Datuk K nafi pukul Muhammed Kasheef
KUALA LUMPUR 30 Mac – Ahli perniagaan Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K menegaskan bahawa tuduhan beliau memukul dan menggelar Muhammed Kasheef Harris Sivapatham sebagai pengedar dadah adalah palsu, tidak berasas dan tidak benar.
Dalam kenyataannya kepada Bernama hari ini, Khalid berkata, beliau akan mengambil tindakan sivil dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Muhammed Kasheef atau mana-mana pihak yang terbabit dalam memfitnah beliau.
Datuk K yang merupakan suami kepada penyanyi terkenal negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, percaya Muhammed Kasheef menjadi mangsa pihak ketiga yang mempunyai motif dan agenda tersendiri untuk memburuk-burukkan namanya.
Beliau juga kesal kerana Muhammed Kasheef telah mengemukakan tuduhan yang tidak berasas selepas memohon maaf kepadanya pada 17 Mac lalu.
Pada hari tersebut juga, Muhameed Kasheef membuat laporan polis mendakwa Khalid telah memukul dan menggelarnya sebagai pengedar dadah.
– Bernama
Datuk K denies beating
Kuala Lumpur: Datuk Khalid Mohamad Jiwa or “Datuk K” said allegations that he battered and called Muhammed Kasheef Harris Sivapatham a drug pusher were false and baseless.
In a statement Friday, Khalid said he would take civil action and would not hesitate to take legal action against Muhammed Kasheef or anyone involved in defaming him.
The businessman, who is the husband of popular singer Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, said he believed Muhammed Kasheef was a victim of a third party with their own motive and agenda to tarnish his name.
He also regretted that Muhammed Kasheef had made baseless allegations against him after asking for his forgiveness on March 17.
On March 17, Muhameed Kasheef lodged a police report alleging that Khalid had assaulted him and called him a drug peddler.- Bernama
Secretaries Week with Siti Nurhaliza

Secretaries’ Week
Palace of the Golden Horsed presents Secretaries’ Week with Dato’ Siti Nurhaliza @ Le Marquee.
Date: Tuesday, 24th April 2007
Venue: Le Marquee, Palace of the Golden Horses
Dinner show: 8.00pm to 11.00pm
Ticket prices (per person): RM250++, RM350++, RM500++
*Book before 6th April 2007 to enjoy 10% Early Bird discount.
For reservations, please call: 03-8946 4911
Siti tetap laris
Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my
Sibuk sepanjang April

STATUS sebagai isteri bukan halangan buat penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza, terus aktif dalam bidang seni seperti ketika zaman anak dara dulu.

SOKONGAN..Siti dan Apek
bersama penaja yang menjayakan Minggu Setiausaha di
Hotel Palace Of The Golden Horses.
Malah, seperti yang diuar-uarkan sebelum ini, agenda seninya cukup padat sepanjang April nanti.
Namun, bagi Siti, sesibuk mana sekalipun, tidak lengkap agenda seninya jika tidak menjayakan persembahan sempena Minggu Setiausaha yang diraikan saban tahun.
Tahun ini, Siti berkata, buat julung kalinya juga dia menjayakan persembahan Minggu Setiausaha secara eksklusif di Le Marquee, Hotel Palace Of The Golden Horses yang akan berlangsung pada 24 April ini.
“Saya sudah lama teringin menjayakan Minggu Setiausaha pada waktu malam dan nampaknya impian saya itu terlaksana tahun ini.
“Saya gembira kerana persembahan kali ini berbeza dan bukan pada waktu makan tengah hari seperti pernah dijayakan sebelum ini.
“Bila buat persembahan pada waktu malam, kita lebih kreatif dan boleh buat macam-macam benda yang unik.
“Saya memilih Le Marquee kerana kapasitinya lebih besar dan mampu menampung lebih seribu orang dalam satu masa. Apatah lagi, persembahan ini hanya untuk satu malam saja,†katanya ketika sidang media di Hotel Palace Of The Golden Horses di sini, baru-baru ini.
