Mana VCD Istana Cinta?
MASIH ingat dengan Konsert Istana Cinta Nostalgia Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Saloma oleh Datuk Siti Nurhaliza yang berlangsung di Istana Budaya pada 20 April lalu?
Joyah pasti kepada mereka yang menyaksikan persembahan dua malam itu masih teringatkan goyang Siti kan?
Jua kemerduan suaranya mendendangkan 29 lagu-lagu popular kedua-dua penyanyi itu. Kepada yang tidak berkesempatan menonton konsert tersebut, pihak Siti Nurhaliza Production (SNP) memberitahu akan mengedarkan cakera padat video (VCD) konsertnya itu.
Tapi dah lapan bulan tapi Joyah tak nampak pun kelibat cakera yang dikatakan itu. Jadi atau tak jadi buat?
Joyah tertanya-tanya saja sebab sudah ada yang bertanyakan Joyah mengenai perkara itu. Seorang teman Joyah menyampaikan khabar, katanya, bukan tak siap. Dah buat editing pun. Malah kata teman Joyah yang berkulit putih bertubuh gebu itu lagi, Siti pun bukan main suka dengan hasil penyuntingannya.
Tapi kenapa tak dipasarkan lagi? Nak tahu apa kata teman Joyah tu, alasan mereka masih tidak mengeluarkan album itu kerana kos nak bayar pemuzik yang mahal.
Aik! Nak bayar pemuzik mahal? Album konsert di Albert Hall dulu boleh pula buat? Rasa-rasanya lagi rumit kerjanya. Lagi pula menggunakan pemuzik antarabangsa. Tak mahal ke? Atau pemuziknya tak perlu dibayar?
Joyah tak pastilah benda-benda itu semua sebab Joyah bukan peniagawati. Cuma Joyah tertanya- tanya kenapa nak terbitkan konsert Istana Cinta seolah-olah berkira?
Peminat yang tertunggu-tunggu sudah kecewa. Dahlah tak dapat tonton secara langsung. Nak tonton yang rakaman punya pun tak dapat.
Sebagai orang bisnes, Joyah faham benar perkara-perkara yang melibatkan kos ni. Bukan sikit nak keluarkan duit.
Joyah pun tak salahkan SNP tapi Joyah pun tak mahu tengok peminat kecewa gara-gara tak dapat tengok rakaman konsert tu terutama kepada peminat setia Siti.
Jadi fikir-fikirkanlah. Eh! Bukankah dulu konsert Bahtera Merdeka Ahmad Jais pun khabarnya dibuat cakera. Tapi mananya?
Kata Teman: Perihal berbadan dua, bertudung manja-manja
hanizam@bharian.com.my
KECOH benar bunyinya apabila Datin Seri Siti Nurhaliza hendak pergi Makkah. Orang lain pun pergi juga tetapi taklah heboh dan kecoh sangat macam kes Siti ni. Tetapi begitulah kalau nama sudah besar macam Siti. Mana mungkin jadi kecil jika tuan punya nama begitu gah dan popular walaupun ada yang berpendapat popularitinya sudah tak seberapa sejak bergelar isteri kepada usahawan glamor.
Seperti juga kisah cinta dan kahwinnya dulu, begitulah juga apabila dia mengambil keputusan untuk menunaikan rukun Islam ke lima itu. Siapa boleh lupa episod terpaksa mengadakan sidang media untuk mengumumkan kisah cinta dan tarikh perkahwinannya diikuti dengan program Biarlah Rahsia setiap minggu sebagai build-up menjelang kemuncak hari bahagianya. Majlis akad nikah dan persandingannya pun dibuat siaran langsung yang dihadiri oleh who’s who dalam masyarakat. Memang tak pernah dibuat artis Melayu alaf baru! Nasib baik masa nak berangkat ke Makkah, tak ada pula siaran langsung dari TV3. Kalau tidak kacau juga kerana soal ibadat dan begitu peribadi sudah jadi macam program realiti TV.
Selepas berkahwin dan belum pun setahun melayari bahtera perkahwinan, sudah timbul pula pertanyaan bila lagi Siti hendak mengandung dan bergelar ibu. Tension juga Siti apabila setiap kali jumpa press, mesti ada pertanyaan sama ada Siti sudah berbadan dua. Kebetulan badannya yang berisi sedikit membuatkan spekulasi bahawa dia sedang hamil semakin memuncak sedangkan punca kegemukan Siti adalah kerana terlalu bahagia melayari hidup sebagai isteri kepada Datuk Seri K.
