Gemuk karena Bahagia
JAKARTA – Melintasi red carpet Grammy Award menjadi pengalaman berharga bagi diva pop asal Malaysia Siti Nurhaliza. Pada acara yang dihelat di Staples Center, Los Angeles, Amerika Serikat, beberapa waktu lalu itu, Siti berkesempatan berjalan beriringan dengan penyanyi terkenal Amerika didampingi sang suami, Datuk K.
Sebagai seorang bintang, Siti biasa dielukan penggemarnya. Namun, yang terjadi di acara Grammy itu berbeda. Tidak ada penggemar di sisi red carpet yang mengenalinya. Tapi, hal itu tidak membuat Siti berkecil hati.
Wanita kelahiran Kuala Lipis, Malaysia, 11 Januari 1979 tersebut sudah cukup senang karena bisa bertemu dengan bintang-bintang pujaannya, meski sebatas memandang. Satu momen yang paling membuat Siti takjub adalah saat dirinya berdekatan dengan penyanyi Shakira. “Senang sekali bisa ada di sana, meski hanya sebagai penonton,” kata Siti ditemui usai acara Olay For All di XXI Club, Djakarta Theatre, kemarin.
Sejak menikah, postur tubuh Siti terlihat gemuk. “Sebelum menikah, 55 kilo (kilogram). Sekarang sudah 58,” paparnya.
Siti pun mulai berhati-hati dalam mengonsumsi makanan demi menjaga bentuk tubuhnya. Namun, kehati-hatiannya itu tidak berlaku saat berada di Amerika. Kebetulan, saat itu Negeri Paman Sam sedang musim dingin. “Di sana sangat dingin. Jadi, Siti selalu ingin makan dan makan,” ujarnya lantas tertawa.
Secara keseluruhan, menurut Siti, bertambahnya berat badan yang dialaminya bukan karena kebanyakan makan. “Saat ini, Siti merasa bahagia. Jadi, mungkin itu salah satu sebabnya,” katanya. (rie)
Mawi dan Siti popular di Mekah
Ada jemaah yang baru pulang mengerjakan haji baru-baru ini beritahu Niezam, dia begitu tak sangka nama dua penyanyi tanah air begitu popular di Tanah Suci, Mekah.
Mengikut cerita jemaah tu, semasa dia nak beli buah kurma dan berjalan-jalan di kedai sekitar kawasan Masjidil Haram di Mekah, peniaga- peniaga di situ tak habis-habis menyebut nama Mawi dan Siti Nurhaliza.
Bila nampak jemaah lelaki Malaysia, peniaga-peniaga itu akan panggil Mawi. Bila nampak pula jemaah wanita mereka akan panggil Siti Nurhaliza.
Kata jemaah haji yang mahu dikenali sebagai Abang Hamid itu, dia bangga sungguh dua artis tanah air kita bukan sahaja popular di Malaysia tapi sampai di tanah Arab pun nama mereka disebut-sebut.
‘‘Abang yang dah berumur ni pun dipanggilnya Mawi. Isteri abang dipanggilnya Siti Nurhaliza. Kebetulan pula rambut abang memang macam Mawi sebab dah botak,’’ serta Abang Hamid.
Tambahnya lagi kalau orang Arab boleh bangga dengan dua nama itu, kita pun kena lebih bangga lagi dengan mereka.
Memang betul tu Abang Hamid kita semua sememangnya bangga lahirnya artis macam Siti Nurhaliza yang telah mengharumkan nama negara dengan imejnya itu.
Tentang Mawi pun kita turut bangga kerana dia menjadi contoh anak Felda yang berjaya tetapi tak tahulah pula bagaimana mana Mawi menghargai dirinya sendiri? Apa-apapun itu semua kejayaan mereka.
NIEZAM:
Pandangan Peminat Dibaca…
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua warga Sitizone yang dirindui.
Memang lama Siti tak menghantar berita tetapi jangan bimbang kerana Siti sentiasa menjenguk anda di sini. Walaupun agak lama Siti berdiam diri dan selebihnya berada di luar negara tetapi laman ini tetap di hati Siti. Semua mesej dan perkembangan tulisan anda Siti baca dan Siti faham apa yang ingin anda sampaikan dan begitulah juga sebaliknya.
Pertama sekali Siti ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas usaha anda mengundi Siti untuk Anugerah Bintang Popular yang lalu dan Alhamdulillah Siti masih mengekalkan gelaran Penyanyi Wanita Popular. Bagi Siti, peranan anda begitu besar dalam kemenangan ini tetapi yang lebih besar adalah bagaimana Siti mahu terus memberikan yang terbaik buat anda. Walaupun saban hari Siti dipenuhi jadual kerja, berkejar ke sana ke sini atau bercuti sekalipun tetapi otak tetap berputar, memikirkan apa agenda dan kerja seterusnya. InsyaAllah 2007 ini akan ada sesuatu dari Siti untuk anda dan juga memperkembangkan kerjaya Siti walaupun sudah bergelar isteri. Sokongan anda adalah semangat untuk Siti dan percayalah, kekuatan itulah yang membuatkan Siti masih berada di sini.
