Skip to content

Archive for November 2007

27
Nov

Siti Nurhaliza At Shangri-La – Kuala Lumpur



ImageShack

Photo from www.shaolintiger.com

26
Nov

Destinasi Cinta iringi 5 kategori pop rock ke AJL22

Oleh Rozdan Mazalan

ImageShack
NYANYIAN BERTENAGA: Siti mendendangkan Destinasi Cinta pada pertandingan separuh akhir AJL22 di Seri Pentas 2 Plaza Alam Sentral, Shah Alam, malam tadi.

SHAH ALAM: Selepas lagu kategori balada berjudul Bisakah nyanyian Datin Seri Siti Nurhaliza gagal tersenarai untuk Anugerah Juara Lagu 22 (AJL22), minggu lalu, akhirnya peminat penyanyi nombor satu negara itu lega apabila Destinasi Cinta layak bagi kategori pop rock.

Lagu ciptaan Lin Li Zen dan lirik Rozie Abdul Razak itu mengiringi lima lagi lagu lain untuk bertanding pada peringkat akhir pada Januari depan.

Keputusan pertandingan separuh akhir Muzik-Muzik kategori pop rock yang berlangsung malam tadi diumumkan pengacaranya Cheryl Samad dan Faizal Ismail yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini.

Pihak penganjur turut membuat kejutan apabila mengumumkan tambahan satu lagi tempat ke akhir AJL22 daripada lima lagu yang sepatutnya layak berikutan kekuatan dan populariti lagu yang dipertandingkan dalam kategori itu.

Lima lagu lain yang layak ialah Janjiku nyanyian Sofaz, ciptaan Taja dan lirik Tass serta Itu Kamu ciptaan juga dendangan Estranged sementara lirik oleh Rachael Lawrence.

Lagu Aidit Alfian dan lirik Loloq, Sembunyi dinyanyikan secara duet oleh Misha Omar dan Andy Flop Poppy serta Mawi yang mempertaruhkan lagu Angan dan Sedar ciptaan M Nasir dan lirik Loloq selain Farhana Putri Bumi Kenyalang yang dicipta oleh Denai dan lirik Andy Rahman, nyanyian Jinbara.

Empat lagi lagu yang gagal ke peringkat akhir ialah 3 Malam Tanpa Bintang nyanyian Fiq, ciptaan Master G dan lirik Azmeer serta Satu Harapan dendangan Jaclyn Victor, ciptaan Audi Mok dan lirik Mabel Liew.

Aku Penciptamu ciptaan sepenuhnya Ajai dan dendangan Felix serta Vince yang mendendangkan lagu ciptaan sendiri, Percayalah Sayang dan lirik M Zulkifli.

Dengan enam lagu berkenaan, ini bermakna 14 lagu terbaik akan bertanding pada peringkat akhir AJL22. Lima lagu bagi kategori balada iaitu Mahakarya Cinta (Faizal Tahir), Kasih Tercipta (Faizal Tahir), Ceritera Cinta (Jaclyn Victor dan Lah Ahmad), Harapan (Fazli Zainal) dan Izinku Pergi (Sahri).

Empat lagu kategori etnik kreatif ialah Samudera (Nora), Kasihnya Balkis (Aishah) dan Dirgahayu (Ramlah Ram).

Barisan juri yang menilai keputusan sepanjang peringkat separuh akhir terdiri daripada penulis lirik, Amran Omar; komposer, Iman Wan; Pensyarah Fakulti Muzik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Khairil Johary Johar.

Selain komposer, Edry dan Pengarang Hiburan Harian Metro, Adam Salleh serta Pengurus Besar Jabatan Hiburan, Sukan dan Rekreasi TV3, Azhar Borhan selaku ketua juri.

26
Nov

Muzik-Muzik: Kejutan Dari 5 Ke 6 Lagu

SHAH ALAM, 26 NOV 2007: Akhirnya terjawab sudah lagu yang layak ke peringkat akhir Juara Lagu 22 (AJL22).Satu kejutan berlaku padakategori Pop Rock malam tadi apabila 6 lagu terpilih berbandingjangkaan 5 laguke peringkat final.

Selepas pengacara Cheryl Samad dan Faizal Ismail bersama artis jemputan, Hazami,mengumumkan 5 finalis, penonton dimaklumkan bahawa adanyakejutan iaitu tambahan satu lagi penyertaan ke peringkat akhir. Lagu bertuah ituialah Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) nyanyian Jinbara ciptaan Denai & Andy Rahman.

Apa yang pasti, persembahan malam tadi begitu sengit. Ia bukan saja menampilkan lagu hebat malahan penyertaan daripada penyanyi popularseperti Misha Omar, Datuk Siti Nurhaliza, Mawi dan Jaclyn Victor. Selain itu, penyertaan bakat muda seperti Felix, Estranged,Sofaz, Vincedan Fiq juga mencabar kreadibiliti penyanyi senior.