Yang hairannya, Siti kata tak, tak, tak tetapi orang yang berada di luar ruang lingkup peribadinya yang kononnya lebih tahu dan mengatakan ya, ya, ya! Macam mana boleh berlaku macam itu teman pun tak tahulah. Barangkali juga kerana sebelum ini Siti pernah mengatakan tidak, tidak, tidak apabila timbul cerita cintanya dengan Datuk Seri K sehingga pernah berkata dia tak kenal pun siapa si dia itu, tup-tup-tup kahwin pula dan kini sedang bahagia. Ah… cerita lama tak guna diungkit semula.
Teman tahu bukan Siti tak rimas apabila orang dok sibuk-sibuk sangat pasal hal peribadinya dan terbaru mengenai pemergiannya ke Tanah Suci. Siti tak apa-apa, orang luar pula yang lebih sibuknya. Dan soalan yang kerap ditanya adalah sama ada bertudung litup ke atau sekadar mahu bertudung manja-manja, maksudnya bertudung nampak jambul atau siang tudung, malam buka?
Bagi teman, kita tak payahlah nak kecoh sangat sama ada Siti pakai tudung atau tidaknya. Itu memang hak peribadinya. Biarlah Siti membuat keputusan sendiri tanpa ada tekanan daripada mana-mana pihak. Dah besar panjang anak Kuala Lipis ni. Lagi pun dia dah bersuami. Kalau suami dia tak kata apa-apa, apa kes kita nak sibuk pula. Tetapi teman tahu, orang dok bising pun sebab Siti juga pernah melahirkan hasratnya untuk bertudung. Mula-mula dia pernah kata akan bertudung apabila bergelar isteri, lepas itu apabila dapat title Hajah. Jadi peminat hiburan tanah air pun peganglah pada kata-kata Siti tu.
Bukan tak tertekan Datin Seri Siti tetapi orang kata pengalaman mematangkannya. Siti kata dia tidak akan tunduk kepada tekanan daripada mana-mana pihak termasuk peminat dan media. Bertudung kata Siti biarlah ikhlas dan ia bukan perkara main-main. Maksud Siti, dia tak mahu jugalah hari ini beriya-iya tudung tetapi esok lusa dah buka pula.
Teman teringat juga kisah seorang artis ini yang mulanya bertudung lingkup bagai nak rak, tetapi beberapa bulan kemudian tudung pun entah ke mana. Lebih parah lagi apabila sejak buka tudung, pakaiannya pula lebih teruk daripada sebelum dia memakai tudung. Sudahlah, teman tak mahulah ngomel-ngomel sangat mengenai hal tudung-tudung ni kerana tak mahu pula orang kata pulang paku serpih, kata orang diri sendiri yang lebih. Teman sendiri pun tak bertudung nak sibuk-sibuk pula hal orang tak pakai tudung. Apa kes?
Hakikat sebenarnya, orang selalu mengharap yang terbaik dan sempurna daripada penyanyi ini sedangkan dia hanyalah manusia biasa. Seperkara lagi yang orang dok sibuk juga adalah mengenai popularitinya kalau dia sudah bertudung litup. Ada yang kata popularitinya akan merudum tetapi ada juga yang berpendapat sebaliknya. Tetapi soal spekulasi populariti merudum ini bukan cerita baru. Dulu masa Siti nak kahwin, dok galak juga orang kata dia orang sudah tak berapa nak suka dia. Maklumlah, dia orang kata orang Malaysia ni suka yang single dan nampak available saja.
Tetapi sejak berkahwin tak ada pula teman lihat Siti tenggelam. Malah dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian tahun lalu, Siti masih lagi menggenggam trofi Penyanyi Wanita Popular. Menarik juga hendak tahu keputusan undi tahun ini sama ada Siti masih kekal nombor satu bagi kategori Penyanyi Wanita Popular atau dirampas penyanyi yang lebih muda.
