Soseh-Soseh: Liza Hanim jadi Saloma?
Rap
Minggu lalu Harian Metro ada menyiarkan berita mengenai barisan artis yang ditawarkan Enfiniti Production Sdn Bhd untuk membintangi teater muzikal My Name Is Remy.
Antara nama artis yang disebut termasuklah Datuk Siti Nurhaliza, Ning Baizura dan Camelia sementara watak P Ramlee disebut-sebut bakal menjadi milik Sean Ghazi. Bagaimanapun, tiada pengesahan dibuat pihak Enfiniti Production memandangkan kontrak belum ditandatangani artis yang disebutkan namanya itu.
Terbaru SS mendapat khabar artis dipilih membintangi drama yang dianggarkan menelan belanja lebih RM1 juta itu berubah lagi.
Menurut sumber terdekat Enfiniti Production, watak Allahyarham Puan Sri Saloma sebenarnya bukan milik Siti Nuhaliza sebagaimana digembar-gemburkan, sebaliknya diberikan kepada penyanyi berbakat besar, Liza Hanim. Camelia pula dikatakan tidak terbabit langsung dalam teater itu.
Pemilihan Liza Hanim dibuat berdasarkan suaranya yang dikatakan ada mirip Saloma dan sebelum ini pun penyanyi itu pernah menghasilkan album menghimpunkan lagu yang pernah dipopularkan Biduanita Negara itu.
Bagi mendapatkan pengesahannya, rakan sekerja SS cuba juga menghubungi artis yang disebutkan termasuklah Siti dan Ning, tetapi kedua-duanya tutup mulut dan enggan mengulas panjang.
Nampaknya makin hari makin mendebarkan menanti barisan pelakon teater ini. SS harap Datin Sri Tiara Jacquelina cepat-cepat umumkan senarai nama mereka yang dipilih untuk pementasannya yang bermula 18 Oktober nanti untuk menutup segala spekulasi ini.
Sebelum ini kecoh dengan kisah M Nasir mencari Saliha untuk berlakon dengan Mawi dalam filem Aduh saliha tetapi selepas timbul macam-macam spekulasi, akhirnya M Nasir menerusi Saliha dan nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin diumumkan baru-baru ini.
Dalam sehari dua lagi mungkin siapa yang jadi Saloma dan P Ramlee dalam teater My Name Is Remy akan terjawab pula.
EPSB lamar Siti
Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my
Rap

PASTINYA yang menjadi perhatian dalam teater My Name Is Remy (MNIR)-Perjalanan Hidup, Penciptaan dan Inspirasi adalah siapakah pelakon bakal menjayakan watak Tan Sri P.Ramlee dan Puan Sri Saloma?
Teater terbaru terbitan Enfiniti Production Sdn Bhd (EPSB), itu akan dipentaskan di Istana Budaya, dari 19 Oktober hingga 3 November ini, dilihat seperti kesuntukan waktu untuk mencari calon sesuai.
Justeru untuk pementasan ini, difahamkan Penerbit Eksekutif EPSB, Datin Sri Tiara Jacquelina seperti mahu menghimpunkan kalangan artis ternama di tanah air bagi melakonkan peranan utama itu.
Lalu tidaklah hairan nama-nama yang disebut termasuklah Datuk Siti Nurhaliza, Ning Bizura, Dayang Nur Camelia (Camelia) sementara Sean Ghazi yang berpengalaman bekerja dengan produksi ternama di Britain, West End, antara yang disebuat bakal melakonkan watak P.Ramlee dan Saloma.
Pengarah dan penulis skrip teater muzikal MNIR, Adlin Aman Ramli ketika ditemui mengakui EPSB ada menawarkan peluang kepada kalangan artis popular untuk menjayakan teater hebat itu.
“Pihak EPSB turut melamar Siti, dan dia hadir di hari terakhir sewaktu kami mengadakan bengkal pementasan teater muzikal. Melihat perkembangan itu dia nampak seperti berminat.
“Bagaimanapun kata putus belum lagi diperoleh daripada Siti mahupun artis yang lain kerana kontrak belum lagi ditandatangani,†katanya.
Bagaimanapun heboh diperkatakan watak Saloma bakal dipegang Siti atau Camelia, namun Adlin menyangkal dengan alasan pihak produksi belum menetapkan siapa memegang peranan penting itu.