Minggu lalu, majoriti peminat Siti kecewa kerana kegagalan penghiburitu mara ke AJL22 dalam kategori Balada. Namun kekecewaan itu terubat dengan kebangkitan Siti menerusi lagu Destinasi Cinta ciptaan Lin Li Zen dan lirik PSNN iaitu kakak iparnya sendiri, Rozi.

Selain Siti, penyanyi dan ahli silap mata, Asmawi Ani atau Mawi turut layak ke AJL22 menerusi lagu Angan Dan Sedar ciptaan gandingan serasi M Nasir dan Loloq. Persembahan Mawi nyata menghiburkan dengan aksi tarian yang mempersonakan. Penyertaan Mawidianggap saingan terdekat buat Siti.

Komposer yang pernah meraih Anugerah Juara Lagu melalui lagu Keliru, Aidit Alfian sekali lagi mara dengan lagunya, Sembunyi ciptaan bersama denganLoloq. Kalau Keliru mengandingkan pasangan duet Nurul & Ajai, Sembunyi pula menyatukan Misha Omar & Andy Flop Poppy. Mungkinkah Aidit akan mengulangi kejayaannya?

Sofaz pulalayak dengan laguJanjiku ciptaanTaja dan Tass. Tidak ketinggalankumpulan Estrangedyang vokalisnya lahir dari Akademi Fantasia 4, Rich, sama-samamenempah tempatke AJL22 melalui single popular mereka, Itu Kamu. Lagu ini hasil ciptaan kumpulan itudanRich sendiri.

Kini,teka-teki lagu mana yang bakal meraih Lagu Terbaik mula diperkatakan. Paling menarik, AJL22 bakal berlangsung selepas Siti pulang mengerjakan haji. Berikutan itu,desas-desus mengatakan Siti akanmengenakan fesyen tudungselepas pulang dari Makkah kelak.Sama-sama kita tunggu.


Murai

25
Nov

Siti Nurhaliza gagal ke AJL-22

KECOH jadinya apabila penyanyi nombor satu negara, Siti Norhaliza gagal ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke 22 (AJL-22). Siti menyanyikan lagu Bisakah bagi kategori balada minggu lalu.

Dek kerana Siti gagal, ramai yang tidak berpuas hati terutamanya peminat-peminat Siti. Dalam pada tu ada yang berkata Siti tak naik pentas sebab dia tahu dia akan kalah.

Itu semua kata orang. Tapi kalah atau menang, tak kisahlah sebab sebelum ini pun dah banyak Siti muncul dalam Juara Lagu.

Jangan kecoh-kecoh, lagu yang berjaya ke peringkat akhir adalah kejayaan komposer. Maka peminat Siti kena faham bahawa penyanyi dan kategori untuk penyanyi hanyalah persembahan terbaik.

Juara Lagu mempertandingkan lagu dan satu kategori untuk penyanyi. Jadi kalau lagu yang menang, itu kemenangan komposer. Kalau lagu yang tewas, itu adalah kegagalan komposer. Jadi penyanyi tidak pernah menang lagu terbaik selagi mereka tidak mencipta sendiri lagu itu macam M. Nasir.

15
Nov

Kes saman Datuk K 17 Januari

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini semalam menetapkan 17 Januari tahun depan untuk pengurusan kes saman malu terhadap ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K yang difailkan seorang remaja, Muhammed Kasheef Harris Sivapatham pada 13 April lalu.

Tarikh itu diputuskan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mariana Yahya dalam kamar hakim untuk membolehkan plaintif serta defendan memfailkan dokumen dan memberi ringkasan saman kepada mahkamah sebelum perbicaraan dimulakan.

Tempoh itu juga bagi membolehkan plaintif dan defendan menyenaraikan semua saksi yang akan dipanggil untuk proses perbicaraan.

Peguam Suraj Singh mewakili plaintif dan mendengar bagi pihak peguam bela defendan, Gubachan Singh yang tidak hadir.

Dalam saman itu, Muhammed Kasheef, 19, yang juga rakan anak Khalid, Mohamed Adib, mendakwa suami penyanyi Datin Seri Siti Nurhaliza Taruddin cuba merosak dan mencerca reputasi baiknya di kalangan masyarakat dengan menuduhnya penjenayah, tidak berwatak baik, tidak layak bergaul dengan anak defendan, penipu dan tidak boleh dipercayai.

Plaintif mendakwa, defendan dengan niat jahat dan secara melulu menuduhnya pengedar dadah dan memaksanya mengaku sebagai pengedar dadah.

Muhammed Kasheef mendakwa defendan mengeluarkan perkataan ‘kamu ambil dadah’, ‘kamu drug dealer (pengedar dadah)’ terhadapnya yang disifatkannya sebagai fitnah dan dusta.

Muhammed Kasheef mendakwa Khalid mengeluarkan perkataan itu dalam satu insiden di rumah Khalid di No 3, Jalan Wangsa 13, Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor pada 17 Mac 2007, jam 11.30 malam hingga 1 pagi, 18 Mac lalu.

