Skip to content

Archive for January 2008

30
Jan

AJL22 lancar, tak ada babak melalut



Oleh Nurulhisham Abdul Latiff dan Serimah Mohd Sallehuddin

Rungutan hanya pada gangguan sistem bunyi sebabkan gema keterlaluan

ANUGERAH Juara Lagu (AJL) kali ke-22 mungkin boleh dianggap sebagai edisi terbaik penganjurannya sejak lebih dua dekad majlis anugerah yang mengiktiraf komposer, penulis lirik serta penyanyi tanah air itu diadakan stesen penyiaran TV3.

Bukan saja perjalanan anugerah yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil itu sendiri amat lancar, bahkan tidak ada babak yang melalut, termasuk di kalangan pengacara bertugas – Cheryl Samad, Ally Iskandar, Fara Fauzana dan Faizal Ismail – menyebabkan program yang bermula jam 8.30 malam itu tamat dalam masa dua jam setengah saja.

Pada awalnya, timbul keraguan mengenai ketepatan waktu apabila jumlah lagu yang dipertandingkan kali ini agak banyak iaitu 14 kesemuanya. Namun, pujian buat TV3 dan petugas AJL22 yang menjadikan rancangan hiburan popular itu meriah dan padat.

Daripada rekaan pentas berbentuk bulat terletak hampir di tengah arena, sambutan penonton yang luar biasa apabila tempat duduk dipenuhi dan persembahan artis yang rata-rata boleh dipuji, ditambah keputusan yang dikatakan adil, AJL kali ini dikira memuaskan hati.

Jika ada rungutan, hanyalah pada gangguan sistem bunyi di arena. Pada ketika aspek lain penganjurannya berupaya mendapat markah tinggi, sistem bunyi AJL22 masih banyak yang boleh diperbaiki. Gema keterlaluan menyebabkan nyanyian artis ada kala tidak jelas kedengaran.

Paling penting, anugerah tahun ini bagai memberikan pengiktirafan kepada karya muzik berkumpulan sesuai dengan perkembangan arus semasa. Sejak akhir-akhir ini, beberapa kumpulan muzik yang selama ini bergerak secara underground, sudah mula membuka mata kelompok peminat lebih besar. Lagu mereka mendapat perhatian, dek nafas baru yang kononnya disuntik anak muda terbabit.

Lalu, kemenangan kumpulan Estranged menerusi lagu Itu Kamu diibarat tepat pada waktu, tatkala peminat muzik hari ini mencari irama yang lebih segar dan baru. Bukan menidakkan kekuatan 13 ciptaan lain, namun Itu Kamu melambangkan kebangkitan generasi baru dalam usaha sama-sama menghasilkan karya baik dan bermutu.

Pengurus Besar Jabatan Hiburan, Sukan dan Rekreasi TV3, Azhar Borhan, yang juga ketua juri, turut mengakui keistimewaan Itu Kamu kerana pada ketika juri memilih ketiga-tiga pemenang, serta juara keseluruhan, ia dilakukan tanpa sebarang pertikaian. Beliau juga tidak menafikan kekuatan kategori Pop Rock, yang akhirnya mendominasi AJL kali ini.

Juri lain pada AJL22 terdiri daripada komposer serta penerbit album, Fauzi Marzuki, Helen Yap, Farihin Abdul Fatah dan Arab; Pengarang Hiburan Berita Harian, Hanizam Abdullah; penulis lirik, Amran Omar dan penyanyi serta pensyarah muzik, Syafinaz Selamat.

Turut membanggakan pada Ahad lalu ialah persembahan artis yang berupaya melunaskan tanggungjawab masing-masing menghadiahkan sesuatu paling menarik untuk kepuasan semua. Lantas, rata-rata penyanyi dan kumpulan yang bersaing, muncul dengan gaya persembahan memikat.

Pemilihan Mawi sebagai pemenang Persembahan Terbaik tidak boleh dipertikaikan. Banyak sekali peningkatan ditunjukkan anak muda Felda Taib Andak, Kulai, ini sejak dia memenangi Akademi Fantasi 3, pada 2005. Di samping menari dengan iringan penari dewasa dan kanak-kanak comel, Mawi juga sempat menunjukkan kebolehan silap mata dengan menukar pakaian dalam beberapa saat, menjadikan persembahannya sesuatu yang akan diingat.