Bercakap mengenai undi ini, teman dah kata itu memang hak dan pilihan anda. Menariknya, sejak minggu lalu pihak Berita Harian menawarkan bukan setakat 100 tiket VIP untuk menghadiri majlis anugerah yang akan diadakan di Genting Highlands pada Mac tahun depan untuk mereka yang mengundi tetapi juga 30 hadiah barangan JVC. Antara barangan yang ditawarkan adalah sistem home theater, pemain DVD dan alat camcorder. Jadi, undi jangan tak undilah. Bukan nak rugi pun, cuma beli akhbar BH, pangkah nama artis kesayangan dan terus hantar ke alamat yang tertera di borang. Eh… jangan lupa slogan kreatif itu. Jumpa lagi!
Pemberitahuan Penting Dari Sitizone!
Kecanggihan teknologi alam siber tidak boleh disalahgunakan dengan memperdaya orang ramai mahupun melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang. Justeru dengan itu, pihak SNP dan Sitizone tidak mahu peminat terpedaya dengan sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pengguna internet dengan mewujudkan MYSPACE dan FRIENDSTER Siti Nurhaliza kerana ini adalah satu penipuan.
Secara rasminya pihak kami ingin menjelaskan bahawa Siti Nurhaliza tidak mempunyai MYSPACE dan FRIENDSTER seperti yang wujud di internet. Kami amat berharap agar anda tidak terpedaya.
Kami juga kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab laman web seperti http://mp3central.blogspot.com dan http://himuzik-mp3.blogspot.com yang membuat laman muat turun lagu-lagu dari album Siti Nurhaliza. Pihak kami akan mengenalpasti jika masih ada laman web lain yang melakukan perkara yang sama dan warga Sitizone harus membantu. Perkara ini amat dikesali kerana kami berusaha keras menerbitkan sebuah album dan anda semudahnya ‘mencuri’ harta kami. Tindakan undang-undang akan diambil.
- SNP/SITIZONE.
Baigaimana SZoners boleh membantu:
Untuk laman web menggunakan Blogger/Blogspot blogs, selalu ada navigation bar diatas, anda boleh FLAG the blog. Jika ramai SZoners yang FLAG, blog-blog tersebut akan ambil perhatian admin disana dan blog itu akan di adili.
Dah Beli Album “Hadiah Daripada Hati”?

Pertama kali aku mendengar kesemua lagu-lagu di dalam album “Hadiah Daripada Hati”, aku rasa inilah album paling membosankan untuk dimiliki kerana hampir kesemua lagu-lagu di dalamnya berentak perlahan! Apa kes Datin Seri Bakal Hajjah Siti Nurhaliza? Aku suka lagu “Wanita”.
Apapun terima kasih kerana memberi perhatian kepada komen aku yang sudah mengenai mengapa tiada komposer-komposer Singapura.
Sultan Muzaffar : Hadiah Daripada Hati hanyalah sebuah album yang biasa dari Siti Nurhaliza. Mungkin kena dengar banyak kali !
Siti kepit beg LV tunai haji
Kemunculan Datuk Siti Nurhaliza dalam majlis pelancaran album solonya baru-baru ini menimbulkan tanda tanya apakah peranan orang di sekelilingnya, termasuk suaminya, Datuk K, dalam memberikan nasihat yang jujur dan ikhlas kepada penyanyi nombor satu itu.
Bukan saja pakaiannya, bahkan serkup tudung dari kain lace yang dipakainya sempena pelancaran album Hadiah Daripada Hati bukan saja tidak kena, bahkan memperlihatkan Siti dalam gaya ‘terburuknya’ sejak bergelar penyanyi.
Sekurang-kurangnya itulah yang disebut oleh penulis-penulis pojok akhbar dan majalah hiburan serta forum di laman-laman web yang menyifatkan ia “sebagai gaya paling hodoh penyanyi itu selama ini”.
Ramai yang tertanya-tanya dalam hati tidakkah ada sesiapa termasuk suaminya memberitahu bahawa pakaiannya itu langsung tidak sesuai dengan tubuhnya yang semakin gempal dan bulat kini.
Apapun, dua hari selepas itu, orang ramai di lapangan terbang melihat Siti berjubah dan bertudung putih menaiki pesawat untuk ke tanah suci mengerjakan ibadah haji.
Memang ramai yang perasan Siti kerana hanya beliau satu-satunya jemaah yang memakai beg tangan LV!
Gambar2 dari syokkahwin.com

wow.. peha…

seluar hippo paling buruk
Siti will follow her heart
By : SHUIB TAIB

Siti hopes her hopes for a child will be fulfilled soon.