14
Nov

A singer’s surprise for Hui Yi

ImageShack

Datuk Siti Nurhaliza and Dina Bato Sam Bua were overcome with emotion at the surprise visit while Tee Hui Yi (left) looks on.

KUALA LUMPUR: Heart tran-splant girl Tee Hui Yi is used to getting visits from VIPs.

But she could hardly believe her eyes yesterday when her idol, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, entered the visitor’s lounge at her ward about 9.30am.

Despite wearing a surgical mask, the 14-year-old lass lit up at the sight of the songstress, who was accompanied by Transport Minister Datuk Seri Chan Kong Choy and his wife Datin Seri Ann Chan.

Siti was seen wiping away tears as she spoke to Hui Yi.

Hui Yi’s mother, Dina Bato Sam Bua, was also overcome with emotion at Siti’s surprise visit.

The singer spent about five minutes with Hui Yi at the National Heart Institute and gave the teenager an autographed album before kissing her on the cheek.

Only selected photographers and cameramen were allowed into the ward as Hui Yi had developed a slight fever in the morning.

“Her strength is an inspiration and I pray that she recovers soon,” said Siti.

“When I met her, she was so happy. She told me that she has been a fan since she was young and told me to keep on singing.

“But I did not sing for her because we could not stay for too long and she was recovering.

“Although the visit was short, it was very meaningful to me.”

Siti also revealed that she was invited by Kong Choy to visit Hui Yi when he called her husband, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, on Monday night.

However, Khalid could not accompany her as he was away on business.

Siti said she had initially planned to visit Hui Yi last month, but was unable to as Hui Yi was in the Intensive Care Unit.

Kong Choy also wished Hui Yi a speedy recovery and hoped that she would resume her studies soon.

Hui Yi has put her studies on hold for the past three years following her heart condition.

Kong Choy and his wife also presented Hui Yi a bouquet of flowers and a book on Qigong, a slow traditional Chinese breathing and movement exercise.

Hui Yi had a dramatic heart transplant procedure last month after she was diagnosed with end-stage heart failure from a viral infection when she was 2 years old.

13
Nov

Kulit wajah perlu penjagaan awal

Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof

KULIT wajah memerlukan penjagaan sempurna sesuai pertambahan usia. Sekiranya pada usia belasan tahun, kulit wajah mungkin bukan masalah paling besar bagi anda, tetapi apabila memasuki usia 30-an, regim penjagaan wajah semakin berubah sejajar pertambahan usia.

Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza, turut tidak terkecuali berhadapan perkara berkenaan. Katanya, pada usia remaja kulit wajah bukan masalah utama sungguhpun perlu mengenakan solekan yang tebal selalu, kulitnya akan pasti kembali sihat tanpa jerawat yang merunsingkan, namun semakin menginjak usia keadaan turut berubah.

“Garis halus itu semua orang akan hadapinya dan Siti tidak terlalu risau, lagipun kini ada produk antipenuaan. Siti paling takut kulit wajah menjadi kasar, yang mana bila disentuh tidak rata justeru saya akur penjagaan wajah kini tidak sama seperti dulu, sebaliknya memerlukan lebih perhatian.

“Kira-kira dua tahun lepas Siti berhadapan masalah kulit kasar apabila kurang memberikan perhatian pada penjagaan wajah yang mana kesannya kulit Siti berkeadaan sedemikian dan perlu diperbaiki dengan melakukan perawatan yang lebih teratur. Dalam memastikan kulit wajah sihat saya akan pastikan ia bersih sebelum tidur selain memastikan akan pergi membuat perawatan wajah sekurang-kurangnya sebulan sekali,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Olay Total Effects di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Majlis perasmian dilakukan Ketua Pegawai Eksekutif Procter & Gamble (M) Sdn Bhd, Vaidyanath Swamy.

Siti berkata, beliau mula memberikan perhatian kepada penjagaan wajah sejak pada usia remaja dan bernasib baik apabila memiliki kulit wajah yang tidak menghadapi banyak masalah. Selain memberikan perhatian pada kulit wajah, rambut juga satu perkara yang beliau titik beratkan.

Mengulas mengenai produk Olay Total Effects yang digunakan sejak kira-kira dua tahun lalu, Siti berkata, kulitnya bukan saja tidak menghadapi sebarang masalah sebaliknya menjimatkan masa untuk memakai produk berkenaan kerana satu sapuan sudah sempurna.

“Formula baru di dalam produk ini membantu saya mendapatkan kulit wajah idaman, sama seperti sekiranya saya melakukan perawatan wajah. Saya dapati pori kulit semakin mengecil, selain tona kulit wajah makin sekata, malah tidak keterlaluan andai dikatakan wajah saya semakin cerah dan berseri,” katanya yang tidak pernah meninggalkan pelindung sinar, bedak padat dan losyen tangan dalam beg tangannya.