“Sebagai penulis skrip dan pengarah saya belum lagi membuat sebarang keputusan kerana kalau hendak diikutkan kita belum lagi melihat kemampuan sebenar Siti memegang watak utama.
“Apatah lagi Siti tiada pengalaman dalam berlakon. Kalau ada pun kita nampak dia beraksi dalam klip video atau persembahan di Istana Budaya menjayakan konsertnya. Ia tidak boleh dijadikan penanda aras kemampuannya dalam bidang lakonan.
“Dalam pada itu pihak produksi harus berkompromi dengan syarat yang ditetapkan Siti sebelum ini.
“Sebagai penulis skrip saya akan mewujudkan beberapa lagi watak yang dirasakan sesuai untuknya. Apapun saya memang mengharapkan Siti akan menerima sekali gus menjadi MNIR sebagai tapak permulaan untuknya menceburi bidang lakonan secara serius,†katanya.
Diminta penjelasannya sama ada kemungkinan besar watak Saloma diberikan kepada Camelia sementara watak Normah menjadi milik Ning, Adlin berkata buat masa sekarang pihak produksi belum lagi membuat sebarang keputusan mengenainya.
“Banyak perkara yang harus diberi perhatian dan dinilai. Setakat ini beberapa pelakon disebutkan sudah pun datang untuk sesi pembacaan skrip. Dari situ kita akan lihat siapa yang sesuai memegang watak utama yang ada dalam MNIR,†katanya.
Selain Adlin, EPSB masih mengekalkan tenaga kerja yang pernah menjayakan pementasan teater muzikal Puteri Gunung Ledang seperti Pat Ibrahim (pereka tari), Dick Lee (komposer) dan Raja Malik (pereka set).
Rumah tangga Siti Nurhaliza terus diuji
Oleh: NIEZAM ABDULLAH
RAMAI peminat yang terkejut dan ramai juga yang tertanya-tanya. Benarkah dakwaan mengatakan Datuk Siti Nurhaliza, 28, dipukul oleh suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa, 48?
Khidmat pesanan ringkas (SMS) mula tersebar pada petang Jumaat 13 Julai lalu mengatakan penyanyi kebanggaan negara itu terlantar di hospital akibat kejadian tersebut.
Percaya atau tidak sekiranya benar Siti dimasukkan ke hospital, tidak kiralah atas apa kejadian sekalipun tentunya berita itu akan tersebar dengan cepat termasuklah menyatakan lokasi sebenar di mana dia ditempatkan.
Malangnya pada hari dakwaan itu tersebar, tiada siapa yang dapat mengesahkan sejauh manakah benarnya desas-desus itu.
Akhirnya persoalan tersebut terjawab apabila Siti sendiri membuat kenyataan mengatakan dia sihat dan bahagia di samping suami tercinta.
‘‘Itu semua fitnah untuk menjatuhkan Siti,’’ kata wanita itu mengulas kejadian berkenaan.
Hakikat yang perlu kita semua terima rumah tangga penyanyi itu diuji lagi.
Benarlah kata orang, bukannya mudah menjadi seorang Siti Nurhaliza.
Walaupun mampu menguntum senyuman pada setiap masa namun di dalam hatinya menangis pilu tiada siapa yang tahu.
* Tempuhi dugaan
Sukar menjadi seorang Siti yang terpaksa menempuh pelbagai dugaan sejak mula menjadi artis sehinggalah diijabkabulkan sebagai isteri kepada ahli perniagaan itu.
Kami di meja Pancaindera juga tidak terlepas daripada menerima dakwaan tidak berasas sedemikian.
Talian telefon berdering-dering daripada peminat yang ingin mengetahui sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut.
Mustahil orang secantik dan lemah-lembut seperti Siti hendak dipukul oleh suaminya sebegitu rupa? Tetapi hakikatnya itulah dinamakan fitnah.
Baru saja reda kes seorang remaja, Muhammed Kasheef Harris Sivapatham yang mendakwa dipukul Datuk K pada 17 Mac lalu, tiba-tiba timbul pula fitnah baru yang dilakukan untuk melingkupkan kerjaya Siti.
Kata Siti, pada malam kejadian dia bersama suaminya menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka di Kuala Lumpur.
Malah Siti dan Datuk K sendiri terkejut selain turut menerima pertanyaan serupa daripada saudara-mara dan teman rapat mereka.