Pop queen Siti Nurhaliza’s off on the Haj after launching her new album. SHUIB TAIB finds out what her plans are.
SONGSTRESS Datuk Siti Nurhaliza turns 29 next month. And yesterday she left for Mecca to perform the Haj, something she has wanted to do before turning 30.
She may sport a headscarf on her return but that’s a decision she’ll take when she is back.
“I can’t really say when, though; but when I do, it will not be because of anyone else but because I want to,” said the singer at the launch of her latest album Hadiah Daripada Hati earlier this week.
“I don’t think (wearing the tudung) it will lessen my popularity because my fans accepted me because of my talent first, not my hair or my image.
“Besides, you can still create all kinds of images with the tudung,” said the singer who was once criticised for refusing to take pictures with male celebrities.
(For the record, Siti has been been photographed with male personalities but mostly at awards shows and never for a cover of a magazine).
Siti recently renewed contracts with Pantene (a haircare product) and said the company doesn’t seem to mind although she has made it known to them her intention to cover up.
Of her album, Siti said she chose the title as it is more direct, unlike the previous album Transkripsi which was “tinged with messages”.
“Hadiah Daripada Hati is really that (a gift from the heart). Hati (heart) is the most lonely organ but it is the one that whispers hopes, aspirations and dreams to you.
“I wasn’t sure if it would be on par with Transkrispi (which won Best Album at the last Anugerah Industri Muzik) but once it was mastered, I thought it sounded quite good.”
The album contains more mid-tempo than slow numbers, she said, and of the slow numbers Melawan Kesepian (composed by Pongky Barata who also wrote her hit Seindah Biasa from her 10th album, Prasasti Seni) is one of her favourites.
The album features compositions from Malaysia, Indonesia and Singapore.
Siti included works by Azlan Abu Hassan (Biarkan and Sekian lama) and Sharon Paul (Hati, the theme song for Shuhami Baba’s latest film, 1957:Hati Malaya, and Cintamu).
For the first time, a composition by Singapore songwriter Dick Lee is on Siti’s album. The song, Mulanya Cinta was performed by Siti in the recently-concluded P. Ramlee, The Musical.
Then there is Ku Mahu, the theme song for drama series Spa Q composed by Audi Mok with lyrics by Rina Khan.
Siti said that if Anuar Zain has a song called Lelaki Ini, she has one called Wanita (Muhammad Fahmi Rizal/Shanty Ramadani) while Tanpa Kalian (Taufik/Siti Nurhaliza and Taufik) best describes her relationships with close friends like fans and the media.
The other two are Kerana Dirimu (Cynthia Lamusu) and Sutramaya (Aubrey Suwito/Tinta S), a song which she recorded last.
Although it was a bit of a rush, Siti managed to get it all done by the release date, three days before she left for Mecca.
“It was planned that way. I wanted this album out before I leave so that I can fully concentrate on my pilgrimage,” said the singer.
Siti also launched her latest business venture, SN Mobile Digital, through which fans can download her songs by mobile phone (just type SN and send the text message to 33777).
Since her marriage to Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, local media have been vying for a scoop on her expected pregnancy.
She said she was not concerned about having put on a few pounds. “I’d rather be healthy. Since I’m trying to get pregnant, I don’t think going on a crash diet is a good idea. Yes, my husband has noticed that I’ve grown in size but he’s never asked me to shed any. In fact, he’s been very supportive of what I do,” she said.
Siti said she had cut back on 70 per cent of her singing activities and found it harder to not only stay slim, but to sing as well.
“There were a few songs which took me longer to record. The thing is, when I was still single, I used to sing almost every night, which was good practice. But now I don’t perform that much and the lack of practice has made it difficult to sing perfectly.
“When you don’t sing as often, you tend to get pitchy here and there and breathing correctly is a factor.
“However, my producer Aubrey Suwito never pressured me and told me to go home and come back when I was ready because he knew that I could sing better,” said Siti.
Siti is scheduled to be in Mecca for two weeks with Khalid, mother Siti Salmah Bachik, brother Saiful Bahri and others in an entourage comprising slightly more than 20 people.
When asked what she would pray for in Mecca, Siti flashed another smile and replied playfully in a child-like manner, “Adalah!”
“Well, of course I would ask God the best for my family and me, and for a child. Khalid will be extremely happy if we have a girl, since he already has four boys,” said Siti matter-of-factly.