Siti berkata, selain menjaga aspek pemakanan, memastikan wajah sihat berseri, beliau turut memastikan mengambil makanan tambahan seperti Evening Primrose, Vitamin E dan C kerana ia adalah makanan kepada tubuh badan. Aspek senaman tidak diketepikan malah wanita kelahiran Kuala Lipis Pahang ini turut mendapatkan khidmat guru yang mengajarnya melakukan senaman sekurang-kurangnya sejam di rumah yang dilakukan kira-kira empat hingga lima kali seminggu.

Sungguhpun berhadapan dengan tekanan kerja, Siti berkata sejak mendirikan rumah tangga beliau dapat meredakan tekanan dengan melakukan aktiviti yang beliau ‘terlepas’ ketika zaman remajanya seperti bercuti ke luar negara, menonton wayang dan membeli-belah.

Katanya, definisi kecantikan bagi setiap orang mungkin berbeza, tetapi bagi dirinya, setiap wanita dikurniakan kecantikan tersendiri. Justeru, terpulang kepada individu. Beliau melihat keyakinan diri sebagai elemen kecantikan dan ia diserikan dengan kesihatan diri dan penampilan.

INFO: Olay Total Effects

Dikatakan berjaya menghalang tujuh tanda penuaan dalam satu botol.

Niacinamide bahan anti penuaan dalam Olay Total Effects mampu mengekalkan kadar pembaharuan kulit normal, melindungi kulit daripada kekeringan kesan pendingin hawa, sinar matahari dan angin malah produk baru ini ditambah lebih 75 peratus bahan berkenaan.

9
Nov

AJL2007 tak banyak calon lagu Etnik Kreatif

Oleh Zul Husni Abdul Hamid

TV3 beri ruang kategori Balada, Pop/Rock berikutan sambutan baik komposer

JUMLAH lagu bagi kategori Etnik Kreatif yang merosot sehingga kurang daripada 20 peratus pencalonan keseluruhan untuk kesemua kategori yang dipertandingkan pada Muzik Muzik 22, mendesak TV3 mengecilkan penyertaan bagi kategori itu pada Anugerah Juara Lagu (AJL) 2007.

Hanya tiga tempat disediakan untuk kategori Etnik Kreatif pada final AJL 2007 yang dijadualkan berlangsung akhir Januari, tahun depan sekali gus memberi gambaran kecenderungan komposer tempatan menghasilkan lagu yang lebih komersial dan kontemporari.

Bagaimanapun, AJL 2007 membuka ruang yang lebih besar kepada lagu kategori Balada dan Pop/Rock apabila lima lagu bakal dipilih untuk bertanding pada peringkat akhir nanti.

Pengurus Besar Jabatan Hiburan, Sukan & Rekreasi TV3, Azhar Borhan berkata, pencalonan bagi kategori Etnik Kreatif yang meruncing mendorong mereka untuk mencari alternatif baru demi mempertahankan kualiti serta prestij acara tahunan itu.

Bagaimanapun, katanya, Muzik Muzik masih memainkan peranan serta tanggungjawab untuk memberi peluang kepada lagu Etnik Kreatif dan cuba mempertahankan kategori itu supaya tidak mansuh ditelan desakan masa.

“Kami sentiasa melihat kepada situasi semasa, namun sangat berharap supaya kategori ini tidak dimansuhkan. Banyak faktor menyebabkan komposer enggan menghasilkan lagu etnik kreatif dan satu daripadanya adalah kecenderungan stesen radio yang enggan memutarkan lagu seperti itu.

“Justeru ia turut memberi kesan kepada pencalonan Muzik Muzik kerana kami kekurangan pilihan lagu apabila membabitkan Etnik Kreatif. Disebabkan itu kami bersetuju untuk memilih hanya tiga lagu untuk bertanding kepada final nanti, seterusnya membuka satu ruang lagi kepada lagu kategori Balada dan Pop/Rock kerana banyak ciptaan bermutu dicalonkan tahun ini,” katanya.

Azhar berkata demikian pada sidang media pengumuman 30 lagu yang layak ke separuh akhir Muzik Muzik, setiap kategori iaitu Etnik Kreatif, Balada dan Pop/Rock diwakili 10 penyertaan. Ia adalah berdasarkan markah tertinggi carta mingguan program itu.

Katanya, mungkin tindakan mereka akan mengundang persoalan namun ia lebih baik daripada mencukupkan jumlah pencalonan tetapi lagu yang dipilih hanya ala kadar dan lemah dari segi komposisi.

Tambahnya lagi, apa yang mereka lakukan ini selaras dengan keperluan semasa tetapi program ini tidak pernah berhasrat untuk menggugurkan kategori itu biarpun sejak beberapa tahun lalu pencalonannya mengalami kemerosotan.

“Muzik Muzik bertindak sebagai platform untuk memberi pendedahan kepada komposer terus menghasilkan lagu etnik kreatif. Kami cuba memberi mereka peluang tetapi tidak tahu berapa lama prinsip ini mampu bertahan. Segala-galanya bergantung kepada keadaan pasaran,” katanya.

Azhar berkata, meskipun industri muzik mengalami penguncupan jumlah penerbitan album namun prestij AJL 2007 yang memasuki tahun ke-22 tetap dipelihara dengan pemilihan barisan juri bebas dan tidak mempunyai kaitan dengan ciptaan yang bertanding.