Sehari selepas berita palsu itu tersebar, kedua mereka berlepas ke Bali, Indonesia untuk bercuti bersama.
Program Melodi terbitan TV3 Ahad lalu berjaya menghubungi kedua pasangan itu secara langsung untuk memuaskan hati orang ramai terhadap persoalan yang bersarang di dalam fikiran mereka.
‘‘Kami berada di Bali pada ketika ini dan turut terkejut dengan berita itu,’’ kata Siti semasa ditemu bual pengacara Farah Fauzana Ahad lalu.
* Mengambil tindakan
Ternyata kecewa dengan dugaan sedemikian, Siti dan Datuk K tidak ada pilihan lain sebaliknya ingin mengambil tindakan terhadap mereka yang menyebarkan fitnah.
‘‘Semakin kami diam, semakin menjadi-jadi fitnah terhadap kami.
‘‘Kami berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang cuba menaburkan fitnah tersebut,’’ kata Datuk K dalam satu sidang media di Petaling Jaya, Selasa lalu.
Siti pula menganggap dakwaan tersebut yang turut mengatakan keadaan dirinya cedera parah merupakan satu fitnah yang paling hebat selepas dia mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos tahun lalu.
Fitnah itu memberi kesan yang amat besar terhadap Siti kerana akuinya, banyak hati yang perlu dia jaga.
Sekiranya perkara yang tidak berasas itu terus tersebar pada masa akan datang, tentunya rumah tangga dan kebahagiaan yang diimpikan dalam hidup Siti selama ini tidak akan tercapai.
‘‘Sepanjang berumah tangga, kami tidak pernah ada masalah dan juga tidak pernah bergaduh. Saya gembira kerana mendapat suami yang memahami tetapi saya benar-benar terkilan terhadap fitnah yang dilemparkan,’’ katanya.
Selagi ada umat yang bernama manusia, fitnah itu akan terus berlaku. Itulah hakikat tidak semua manusia yang dapat berkongsi gembira dengan kesenangan dan kebahagiaan orang lain.
Maka disebarkan fitnah untuk meruntuhkan kegembiraan dan kebahagiaan itu.
Siti dan Datuk K di antara pasangan yang dilanda ujian tersebut.
Apa yang penting dalam diri setiap manusia itu turut dikurniakan kesabaran.
Dalam menempuh ujian itu, Siti dan Datuk K perlulah banyak bersabar kerana ia sebahagian daripada iman.
Datuk K, Siti cari ketenangan di Bali
Cerita dan foto oleh Zubir Mohd Yunus

Kemesraan jelas terbayang pada wajah pasangan popular ini walaupun terus dihimpit pelbagai cerita negatif
SEPANJANG minggu lalu, industri hiburan digemparkan dengan berita kononnya penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dimasukkan ke hospital kerana dipukul suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali Datuk K selepas hampir setahun pasangan itu mendirikan rumah tangga.
Perkahwinan Siti dan Khalid yang dianggap Wedding of the Decade itu dimulai majlis akad nikah di Masjid Wilayah Persekutuan pada 21 Ogos tahun lalu, diikuti persandingan gilang gemilang di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 28 Ogos, seterusnya diakhiri persandingan di Dataran Lipis, Pahang pada 3 September.
Desas-desus turut menyebut Datuk K bertindak begitu kerana dia mahu berkahwin lain. Pun begitu, Siti menafikan kejadian itu menerusi satu laporan akhbar dan menyifatkannya sebagai satu fitnah. Laporan media turut menyatakan, Khalid akan membawa isterinya bercuti ke Bali mulai 14 Julai lalu.
Mungkin kebetulan yang seolah-olah dirancang rapi, namun hakikatnya tidaklah begitu kerana penulis seisi keluarga turut berada di Kuta, Bali pada tarikh berkenaan kerana bercuti.
Sebaik saja menerima kiriman SMS (Khidmat Pesanan Ringkas) daripada Editor Hiburan Berita Harian, Hanizam Abdullah di Kuala Lumpur yang mahu penulis mendapatkan komen mereka, Datuk K terus dihubungi dan akhirnya satu pertemuan eksklusif bersamanya dan isteri diadakan keesokan harinya (15 Julai).
Penulis menerima jemputan makan tengah hari daripada pasangan popular itu di sebuah resort percutian mewah iaitu di Amandari, Desa Kedewatan, Ubud, Bali. Siti bersama suaminya menginap di Asmara Suite yang berharga AS$2,100 semalam. Suite berkenaan juga pernah didiami bekas Presiden Amerika Syarikat, Jimmy Carter.

