Skip to content

Archive for December 2006

31
Dec

Redup Suram Dan Tawa Ria 2006



Oleh: NIEZAM ABDULLAH

Tahun 2006 menoktahkan lebarannya hari ini dan esok kita semua akan menyambut tahun baru 2007 dengan keazaman baru. 2006 yang berlalu meninggalkan seribu satu macam kenangan indah, pahit dan manis. Dunia hiburan tentunya tidak pernah sunyi dengan segala macam kisah sensasi yang terjadi.

Tahun ini dunia artis dibuka dan ditutup dengan penuh meriah dan warna-warni. Daripada soal perkahwinan sehinggalah kisah-kisah sedih melibatkan perceraian dan kematian.

Kita imbas kembali peristiwa-peristiwa utama yang menarik sepanjang tahun 2006.

Perkahwinan

* 29 Mac

* Syura

Penyanyi Syura atau Zuraidah Badron, 20, mendirikan rumah tangga dengan sepupunya, Mohd. Fadhly Md. Yassin pada 29 Mac di Johor Bahru, Johor. Syura bagaimanapun mengalami keguguran selepas beberapa bulan perkahwinan itu.

* 28 April

* Siti Nordiana dan Mohd. Faizal Yusop

Penyanyi Siti Nordiana Alias, 22, dan pelakon Mohd. Faizal Yusop, 28, berkahwin pada 28 April di Felda Sendayan, Negeri Sembilan. Mereka kemudian mendirikan persandingan untuk penduduk kampung dan peminat di Dewan Felda Sendayan pada 29 April berkonsepkan persandingan dalam taman.

* 29 April

* Nurfarahin Jamsari

Personaliti TV3 – Nurfarahin Jamsari selamat mendirikan rumah tangga keduanya dengan Noor Eddie Putera Noordin, 36, di Keramat, Kuala Lumpur.

Sebelum itu pada 16 Januari, Nurfarahin berpisah dengan suaminya Sheikh Omar Sheikh Anuar dengan talak satu. Hasil perkahwinan pertamanya, Nurfarahin dikurniakan empat orang anak.

* 26 Mei

* Anne Ngasri

Anak kepada pelakon Ngasri Sain – Anne Ngasri, 22, berkahwin dengan Abdul Wafi Hassan di Taman Permai Batu, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

* 24 Jun

* Fendi (X-Factor)

Bekas penyanyi kumpulan X-Factor, Fendi mendirikan rumah tangga dengan Wan Intan Nadia Noraman di Keramat, Kuala Lumpur. Sebelum itu Fendi pernah bertunang dengan seorang peguam tetapi hubungan mereka tidak kekal lama.

* 20 Jun

* Nora Danish

Pelakon siri Puteri, Nora Danish, 24, berkahwin dengan Rizal Ashram iaitu anak Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Majlis pernikahan mereka diadakan secara eksklusif.

* 15 Julai

* Aleeza Kasim

Pelakon dan model Aleeza Kassim, 35, mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan terkenal Mohd. Fauzi Che Ros, 42. Pernikahan mereka dilakukan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

* 1 Julai

* Ezany

Mohd. Ezany Nizariff, 33, yang popular menerusi drama bersiri Natasha berkahwin dengan gadis dari tawau Sabah – Lidza Nuryanti Abidin, 23. Majlis persandingan mereka diadakan serba sederhana.

* 21 Ogos

* Siti Nurhaliza

Akhirnya desas-desus perkahwinan Siti Nurhaliza Taruddin, 27, terjawab apabila gadis itu berkahwin dengan Datuk Khalid Mohamad Jiwa, 47, di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Perkahwinan itu merupakan satu sejarah di dalam dunia hiburan tanah air kerana ia disiarkan secara langsung oleh TV3.

Wang Hantaran yang diterima Siti ialah RM30,000 dan mas kahwin pula RM22,222.22. Persandingan mereka diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 28 Ogos dan seminggu selepas itu di Dataran Lipis, Pahang. Pada bulan Oktober lalu Siti dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang membawa gelaran Datuk.

* 8 September

* Fiza

Bekas anggota kumpulan Elite yang juga seorang pelakon – Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim atau Fiza, 25, berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin, 26, di Masjid Al-Syarif, Gombak, Selangor. Mereka berkawan selama lima tahun sebelum memilih untuk menjadi suami isteri.