Katanya, setiap juri yang terpilih mempunyai peranan masing-masing dan penjurian tidak hanya tertumpu kepada aspek dan mutu komposisi semata-mata.

Disebabkan itu, bermula AJL 2006, TV3 mempelbagaikan pemilihan juri dengan mengambil kira banyak faktor untuk mengekalkan prestij AJL selain mengelak daripada pertikaian pemenang.

“Barisan juri untuk separuh akhir ini disertai penulis lirik, Amran Omar; komposer Iman Wan; Khairil Johari Johar; Edry (KRU), Pengarang Hiburan Harian Metro, Adam Salleh dan saya sendiri,” katanya.

Separuh Akhir Muzik Muzik bermula dengan kategori Etnik Kreatif pada 11 November ini, disusuli Balada (18 November) dan Pop/Rock (25 November), jam 9 malam dan dipancarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

FAKTA: Senarai lagu ke Separuh Akhir Muzik Muzik

Etnik Kreatif:

Samudera (Nora/Johan Nawawi/Ahmad Fedtri Yahya)
Joget Cinta Sakti (Haziq & Rosma/El Widyan/Fajrul Norman Rashid & Al Walid)
Nazam Asmara (Nas Adila/S Atan/Siso)
Seteguh Cinta (Waheeda/Hafiz Hamidun/Ito Lara)
Lagu Penglipurlara (Farawahida/Julfekar/Umar Kudat)
Kasihnya Balqis (Aishah/Adnan Abu Hassan/Mohariz Yaakup)
Suryakanta (Zehra Zambri/Sharon Paul/Ahmad Fedtri Yahya)
Joget Gadis Melayu (Syura/Pak Ngah/Siso)
Dirgahayu (Ramlah Ram/Radeen Sri/Hairul Anuar Harun)
Istimewa Tiada Dua (Nice & Hazami/Hazami/Hazami)
Balada:
Bisakah (Datuk Siti Nurhaliza/Aubrey Suwito/Teshh RS)
Izinku Pergi (Kaer/Azlan Abu Hassan/Sulu Sarawak)
Harapan (Fazli Zainal/Hazami/Hazami)
Andainya (Nieyl/Hadi Hassan/J Looi)
Mahakarya Cinta (Faizal Tahir/Audi Mok/Shah Shamsiri)
Kasih Tercipta (Faizal Tahir/Ajai/Shuhaimi Baba)
Hilang (Diddy/Audi Mok/Bash)
Paluan Rindumu (Idayu/M Nasir/Keon)
Sejuta Nafas Cinta (Fazli Zainal/Hazami/Loloq)
Ceritera Cinta (Jac & Rio Febrian/Ross Ariffin/Habsah Hassan)
Pop/Rock:
Aku Pencintamu (Felix/Ajai/Ajai)
Angan Dan Sedar (Mawi/M Nasir/Loloq)
Janjiku (Sofaz/Taja/Tass)
Percayalah Sayang (Vince/Vince/M Zulkifli)
Farhana (Puteri Bumi Kenyalang (Jinbara/Denai/Andy Rahman)
Destinasi Cinta (Datuk Siti Nurhaliza/Lin Li Zhen/PSSN)
Tiga Malam Tanpa Bintang (Fiq/Master G/Azmeer)
Sembunyi (Misha Omar & Andy Flop Poppy/Aidit Alfian/Loloq)
Itu Kamu (Estranged/Estranged/Rachael Lawrence)
Satu Harapan (Jaclyn Victor/Audi Mok/Mable Liew)

9
Nov

Datuk Siti Bukan Nak Rampas Takhta!

ImageShack
KUALA LUMPUR, 9 NOV 2007: Kepulangan Datuk Siti Nurhaliza ke gelanggangg Separuh Akhir Muzik-Muzik bukanlah untuk merampas takhta mana-mana penyanyi atau menggugat kemaraan artis lain yang bertanding.

Sebaliknya, kata pengurus Siti, Rozie Abdul Razak, Siti hanyalah ingin menjalankan tanggung jawabnya sebagai penyanyi yang mempopularkan lagu ciptaan komposer dan penulis lirik.

Jelas, selepas dua tahun Siti berehat, penyanyi lagu Cindai itu akan kembali berentap dalam Muzik-Muzik apabila dua lagu nyanyiannya – Destinasi Cinta ciptaan Lin Li Zen & PSSN serta Bisakah (Aubrey Suwito & TESSH R.S.) – layak ke semi final, masing-masing bagi kategori Pop Rock dan Balada.

“Siti hanya menjalankan tugasnya untuk mempertandingkan kedua-dua lagu itu. Dia akan membuat persiapan yang perlu dan memberikan persembahan yang sebaik mungkin. Semuanya terserah kepada juri. Siti sedar semua lagu yang dipertandingkan kali ini hebat-hebat dan ada keistimewaan masing-masing,” kata Rozi kepada murai.com.my ketika dihubungi petang tadi.