Kedatangan penulis disambut mesra oleh pasangan berkenaan. Khalid juga sempat memberitahu, percutiannya ke Bali bersama Siti kali ini adalah bagaikan ‘pre honeymoon’ mereka, selain menguruskan beberapa hal berhubung perniagaan.
Dalam pertemuan itu, Khalid dan Siti turut ditemani pakar chiropractic dari Jakarta, Indonesia, Dr Anthony K Dawson DC apabila Khalid mendapatkan rawatan susulan urutan bahu sejak mengalami kecederaan selepas Fiesta Media Idola 2007 (FMI’07) di Kuantan, Pahang, April lalu.
“Zubir, tengoklah sendiri muka Siti, kalau ada lebam-lebam,†kata Khalid bergurau sementara menunggu panggilan telefon daripada krew Melodi di Kuala Lumpur yang ketika itu sedang menjayakan lintas langsung menerusi TV3, kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Siti ketika diajukan pertanyaan berhubung khabar angin itu, menjelaskan gosip berkenaan tersebar menerusi SMS pada petang Jumaat lalu (13 Julai).
“Siti dapat tahu mengenai perkara itu pada sebelah malamnya. Itupun selepas dihubungi Kak Rozi (kakak ipar). Ketika itu, Siti bersama suami baru saja pulang menghadiri majlis perkahwinan anak Datuk Osman Desa yang turut dihadiri beberapa menteri kabinet termasuk Perdana Menteri dan Timbalannya.
“Kak Rozi memberitahu, cerita Siti kononnya dipukul suami, sehingga masuk hospital dah kecoh apabila media ke balai polis untuk mendapatkan pengesahan, selain menghubungi pihak hospital. Siti turut dimaklumkan, cerita berkenaan tersebar menerusi SMS dan panggilan daripada orang tidak dikenali kepada wartawan.
“Siti ingin menjelaskan bahawa cerita itu sama sekali tidak benar, kejadian seumpamanya memang tak pernah berlaku. Bagi Siti, orang yang menyebarkan fitnah ini mungkin sakit hati, sakit mata atau mungkin sakit jiwa. Mereka tak boleh tengok Siti bersama suami hidup bahagia.

“Siti pernah melalui gosip yang lebih teruk dari ini, tapi ia membabitkan Siti seorang diri. Tapi, selepas mendirikan rumah tangga, ini adalah gosip pertama yang turut mengheret nama suami Siti, sekali gus membabitkan reputasinya dan maruah keluarga mentua,†kata Siti dalam nada kesal.
Sementara itu, Datuk K mengakui ibu dan ayah Siti tidak senang dengan cerita seumpama itu sehinggakan bapa Siti memintanya membuat laporan polis agar siasatan segera dapat dibuat ke atas pihak yang tidak bertanggung jawab menyebarkan fitnah berkenaan.
“Saya akan berbincang semula dengan bapa mentua. Kalau itu kehendaknya, saya akur. Saya dan Siti sendiri memang nak tahu ini angkara siapa dan dari mana sumbernya. Pun begitu, setakat ini saya belum terfikir nak saman pihak berkenaan. Seandainya tersaman orang terencat akal atau kanak-kanak kecil, tak guna juga.
“Bagi saya, apa yang berlaku ini, orang hendak memberi imej yang buruk terhadap saya, bukannya hendak menjatuhkan Siti sangat. Saya kesal dengan fitnah ini lebih-lebih lagi dalam usia rumah tangga yang baru hendak mencecah setahun bulan depan,†ujar Datuk K lalu meminta diri untuk ke Dream Land, Bali atas urusan perniagaan.
‘I’ll get to bottom of lies’
Datuk K breaks silence on SMS rumours that he beat singer wife Siti Nurhaliza
TEXT messages claiming that popular Malaysian singer Siti Nurhaliza Tarudin had been hospitalised after being badly beaten by her husband are absolutely false, said the couple.

Datuk K and Siti Nurhaliza held a press conference to deny the rumours that he beat her. Picture: NEW STRAITS TIMES
They want to find the people responsible for spreading the lies and may even take legal action, reported Malaysian newspapers.