* 4 November

* Ieda (Moin)

Penyanyi Ieda Moin, atau Siti Haidah Abdul Moin, 27, memilih Pengurus Produksi, Mohd. Naquib Idris, 27, sebagai suaminya. Mereka berkahwin di Masjid Al-Rahimah, Kampung Pandan pada 4 November dengan hantaran RM10,000.

* 12 November

* Noorkhairiah

Pelakon Noorkhairiah Ahmad Shapie, 30, mendirikan mahligai bahagia dengan seorang jurutera Azfaizul Ahtan, 29. Mereka selamat bernikah di taman Muhibah, Raub Pahang. Selepas berumahtangga, Noorkhairiah tetap mahu aktif berlakon.

* 18 November

*Bob Azrai

Pelakon Bob Azrai, 38, bernikah dengan Siti Khalifah Alihan, 18, di Masjid Bukit Indah, Ampang. Perkahwinan tersebut merupakan perkahwinan kedua Bob selepas keruntuhan rumah tangganya dengan pelakon Aida Aris.

* 2 Disember

* Linda Rafar dan Syed Aiman

Pasangan duda dan janda Linda Rafar, 28, dan Syed Aiman, 31, selamat diijabkabulkan di masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor. Kedua-dua pelakon itu turut mengadakan majlis resepsi di rumah keluarga Linda di Shah Alam dan di hotel Concorde seminggu kemudian.

* 16 Disember

* Aziz Sattar

Pelakon veteran, Aziz Sattar mendirikan rumah tangga ketika berusia 81 tahun dengan peminatnya, Hashimah Delan, 48. Pernikahan mereka dilakukan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

* 19 Disember

* Erema dan Seri Bayu

Tahun 2006 ditutup dengan perkahwinan penulis lirik Seri Bayu dengan penyanyi Erema Awang Mohdad, 23, di Masjid danau Desa, Taman Desa Kuala Lumpur. Biarpun Seri bayu menghidap penyakit saraf namun Erema sanggup menerimanya sebagai suami.

Pertunangan

* 11 Mac

* Haiza

Penyanyi dangdut – Haiza melangsungkan pertunangan dengan pemain hoki sebuah bank – Hanafi Omar di rumah kakak penyanyi itu di Kuala Lumpur.

Kedua mereka berusia 26 tahun dan masih memikirkan tarikh yang sesuai untuk mengadakan majlis pernikahan. Mereka cuba menyembunyikan pertunangan itu atas atasan ia tidak perlu diheboh-hebohkan. “Takut apa-apa jadi nanti malu…” kata Haiza.

* 4 Jun

* Nasha Aziz

Pelakon popular Nasha Aziz atau Noraishah Abdul Aziz, mengikat tali pertunangan dengan pengarah fotografi, Mohd. Helmi Mohd. Yusof di Keramat, Kuala Lumpur. Nasha juga mahu merahsiakan pertunangannya tetapi dapat dihidu juga oleh wartawan.

Pada majlis itu Nasha menerima sebentuk cincin Chopard yang disarungkan oleh bakal ibu mentuanya, Hasnah Hassan.

* 28 Oktober

* Lisdawati dan Fauzi Nawawi

Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2005, Lisdawati mengikat tali pertunangan dengan pelakon Fauzi Nawawi di rumah keluarga Lisdawati di Kualam Lumpur. Mereka merancang mengadakan majlis perkahwinan pada tahun hadapan. Hantaran perkahwinan ditetapkan sebanyak RM21,111.11 dan mas kahwin RM999. Fauzi merupakan seorang duda

Perpisahan

* 7 April

* Noraniza Idris dan Fareez

Pasangan penyanyi dan pelakon ini berpisah selepas 20 tahun berkahwin. Lafaz cerai dilakukan oleh Fareez atau nama sebenarnya Mohd. Fauzi Tajuddin terhadap Noraniza di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur pada 7 April.

* 26 April

* Erra Fazira dan Yusri

Erra Fazira dan Yusry Abd. Halim yang cuba mengelak memperkatakan mengenai rumah tangga mereka akhirnya mengambil keputusan berpisah selepas tiga tahun berkahwin.

Lafaz cerai dilakukan pada 26 April di kediaman Erra di Damansara dan pengesahan cerai tersebut dilakukan pada 16 Jun di Mahkamah Rendah Syariah, Petaling Jaya, Selangor.