Rozie berkata, jadual Siti terus ketat, walaupun sudah bergelar isteri kepada Datuk Khalid Mohamad Jiwa.
Pun begitu, dia tetap memberikan segala komitmen yang diperlukan dalam mana-mana acara kerana suaminya tidak pernah menghalang kerjaya Siti sebagai seorang artis.

“Dia (Siti) tidak pernah mengatakan yang dia akan mengundurkan diri daripada nyanyian. Walaupun Siti kini terpaksa membahagikan masa dalam dunia korporat dan seorang isteri, dia tetap cintakan dunia seni,” kata Rozie.

Ditanya adakah mengenai harapan Siti untuk menang, Rozie berkata, sejak dulu lagi Siti tidak pernah meletakkan harapan tinggi menggunung apabila menyertai sesuatu pertandingan.

“Siti seorang yang rileks. Dia menyertai pertandingan hanya kerana tanggung jawab dan minat. Kalah atau menang, perkara kedua,” ujarnya.

Sebelum ini, Siti sibuk memberikan sepenuh fokus kepada pementasan P. Ramlee The Musical yang dipentaskan di Istana Budaya (IB) pada 18 Oktober hingga 3 November lalu.

Antara kejayaan Siti dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) sejak 1996 ialah menerusi lagu Jerat Percintaan, Aku Cinta Padamu (1997), Cindai (1998), Hati Kama (1999), Balqis (2002), Nirmala (2003) dan Ku Milikmu (2004) – murai.com.my

4
Nov

Cerpen: Abang Mus…!

Oleh Tongkat Jibril



DIA tekun mengelap meja yang basah. Wajahnya riang bersahaja, tiada menzahirkan sebarang keletihan waima sudah hampir seharian dia bekerja di situ. Mata bundarnya cekap mencari kotoran sisa makanan untuk dibersihkan. Usai mengelap meja, dia berganjak ke meja yang lain. Ditariknya besen besar berisi pinggan mangkuk kotor bersama.

Sepohon kayu daunnya rimbun,

Lebat bunganya serta buahnya,

Walaupun hidup seribu tahun,

Kalau tak sembahyang apa gunanya…

Suaranya sesekali kedengaran bergema di warung makan itu. Biarpun tidak semerdu mana, namun cukup sekadar dapat memuaskan hatinya. Dia tidak menghiraukan pelanggan yang sedang menikmati hidangan. Mereka juga sama. Sudah biasa dengan keadaan itu. Normal bagi seorang kurang upaya sepertinya terhibur dengan caranya yang tersendiri. Malah, jika suaranya tidak kedengaran, akan ada insan yang meminta.

Sebaik melihat iklan angkasawan negara di kaca televisyen, hatinya bernyanyi riang. Dia akan terhenti sejenak, melihat iklan dengan penuh bersemangat biarpun sudah puluhan kali ditayangkan. Senyuman jelas terukir di bibirnya.

“Den nak jadi macam abang Mus. Den nak poie ko bulan macam abang Mus! Mawi tak poie bulan. Datuk Siti pun samo…” Ucapnya bila orang bertanya. Cita-citanya melangit tinggi. Dia berazam untuk menjadi angkasawan juga suatu hari nanti. Dia kurang upaya dari segi minda dan pergerakan, namun dia tidak kisah. Kecacatan bukan penghalang kejayaan seseorang, tapi anugerah daripada Tuhan; itu pesanan arwah ibu yang dipegangnya sampai mati!

Dari awal lagi dia mengikuti perkembangan angkasawan negara tersohor itu. Malah, dia sanggup merayu kepada majikannya Pak Mud untuk pulang awal semata-mata mahu melihat pelancaran kapal Soyuz TMA-11 yang membawa angkasawan negara ke ISS di kaca televisyen. Di rumahnya penuh dengan poster dan maklumat mengenai angkasawan negara. Dikumpulnya dari majalah dan akhbar. Dialah orang pertama yang membeli akhbar Berita Harian di kedai Subramalai setiap pagi. Kemudian, dibawanya ke warung. Dia tidak pandai membaca. Namun sebelum memulakan kerja, dia meminta Pak Mud membacakan berita tentang angkasawan negara idolanya. Kalau tidak pun, dia akan ke rumah kebajikan orang tua, meminta ‘ayah-ayah dan ibu-ibunya’ membacakan berita. Tapi, akhbarnya haruslah dalam tulisan Jawi atau bahasa Cina. Senyuman pasti meleret di wajahnya bila mendengar perihal angkasawan negara. Melangit sekali sanjungannya!

“Kalau tak kerana dia dapat ke bulan, takkan ada orang yang nak kenal dia tau!” Entah bagaimana, telinga si kurang upaya menangkap suatu perbualan ‘hangat’. Ada suara yang cuba menjatuhkan imej angkasawan negara yang baru berlepas ke bulan. Ya, angkasawan yang menjadi kebanggaan seluruh pelusuk tanah air. Dr Sheikh Muszaphar atau mesra dengan panggilan abang Mus oleh gadis-gadis kilang yang selalu berkunjung ke warung. Lebih hebat daripada Mawi, Datuk Siti Nurhaliza atau artis kegemaran masa kini yang lain.