Mungkin ramai peminat yang meramal keputusan itu kerana sebahagian undian persembahan diterima daripada penonton. Namun usah terperanjat apabila peratusan undian juri adalah lebih tinggi untuk jejaka terkenal ini berbanding SMS peminat, yang membolehkan Mawi pulang dengan habuan RM10,000.

Penonton juga cukup terhibur dengan persembahan kreatif Datuk Siti Nurhaliza yang tampil bertutup litup. Persembahan menghiburkan itu menyaksikan dia menyanyi dan menari, dengan konsep pahlawan moden. Sayang sekali, trofi Persembahan Terbaik tidak boleh dibelah-belah dan dikongsi-kongsi.

Jaclyn Victor dan Lah Ahmad pula selayaknya mengungguli kategori Vokal Terbaik apabila gandingan suara mereka memukau bukan saja juri, malah 10,000 penonton di stadium. Sejak peringkat separuh akhir lagi, kemantapan dan keserasian vokal dua penyanyi ini sudah terserlah, lalu apabila keputusan itu diumumkan kelmarin, tiada pihak yang mampu mengata di belakang.

Andai ada peminat yang kecewa, tentunya mereka yang menyukai kemerduan suara Bob ketika menggantikan Faizal Tahir, mengalunkan lagu Kasih Tercipta. Bob menjadikan lagu itu umpama miliknya sendiri. Nyanyian yang jauh berbeza daripada penyanyi asal, membuatkan penonton teruja, sehingga sebahagiannya bangun berdiri, tamat saja persembahan artis ini.

AJL22 juga seperti menyerlahkan ramai bintang TV realiti. Rich yang menjadi sebahagian anggota penting Estranged, Sahri yang menggantikan Kaer menyanyikan lagu Juara Balada – Izinku Pergi, Jac yang diumumkan pemenang kategori vokal, Fiq dan Bob yang masing-masing berjaya menyampaikan Mahakarya Cinta dan Kasih tercipta (dendangan asal Faizal) dengan baik, Fazli Zainal yang memukau dengan lagu Harapan, serta Mawi yang terpilih juara Persembahan Terbaik, semuanya daripada program realiti sama ada Akademi Fantasia, Malaysian Idol mahupun Mentor.

29
Jan

Sang juara yang tewas

ACARA Anugerah Juara Lagu Ke-22 (AJL22) yang berlangsung kelmarin menyaksikan persaingan hebat antara muka lama dan baru.

Menariknya juga, empat bekas pemenang Juara Lagu sebelum ini turut bersaing bagi merebut anugerah yang dipertandingkan iaitu Ramlah Ram yang pernah menjuarai AJL pada tahun 1988, Aishah (1990 dan 1995), Datuk Siti Nurhaliza (1996, 1998 dan 2000) dan Misha Omar (2003).

Namun begitu, mungkin sudah tertulis bahawa bukan menjadi rezeki mereka pada malam AJL22 apabila keempat-empat sang juara ini tewas dan gagal membawa sebarang anugerah pada malam itu.

Kegagalan pada malam itu bukanlah bermakna mereka tidak bagus cuma nasib tidak berpihak kepada senior-senior itu.

RAMLAH RAM (Dirgahayu)

Penyertaan penyanyi kelahiran Muar, Johor ini pada AJL22 dilihat sebagai lambang kebangkitannya di persada seni tanah air.

Meskipun usianya sudah melewati angka 40, namun, vokal Ramlah Ram tidak perlu dipertikaikan lagi saat melantunkan lagu Dirgahayu.

Masih lagi mantap dan memukau, ternyata pesona Ramlah masih unggul dan mempunyai aura tersendiri.

AISHAH (Kasihnya Balqis)

PEMILIK nama sebenar Wan Aishah Wan Arifin ini sememangnya antara penghibur yang cukup kreatif dan sering menampilkan kelainan dalam setiap persembahannya.

Aishah sering mempamerkan persembahan menarik selari dengan intipati lagu yang disampaikannya.

Untuk lagu Kasihnya Balqis, Aishah begitu bijak mencorakkan persembahannya dengan menampilkan konsep penceritaan.

Malah, dia turut menampilkan dua orang cahaya matanya sebagai pelakon dan penyeri pentas.

Vokal bekas penyanyi utama kumpulan The Fan Club ini tiada apa yang perlu dipertikaikan lagi.