* 5 Mei

* Norman Hakim dan Abby

Sesuatu yang mengejutkan apabila pasangan pelakon Norman hakim, 30, dan Abby Abadi, 28, berpisah. Norman melafazkan cerai terhadap Abby pada 5 Mei dan mereka rujuk semula beberapa hari selepas itu. Penyanyi Farahdiaya dikatakan menjadi punca penceraian itu. Abby dan Norman mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan mereka.

* 16 Oktober

* Awie dan Arni Nazira

Penyanyi kumpulan Wings, Awie atau Ahmad Azhar Othman, 38, melafazkan cerai talak satu terhadap penyanyi Arni Nazira, 28, di Mahkamah Rendah Syariah, Kuantan, Pahang. Penceraian itu dikatakan berpunca daripada penyebaran gambar perkahwinan Awie dengan Rozana Misbun di Internet.

Akibat penceraian itu, Awie mendapat hak penjagaan terhadap dua anaknya dengan Arni iaitu Puteri Aleeya Antasha, 6, dan Puteri Aleefa Antasha, 4.

* 20 Oktober

* Ajai dan Nurul

Pasangan yang popular dengan lagu Serasi Bersama rupa-rupanya tidak serasi apabila Nurul atau namanya Noorul Huda Abdul Wahab, 29, memfailkan permohonan pengesahan cerai dengan Mohd. Faizal Maas, 31, atau Ajai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor.

Nurul mendakwa Ajai melafazkan cerai terhadapnya sebanyak tiga kali pada 2001 dan dua kali pada 2006.

Kembali ke rahmatullah

* 20 Jan

* Rosiah Chik

Penyanyi veteran, Rosiah Chik meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada usia 74 tahun akibat serangan penyakit jantung.

Allahyarham menjadi penyanyi ketika berusia 16 tahun dan merakamkan lebih 200 buah lagu ketika hayatnya. Hasrat beliau untuk mendengar lagu duetnya iaitu Hantaran Hati bersama Bob (Akademi Fantasia 2) tidak kesampaian.

* 7 Februari

* S. Jibeng

Penyanyi popular tahun 60-an S. Jibeng meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru kerana sakit jantung dan kencing manis.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan selepas zuhur di Tanah Perkuburan Islam, Kebun Teh.

* 25 Julai

* Hani Mohsin

Pelakon filem dan drama terkenal Hani Mohsin Hanafi, 41, meninggal dunia akibat serangan jantung. Allahyarham pengsan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang, ketika sedang menunggu penerbangan ke Alor Star bersama anaknya Hani Karmila, 9.

Beliau juga adalah bekas suami Datin Seri Tiara Jacquelina. Pelakon itu merancang untuk bercuti ke Langkawi semasa kejadian.

Jenazahnya disembahyangkan di Masjid Al-Ridzuan, Hulu Klang selepas solat isya sebelum dikebumikan di sebelah pusara ibunya, Hasni Bakar di Tanah Perkuburan Islam Al-Ridzuan, Hulu Klang.

* 10 Oktober

* Seha

Bekas penyanyi kumpulan Freedom, Norsehah Abu Bakar atau Seha (44 tahun) meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur kerana penyakit barah paru-paru.

Beliau meninggal dunia kira-kria pukul 8 pagi di sisi suaminya Azmi Thambi Chik. Hajatnya untuk menemui anak sulungnya Misha Kyrie Lind, 15, yang tinggal bersama bekas suaminya di London tidak kesampaian. Sebaliknya mereka sempat berhubung menerusi e-mel selepas penderitaan Seha disiarkan di akhbar. Seha juga mempunyai seorang anak perempuan berusia 11 tahun iaitu Karissa Iris Lund.

Kejayaan

* 5 Ogos

* Mohd. Faizal Ramly

Jejaka dari Marang, Terengganu – Mohd. Faizal Ramly, 22, menjadi Juara Akademi Fantasia Keempat (AF4) dan sekali gus membolehkan beliau membawa pulang hadiah bernilai RM370,000 termasuk sebuah kereta Toyota Vios serta wang tunai RM20,000.

* 22 September

* Suki

Low Sook Yee atau lebih dikenali dengan nama Suki menjadi juara pertandingan One In A Million anjuran 8TV dan sekali gus melayakkan gadis berusia 17 tahun itu menerima wang tunai RM1 juta.

