dalam dunianya sendiri,” kata Syahril.
Cerita Artis Malaysia (CAM)
Mulai: 7 April 2008
Waktu Tayangan: Setiap Isnin, 6.30 petang
Saluran: Astro Ria (Saluran 104)
Sinopsis
Program 13 episod ini memaparkan kisah sebenar di sebalik dunia glamour industri hiburan tempatan dengan pendekatan yang lebih mempesonakan. Selain itu juga, ia meneroka kisah hitam dan putih seseorang artis. Antara artis pilihan itu adalah Noorkumalasari, Awie, Amy Search, Aznil, Ogy Ahmad Daud dan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin.
Mistik (Musim 2)
Mulai: 6 April 2008
Waktu Tayangan: Setiap Ahad, 7.30 malam
Saluran: Astro Prima (Saluran 105)
Sinopsis
Mendedahkan penonton mengenai jenis-jenis dan juga kaedah perubatan Islam dan alternatif pada era moden. Juga memberi panduan bagaimana mencari orang yang hilang serta memulihkan mereka yang terkena serangan histeria dan ilmu hitam.
Citra Manusia
Mulai: 24 April 2008
Waktu Tayangan: Setiap Khamis, 9 malam
Saluran: Astro Prima (Saluran 105)
Sinopsis
Program yang memberi kesedaran kepada penonton bahawa nilai positif perlu ada dalam diri setiap manusia. Di sekeliling kita wujudnya ramai wira tidak bernama yang turut menyumbang kepada masyarakat dengan tulus ikhlas.
Murai
Siti, the queen of hearts
By Boon Chan, MEDIA CORRESPONDENT

HITTING ALL THE RIGHT NOTES: Malaysian pop star Siti Nurhaliza wowing the crowd at the Esplanade Theatre last night with her powerhouse vocals. — ST PHOTO: ALBERT SIM
MALAYSIAN pop queen Siti Nurhaliza rules hearts in Singapore as well.
The 29-year-old held her first solo show here in three years at the 2,000-seat Esplanade Theatre last night.
Titled Diari Hati – Dato’ Siti Nurhaliza (Diary Of Dato’ Siti Nurhaliza’s Heart), the concert started at 8.10pm when she came on stage in a long, flowy electric-blue dress.
The enthusiastic crowd, which filled three-quarters of the hall, was treated to numbers such as Ku Mahu (I Want) and Mulanya Cinta (Start Of Love) from her latest album, Hadiah Daripada Hati (A Gift From The Heart).
Since her last concert here, held at the Singapore Indoor Stadium, Siti has married Datuk Khalid Mohamad Jiwa and has also become the youngest Malaysian to hold the title of datuk, an honorific conferred by the Pahang sultan.
She also started wearing the tudung, or headscarf, after completing the haj last December.
But all that mattered to her fans was that she could still bring the house down with her powerful and expressive voice.
She obliged with a performance that left no doubt that her reign is still going strong.
bchan@sph.com.sg
Straight from the heart
Malaysian pop diva Siti Nurhaliza says she has had to make adjustments in her life as a married woman
By Eddino Abdul Hadi, MUSIC REPORTER

‘Music can bring the people of the world together, and help people realise that unity is more important than wars or conflict’ – Siti Nurhaliza — PHOTO: ESPLANADE
SITI Nurhaliza, Malaysia’s reigning singing queen, certainly believes in the power of song.
‘Music can bring the people of the world together, and help people realise that unity is more important than wars or conflict,’ she tells Life! in an e-mail interview in Malay.
The singer will be performing at the Esplanade tonight in Diari Hati – Dato’ Siti Nurhaliza (Diary Of Dato’ Siti Nurhaliza’s Heart), her first solo concert here in three years.
The most expensive ticket is priced at $300.
Since making her professional singing debut 13 years ago, the Pahang-born lass has seen a meteoric rise unparalleled by any other Malaysian artiste.
She also happens to be the youngest Malaysian to hold the title of datuk, an honorific conferred on her by the Sultan of Pahang in 2006 when she was just 27, a move that surprised even the singer herself.
She says she feels honoured and she’s not taking the privilege lightly.
‘With the level of success comes a big responsibility for me as an artiste,’ she says. ‘I always have to give my best in everything that I put out for the people and work hard for my career.’
As a child, the fifth of eight siblings living in a police barrack, she didn’t dream of a career in music.
‘My goal at that time was to be a policewoman,’ she reveals, inspired by her policeman father.
Her grandfather was a violinist though, and her housewife mother was also known to sing traditional Malay songs.
She received her first big break when she won a national singing contest organised by television station Radio Televisyen Malaysia (RTM) in 1995.
Since then, the 29-year-old has released 12 solo studio albums, a duet record and countless compilation albums.
She also holds the record for garnering the most fan-voted awards for any artiste from Malaysia. Among them are seven consecutive Most Popular Star awards from the country’s Berita Harian newspaper, six consecutive Most Popular Female Star awards from Singapore’s Anugerah Planet Muzik (Music Planet Awards), four consecutive MTV Asia awards for Favourite Malaysian Artiste and even awards from Australia, Shanghai and Indonesia.
Still, she insists that such recognition isn’t important for her.
‘Being an artiste is not about chasing awards or popularity. My fans have placed their trust in me so I have to live up to their expectations,’ she adds.
Her marriage to Dato’ Seri Khalid Mohamad Jiwa in 2006 caused a bit of a brouhaha among her fans, mostly for the fact that the prominent businessman was 20 years older and that he was only recently divorced from his former wife before marrying Siti.
She reveals that she has had to make quite a number of adjustments now that she is a married woman. ‘My marriage and my responsibilities as a wife are my priorities right now. I have discussions with my husband before I make any decisions pertaining to my career,’ she says.
No stranger to the business world herself, she also has her own entertainment and marketing companies dealing in, among other things, her own brand of tea.
Stylistically, she has also recently started sporting the tudung (headscarf) in public, a sartorial decision made after she returned from a pilgrimage to Mecca.
She says she has no problems carrying on a normal life just like everyone else – but with a catch.
‘I still go shopping at the malls and eat at public restaurants,’ she says. ‘As long as I am accompanied by my husband, family or staff.’
dinohadi@sph.com.sg
Diari Hati – Dato’ Siti Nurhaliza (Diary Of Dato’ Siti Nurhaliza’s Heart) is on at the Esplanade Theatre tonight at 8. The $60 and $80 tickets are sold out and only $120, $160, $220 and $300 tickets are left and available through Sistic (www.sistic.com.sg or call 6348-5555).
SEAT AVAILABILITY @ 21/3/08 18:16

http://www.straitstimes.com/Free/Story/STIStory_218840.html