“Membazir sahaja pergi ke sana… bukannya dapat apa pun!” Sampuk yang seorang lagi.

“Sepatutnya, kerajaan bagi bantuan untuk orang macam kita ni.” Tambah lagi seorang.

“Nak cari publisiti murahan agaknya, sampai semua orang perempuan tergila-gilakan dia!” Balas temannya yang duduk semeja. Berdesing telinga sang cacat mendengarnya. Idola pujaannya dihina sedemikian rupa. Dia terhenti mengelap meja. Kain lapnya dipegang kemas. Apa dosa abang Mus sampai pemuda-pemuda itu hendak menghinanya? Dia bukan merosakkan negara. Malah, kebanggaan kita semua juga!

Dadanya berombak laksana tsunami Acheh. Taufan amarahnya memuncak, melampiaskan kerut-kerut berselirat di wajahnya. Dia mengetap bibir. Perlahan-lahan dia mendatangi penganggur sepenuh masa itu sebelum kain lapnya dilemparkan tepat mengenai muka salah seorang daripada mereka. Tersentak kesemuanya memandang Yusuf.

“Orang gila! Orang jahat! Perosak bangsa!” Jerit si cacat lalu menampar wajah mereka.

“Usop naik gila! Usop naik gila!” pekik seorang daripada mereka sambil memegang kedua-dua belah tangan Yusuf. Si cacat meronta-ronta minta dilepaskan. Pak Mud berlari mendapatkan Yusuf yang sedang bertelagah dengan pemuda-pemuda menganggur itu. Dia cuba menenangkan Yusuf. Para pelanggan yang lain turut membantu menenangkannya.

“Diaorang jahat, Pak Mud! Diaorang kutuk abang Mus… den marah! Den tak suko! Abang Mus baik! Abang Mus solat di angkasa. Abang Mus puasa. Abang Mus sambut raya di sana. Tapi diaorang tak solat! Tak puasa! Jahat! Suka kacau kakak-kakak kilang!!!” Amarahnya dilontar sehabis mungkin. Pak Mud mengangguk perlahan. Dia menenangkan perasaan Yusuf. Si cacat itu walaupun buta huruf, namun masih punyai hati budi dan perasaan. Malah, pengetahuannya menjangkaui insan biasa.

“Jangan marah orang jahil, nanti kita pun sama jahil, Sop!” Pujuk Pak Mud, sinis.

“Abang Mus bagus kan, Pak Mud?” Soal Yusuf lagi.

“Memanglah, anak Malaysia dan orang Melayu pertama ke bulan! Siapa tak bangga?” Pak Mud membakar semangat Yusuf. Dia menyuruh si cacat itu duduk sejenak di sudut kiri warung. Biar tenang dahulu, baru boleh kembali bekerja. Pemuda-pemuda tadi segera angkat kaki. Mereka malu dengan apa yang berlaku. Keadaan di warung kembali tenang.

Limpahan kasih

Setibanya sore, Yusuf meminta izin untuk pulang sebentar. Seperti biasa, dia akan singgah dahulu ke Rumah Kebajikan Orang-orang Tua Darul Kifayah tidak jauh dari tempat dia bekerja. Dia menjinjing bersama bekalan makanan untuk diberikan kepada orang-orang tua yang sudah dianggapnya seperti keluarga sendiri. Pak Sahar, Haji Syafiq, Wak Azran, Uncle Jun Bin, Mek Aina, Ummi Hawa dan Nyonya Shi Mun sedang beristirahat di bangku batu berdekatan pagar utama tatkala Yusuf melewati pagar besi.

“Angkasawan sudah datang!” Laung Wak Azran. Kesemua mereka memandang ke arah Yusuf. Terhincut-hincut Yusuf mendekati mereka. Diletakkan bekalan makanan ke atas meja batu. Manik-manik peluh dikesat menggunakan tuala kecil. Dia mengibas-ngibas bajunya, kepanasan.

“Banyaknya makanan… syukurlah!” Ucap Pak Sahar.

“Bertuah kita dapat anak macam Usop, ya!” Haji Syafiq melontar pujian.

“Tengoklah anak siapo…” Ujar Mek Aina, pekat dengan loghat Kelantannya.

“Eh, anak sayalah!” Sampuk Uncle Jun Bin. Nyonya Shi Mun mencubit lengannya.

“Hei, dia anak saya juga ma!” Balas Nyonya Shi Mun.

“Waduh, anak wak juga!” Wak Azran turut mengusik. Ummi Hawa menggeleng sambil menjuihkan bibirnya. Wanita tua Terengganu itu menafikan kesemua pengakuan teman senasibnya.