Kemantapan dan kehebatan vokalnya membuktikan Aishah masih tiada tandingan dan hanya satu sahaja pemilik vokal sepertinya di negara ini.

Meskipun pernah dua kali bergelar juara, namun, kekalahan Aishah kali ini bukanlah bermakna dia tidak dihargai lagi tetapi mungkin lagu Kasihnya Balqis tidak begitu kuat untuk merangkul sebarang kejuaraan. Pokoknya, Aishah sudah menjadi legenda seni tanah air.

SITI NURHALIZA (Destinasi Cinta)

Penampilan penyanyi nombor satu negara ini paling dinantikan. Masakan tidak, selepas mengambil keputusan untuk merehatkan diri daripada bertanding di pentas AJL selepas tahun 2003, Siti Nurhaliza tampil dengan imej baru dalam mempersembahkan lagu Destinasi Cinta.

Lagu itu juga buat pertama kalinya, Siti mencaturkan diri dalam menyampaikan lagu berlandaskan muzik rock yang disulami dengan irama pop yang dilihat begitu kena dengan dirinya.

Saat melangkah kemas di pentas, sorakan dan pekikan penonton sudah tidak mampu dikawal lagi. Siti membuktikan bahawa auranya masih lagi ada meskipun status dirinya kini sudah berubah.

Ramai yang terkejut dengan persembahan berani dan tidak keterlaluan jika dikatakan, Siti kini semakin bijak memberikan persembahan yang matang selain semakin yakin dengan persembahannya.

Malah, Siti turut membuktikan bahawa dengan imej bertudungnya itu dia masih lagi mampu menari dan memberikan persembahan yang cukup menarik perhatian penonton.

Ramai yang meramalkan dia mampu membawa pulang anugerah Persembahan Terbaik ataupun Vokal Terbaik tetapi apakan daya, rezeki tidak memihak kepada dirinya.

Setidak-tidaknya dia membuktikan kehadirannya di pentas AJL masih lagi diterima dan semangatnya dalam memberikan persembahan yang berbeza wajar dipuji.

MISHA OMAR dan ANDY (Sembunyi)

Pertama kali muncul menyampaikan lagu duetnya bersama penyanyi utama kumpulan Flop Poppy, Andy lagu Sembunyi juga dilihat sebagai calon utama untuk mengungguli kategori Pop Rock.

Misha Omar yang sebelum ini pernah memenangi Vokal Terbaik sebanyak dua tahun berturut-turut dilihat berjaya menyampaikan lagu Sembunyi dengan begitu baik sekali.

Ditambah dengan suara serak basah Andy menjadikan lagu Sembunyi merupakan antara gandingan duet terbaik setakat ini. Mungkin juri mahu mengambil pendekatan berbeza dalam pertandingan kali ini dalam memilih pemenangnya menjadikan Sembunyi gagal membawa sebarang anugerah.

29
Jan

Spectacular showdown

A glorious moment for Estranged (left), which nabbed the Best Song Award with Itu Kamu, while fabulous duo Jaclyn Victor and Lah VE won Best Vocal Award.

New talents and various local bands showed off their mettle at the recent Anugerah Juara Lagu, writes RADIN SRI GHAZALI.

IT was, quite simply, the showdown of the year — a glorious start to the music industry’s calendar.

The annual Anugerah Juara Lagu (AJL 22), held at the Putra Stadium in Bukit Jalil Kuala Lumpur last Sunday, provided much-deserved attention to emerging talents.

Also, seeing almost all of 2007′s big guns performing live in one show was in itself a reason to cheer.

As predicted, 2008 sees the emergence of bands in the local music industry in the Pop/Rock category — which saw an increase in the number of songs to the final round

And there’s no better way to mark its resurgence than the grand finale of AJL!

Kudos to Estranged who had battled hard to pave its way to stardom. The members comprise Rich, Andy, Din and Hanafi.

The band, which started by playing gigs at colleges, won the Song of the Year Award with its bouncy hit Itu Kamu.

“We are delighted to have won. This is a great way to mark the comeback of bands to the mainstream audience. We hope that our win will pave the way for more indie bands to enter the show,” said guitarist Din.

“We had a lot of stiff competition to begin with. We knew that this might be the year of the bands but we thought Sofaz would bag the honour,” added drummer Andy.