SHOCK AT WEDDING
Last Friday, Siti Nurhaliza and her husband, Datuk Khalid Mohd Jiwa, better known as Datuk K, were at a wedding when a relative informed them of the circulating SMS.
Datuk K told Harian Metro: ‘We were shocked when Siti’s sister-in-law Rozi Razak told us about the SMS that said I had hit Siti until she was badly hurt.’
The rumours were reported in some Malaysian newspapers, shocking family and friends.
Most upset was Siti Nurhaliza’s father.
Datuk K told Berita Harian Malaysia: ‘The person who was most shocked and upset was Siti’s father.
‘When he saw the article in the newspapers, he became very angry.
‘He asked us to investigate the matter thoroughly so that the truth would be revealed.’
While both Siti Nurhaliza and DatukK had initially wanted to keep the matter quiet, they have now decided to go public.
REPUTATION AT STAKE
Siti Nurhaliza told Berita Harian Malaysia: ‘At first, I didn’t want to comment, but I am married now, and this matter affects many people.
‘My husband’s reputation is important. I don’t want gossip like this to lead to more stories that could hurt our family even more.’
Legal action is a possibility.
Datuk K told Harian Metro: ‘I will do everything I can to get to the bottom of this.
‘But before I take any action, I will consider the person’s background and whether he is of sound mind.’
Immediately after the rumours surfaced, the couple jetted off to Bali for a holiday, proving that the rumours were baseless.
Datuk K said: ‘This isn’t the first time that people have tried to break up our marriage.
‘Many times in the past irresponsible people have tried to sully my reputation. This includes various stories circulating on the Internet.’
‘Semakin diam kian galak fitnah ditabur’
Oleh Farihad Shalla Mahmud
Datuk K terkilan dakwaan pukul Siti Nurhaliza
SEPANJANG melayari kehidupan berumah tangga, inilah dugaan paling hebat yang pernah menimpa mereka berdua. Terkilan, kecewa, sedih, malu, marah bercampur baur dan menggelodak di dalam jiwa. Tertanya-tanya juga pasangan suami isteri Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohammad Jiwa, apakah dosa mereka sehingga orang sewenang-wenang menabur fitnah?
Tuduhan melampau yang mendakwa Khalid atau lebih akrab dengan panggilan Datuk K memukul isterinya sehingga cedera parah dan terlantar di hospital cukup menghiris tangkai hati pasangan popular ini. Mana tidaknya, ketika diri dalam keadaan tenang dan bahagia menjalani kehidupan seharian sebagai suami isteri, tiba-tiba fitnah menerjah.
Malah, hati insan mana yang tidak kecewa andai rumah tangga yang pada dasarnya aman damai dan sentosa tiba-tiba dikatakan bergelora. Bukti betapa bahagianya mereka bukan sekadar di mulut tetapi sehari selepas SMS tersebar, merpati dua sejoli ini terus terbang ke Bali untuk menghabiskan masa berdua di sana.
Ketika penulis bertentang mata dengan pasangan ini petang Selasa lalu, puas juga mata ini mencari di mana kesan cedera seperti yang diuar-uarkan itu. Yang jelas di depan mata bukanlah kesan luka. Sebaliknya kemesraan dan sifat romantis yang penuh tulus ditunjukkan pasangan ini melenyapkan terus dakwaan palsu yang sengaja diada-adakan itu.
Jelas Khalid, kesan fitnah itu bukan setakat mereka berdua yang merasa malah membabitkan keluarga kedua-dua belah pihak. Paling terasa dan tidak boleh menerima berita sebegitu ialah bapa Siti sendiri.
“”Bapa mentua saya paling marah mendengar cerita itu dan dia meminta saya menyiasat segera siapa dalang di sebalik penyebaran fitnah itu. Saya akan berusaha mencari siapa yang terbabit tapi sebelum mengambil sebarang tindakan, saya akan melihat dulu latar belakangnya sama ada dia kurang waras atau terencat akal,†tegas usahawan itu..
Mengakui mendapat perkhabaran mengenai perkara itu selepas dimaklumkan kakak ipar Siti, Rozie Razak, Khalid berkata ketika dihubungi Rozie, dia dan isteri baru saja pulang menghadiri kenduri.
“Pada malam tersebarnya SMS itu (13 Julai lalu), saya dan Siti menghadiri majlis perkahwinan setiausaha politik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah). Hadir sama, Pak Lah, Datuk Seri Najib Razak dan ramai kenamaan lain.