She also admits to being slightly pressured for not having conceived, but said: “All I can say is, belum ada rezeki (it’s not meant to be yet).”
Mampukah Hadiah Daripada Hati tandingi Transkripsi?
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL

SITI Nurhaliza bersama Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Abdul Mutalib Mohd. Razak (kiri) dan Pengarah Urusan Suria Records Sdn. Bhd., Edwin Tan.
ALBUM Transkripsi yang diterbitkan pertama kali oleh syarikatnya, Siti Nurhaliza Productions Sdn. Bhd. telah melakar kejayaan besar pada Anugerah Industri Muzik Ke-14 (AIM 14), April lalu apabila dinobatkan sebagai Album Terbaik dan Album Pop Terbaik.
Transkripsi yang dilahirkan pada tahun lalu sememangnya merupakan album terbaik penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza sepanjang 11 tahun menjadi anak seni. Malah, hampir kesemua lagu-lagu di dalam album tersebut mendapat perhatian peminat dan sering diputarkan di radio.
Setelah hampir satu setengah tahun berlalu, kini penyanyi jelita itu muncul dengan album ke-12 dengan mengambil judul Hadiah Daripada Hati (HDH) yang sudah pun berada di pasaran sejak 10 Disember lalu.
Ketika ditemui di majlis pelancaran albumnya di Hotel Legend, Isnin lalu, penyanyi bersuara emas ini menjelaskan mengapa HDH diangkat sebagai judul album terbarunya.
“Jika dulu, tajuk album saya banyak menggunakan perkataan yang perlu dicari maksudnya seperti Transkripsi, Adiwarna, Pancawarna dan Safa. Namun, kali ini saya mahu lebih ringkas dan maksudnya sampai kepada peminat.
“Disebabkan itu, saya begitu senang sekali menggunakan judul HDH ini kerana maknanya yang jelas. Ia juga sebagai tanda hadiah saya buat mereka yang banyak menyokong saya selama ini terutama peminat saya.
“Pada mulanya, memang saya mahu menerbitkan album pop tradisional tetapi material tidak mencukupi. Lantas, saya mengambil keputusan merakamkan album pop kerana lagu yang saya terima begitu banyak. Insya-Allah, selepas ini, saya akan tampil dengan album tradisional. Rindu juga nak rakam album tersebut,†jelasnya yang mengenakan blaus emas serta seluar biru muda rekaan Rizman dan Ruzaini.
Pada majlis itu juga, Siti Nurhaliza menerima anugerah platinum berkembar empat untuk penjualan album Transkripsi yang dijual melebihi 80,000 serta anugerah platinum berkembar tiga untuk penjualan album Royal Albert Hall yang melebihi 60,000 unit.
Persoalannya, sudah pasti HDH akan dibandingkan dengan Transkripsi yang berjaya kerana lagu-lagunya yang begitu berkualiti dan bagus serta cepat menangkap halwa telinga pendengar.
Adakah Siti sendiri sudah bersedia jika peminat membandingkan HDH dengan album terdahulu. Bukan itu sahaja, mampukah HDH mencipta kejayaan seperti mana Transkripsi?
“Bagi saya ia perkara biasa apabila ada yang membandingkan album ini dengan album yang terdahulu. Ini semua soal citarasa. Ketika pertama kali saya menerbitkan Transkripsi dan seterusnya mencipta kejayaan di AIM14, saya sudah mengatakan inilah yang saya mahukan selepas ini.
Kekuatan tersendiri
“Tetapi selepas saya menjalani proses penerbitan HDH, saya berpendapat album ini juga mempunyai kekuatan tersendiri dari segi lagu-lagunya. Banyak lagu rancak berbanding lagu balada. Inilah antara perubahan dalam album ini. Saya berharap agar HDH mampu memikat pendengar dan diterima dengan baik,†kata Siti yang akan berangkat ke Tanah Suci Mekah esok selama dua minggu bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, ibunya, Siti Salmah Bachik dan abangnya, Saiful Bahri Tarudin atau Ayie.
Seperti Transkripsi, HDH menyajikan 11 buah lagu untuk santapan telinga pendengar ciptaan komposer Malaysia, Singapura dan Indonesia. Antara lagu yang dimuatkan adalah Melawan Kesepian, Tanpa Kalian, Cintamu, Biarkan, Sutramaya dan Sekian Lama.