* 19 November

* Datuk Ahmad Nawab

Komposer terkenal Datuk Ahmad Nawab menerima Anugerah Seniman Negara oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalulail. Beliau turut mendapat hadiah wang tunai RM60,000.

* 3 Disember

* Fiq

Pertandingan Mentor anjuran TV3 memperlihatkan jejaka dari Sabah, Fiq atau nama sebenarnya Mohd. Firdauz Abdul Halim, 24, menjadi juara pertandingan itu dan menggondol hadiah wang tunai sebanyak RM50,000, tawaran menjadi artis rakaman EMI Music Sdn. Bhd., dan trofi. Fiq juga berjaya mengalahkan Ima dari Indonesia dalam pertandingan Juara Antara Juara pada 24 Disember lalu. Dalam pertandingan itu Fiq berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM18,500.

Sensasi

* 1 Julai

* Mawi

Penyanyi Asmawi Ani atau Mawi memutuskan pertunangannya dengan Nordiana Md. Naim. Mawi mendakwa hubungan itu terputus akibat masalah peribadi yang berlaku. Akibat kejadian itu, Nordiana mengambil kesempatan meluahkan rasa hatinya dengan menghasilkan sebuah buku Catatan Duka Diana Naim yang menceritakan kisahnya bersama Mawi sebelum penyanyi itu menyertai Akademi Fantasia.

Mawi turut mencipta kontroversi apabila membuat kenyataan tidak mahu berpegangan tangan sekiranya ditawarkan berlakon sehingga mencetuskan kemarahan beberapa orang pelakon termasuk Rosyam Nor.

* 13 Ogos

* Sharifah Amani

Pelakon Sharifah Amani yang dinobatkan sebagai

Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-19 (FFM19), mencetus kontroversi apabila berucap di dalam bahasa Inggeris dengan berkata, ”I sound like stupid if I speak in Malay.” (Saya rasa seperti orang bodoh kalau saya bercakap dalam bahasa Melayu).

Ucapannya itu menimbulkan rasa tidak senang sebilangan besar penonton termasuk tetamu kehormat majlis itu iaitu Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Pelakon itu bagaimanapun tidak bermaksud untuk menghina bahasa Melayu sebaliknya menganggap ucapannya telah disalah tafsir.

* 15 Ogos

* Rita Rudaini dan Lisdawati

Pelakon Rita Rudaini dan Lisdawati dikatakan bercakaran di dalam sebuah kolam renang ketika penggambaran drama Kau Yang Ku Sayang di Pulau Pinang.

Lisdawati mendakwa Rita cuba mencederakannya di dalam penggambaran itu sehingga memaksa Lisda membuat laporan polis. Bagaimanapun pihak polis telah menutup kes tersebut dan menganggap ia selesai.

Utusan Malaysia

28
Dec

Sorotan 2006: Kontroversi, kejayaan warnai dunia hiburan

Oleh Mohd Nasif Badruddin

KONTROVERSI berterusan yang melanda penyanyi popular, Mawi, artis kahwin dan cerai selain kejayaan beberapa filem tempatan mewarnai industri hiburan tanah air sepanjang 2006.

Tahun ini, hampir 30 artis mendirikan rumah tangga tetapi senario kali ini, menyaksikan ramai artis wanita memilih lelaki berumur, ahli korporat dan anak VIP sebagai pasangan hidup.

Paling mendapat perhatian ramai ialah perkahwinan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dengan ahli korporat, Datuk Khalid Mohamad Jiwa yang digelar ‘wedding of the year’, Ogos lalu.

Majlis persandingan mereka yang diadakan gilang-gemilang di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dihadiri sultan, orang kenamaan selain rakan artis.

Siaran langsung majlis itu berjaya memecahkan rekod tontonan paling ramai dalam siri khas mengenai pasangan itu terbitan TV3.

Majlis yang disiarkan secara langsung melalui TV3 disaksikan 6.3 juta penonton, lebih 1.6 juta mengatasi program kerjasama RTM dan Astro, ‘Mawi…Ina’ membabitkan juara Akademi Fantasia Ketiga itu dan bekas tunangnya, Diana Naim.

Program ‘Mawi…Ina’ itu yang turut disiarkan secara langsung menerusi RTM1 dan Astro, disaksikan 4.7 juta penonton.

Jumlah terbabit berdasarkan ‘rating semalam’ oleh AGB Nielsen Media Research, sebuah badan bebas yang menyediakan perkhidmatan pengumpulan jumlah penonton sesebuah program televisyen.