“Kami terkejut apabila Rozie beritahu mengenai SMS kononnya saya memukul Siti hingga cedera parah,” katanya ketika ditemui di Wisma Ali Bawal, Petaling Jaya kerana menemani isterinya menjalani rakaman klip video kempen Gegar U.
Bagi Khalid, jika terus berdiam diri atau menafikannya, mungkin ada yang akan menganggap kejadian itu benar berlaku dan dia juga cuba melindungi sesuatu.
“Semakin kami diamkan, semakin menjadi-jadi orang menabur fitnah. Ini bukan pertama kali orang cuba menabur fitnah terhadap rumah tangga kami tapi sudah banyak kali pihak tidak bertanggungjawab berusaha menjatuhkan maruah saya. Termasuklah pelbagai cerita yang disebarkan menerusi Internet.
“Justeru, jalan terbaik adalah dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap orang yang bertanggungjawab menulis dan menyebar fitnah itu supaya pisang tidak berbuah dua kali,†katanya yang turut kesal dengan cerita sampingan yang tersebar di Internet gara-gara fitnah itu.
Biarpun hatinya terluka dengan fitnah itu, namun pengalaman yang dilaluinya sebelum ini menyebabkan Siti tetap tenang dan tidak cepat melatah bila berdepan dengannya.
“Kalau hendak diikutkan, Siti memang sudah lali dengan cerita seperti ini tetapi mengenangkan Siti sudah berkahwin dan ia membabitkan maruah suami dan keluarga kami berdua. Saya perlu tampil menjelaskan perkara sebenar supaya masyarakat tidak memandang negatif terhadap suami saya,†jelas Siti sambil memandang wajah suami tercinta.
SKMM minta Datuk K, Siti buat laporan
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mahu Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K, yang juga suami kepada Datuk Siti Nurhaliza Tarudin melaporkan dakwaan fitnah terhadap mereka yang disebarkan menerusi SMS kepada badan berkenaan atau Polis.
Ketua Komunikasi Korporat SKMM, Adelina Iskandar, berkata pihaknya hanya boleh menjalankan siasatan bagi mengenal pasti pemilik nombor telefon bimbit pengirim SMS terbabit selepas menerima aduan daripada mangsa.
“Bagaimanapun, setakat ini (semalam), SKMM masih belum menerima sebarang aduan daripada Datuk Khalid atau Siti berhubung SMS yang diterima. Selagi tiada laporan dibuat mangsa atau polis, SKMM tidak dapat bertindak,†katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Kelmarin, suami penyanyi terkenal itu dilaporkan amat kecewa dan terkilan dengan penyebaran fitnah menuduh beliau memukul isterinya sehingga cedera parah yang disebar meluas menerusi SMS, baru-baru ini.
Sehubungan itu, Datuk K mahu mencari punca dan siapa yang menjadi dalang terhadap penyebaran SMS berkenaan malah mereka mungkin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang tidak bertanggungjawab itu
Adelina berkata, sejak pendaftaran talian prabayar dibuat, SKMM boleh mengenal pasti pemilik talian telefon bimbit menerusi data maklumat peribadi pengguna.
“Walaupun kerajaan mewajibkan pengguna telefon bimbit prabayar mendaftarkan maklumat peribadi termasuk alamat mereka, kadangkala individu terbabit licik memalsukan maklumat mereka,†katanya.
Kakak Tua: Cerita tukang fitnah yang kurang waras!

Siti tidak dipukul oleh suaminya
(Fail Foto The Star)
BENARLAH firasat Kakak Tua yang berita Siti Nurhaliza dipukul itu adalah satu fitnah.
Hari ini Kakak Tua terbaca di akhbar yang suami penyanyi tersohor negara itu, Datuk K mahu saman pihak akhbar kerana sebar fitnah pukul Siti Nurhaliza.
Hati Kakak Tua jadi berbelah bagi. Bukan apa tapi rasa kenyataan itu seperti terpaksa dilakukan. Jangan sampai marahkan pijat, kelambu yang dibakar? dan Lain bengkak, lain pula yang bernanah.
Semoleknya, tindakan undang-undang yang diambil hendaklah ke atas mereka yang benar-benar bersalah. Dalam konteks ini, si tukang fitnah atau kuncu-kucunya kerana bersubahat.