Bukan itu sahaja HDH turut memuatkan lagu tema drama bersiri Spa Q, Ku Mahu yang kini kerap diputarkan di radio serta lagu Mulanya Cinta (dari teater muzikal P.Ramlee) serta Hati (lagu tema filem 1957 Hati Malaya).
Malah album ini juga menampilkan kelainan dari kulit albumnya yang cukup berbeza dengan kulit albumnya sebelum ini.
“Ini juga perubahan yang saya lakukan. Jika sebelum ini, kulit album saya dilatari dengan warna terang dan gaya saya juga ceria, namun kali ini saya mengambil hitam sebagai tema. Sengaja saya pilih warna itu untuk menunjukkan elemen menawan dan classy,†ujarnya lagi.
Tambah wanita berusia 28 tahun ini lagi, dia turut mengakui penghasilan HDH turut mencabar vokal dan penghayatan untuk lagu-lagu di dalam HDH.
“Sejak berumahtangga, saya kurangkan penglibatan dalam bidang seni. Saya banyak menghabiskan masa di rumah sebab itu tidak ada banyak masa untuk mengasah vokal. Pentas adalah tempat yang paling baik mengasah mutu vokal saya.
“Dulu, sebelum kahwin, sebaik sahaja lepas show, saya akan ke studio dan merakamkan lagu untuk album. Jadi, waktu itu, penghayatan lebih mudah. Sekarang, saya perlu ambil masa dan berlatih di rumah sebelum ke studio,†jelasnya yang menjalani proses rakaman vokal dalam tempoh seminggu sahaja.
Dengan lahirnya HDH di pasaran, mungkin ada artis yang ‘gerun’ untuk mengeluarkan album mereka kerana takut kurang sambutan. Apa komen Siti?
“Janganlah berkata begitu. Saya buat album bukan untuk bersaing dengan sesiapa dan juga bukan untuk menutup periuk mana-mana pihak. Saya lebih suka kita bersaing secara sihat dalam industri ini yang tidaklah besar mana pun,†katanya.
Siti Nurhaliza juga mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf kepada mereka yang pernah berkecil hati atau terasa dengan dirinya serta memohon semua pihak mendoakan yang terbaik buat dirinya sepanjang berada di Mekah kelak.
Barbie Nyanyi Lagu “Ku Mahu”
Sesaat ku terkesima
Pada indah personamu
Sekilas kau senyum padaku
Melarutkanmu dalam kasihku
Sesaat ku terpesona
Pada warna ceriamu
Sayangnya telah ku hidu
Semua paparanmu palsu
Indah impian cintaku
Namun realiti tak seharum
Yang ku impikan kerna
Cintamu tak sejati
Ku mahu kesetiaan dan kejujuran
Kasih sayang yang tiada bersempadan
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan
Namun kau hanya mampu memberi janji palsu
Dan kita pun terdorong hawa nafsu
Semua yang kau berita benar dan tak kan menjadi erti
Selamanya takkan ku lupa
Kau ajar ku seksa
Kau pandai berkata-kata
Hingga aku derita
Selamanya ku berjaga-jaga
Tak sanggup ku kenang
Cukuplah sekali terluka
Kan ku ingat sentiasa
Indah impian cintaku
Namun realiti tak seharum
Yang ku impikan kerna
Cintamu tak sejati
Ku mahu kesetiaan dan kejujuran
Kasih sayang yang tiada bersempadan
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan
Namun kau hanya mampu memberi janji palsu
Dan kita pun terdorong hawa nafsu
Semua yang kau berita benar dan tak kan menjadi erti
Aku bukanlah boneka mu
Ku tak rela dipermainkan
Lebih baik sendiri
Dari terseksa di tangan mu
Apa yang aku mahu
Indah impian cintaku
Namun realiti tak seharum
Yang ku impikan kerna
Cintamu tak sejati
Ku mahu kesetiaan dan kejujuran
Kasih sayang yang tiada bersempadan
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan
Namun kau hanya mampu memberi janji palsu
Dan kita pun terdorong hawa nafsu
Semua yang kau berita benar dan tak kan menjadi erti
Ku mahu kesetiaan dan kejujuran
Kasih sayang yang tiada bersempadan
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan
Namun kau hanya mampu memberi janji palsu
Dan kita pun terdorong hawa nafsu
Semua yang kau berita benar dan tak kan menjadi erti
Hadiah Daripada Hati

Ku Mahu (Audi Mok / Rina Khan)
Melawan Kesepian (Pongky Barata)
Mulanya Cinta (Dick Lee / Adlin Aman Ramly)
Tanpa Kalian (Taufik / Dato Siti Nurhaliza)
Biarkan (Azlan Abu Hassan / Azalea)
Kerana Dirimu (Cynthia Lamusu)
Hati (Sharon Paul / Shuhaimi Baba)
Wanita (Muhamad Fahmi / Shanty Ramadani / Dato Siti Nurhaliza)
Cintamu (Sharon Paul / Fedtri Yahya)
Sutramata (Aubrey Suwito / Tinta S)
Sekian Lama (Azlan Abu Hassan / Azalea)
Info and picture from http://orestes7.multiply.com
‘Bertudung biar ikhlas’
Oleh Farihad Shalla Mahmud

Datin Seri Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza yakin peminat tidak lari
APABILA penyanyi jelita Datin Seri Siti Nurhaliza melahirkan hasrat untuk menunaikan fardu Haji penghujung tahun ini, ramai yang tertanya-tanya apakah Siti sudah bersedia untuk mengenakan tudung.