“Kita tanya Usop… semuanya tipu belaka ni!” Cadangnya, berseloroh. Mereka memandang anak cacat itu. Pipi Yusuf berona merah. Dia tersipu-sipu sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Bertuahnya dia kerana dapat memiliki kasih sayang daripada insan-insan lebih separuh abad itu. Bertuahnya dia kerana tidak kesunyian sejak kematian ibunya. Bertuahnya dia kerana diberikan dorongan dan semangat oleh mereka hingga membolehkan dia berjaya menyesuaikan diri dengan masyarakat.

“Usop nak jadi anak semua sekali!” Balas Usop. Kesemua mereka tertawa serentak. Mereka membuka bekas berisi makanan, lalu menikmatinya bersama. Ada gulai asam pedas kesukaan Wak Azran dan Pak Sahar, ikan masak singgang kegemaran Mek Aina dan Ummi Hawa dan tauhu sumbat kegilaan Uncle Jun Bin dan Nyonya Shi Mun.

Kemesraan jelas terpancar di sebalik keakraban hubungan mereka. Tanpa segan silu atau malu, mereka menyuap makanan antara satu sama lain. Mereka gembira dengan hidup mereka kini, biarpun hidup dalam buangan dan peninggalan anak-anak dan insan yang mereka kasihi. Bagi mereka, Yusuflah tempat mereka menumpang kasih walau anak itu juga senasib. Yusuf dianggap sebagai anak oleh mereka. Malah, penjaga di situ pun sudah menyukai Yusuf dan tidak menghalang anak cacat itu mendatangi mereka siang atau malam. Aidilfitri yang lalu juga turut dirai bersama dengan si cacat itu. Alangkah!

“Malam ni, Abang Mus nak balik ke bumi!” Yusuf membuka bicara tatkala hidangan selesai dijamah. Mereka mengangguk perlahan, sedia maklum dengan berita itu. Bersungguh benar dia menyatakan perkara itu.

“Kita tengok sama-sama, ya!” Pinta Yusuf. Mereka semua mengangguk sambil tersenyum. Kekaguman mereka terhadap wawasan anak cacat itu sememangnya timbul sedari awal lagi. Melihat kesungguhan dia membawa poster dan akhbar untuk mendengar perkhabaran tentang Dr Sheikh Muszaphar dan mendengar celotehnya mengenai angkasawan idolanya membuatkan mereka tidak membantah atau menyanggah, bila si cacat menyatakan dirinya juga ingin ke bulan. Malah, mereka menyokong sepenuhnya. Bukan menjadi persoalan sama ada cita-citanya tercapai atau tidak, namun kesungguhannya itu yang harus dijana dengan baik. Anak cacat itu tidak mengenal erti putus asa!

Debar menanti

“Dah nak mula!” Pekik Yusuf sambil memandang kaca televisyen. Pak Sahar awal-awal lagi sudah turun, diikuti Wak Azran yang terkedek-kedek di belakangnya. Dia membebel dari tadi kerana kopiah Jawanya hilang entah ke mana. Haji Syafiq muncul dari dapur dewan makan sambil menatang sepinggan roti. Di belakangnya, menapak Mek Aina dan Ummi Hawa membawa minuman. Mereka masih gagah membuat kerja dapur biarpun usia semakin senja. Kelihatan Uncle Jun Bin dan Nyonya Shi Mun muncul dari pintu utama. Mereka semua melabuhkan punggung di atas sofa, sedang mata terpaku melihat kaca televisyen. Debarannya kian terasa….

Alangkah gembiranya Yusuf bila berita melaporkan kapal angkasa Soyuz yang membawa Sheikh Muszaphar selamat mendarat di bumi walaupun tersasar beberapa ratus kilometer dari kawasan jangkaan dia mendarat iaitu di Arklyk. Melompat kegirangan Yusuf sambil menyanyi riang tatkala melihat wajah Sheikh Muszaphar. Malaysia Boleh! Dia melaungkannya beberapa kali. Kesemua mereka tersenyum dengan telatah Yusuf.

Dalam hati tua mereka, tersisip rasa bangga dengan angkasawan pertama negara itu kerana berjaya merealisasikan hasrat negara. Hadiah ulang tahun ke-50 merdeka, bisik Pak Sahar kepada teman-temannya. Linangan air mata membasahi pipi berkedut mereka. Bertuah rasanya menjadi warga Malaysia. Terima kasih Sheikh Muszaphar! Malaysia Boleh! Malaysia memang boleh!

Biodata

TONGKAT Jibril, nama pena bagi Muhammad Alyas Abdul Jalil yang dilahirkan pada 27 Februari 1989. Beliau terbabit dalam genre cerpen dan novel. Novel pertamanya, Nobat Kasih diterbitkan oleh Cerdik Publication Sdn Bhd pada 2006. Bekas Pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, ini kini menuntut dalam Jurusan Sains Hayat di Kolej Matrikulasi Melaka.

MUHAMMAD ALYAS ABDUL JALIL D/A ARIFFIN BIN SARIPP,
NO. 36, KAMPUNG DURIAN TAWAR,
28200 MENGKARAK,
PAHANG D.M.

Powered by Berita Harian