Siti berkata, Hotel Palace Of The Golden Horses bukan asing dengannya kerana sudah banyak kali dia buat persembahan di hotel berkenaan sebelum ini.
“Antaranya, program bersama Olay dan persembahan An Evening With Siti Nurhaliza pada 2005.
“Sebelum ini, saya buat persembahan Minggu Setiausaha di Hotel Quality dan baru kali ini saya berpeluang buat di sini,†katanya.
Siti berkata, dia juga menjanjikan kelainan pada persembahannya nanti.
“Saya banyak buat persembahan sepanjang April ini. Sebelum Minggu Setiausaha, saya bakal jayakan Konsert Istana Cinta- Tribute to Tan Sri P Ramlee dan Puan Sri Saloma di Panggung Sari dari 20 hingga 21 April.
“Justeru, saya pastikan setiap persembahan berbeza kerana bimbang peminat keliru. Apa yang penting, corak persembahan saya dan pelawak Saiful Apek (Apek) nanti benar-benar menghiburkan tetamu,†katanya.

BERGABUNG..Siti dan Apek jayakan Minggu Setiausaha di Hotel Palace Of The Golden Horses pada 24 April ini.
Tambah Siti lagi, dia dan pihak hotel sepakat memilih konsep bertemakan warna hijau sekalipun hijau bukanlah warna kegemarannya.
“Suasana persembahan nanti memang cukup berbeza kerana sebelum ini saya buat persembahan di ballroom hotel,†katanya.
Mengenai gandingannya dengan Apek, Siti berkata dia sering menjayakan persembahan sempena Minggu Setiausaha bersama pelawak popular itu sebelum ini.
“Selalunya Apek buat lawak secara spontan saja.
“Saya suka bekerjasama dengan Apek kerana dia tidak pernah ‘demand’ dan banyak membantu saya dalam persembahan kami sebelum ini.
“Saya dan Apek belum berbincang secara terperinci mengenai corak persembahan kami nanti. Apa yang pasti kami akan berduet dalam satu segmen nanti.
“Saya mesti minta Apek menyanyi kerana seperti yang kita tahu dia memang boleh menyanyi,†katanya.
Siti berkata, persembahannya nanti mungkin mengambil masa 45 minit.
“Jika acara makan malam, suasana selalunya lebih santai dan rileks. Lagu yang saya dendangkan juga seperti persembahan ala ‘broadway’. Pengarah muzik pada malam itu adalah Aubrey Suwito.
“Jika saya menyampaikan lagu lama sekalipun Aubrey akan buat gubahan baru untuk saya,†katanya.
Siti berkata, dia juga merancang mengadakan majlis seperti ‘malam gala’ dan ‘happening’ buat tetamu pada malam itu.
“Sekalipun repertoire lagu belum diputuskan, sudah pasti saya persembahkan lagu popular saya dan lagu yang menepati citarasa golongan korporat kerana tetamu yang datang untuk Minggu Setiausaha berbeza dari acara biasa.
“Apa yang saya harapkan persembahan ini akan meninggalkan kenangan terindah kepada setiausaha. Insya-Allah, saya dan Apek beri persembahan yang terbaik,†katanya.
Dalam pada itu, Siti juga sibuk dengan pembikinan album etnik kontemporari Melayu dan persiapan persembahan sempena acara kemuncak Anugerah Industri Muzik Malaysia Ke-13 (AIM13) yang bakal berlangsung pada 28 April.
Sementara itu, selain persembahan hebat Siti dan Apek, setiausaha juga berpeluang menyaksikan pertunjukan fesyen terkini kebaya Indonesia dan gaun petang oleh butik Cosry.
Harga tiket untuk menyaksikan persembahan ini ialah RM250++, RM350++ dan RM500++ setiap seorang. Mereka yang buat tempahan awal sebelum 6 April akan mendapat diskaun sebanyak 10 peratus.