Ini tidak bermaksud yang pihak media bebas dari kesalahan dan akauntabiliti kerana mereka juga ada tanggung jawab yang harus dilakukan, tambahan pula damage sudah dilakukan ke atas satu nama besar yang mana reputasi serta maruah seorang penyanyi terkenal dan suaminya tidak dapat dikembalikan lagi dalam konteks ini.
Kesan negatif apabila berita sensasi yang Siti ‘dipukul’ suami hingga pengsan dan masuk hospital pasti akan mengundang kontroversi dan fitnah yang berpanjangan.

Siti sendiri mengaku dia sudah lali dengan semua fitnah
(Fail Foto The Star)
Si Tukang fitnah sewajarnya didakwa kerana kesalahan mencemar reputasi Siti dan suami.
Kakak Tua tidak fikir Datuk K membuat kenyataan ini atas dasar untuk test water saja dan biarkan saja si tukang fitnah terlepas setelah melihat ramai pihak melatah, termasuk pihak media, dengan onar yang telah dilakukan.
Walaupun secara jujur, Siti sendiri mengaku dia sudah lali dengan semua fitnah termasuklah dari zaman anak dara lagi.
Fikirkanlah apa yang tidak pernah dilemparkan kepada Siti? Namun doa orang tua tetap mengiringi perjalanan seni Siti yang sehingga kini, bagaikan tiada surutnya.
Ingatkan lepas berkahwin, hidup Siti tidak akan diganggu gugat oleh fitnah lagi. Rupanya harapan itu meleset, malah lebih hebat cabaran fitnah yang terpaksa dihadapi oleh Siti dan suami.
Dalam banyak kenyataan yang keluar dari mulut Datuk K, yang membuat Kakak Tua tersenyum sinis adalah ayat ini… “Mungkin ini kerja mereka yang tidak cukup akal. Kalau orang itu waras, dia tidak akan buat kerja macam tu…”
Dan saya akan melihat dan menyiasat dulu latar belakangnya sama ada dia kurang waras atau terencat akal….
Namun dalam nada yang sama, Datuk K tetap mahu mengambil tindakan kepada si dajal yang menyebar fitnah itu agar ianya tidak akan berulang.
Semua kekecohan ini berpunca dari SMS yang tersebar pada malam 13 Julai. Dengan kecanggihan teknologi yang ada, tentu saja sipengirim SMS itu dapat dikesan. Masalah tidak siuman atau kurang waras tidak boleh diterima pakai kerana ini soal maruah.
Lagipun, pengajaran dan tindakan yang drastik perlu diambil agar impaknya akan memberi kesan kepada si tukang fitnah. Yang Kakak Tua musykil ialah siapakah sebenarnya dalang yang telah berusaha sehingga berita ini dimainkan ditajuk akhbar utama?
Implikasi dari tersebarnya fitnah ini akan dirasa oleh Siti dan keluarga sampai bila-bila. Disebabkan implikasi ini jugalah, Islam tidak memandang remeh isu fitnah ini.
Kakak Tua sendiri ingin menyumbang khidmat sebagai pembantu penyiasat dalam kes ini kerana sebagai peminat Siti, Kakak Tua ingin sekali menjalankan siasatan tentang asal usul si tukang fitnah, samada dia beroperasi secara berseorangan atau ada kelompok tertentu.
Siasatan ini harus dimulakan dengan kelompok penyokong dan anti Siti-Datuk K. Maklum sajalah setelah berkahwin, Siti-Datuk K mengundang kelompok yang ‘berbeza’ sebagai penyokong mereka.

Lebih hebat cabaran fitnah yang terpaksa dihadapi oleh Siti dan suami
(Fail Foto The Star)
Berapa kerat yang mahu menerima jodoh Siti dan Datuk K sudah ditakdirkan. Begitu juga dengan kesenangan yang mereka kecapi. Kita sepatutnya mendoakan kebahagiaan mereka berpanjangan dan tidak perlulah dipersoalkan lagi kedua aspek ini.
Tapi bagi mereka yang kurang waras dan jelek pemikiran, mereka tidak dapat membeza dan menerima ketentuan ini secara rasional.
Bila ini gagal dilakukan maka timbullah bisikan syaitan yang mengajak dan menarik mereka-mereka ini melakukan perkara yang terkutuk seperti membuat fitnah.