The band will use the pize money RM37,000 to finance its second studio album.

The finals also saw substitute performers (who replaced the original singers who couldn’t be at the show for various reasons) justifying the opportunities given to them.

Lah Ahmad (from vocal group VE) and Sahri rose to the occasion by giving a personal touch to songs, Ceritera Cinta (a duet with Jaclyn Victor) and Izinku Pergi respectively.

(The songs’s original singers were Rio Febrian for the former and Kaer for the latter).

“I am very surprised. I didn’t expect to get any awards,” said Lah, who gave a solid vocal compatibility with Jac.

“It is all about chemistry. I have performed with Jac on numerous occasions. To me, our approach to the songs made the difference,” he added.

Meanwhile, Sahri, a former student of Akademi Fantasia, was overwhelmed when Izinku Pergi was picked Best Song for the Ballad category.

“I am thankful to Kaer and the composers for giving me the opportunity. It is hard to live up to people’s expectations and be compared to the original singer, but I did my best and am so happy to have won,” he said.

Hopefully, his win will lead to more media attention and maybe even a long-overdue recording deal of his own.

As for the spectators who packed the stadium despite the downpour, the night offered many memorable moments.

There was Datuk Siti Nurhaliza’s new look for a start.

The singer, who performed the Haj last year, proved that she still has what it takes to wow the crowd despite a more subdued appearance in a head scarf.

She had the crowd screaming and clapping throughout her performance of Destinasi Cinta.

Meanwhile, the reigning “king of SMS”, Mawi is well on his way to becoming an entertainer.

His performance of Angan dan Sedar blended elements of magic (befitting the theme of the night, Music Magic) when he reappeared on stage in a black suit after singing the first half of the tune in white.

The 26-year-old singer clearly deserved to win the Best Performance Award, of which 50 per cent of the votes came from the audience through SMS.

The return of “old-timers” Nora, Ramlah Ram and Aishah added to the magical moments.

Nora was the clear winner of the Ethnic Creative category with Samudera, her win after 12 years of participating in the competition.

Her perseverance paid off in the end through her performance that was nothing short of spectacular.

The other lads from rock outfits Jinbara and Sofaz also contributed to an overall entertaining evening.

Jinbara opened the night with an acoustic performance of Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) before pumping up the tempo with a rollicking rock moment — a good start to the evening from those who expected AJL to be somewhat different this year.

Similarly, the guys from Sofaz gave a decent show in comparison to their dull performance during the semi-finals of the competition last year. They really rocked the stage with substance and stepped up their game through the song.

The substitute singers for Faizal Tahir, Fiq and Bob managed to give their own touch to their rendition of Maha Karya Cinta and Kasih Tercipta.

Bob, who should also be given a nod of recognition for his solid vocal performance, closed the night beautifully.

Despite disturbing noises from the sound system and the enormous stage, the night proved to be magical, thanks to the string of songs performed and determination showed by the finalists.

AJL 22 has indeed set a new yardstick for the coming AJLs.

Roll call

- Song of the Year: Itu Kamu, performed by Estranged. Composed by Estranged and lyrics by Richael Lawrence.

- Best Pop/Rock category: Itu Kamu sung by Estranged with Estranged (composer) and Richael Lawrence (lyrics).

- Best Ballad category: Izinku Pergi sung by Sahri with Azlan Abu Hassan (composer) and Sulu Sarawak (lyrics)

- Best Ethnic Creative category: Samudera, performed by Nora with Johan Nawawi (composer) and Ahmad Fedtri Yahya (lyrics)

- Best Performance: Mawi for Angan Dan Sedar.

- Best Vocal: Jaclyn Victor and Lah VE for Ceritera Cinta

29
Jan

High note for traditional melodies

ImageShack
The gathering of creative talents at the 4th Cipta Ekspres 2008.

The irama Malaysia music genre gets a boost from MACP and songstress Siti Nurhaliza, writes SHUIB TAIB.

ImageShack
M. Nasir (left) and Siti entertained the crowd with an impromptu duet.

MUSIC Author’s Copyright Protection (MACP) has dedicated its recent four-day 4th Cipta Ekspres 2008 event to the irama Malaysia music genre. Chairman Habsah Hassan said that of late, not much attention has been given to this type of melody and it is “suffering” as a result.