Artis lain yang menamatkan zaman bujang mereka ialah Sarimah Ibrahim, Ida Nerina, Nora Danish, Aleeza Kassim, Sazzy Falak dan Nazril Idrus, Linda Rafar dan Syed Aiman, dan Nash Lefthanded.

Perkahwinan Aziz Sattar dengan Hashimah Delan berjaya mencuri tumpuan selepas 26 tahun seniman Bujang Lapok itu hidup menduda.

Bagaimanapun, pergolakan rumah tangga artis mencalitkan dunia hiburan tanah air.

Umpamanya, pasangan Yusry KRU dan Erra Fazira, To’ki dan Roziah Atan, Noraniza Idris dan Fareez serta Awie dan Arni Nazira sudah sah bercerai kerana tidak lagi bersefahaman.

Penyebaran gambar pernikahan tertutup Awie dengan Rozana Misbun di internet dikatakan punca perceraiannya dengan Arni dan kini berebut hak penjagaan dua anak perempuan mereka.

Tidak cukup dengan itu, krisis rumah tangga Abby Abadi dengan Norman Hakim yang hampir meruntuhkan mahligai perkahwinan mereka akhirnya bertaut kembali apabila kedua-duanya merujuk kembali ikatan mereka.

Sementara itu, kes pasangan yang popular dengan lagu Serasi, Nurul dan Ajai, masih dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah.

Dunia hiburan juga dikejutkan dengan laporan polis yang dibuat Lis Dawati terhadap Rita Rudaini, sekali gus menjadi sejarah pahit dalam persada seni tanah air.

Kes seperti itu yang pertama kali dilaporkan kepada polis membabitkan Lis mendakwa dibelasah Rita ketika kedua-duanya melakonkan adegan pergaduhan dalam drama Kau Yang Ku Sayang arahan Rashid Sibir di Pulau Pinang.

Tetapi selepas siasatan dijalankan, kes terbabit ditutup kerana Rita hanya mengikut skrip dan tidak berniat mencederakan Lis.

Tidak lengkap jika tidak memperkatakan perihal Mawi yang turut dikenali sebagai Raja SMS dan Raja Duta produk.

Dia kini mendapat gelaran Raja Gosip apabila dikatakan intim dengan Diana Rafar dan Nor’Asikin Rahmat (Ikin) selepas memutuskan ikatan pertunangan dengan Nor Diana Md Naim.

Selain dikejutkan dengan kematian bapanya, Ani Atan, Mawi terus menerima dugaan besar apabila syarikatnya, Mawi World Sdn Bhd, disaman RM1 juta kerana menyalahgunakan lesen membekal air mineral.

Pada awal tahun pula, Mawi dengan mudah diangkat sebagai pemenang utama Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2005, jauh mengatasi saingan terdekatnya, Siti Nurhaliza.

Apa yang membanggakan dunia hiburan tanah air ialah pemilihan Datuk Ahmad Nawab sebagai ahli muzik pertama menerima Anugerah Seniman Negara yang selama ini diberikan kepada pendokong seni daripada cabang lain.

Filem Bilut yang digarap khusus sempena ulang tahun Felda ke-50 pula menerima Anugerah Khas Oskar anjuran Persatuan Pekerja Filem Malaysia dan Anugerah Khas Juri di Festival Filem Asia Pasifik Ke-51 di Taipei, Taiwan.

Cicak-Man, filem superhero pertama Malaysia, pula meraih kutipan ‘pecah panggung’ tertinggi tahun ini apabila meraih RM3.5 juta dalam masa 10 hari tayangan.

Mengikut perangkaan, lebih 30 filem ditayangkan tahun ini, antara filem yang mendapat sambutan hebat ialah Remp-It (RM4.1 juta), Cinta (setakat ini, RM2.2 juta), dan Nana Tanjung (RM2.7 juta).

Pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical di Istana Budaya, Februari lalu, menjadi fenomena baru bagi teater muzikal di negara ini.

Ia bukan hanya dipentaskan semula pada Ogos lalu, malah diundang mengadakan persembahan di Esplanade, Singapura, yang mendapat sambutan hebat daripada masyarakatnya.

Bagi memartabatkan kesenian negara, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang mengemudi Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan terus rancak menganjurkan program ‘merakyatkan seni’.