Justru, sebagai pemerhati Kakak Tua hanya dapat melahirkan rasa simpati kepada si tukang fitnah kerana terjerat dengan Akta Hasutan Syaitan. Yang mana kesannya akan dapat dirasakan setiap kali si tukang fitnah menghela nafas.
Paling tidakpun, si tukang fitnah akan terkedu dengan ketentuanNya sehingga terdorong membuat perkara-perkara pelik yang memakan diri atau terperangkap dengan kebodohan rancangan yang tidak menjadi.
Dan tentu sekali apabila pemikiran sudah tidak waras, tidak timbul rasa berdosa atau bersalah kerana yang dicari adalah kepuasan diri yang bathil dan bukan hakiki. Lebih haru apabila si tukang fitnah berkata …”Saya difitnah!”
KAKAK TUA: Fitnah pernah jadi ‘pakaian harian’ satu waktu dulu.
Datuk K mahu buru dalang sebar fitnah
Oleh Farihad Shalla Mahmud
Bapa mentua arah siasat ke akar umbi dakwaan pukul Siti
PETALING JAYA: Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K, ahli perniagaan dan suami kepada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza mahu mencari punca dan siapa yang menjadi dalang menyebarkan fitnah dengan menuduh beliau memukul isterinya sehingga cedera parah seperti tersebar menerusi SMS, baru-baru ini.
Khalid berkata, beliau dan isterinya mungkin mengambil tindakan undang-undang kerana mereka tidak mahu terus menjadi mangsa fitnah pihak tidak bertanggungjawab serta dengki dengan kerukunan rumah tangga mereka.
“Cukuplah, semakin kami diamkan semakin menjadi-jadi pula orang menabur fitnah terhadap kami berdua. Kami sendiri terkejut apabila dimaklumkan pengurus peribadi Siti, Rozi mengenai kejadian itu, sedangkan ketika itu kami baru saja pulang daripada menghadiri satu majlis kenduri kahwin.
“Lagipun, orang yang paling kecewa, sedih dan kesal dengan cerita yang disebarkan itu ialah bapa Siti sendiri. Sebaik saja dia membaca berita itu di akhbar keesokan harinya, dia marah sangat dengan apa yang berlaku. Dia juga menyarankan kami supaya menyiasat perkara itu hingga ke akar umbi supaya kebenaran dapat didedahkan,†kata Khalid ketika ditemui Berita Harian, di sini, semalam.
Khalid berkata, beliau sendiri tidak faham bagaimana perkara seperti itu boleh timbul, sedangkan pada hakikatnya beliau cukup bahagia dengan kehidupan ketika ini.
“Sepanjang berkahwin, kami tidak pernah ada masalah, tak pernah gaduh, kami memahami antara satu sama lain. Saya faham tugas Siti sebagai artis dan saya menerima Siti seadanya. Jadi apabila perkara ini timbul, saya sangat kecewa dan terkilan,†kata Khalid dalam nada kesal.
Sementara itu, Siti yang turut bersama Khalid selepas sesi rakaman klip video lagu tema kempen Gegar U berjudul Warna-Warna Kehidupan di Wisma Ali Bawal, di sini, turut melahirkan rasa kecewa apabila fitnah itu diperbesar-besarkan sehingga mengundang persepsi negatif terhadap mereka sekeluarga.
“Pada mulanya memang Siti ingin diamkan perkara ini tetapi mengenangkan Siti sekarang sudah berkahwin dan banyak hati perlu Siti jaga, maka kami harus mengambil tindakan supaya pisang tidak berbuah dua kali. Bagi Siti, maruah suami lebih penting. Siti tidak mahu gosip seperti ini akan mengundang cerita sampingan yang boleh melukakan hati kami sekeluarga.
“Bagaimanapun, kami tidak akan terus mengambil tindakan, sebaliknya akan melihat terlebih dulu latar belakang si penyebar fitnah. Jika dia tidak waras, terencat akal atau kanak-kanak, kami tidak akan berbuat apa-apa,†katanya.
Siti berkata, beliau sendiri tidak faham bagaimana orang boleh menyebar cerita sedemikian sedangkan pada keadaan sebenarnya beliau cukup bahagia dengan kehidupan sekarang.
Sambil menyifatkan fitnah itu sebagai dugaan paling berat sepanjang bergelar isteri, Siti berkata, semoga siasatan itu nanti akan dapat membersihkan imej suaminya yang sudah tercemar gara-gara fitnah itu.