Co-incidentally, MACP, which co-organised the event with the Ministry of Culture, Arts and Heritage), also learnt that Datuk Siti Nurhaliza has been looking for material for her upcoming traditional album for the last three years.

“Usually, when we organise this event, we get composers to write songs for the function.

“Unlike past events, all composers this time are hand-picked by us. Most are award winners while some, such as Radhi OAG, are participating for the first time,” said Habsah.

“Since Siti is looking for songs, we got top composers come up with traditional numbers. This is also a belated birthday gift for her.

“Siti is under no obligation to record the songs but it would be great if she did.”

The event saw top-notch songwriters gathering in Port Dickson to come up with songs by the end of the fourth day.

Spotted were M. Nasir, Fauzi Marzuki, Adnan Abu Hassan, Johari Teh, S. Atan, Johan Nawawi, Khairil Johari Johar, Zul Mahat and lyricists Ad Samad, S. Amin Shahab, Alfa Booty, Zubir Ali and Abot.

Although MACP expected 10 songs to be written by the end of the event, creative juices flowed with composers coming up with 13 numbers!

Siti, who attended the event on the last day, was full of praise of the songs.

Accompanied by husband Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, the singer, who had just returned from performing the haj in Mecca, has given her assurance that she will be using some of the songs for her album.

The songs were performed by Rosma AF, Zila Seeron, Mohaizam Ahmad, Azfar Booty, Khairil Johari Johar and Zubir Ali.

“There are plenty of good songs tonight. Although the production is still raw, I’m pleasantly impressed by the quality. I’ve tried writing songs myself and it is not easy,” said Siti, who wrote the lyrics for several songs on her past albums including Percayalah.

She added that MACP couldn’t have given her a better gift.

“This is truly a meaningful gift. It is also an honour for me to be among the first few to listen to the songs and to be in the presence of such greatness. If my latest album is Hadiah Daripada Hati, this may be called Hadiah Daripada Komposer.”

The ministry represented by its director-general (arts development division) Mohd Adnan Hamzah, also gave its assurance that the songs not used by Siti will be aired in its social campaigns.

“We will work together with MACP. Hopefully the songs can be used for our TV commercials,” said Mohd Adnan.

28
Jan

Siti Nurhaliza @ AJL22

Siti Nurhaliza singing Destinasi Cinta at Anugerah Juara Lagu ke 22 download disini.

Gambar-gambar Siti Nurhaliza selepas persembahan di laman Sensasi Selebriti.

28
Jan

Isu Faizal, tudung Siti

MALAM tadi berlangsungnya kemuncak Anugerah Juara Lagu 22 (AJL22) di Stadium Putra, Bukit Jalil tanpa kehadiran Faizal Tahir untuk membawakan lagu Mahakarya Cinta dan Kasih Tercipta.

Rabu lalu, program One In A Million musim kedua (OIAM2) menjalani rakaman untuk disiarkan di 8TV pada Jumaat dan bukan secara langsung sebagaimana biasa.

Dua perkara ini disebabkan tindakan Faizal yang disifatkan pendek akal kerana membuka baju dan tali pinggang ketika menjayakan konsert anjuran 8TV pada 13 Januari lalu, hingga mencetuskan kontroversi.

Sebagai pengajaran kepada Fazial dan tanda 8TV peka dengan isu ini, stesen yang bertanggungjawab melahirkan Faizal melalui OIAM tahun lalu, menghukum Faizal menjalankan kerja sosial selama enam bulan. Tidak cukup dengan itu, pengurusan Faizal, 8 Unit menyekat hasil royalti penjualan album dan pertunjukan pentas Faizal.

Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) pula menggantungnya daripada muncul dalam sebarang program siaran langsung berbentuk hiburan selama tiga bulan, berkuat kuasa 15 Januari. 8TV pula tidak dibenarkan membuat siaran langsung mahupun tertunda bagi konsert dan semua program hiburan selama tiga bulan.

Sebenarnya ramai menanti kemunculan Faizal di AJL22 kerana lagu Mahakarya Cinta dikatakan punya peluang cerah untuk menang. Malah ramai yang menanti apa agaknya yang akan dilakukan Faizal kalau lagu itu diumumkan juara kategori balada atau juara keseluruhan.