Lagu P Ramlee, Saloma melekat dalam jiwa Siti
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
Siti Nurhaliza rancang adakan konsert ‘tribute’ di Istana Budaya kenang jasa seniman agung 20, 21 April
SELEPAS Datuk K, siapakah gerangan orang yang bertandang dalam mimpi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin? Jangan pula salah anggap kerana orang yang dimaksudkan itu adalah Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan isterinya Allahyarham Puan Sri Saloma.
Dia begitu mengagumi bakat suami isteri itu dan lagu mereka begitu melekat di jiwanya walaupun tidak pernah bertentang mata. Bukan dia tidak pernah membawakan lagu insan istimewa itu namun Siti masih belum puas.
Lalu, dek mengagumi bakat dan sumbangan mereka kepada dunia seni, Siti memasang hajat mengadakan sebuah konsert sebagai mengenang jasa penyanyi lagenda yang menjadi idola kebanyakan anak seni.
Bercakap pasal konsert ‘tribute’, ia bagaikan tidak asing dengan Siti. Dulu dia pernah mendapat kepercayaan untuk beraksi dalam Konsert Salam Terakhir Siti Nurhaliza Untukmu Sudir. Kini, sekali lagi Siti Nurhaliza diberi kepercayaan untuk mengadakan konsert mengenang seorang lagi lagenda negara.
Tiada apa yang harus dipertikaikan kerana dia sememangnya layak dan mampu memukau penonton. Berikan saja mikrofon kepadanya, pasti penonton akan terbuai dengan kelunakan suara emasnya.
Konsert Istana Cinta Datuk Siti Nurhaliza Nostalgia Tan Sri P Ramlee dan Puan Sri Saloma akan bergema di Panggung Sari, Istana Budaya tanggal 20 dan 21 April mulai jam 8.30 malam.
Idea asalnya lahir dari Siti Nurhaliza sendiri yang ingin mengadakan satu konsert bagi mengenang kembali lagu milik Allahyarham Puan Sri Saloma yang masih diminati sehingga kini. Pihak Istana Budaya (IB) pula berpendapat supaya diadakan konsert untuk mengenang kedua-duanya.
“Siti rasa tidak ada masalah menerima idea pihak IB mengadakan konsert untuk mengenang kedua-duanya sekali. Konsert ini mempunyai kekuatan kerana mereka berdua memang cukup sinonim dan hebat, malah bakat mereka juga dikenang sepanjang zaman.
“Konsert ini adalah satu tanggungjawab besar untuk Siti. Walaupun persiapan untuk konsert ini kurang sebulan tetapi ini bukanlah satu tekanan sebaliknya hiburan,†katanya.
Di dalam konsert selama satu jam setengah itu, Siti Nurhaliza akan mendendangkan lebih 20 lagu. Walaupun terdapat beratus-ratus lagu nyanyian dan karya kedua-dua tokoh ini, penganjur dan Pengarah Persembahan, Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah hanya memilih lagu yang bersesuaian dengan semua tema segmen. Manakala Eddie Marzuki pula bertindak sebagai Pengarah Muzik.
Konsert yang akan diiringi Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) ini turut mengundang dua artis jemputan iaitu Kumpulan Isketambola bersama penyanyi utamanya Musly dan pendatang baru yang sedang mencipta nama Fazli Zainal.
“Siti akan mendendangkan lagu popular daripada album mahupun filem. Lagu Allahyarham terlalu banyak, ada lagu yang tidak dimuatkan dalam album tetapi di dalam filem Siti akan dendangkan juga. Mungkin lagu itu nanti jarang kedengaran.
“Siti tidak ada masalah untuk dendangkan lagu mereka kerana liriknya sudah melekat di kepala. Cuma melodinya Siti perlu ingat balik tetapi itu tidak mendatangkan masalah kerana Siti pernah menyanyikan lagu Allahyarham dalam persembahan Siti sebelum ini.