Malah semakin dekat tarikh pemergian Siti ke Tanah Suci, semakin rancak orang membuat spekulasi apatah lagi apabila ada khabar angin yang membisikkan bahawa Siti sedang tercari-cari imej bertudung yang bersesuaian dengan dirinya itu.
Dan persoalan itulah juga yang diajukan media sebaik saja bertemu isteri kesayangan usahawan popular, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa ini pada majlis sidang media pelancaran album solo terbarunya berjudul Hadiah Daripada Hati kelmarin, di Hotel Legend Kuala Lumpur.
Bukan sengaja memberi tekanan kepada Siti kerana sama ada mahu bertudung atau tidak, itu adalah pilihannya. Tiada siapa berhak menentukan apa yang patut dan perlu dilakukannya. Namun itulah susah senangnya menjadi seorang Siti Nurhaliza, setiap langkah dan perbuatan, pasti akan menjadi buah mulut orang.
Siti, ketika menjawab isu bertudung mengulangi kenyataannya sebelum ini dengan mengatakan dia sememangnya mempunyai niat ke arah itu namun tidak mahu mengesahkan sama akan tampil dengan imej bertudung sekembalinya nanti dari menunaikan rukun Islam yang kelima itu, akhir Disember ini.

TAHNIAH: Siti menerima anugerah platinum album Transkripsi yang meraih jualan 80,000 unit daripada Pengurus Besar SRC Recrods, Edwin Tan dan Pengerusi Media Prima, Datuk Abdul Mutallib Mohamed Razak.
“Seandainya Siti mengenakan tudung, biarlah ia datang dari hati Siti sendiri serta kerana Allah dan bukannya tekanan media atau peminat. Mengenai dakwaan peminat akan lari apabila saya mengenakan tudung, saya tidak bersetuju kerana bagi saya, peminat sendiri tahu apa yang terbaik untuk saya,†jelas Siti sambil menjelaskan perkara itu juga tidak akan menyekatnya untuk terus muncul sebagai duta produk kerana sudah memaklumkan perkara itu lebih awal kepada pihak penaja.
Ditanya mengenai reaksi suami kesayangan seandainya Siti tampil dengan imej bertudung, jawab Siti, Khalid tidak menghalang dan sentiasa menyokong apa saja yang dilakukannya
Siti yang akan berangkat ke Makkah esok dengan ditemani suami, ibu dan abangnya serta ahli keluarga lain seramai 20 orang akan berada di sana selama dua minggu.
“Siti sudah lama bersedia dan saya bersyukur kerana impian saya untuk menunaikan ibadat Haji ketika usia sebelum 30 tahun serta berumah tangga dimakbulkan Tuhan. Moga semuanya berjalan lancar,†ujar si pelantun Biarlah Rahsia ini.

JADI TUMPUAN: Siti meluangkan masa menjawab pelbagai soalan wartawan hiburan termasuk isu pakai tudung selepas majlis pelancaran albumnya baru-baru ini di Hotel Legend.
Ditanya apakah yang akan didoakan Siti di hadapan Kaabah nanti, Siti berkata dia mendambakan kesejahteraan buat dirinya sendiri, suami, keluarga serta keamanan dan rahmat yang melimpah ruah untuk tanah airnya yang tercinta ini.