Sebelum ini apabila dua lagunya diumumkan berjaya ke AJL22, Faizal menunjukkan tanda gembiranya dengan aksi meluncur dan isyarat tangan yang disifatkan ramai orang sebagai keterlaluan. Ternyata menjelang kemuncak AJL22, Faizal sudah melakukan aksi yang lebih berani.

Pelbagai pro dan kontra diperkatakan orang mengenai hukuman diterima Faizal. Ada mengatakan ia keterlaluan kerana ada artis lain yang melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan dadah tetapi tidak dihukum.

Hujah mereka lagi, membuka baju bukan satu kesalahan besar dan tidak menyalahi hukum agama pun berbanding ada artis wanita yang bangga mendedah aurat yang sah-sah salah dari segi hukum agama malah ada yang sanggup berbogel.

Ketika isu ini hangat diperkatakan pada Sabtu dan Ahad lalu, saya berada di Bandung, Indonesia mengikuti rombongan ntv7. Berita mengenainya sampai juga ke Bandung apabila ada yang mengirimkan SMS. Heboh juga perkara itu diperkatakan apabila berbual dengan Ketua Pegawai Eksekutif ntv7, Datuk Amrin Awaluddin.

Selain isu Faizal, AJL22 juga dinanti-nantikan untuk melihat kemunculan pertama Datin Seri Siti Nurhaliza di pentas, selepas pulang mengerjakan haji di Makkah.

Sebelum ini penampilan Siti dengan imej bertudung sudah ditatap peminat melalui akhbar bermula dengan penampilan Siti menghadiri majlis ulang tahun Chef Wan bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, kemudian gambar eksklusif Siti khusus untuk muka depan Rap pada 10 Januari sempena Awal Muharam.

Tidak ketinggalan gaya Siti ketika hari jadinya yang ke-29 pada 10 Januari tapi Harian Metro tidak diundang, tiadalah cerita dan gambarnya dipaparkan dalam akhbar ini. Kemudian Siti dan suami hadir di majlis Cipta Ekspres anjuran MACP Port Dickson, Negeri Sembilan pada 16 Januari lalu.

Apa jadi bualan orang ialah gaya tudung Siti yang direka pereka terkenal, Datuk Bernard Chandran dan juga Radzuan Radzwill. Ramai memuji Siti nampak manis bertudung.

Terbaru, saya menerima kiriman e-mel daripada pembaca mengenai satu lagi fesyen tudung Siti ketika menghadiri pembukaan rasmi Restoran & Kedai Roti The Loaf di Pavilion, Selasa lalu.

Tapi semua itu penampilan Siti ketika menghadiri majlis bersama suami tetapi AJL22 menjadi medan pertama untuk Siti muncul di pentas.

Siti kembali ke pentas Juara Lagu mempertaruhkan lagu Destinasi Cinta selepas dua tahun berehat. Kali terakhir Siti berentap di AJL pada AJL19 menerusi lagu Kau Milikku yang menjadi juara kategori Pop Rock.

Seorang lagi artis kita yang baru pulang dari Makkah, Sheila Rusly juga turut mendapat perhatian pembaca apabila mula bertugas mengacara Apa-apa Aje di TV3, Khamis lalu. Ramai memuji Sheila nampak manis dan anggun bertudung.

Dalam pada itu, ada pembaca membuat perbandingan mengenai penampilan tiga artis wanita kita yang bergelar hajah, Deja Moss, Siti dan Sheila.

Tapi, itulah harga yang perlu diambil artis kerana segala kelakuan dan penampilan mereka menjadi tumpuan.

28
Jan

Estranged tops in Juara Lagu

KUALA LUMPUR: Estranged bagged the top honour of the night when Itu Kamu was hailed the best song of the year at the Anugerah Juara Lagu 22 at Stadium Putra Bukit Jalil last night.

The band, which also won in the pop/rock category, received a total of RM37,000, including RM25,000 for the best song.

Nora, with her song Samudera composed by Johan Nawawi and Fedtri Yahya, won in the ethnic creative category while Sahri, who sang Izinku Pergi (composed by Azlan Abu Hassan and Sulu Sarawak) on behalf of Kaer, the song’s original singer, won in the ballad category.

Fabulous duo Jaclyn Victor and Lah VE won best vocals for their song Ceritera Cinta (composed by Ross Ariffin and Habsah Hassan), beating others such as Datuk Siti Nurhaliza, Nora, Aishah and Misha Omar.