Alhamdulillah, pemergian Siti ke majlis Grammy di LA baru-baru ini juga cukup menggembirakan. Bukan mau berseronok tetapi banyak pengalaman yang ditimba. Melihat kejayaan mereka di majlis Grammy membuatkan Siti turut terfikir tentang kerjaya dan InsyaAllah mana yang baik akan Siti ambil untuk dijadikan resepi kejayaan Siti seterusnya. Pengalaman yang tidak pernah terfikirkan berjalan di red carpet, memang seperti mimpi. Siti percaya ia adalah satu penghargaan dan Siti harus berterima kasih kepada penganjur.
Banyak yang ditulis di catatan anda, pujian, teguran, kritikan dan sebagainya, Siti tidak pandang ringan, anda jangan bimbang. Semua itu adalah sesuatu yang Siti perlukan. Siti tidak pernah lupa diri atau berubah, malah Siti senang dengan apa yang anda cuba sampaikan. Untuk memuaskan hati semua pihak mungkin sukar tetapi Siti mencuba. Harapan Siti agar anda semua memahami kerana adakala kita berusaha memberikan yang terbaik tetapi tidak dapat diterima dan begitulah juga sebaliknya.
Sekarang ini banyak perkara yang harus Siti lakukan. Siti juga sedang mengumpul material untuk album tradisional Siti, jika tidak ada aral, sebelum Jun ini akan dipasarkan. Doakan agar dikurniakan lagu-lagu yang bagus dalam album Siti nanti. Sekian sahaja catatan kali ini. Semoga bertemu kembali.
Salam rindu selalu…
Siti Nurhaliza
Siti’s Grammy adventure

Catch Siti Nurhaliza on Siti at the Grammy’son Channel [V].
FOLLOW pop icon Datuk Siti Nurhaliza on her recent trip to Los Angeles for the 49th Annual Grammy Awards earlier this month.
The singer was the first Malaysian to be given the honour of walking up the red carpet at the Staples Centre in Los Angeles.
Channel [V] was there alongside the Malaysian songbird to give you the low down on what went on during the star-studded bash.
“It was very exciting and thrilling in so many ways. I was nervous, anxious and really looked forward to walking on the red carpet,†said Siti in a press release.
Catch Siti at The Grammy’s on Popparazzi on Channel [V] (Astro Channel 72) tomorrow at 6pm with a repeat on Feb 26 (6pm). The 49th Annual Grammy Awards on Star World (Astro Channel 70) will be aired on March 17 (noon) with repeats 1pm the same day and at 6pm on March 18.
The show follows Siti as she travelled to Los Angeles for the big night. Also featured are pre-Grammy events such as a behind-the-scenes look at the Grammy rehearsals, celebrity gift lounges and parties.
With performances by Christina Aguilera, Beyonce, Gnarls Barkley, Red Hot Chili Peppers and Justin Timberlake, the wealth of talent on show during the ceremony was nothing short of spectacular.
And just what did Datuk Siti think of it all? “The show was very entertaining. I enjoyed the music performances, especially Chris Brown and Shakira. Chris Brown was very energetic, unique and different, and his dance moves were very cool. During Shakira’s performance, I thought the entire stage concept and colours were great. Beyonce’s voice was simply amazing.â€Â
The night continued as Siti mingled with some of the top names of the music industry at the Sony BMG party. She says: “I met Jessica Simpson, John Mayer, John Legend, Carrie Underwood and Slash. I also brushed shoulders with The Dixie Chicks!â€Â
Want to know more? Then tune in to Channel [V].
Destinasi Cinta Siti Nurhaliza Di ABP 2006
Divx Destinasi Cinta Siti Nurhaliza di Anugerah Bintang Popular 2006.
Kebaya ke blaus?
Anugerah Grammy sudah pun berakhir beberapa hari lalu. Tapi masih juga ramai yang bercakap tentangnya. Bukan fasal pelakon yang diminati tidak menang anugerah.
Tapi fasal kebaya yang dipakai Datuk Siti Nurhaliza ketika memenuhi jemputan permaidani merah pada anugerah itu.
Kak Tim jadi serba salah bila setiap hari menerima panggilan yang bertanya tentang kebaya Siti tu.
“Kebaya ke blaus yang Siti pakai tu? Kata nak pakai kebaya untuk tunjuk identiti ketimuran. Tapi baju yang Siti pakai tu tak nampak pun ciri-ciri kebaya. Apa nama fesyen kebaya Siti tu?†Begitu antara soalan-soalan yang ditanyakan kepada Kak Tim.
Tak tahulah pula Kak Tim nama-nama fesyen baju ni sebab Kak Tim pun bukan pakar dalam bidang fesyen.
Mungkinlah juga kot ‘kebaya’ yang Siti pakai tu fesyen paling terbaru.
Paling membingungkan bila ramai juga yang mempertikaikan penampilan Siti pada majlis anugerah di Los Angeles itu.