“Siti akan cuba nyanyikan lagu mereka dengan cara tersendiri tetapi masih mengekalkan keindahan lagu Tan Sri P Ramlee dan seboleh mungkin kami tidak mahu terlalu mengubah susunan muziknya,†katanya lagi.
Antara lagu yang bakal didendangkan seperti Jeritan Batinku, Jangan Tinggal Daku, Cik Keboom, Merak Kayangan, Engkau Laksana Bulan, Berkorban Apa Saja, Di Manakan Ku Cari Ganti dan banyak lagi. Konsert ini juga akan diselang-selikan dengan tayangan video dan segmen lakonan kembali oleh Isketambola.
Ketua Pengarah IB, Datuk Azhar Abu Bakar berkata, pemilihan lagu adalah hasil perbincangan bersama. Begitu juga dengan tema konsert berkenaan.
“Konsert ini adalah rentetan yang menjurus kepada penghargaan kepada P Ramlee dan Saloma. Konsert ini juga adalah satu usaha yang cuba dibawakan IB untuk mengenang lagenda kita. Saya berharap konsert selama dua malam ini akan mendapat sambutan yang hebat,†katanya.
Bagi mereka yang ingin menyaksikan persembahan Siti Nurhaliza, tiket dijual pada harga RM50 hingga RM250. Maklumat lanjut mengenai konsert dan pembelian tiket hubungi 03-40265558 atau layari laman web www.istanabudaya.gov.my.
Sean tolak lamaran Siti
Oleh Ellyna Ali
elly@hmetro.com.my
BANYAK tawaran terpaksa ditolak Sean Ghazi semata-mata mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap konsert solonya, Sean Ghazi ‘Live’ Semalam Concert yang bakal berlangsung selama enam hari berturut-turut di Planetary Theatre, Kuala Lumpur Convention Centre bermula 8 hingga 13 Mei nanti.
Bermula dengan undangan menjayakan konsert Suara Hati Sudirman, diikuti persembahan sempena Minggu Setiausaha sepanjang April ini, Sean juga khabarnya terpaksa menolak undangan berduet dengan Datuk Siti Nurhaliza dalam Konsert Istana Cinta- Tribute to Tan Sri P Ramlee dan Puan Sri Saloma di Istana Budaya pada 20 dan 21 April ini.
Pada segelintir pihak, tindakan Sean itu boleh memberikan kesan yang merugikan dirinya sendiri, khususnya dalam meraih publisiti sambil mengetengahkan dirinya dengan lebih jauh lagi di dalam industri ini.
Namun, Sean punya alasan kukuh berbuat demikian. Katanya, siapa yang tidak mahu ambil kesempatan ini seandainya diberikan peluang?
“Lagipun, bukan senang hendak berduet dengan seorang penyanyi yang hebat seperti Siti Nurhaliza.
“Bagi saya, ia benar-benar satu penghormatan. Apatah lagi bila diberitahu dialah (Siti) yang mahukan sangat-sangat saya berduet dengannya.
“Malah, saya sedar akan berdepan dengan kerugian besar sekiranya menolak tawaran menjayakan konsert itu bersama Siti.
“Sungguhpun begitu, bila melihat saja tarikh konsert Siti itu dengan konsert solo saya yang hampir bertembung, rasanya saya memang tidak punya pilihan lain, melainkan terpaksa menolaknya secara baik.
“Saya harus utamakan konsert solo saya ini kerana saya sudah lama merancangnya sebelum album ini dihasilkan lagi,†katanya yang segak mengenakan kemeja putih dengan tali leher hitam bercorak retro.
Sean yang ditemui sempena pelancaran serta showcase album sulungnya, Semalam, berkata dia tidak mampu membahagikan masa untuk mana-mana persembahan selain konsert solonya itu kerana dia juga turut bertindak sebagai eksekutif produser.
“Disebabkan itu bermacam-macam perkara terpaksa saya fikirkan. Daripada pemilihan konsep, corak persembahan, pemuzik hinggalah kepada produksi keseluruhan konsert solo ini nanti.