The best performance went to Mawi who sang Angan dan Sedar, composed by M. Nasir and Loloq.

27
Jan

Kumpulan Estranged menang Juara Lagu AJL

KUALA LUMPUR 27 Jan. – Bintang-bintang ternama industri seni suara tanah air tewas kepada sebuah kumpulan baru Estranged apabila lagu Itu Kamu ciptaan kumpulan tersebut dinobatkan sebagai Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu Ke-22 (AJL22) yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Stadium Putra, Bukit Jalil di sini malam ini.

Dengan kemenangan itu, Estranged berjaya menepis artis ter enal seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Aishah yang disebut-sebut bakal menjuarai pertandingan ber kenaan membawa pulang wang tunai berjumlah RM25,000 ber serta trofi.

Estranged turut memenangi RM12,000 lagi sebagai juara kate gori Pop Rock. Ini bermakna lagu tersebut membolot wang tunai RM37,000 kesemuanya. Lirik la gu Itu Kamu ditulis oleh Rachael Lawrence.

Lagu Izinku Pergi yang dinyanyikan oleh Shari ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik oleh Sulu Sarawak memenangi kategori Balada. Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000.

Lagu Samudera yang disampai kan oleh Nora pula menjuarai kategori Etnik Kreatif.

Dengan kemenangan itu, lagu ciptaan Johan Nawawi dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya itu melayakkan mereka membawa pulang wang tunai RM12,000 beserta trofi.

Jaclyn Victor dan Lah Ahmad pula memenangi kategori Vokal Terbaik menerusi lagu Ceritera Cinta. Kedua-dua mereka memba wa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi.

Kategori Persembahan Terbaik pula, menjadi milik Raja SMS, Mawi yang telah memberikan per sembahan yang cukup menarik menerusi lagu Angan dan Sedar sekali gus melayakkan dia meme nangi wang tunai RM10,000 dan trofi.

Bagi kategori ini 50 peratus daripada markah diterima adalah melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan selebihnya diadili oleh juri profesional. -Utusan

27
Jan

Lagu siapa terbaik? – Anugerah Juara Lagu ke-22

Oleh: NIEZAM ABDULLAH

Malam ini acara yang mengangkat penulis lirik dan pencipta lagu, Anugerah Juara Lagu ke-22 (AJL22) akan berlangsung yang akan menyaksikan seorang dipilih sebagai pemenang utama.

AJL tentunya satu anugerah yang besar maknanya kepada golongan itu kerana ia akan dapat memberi pengiktirafan kepada mereka soal kualiti penghasilan karya.

Mereka yang dipilih sebagai pemenang Juara Lagu tentunya berasa bangga kerana karya tersebut diiktiraf termasuk juga pemenang bagi setiap kategori iaitu Etnik Kreatif, Balada dan Pop Rock.

Sebanyak 14 buah lagu akan dipertandingkan yang menyaksikan tiga buah mewakili Etnik Kreatif, lima buah lagu bagi katogeri Balada dan pertambahan satu lagi daripada lima kepada enam buah untuk Pop Rock. Tahun ke-22 penganjuran AJL ini menyaksikan banyak perubahan dan kontroversi.

Ia bermula apabila keputusan semi final kategori Balada lalu tidak memihak kepada lagu Bisakah ciptaan Aubrey Suwito dan lirik oleh Tessh R.S. nyanyian Datuk Siti Nurhaliza kerana dikatakan kurang berkesan berbanding lagu-lagunya sebelum ini.

Bagaimanapun Siti bernasib baik kerana Destinasi Cinta nyanyiannya terpilih untuk kategori Pop Rock.

Begitu juga dengan Faizal Tahir yang terpaksa melupakan hasratnya untuk bertanding apabila beliau tidak dibenarkan muncul dalam mana-mana siaran secara langsung di stesen televisyen swasta gara-gara insiden buka bajunya semasa konsert ulang tahun 8TV baru-baru ini.

Dua lagu nyanyian Faizal iaitu Mahakarya Cinta dan Kasih Tercipta mewakili kategori Balada. AJL22 juga memperlihatkan calon katogeri Etnik Kreatif berkurangan. Biasanya setiap kategori lima buah lagu akan bertanding tetapi kali ini hanya tiga buah sahaja terpilih dengan alasan kurang pencalonan.

Sementara Pop Rock menyaksikan pertambahan satu lagu kerana penyertaan bagi katogeri itu meningkat.