“Penampilan Siti di sini lebih cantik dan menarik. Tapi kenapa bila mewakili negara di tengah-tengah bintang dunia tu, Siti nampak simple aja?â€Â
Itu antara soalan-soalan yang Kak Tim tak mampu nak jawab. Cuma ingin Kak Tim katakan, tentang penampilan yang cantik atau tidak tu, susahlah Kak Tim nak jelaskan. Terlalu subjektif.
Tapi bagi Kak Tim, apa pun Siti pakai tetap nampak cantik dan menarik.
KAK TIM: Nak tengok Siti di Anugerah Grammy siaran Channel V saluran Astro 72 pukul 6 petang pada 22 dan 26 Februari nanti.
Intai Siti di Hollywood

SEMPAT bergambar romantis dengan suami tersayang.
SIAPA sebenarnya tidak berasa teruja jika berpeluang untuk berada di tengah-tengah kemuncak acara hiburan berprestij dalam dunia muzik antarabangsa.
Anugerah Grammy menjadi acara penuh gemilang tatkala nama-nama besar dalam dunia muzik dan hiburan berhimpun untuk mempersembahkan hiburan yang terbaik dan memberikan penghargaan bagi mereka yang cemerlang.
Penyanyi terkenal tempatan, Datuk Siti Nurhaliza mempunyai kesempatan untuk berada di situ atas penghargaan Channel [V].
Siti menjadi wakil Asia yang diberi penghormatan untuk berjalan di atas karpet merah Anugerah Grammy ke-49 yang berlangsung di Staples Centre, Los Angeles.
Beliau layak ke anugerah berprestij itu atas tiket yang dimenangi untuk anugerah Selebriti Pakaian Terbaik di majlis Breakfast With The Stars anjuran Star World pada tahun lepas.
Sebagai rujukan untuk perhatian pihak penganjur, Star World sebelum itu turut menghantar album Transkripsi dan Siti Nurhaliza di Royal Albert Hall.
Untuk bergaya di karpet merah tersebut, Siti menggunakan khidmat pereka terkenal tempatan, Datuk Bernard Chandran untuk busana yang memiliki potongan kebaya dengan sedikit modifikasi bagi menambah elemen moden.
Kesempatan tersebut juga digunakan sepenuhnya oleh Siti mendekati bintang terkenal dari situ ketika beliau menjejaki karpet merah untuk menghadiri acara penting dalam kalendar muzik antarabangsa.
Bukan itu saja, Siti yang ditemani suaminya Datuk Khalid Jiwa sudi untuk berkongsi momen manis itu bersama peminat.
Melalui Channel [V], Siti mengirimkan berita tersebut, ‘’Ia pengalaman yang sangat menarik dan mendebarkan. Saya agak gementar ketika berada di karpet merah tersebut.’’
Acara tersebut turut menyaksikan persembahan penuh bertenaga daripada mereka yang ternama dan berbakat seperti Christina Aguilera, Beyonce, Gnarls Barkley, Red Hot Chilli Peppers dan Justin Timberlake.
‘’Persembahan mereka sungguh menghiburkan. Saya seronok menyaksikan persembahan tersebut terutama Chris Brown dan Shakira.
“Chris Brown sungguh bertenaga, unik dan berbeza. Gerak tarinya juga hebat. Ketika Shakira membuat persembahan, rasa-rasanya seluruh konsep pentas dan warna sangat menarik. Suara Beyonce pula sungguh memukau,’’ tambah Siti yang masih bercuti di Los Angeles usai acara tersebut.
Kehangatan Grammy tidak tamat di situ apabila Siti turut menghadiri parti selepas acara yang dianjurkan oleh Sony BMG.
Di parti tersebut, cerita Siti, beliau bersua muka dengan Jessica Simpson, John Mayer, John Legend, Carrie Underwood dan Slash.
‘’Saya juga bertembung dengan Dixie Chicks,’’ tambah beliau. Terlanjur berada di Los Angeles, Siti mengambil kesempatan untuk bercuti beberapa hari bagi melawat tempat menarik terutama di sekitar Hollywood seperti Walk of Fame dan Mann Chinese Theatre.
Teruja menyaksikan lebih banyak cerita Siti di Grammy dan Los Angeles? Jangan terlepas peluang untuk menjejaki Siti dalam program Popparazzi bagi mengikuti ceritanya di Los Angeles. Itu termasuk persediaannya sebelum ke acara itu.
Program tersebut juga memaparkan di sebalik tabir Grammy termasuk aktiviti di belakang pentas, parti dan banyak lagi.
Popparazzi: Siti At The Grammy di Channel [V] (saluran 72 Astro) ke udara pada 22 Februari dan 26 Februari pada 6 petang.
Sesiapa yang terlepas menonton acara tersebut pada minggu lepas masih berpeluang berbuat demikian dengan menukarkan saluran anda ke Channel [V] pada pukul 6 petang ini.
– JAM