“Yang pasti, ia akan berbentuk muzikal dengan membawa unsur retro yang tidak begitu keterlaluan tetapi dipersembahkan dengan citarasa dan gaya muzik yang baru.
“Saya juga akan menggunakan khidmat 22 pemuzik yang mana sebahagiannya akan diterbangkan dari Australia.
“Mereka adalah pemuzik yang terbabit secara langsung dengan rakaman album Semalam. Selebihnya menggunakan khidmat pemuzik tempatan,†katanya.
APM 2007 : Vote for Siti
APM 2007 voting is ON! Vote for Siti in two categories!
Most Popular Song (Biarlah Rahsia)
Most Popular Female Artiste
To vote for Sitil:
Code: S2 (Biarlah Rahsia) & F12 (Siti Nurhaliza)
SMS to 72346:
APMCodeI/C No.Name
Vote wisely and responsibly! Let’s do it today!
Or forms can also be found in MANJA magazine.
Note: For Singapore only. 50cents per vote, voting ends 8th April 07, Sunday
For Malaysia:
Voting form in MEDIA HIBURAN
For Indonesia:
Voting form in BINTANG INDONESIA
Istana Cinta Siti puja P Ramlee
Oleh Rudy Imran Shamsudin
SELEPAS berjaya mementaskan persembahan memperingati Allahyarham Sudirman Hj Arshad tiga tahun lalu, penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 28, kembali ke Istana Budaya (IB). Kali ini pula penghormatan diberikan kepada Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham Puan Sri Saloma.
Persembahan bertemakan Konsert Istana Cinta itu diilhamkan produksi milik Siti, Siti Nurhaliza Production (SNP) dengan kerjasama IB bertujuan mengimbau nostalgia peminat terhadap karya agung yang pernah dihasil dan didendangkan.
Jelas Siti ketika ditemui pada majlis sidang akhbar itu di IB, dia langsung tidak tertekan walaupun mempunyai masa hanya sebulan untuk membuat persiapan.
Persembahan Konsert Istana Cinta bakal dipentaskan selama dua hari, 20 dan 21 April ini.
“Saya tiada tekanan menyanyikan lagu Tan Sri P Ramlee dan Puan Sri Saloma kerana karya mereka terlalu dekat dengan saya.
“Bayangkan, sejak kecil sehingga bergelar isteri, lagu ciptaan dan dendangan mereka sering menjadi mainan bibir.
“Saya juga sering mendendangkan lagu ciptaan P Ramlee yang pernah dipopularkan Saloma pada persembahan majlis makan malam dan sebagainya,†katanya.
Dalam pada itu, kata Siti, bagi memastikan persembahan ini benar-benar mengangkat karya terbaik yang pernah dihasilkan P Ramlee dan Saloma, setiap senarai lagu bakal disampaikan akan dipilih sebaik mungkin.
“Saya cuba lari daripada menyanyikan lagu popular yang sering dinyanyikan atau diputarkan di radio. Sebaliknya, saya akan mencari karya P Ramlee yang jarang diketengahkan.
“Untuk memilih lagu, saya berbincang dengan IB dan mereka yang pernah bekerja rapat dengan P Ramlee seperti Cikgu Yusnor yang banyak mencipta lirik untuk lagu Allahyarham,†katanya.
Bercerita lanjut mengenai persembahan itu, Siti berkata, antara lagu P Ramlee yang diminatinya termasuk Jangan Tinggal Daku, Jeritan Batinku dan beberapa lagu runut bunyi filem seperti Semerah Padi. Kemungkinan besar lagu itu turut dinyanyikan pada malam itu.
Sementara itu, Ketua Pengarah IB, Datuk Azhar Abu Bakar, menjelaskan pementasan Konsert Istana Cinta menampilkan Siti Nurhaliza dibuat bukan semata-mata menjual populariti penyanyi itu dengan harapan untuk mendapatkan keuntungan.