“Siti juga mengharapkan impian Siti untuk mendapatkan cahaya dimakbulkan Tuhan,†ujarnya sambil mengukir senyuman manis.
Terlanjur berbicara soal zuriat, Siti tidak menafikan pada awalnya dia begitu tertekan apabila memikirkan perkara itu.
“Tapi lama kelamaan, Siti sudah semakin biasa dan tidak terlalu memikirkan sangat. Lagipun, Siti tak mahu perkara itu memberi kesan tidak baik terhadap kesihatan Siti. Orang kata, kalau hendak anak, kita kena gembira. Jadi Siti sekarang kena sentiasa gembira,†katanya yang inginkan cahaya mata perempuan sekiranya diizinkan Tuhan.
Diusik dengan kenyataan bahawa dirinya kini semakin berisi, Siti mengakui perkara itu. Malah, perkara itu sendiri pernah dibangkitkan suaminya.
“Ada juga dia tegur apabila melihat Siti dalam televisyen. Dia kata muka saya makin lebar. Nak buat macam mana, sejak selepas kahwin ini, aktiviti nyanyian Siti semakin berkurangan sebanyak 70 peratus berbanding zaman anak dara dulu. Siti banyak habiskan masa di rumah, berehat, makan mana badan tak naik. Dulu sebelum kahwin, berat badan Siti 55 kilogram dan sekarang ini naik tiga kilogram,†katanya sambil tergelak kecil.
Namun, apa yang lebih membimbangkan penyanyi dari Kuala Lipis, Pahang ini apabila berat badannya semakin bertambah adalah mengenai staminanya yang semakin menurun.
“Ketika merakamkan album ini, tidak dinafikan, Siti mengalami masalah. Ada ketika, Siti terpaksa balik ke rumah, ambil feel dan kemudian kembali ke studio. Inilah perkara yang merisaukan Siti. Tapi alhamdulillah, semuanya selesai seperti yang dirancang,†ceritanya tanpa berselindung.
Hadiah Daripada Siti
SELAMA setahun setengah selepas Transkripsi menjengah, Siti kembali dengan album solo studio ke-12 yang diberi judul, Hadiah Daripada Hati. Album yang diterbitkan ramai komposer terkenal tanah air ini menyaksikan kematangan Siti dari segi nyanyian dan juga penampilan Siti yang ditonjolkannya menerusi sampul kulit album.
“Siti sengaja memilih warna hitam kerana ia nampak lebih elegan, klasik dan misteri. Kalau album dulu, Siti nampak lebih ceria, riang macam kanak-kanak, jadi dalam album ini Siti memang ingin kelihatan lebih serius. Sesuai dengan kematangan Siti,†dedah Siti mengenai rahsia rona hitam yang dipilih sebagai kulit album.
Dilancarkan empat hari sebelum dia berangkat ke Tanah Suci, Siti berkata itu memang rancangannya kerana mahu dia mahu menunaikan rukun Islam kelima itu dengan tenang serta ingin album itu menjadi pengubat kerinduan buat peminat sepanjang ketiadaannya di tanah air.
“Sekembalinya Siti dari Makkah nanti, Siti mungkin akan berehat selama sebulan. Malah, apa saja yang berkaitan dengan kerjaya seperti promosi album itu serta konsert mungkin akan diadakan selepas itu. Jadi buat masa ini, biarlah album itu nanti menjadi penawar rindu buat semua peminat Siti,†ujarnya.
Antara komposer yang menyumbangkan lagu dalam album itu ialah Aubrey Suwito, Audi Mok, Sharon Paul, Greg Henderson, Azlan Abu Hassan dan Jenny Chin.
Mengulas ketiadaan lagu ciptaannya dalam album ini berbanding Transkripsi, Siti berkata dia pernah mencuba namun tidak berhasil.
“Mungkin masa penghasilan album Transkripsi itu, jiwa Siti tengah bergelora maklumlah tengah bercinta. Tapi untuk album ini, puas Siti cuba malangnya idea tak datang. Memandangkan album ini perlu disiapkan cepat, jadi terpaksalah Siti teruskan apa yang ada,†katanya sambil meminta peminat tidak membandingkan album ini dengan yang terdahulu.
Pada majlis penuh bermakna itu Siti turut menerima anugerah platinum atas kejayaan album Transkripsi yang dijual sebanyak 80 ribu salinan.