Memperkenalkan konsep music magic, AJL22 yang akan berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, pukul 9 malam ini dikatakan antara pertandingan yang cukup hangat kerana tiga penyanyi untuk kategori Etnik Kreatif memasuki pertandingan tersebut lebih daripada sekali.

Ketiga-tiga mereka iaitu Ramlah Ram (lagu Dirgahayu), Nora (Samudera) dan Aishah (Kasihnya Balkis) antara yang berpengalaman dan mereka bukanlah penyanyi baru.

Sementara lima daripada 15 penyanyi dalam AJL22 pernah memenangi AJL sebelum ini iaitu Siti Nurhaliza (1996, 1998, 2000), Aishah (1990, 1995), Ramlah Ram (1988), Misha Omar (2003) dan Jaclyn Victor (2005).

Siti Nurhaliza meraih Persembahan Terbaik sebanyak lima kali iaitu pada tahun 1996 (Jerat Percintaan), 1997 (Aku Cinta Padamu), 2001 (Ya Maulai), 2002 (Nirmala) dan 2004 (Ku Milikmu)

Kemunculan Siti selepas pulang daripada mengerjakan haji turut menjadi teka-teki sama ada beliau akan memenangi hadiah ataupun pulang dengan tangan kosong.

Ada yang berkata selepas mendirikan rumah tangga magis beliau semakin berkurangan tetapi ia bukanlah alasan kerana AJL memberi penekanan terhadap lagu dan lirik yang dihasilkan.

Lagu yang dipertandingkan bagi setiap kategori mempunyai kekuatannya sendiri dan sukar untuk diramalkan siapakah pemenangnya.

Namun yang pasti mereka AJL tidak lari daripada kejutan seperti yang pernah berlaku sebelum ini apabila yang disangka menang rupa-rupanya tewas.

Pemenang Juara Lagu akan membawa pulang trofi dan wang tunai RM25,000 manakala juara setiap kategori akan mendapat trofi dan wang tunai RM12,000 sementara persembahan terbaik dan vokal terbaik masing-masing akan memperoleh trofi dan wang tunai RM10,000.

Siapakah yang akan dipilih sebagai juara? Malam ini akan terjawab segala-galanya.

18
Jan

Kes remaja saman Datuk K 5 Mac

SHAH ALAM 17 Jan. – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 5 Mac depan sebagai tarikh pengurusan kes saman yang dikemukakan oleh seorang remaja yang mendakwa dipukul oleh Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa (Datuk K), suami penyanyi, Siti Nurhaliza. Tarikh ditetapkan di kamar Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mariana Yahya.

Pada prosiding yang ditetapkan bagi penguruan kes itu hari ini, peguam Raj Preet Kaur, hadir menyebut bagi pihak peguam Gobind Singh Deo dan Suraj Singh yang mewakili plaintif, Muhammed Kasheef Harris Sivapatham.

Raj Preet juga menyebut bagi pihak peguam Gurbachan Singh yang mewakili Khalid selaku defendan.

Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Raj Preet yang ditanya mengenai status kes tersebut memberitahu: “Mahkamah menetapkan tarikh itu untuk pengurusan kes bagi memberi peluang kepada defendan menjawab kembali isu-isu yang dibicarakan dan fakta-fakta yang telah dipersetujui pada tarikh lalu.”

Pada 13 April 2007, Muhammed Kasheef yang mendakwa dipukul oleh Khalid memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini untuk menuntut satu deklarasi bahawa tindakan defendan menahannya di rumah No. 3, Jalan Wangsa 13, Bukit Antarabangsa, Ampang pada Mac tahun yang sama adalah salah di sisi undang-undang.

Dalam writ saman setebal 14 muka surat, Muhammed Kasheef, (kini 19 tahun), selaku plaintif menamakan Khalid sebagai defendan.

Remaja itu menuntut pengisytiharan bahawa tindakan defendan yang didakwa menahannya lebih kurang pukul 11.30 malam, 17 Mac 2007 sehingga pukul 1 pagi, esoknya adalah salah.

Muhammed Kasheef juga menuntut satu perintah injunksi bagi menghalang defendan sama ada secara peribadi mahupun ejen-ejennya daripada mencederakan plaintif secara fizikal sementara menunggu perbicaraan penuh saman tersebut.