“Berapa sangat keuntungan yang IB dapat dengan persembahan selama dua hari itu kalau dinilai kapasiti tempat duduk di dewan ini hanyalah 1,200. Daripada jumlah itu hanya sebahagian tiket dijual dengan harga RM250. Selebihnya RM200, RM150, RM80 dan RM50.
“Apa yang penting persembahan ini mampu meninggalkan kesan mendalam dengan karya terbaik orang terdahulu diangkat angkatan muda dan popular seperti Siti Nurhaliza.
“Dalam merencanakan persembahan ini saya turut mendapatkan pandangan mereka yang akrab dengan Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Puan Sri Saloma termasuk daripada anak Allahyarham iaitu Nasir P Ramlee yang kini bertugas di IB,†katanya.
Beberapa penyanyi muda turut ditampilkan sebagai artis jemputan seperti Fazli Zainal, kumpulan Isketambola dan Musly. Walaupun tiada waris seniman agung tampil di pentas membuat persembahan tetapi menurut penganjur, mereka diundang sebagai tetamu khas bagi menyaksikan persembahan ini.
Pada majlis sidang akhbar itu, IB melahirkan kebimbangan tidak ramai peminat berpeluang menyaksikan Konsert Istana Cinta kerana persembahan hanya berlangsung selama dua malam.
A nostalgic night with Ahmad Jais
KUALA LUMPUR: It was an evening of nostalgic tunes at the oncert “Bahtera Merdeka Datuk Ahmad Jais” here last night.
Held at the Istana Budaya, the 71-year-old evergreen singer performed favourite oldies including Gelisah, Harapan Kecewa and Di Ambang Sore.
“Tonight marks my 46th anniversary as a singer,” said the veteran singer to thunderous applause.
At the show, his powerful vocals were reminiscent of his recordings in the 60s.
He also entertained the audience with duet performances with guest stars such as Datuk Siti Nurhaliza for Juwita Ku Sayang and Liza Aziz for Budi Setahun Segunung Intan.
Ahmad Jais also performed with Haziq of Akademi Fantasia fame on Potong Padi.
The concert runs until tomorrow.
Other guest artistes were Azlina Aziz and Datuk Yusni Hamid for today’s and tomorrow’s performances.
The concert was accompanied by the 60-piece National Symphony Orchestra under the baton of Mustafa Fuzer Nawi.
Ahmad Jais recorded his first album in 1965. Among his repertoire of songs were the patriotic number Bahtera Merdeka, Dikau Pujaan, Bungaku Puja Dipetik Orang, Azizah and Mohon Kasih.
Siti: Police probe on hubby won’t hurt us

Siti: ‘I don’t want to think of such trivial things, which have not hurt my life with my husband one bit’
KUALA LUMPUR: Pop diva Datuk Siti Nurhaliza said the police investigation against her husband does not pose any threat to her marriage.
The case was “unsubstantiated†and “trivialâ€Â, she told reporters at a tribute concert to the late Tan Sri P. Ramlee and Puan Seri Saloma at the Istana Budaya here on Thursday.
Her husband, Datuk Mohamad Khalid Jiwa, was questioned recently for allegedly assaulting 18-year-old Muhammad Kasheef Harris, who claimed to be a close friend of one of his sons.
The youth lodged a police report on March 20 that he suffered injuries to his mouth and bruises on his left eye because of the alleged assault a week earlier.
“I do not want to comment as the allegation has not been substantiated,†said Siti.
“I don’t want to think of such trivial things, which have not hurt my life with my husband one bit.
“Anything that is as illogical as this will not hurt me and I don’t feel stressful about it at all,†she added.
Asked about her life, which has been hit with a number of controversies, she said all that had happened had been fated and she had dealt with them in a professional way.
“Maybe, Allah loves Siti and for this reason, He sends along a lot of trials and tribulations.
“I accept all that is good and things that are not good, I ignore.â€Â
Khalid’s sister, Zaiton, said her brother and the rest of their family were still in shock over the assault reports.
Log on to www.mStar.com.my for the Malay version of this story.