Lebih membanggakan apabila joget diangkat sebagai irama nasional dan Akademi Seni Kebangsaan (ASK) dinaik taraf sebagai universiti dengan nama Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang menyambut ulang tahun ke-25 tahun ini menjayakan impian Dr Rais menerbitkan filem dokumentari mengenai negara ini apabila bekerjasama dengan National Geographic Channels International (NGCI).

Industri hiburan turut diselubungi kesedihan dengan pemergian insan seni seperti Rosiah Chik, S Jibeng, Taufik Ali, Seha, Hani Mohsin, Noraini Muti (ibu Nanu Baharuddin), Fadzil Ahmad (Raja Gambus) dan pelakon aksi ngeri, Nazari Omar Baki yang maut ketika penggambaran filem Jangan Pandang Belakang.

Pemergian mereka yang sukar dicari ganti mungkin dapat diisi dengan kemunculan bakat baru.

Kemunculan bakat baru kini dilahirkan menerusi pelbagai program seperti rancangan realiti televisyen, penampilan sulung dalam filem, drama, pengacaraan rancangan televisyen dan rakaman album pertama.

Beberapa muka baru yang mencipta nama tahun ini antaranya Faizal AF4, Faizal OIAM, Suki OIAM, Farah Putri, Leez AF4, Farhan AF4, Lotter AF4, Farawahida, Almy Nadia, Fazli Zainal, Izwan Pilus dan Diana Naim.

Uniknya, Diana Naim muncul dalam bidang seni selepas putus tunang dengan Mawi. Itu namanya rezeki.

Dari segi kemasukan artis luar, ternyata produk Indonesia mudah menyelinap hati peminat di Malaysia walaupun sebilangan pihak tidak bersetuju dengan usaha seperti itu.

Lagu nyanyian Krisdayanti, Agnes Monica, kumpulan Peterpan, Radja, Dewa, Ungu, Samson dan Ratu, lagu tema filem My Heart menjadi siulan ramai, apatah lagi golongan remaja.

Drama bersiri Bawang Merah Bawang Putih pula menjadi kegilaan ramai apabila mencapai 2.8 juta penonton walaupun bersifat tahyul.

Mengenai persatuan yang menaungi artis, kelibat mereka hanya menonjol di penganjuran anugerah dan aktiviti glamor sahaja.

Tidak dinafikan ada yang menjaga kebajikan ahlinya, namun tidak menyeluruh dan terhad kepada pemberian wang ringgit semata-mata.

Sesuatu tindakan patut diambil, termasuk mampu bersaing dengan produk luar dan jaminan artis tempatan diberi peluang menjual produk mereka ke luar negara tanpa bergantung sepenuhnya daripada kerajaan.

Justeru, 2007 diharapkan akan membawa sinar yang lebih bermakna buat karyawan seni.

Rebutlah peluang keemasan dalam program Tahun Melawat Malaysia 2007 dan ulang tahun kemerdekaan negara ke-50 dengan perancangan yang teliti, bermutu dan berhemah.

Janganlah rakyat Malaysia asyik disogokkan cerita peribadi artis popular dan gosip semata-mata, sebaliknya hasil seni mereka mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

18
Dec

Siti Ke?

Dari www.utusan.com.my pada 11 Nov 2006

Ditampar kerana wang
Seorang kawan berbisik pada Kak Tim kisah seorang artis ditampar gara-gara meminjamkan suaminya sejumlah wang yang besar.

“Yang tampar tu abang artis itu sendiri,” kata kawan Kak Tim.

Kalaulah cerita itu betul, Kak Tim tak terkejut. Sejak awal lagi, Kak Tim dah dengar desas-desus konon abang artis itu memang tidak begitu ‘ngam’ dengan lelaki yang berkahwin dengan adiknya. Si abang khabarnya tidak begitu suka dengan sikap lelaki itu yang banyak mempergunakan populariti adiknya untuk meraih keuntungan.

Bersusah-payah artis ini memperniagakan bakat seninya, tiba-tiba wang simpanannya dicurahkan untuk membantu perniagaan suaminya. Itu yang menjadikan si abang begitu marah.

Mungkin niat artis itu tulus mahu membantu suami. Tapi si abang juga mungkin tulus menjaga kewangan adiknya.

Patutlah ramai artis kita yang takut terikat dengan perkahwinan. Mungkin kerana takut terkeliru, apakah cinta yang diterima kerana kasih yang tulus atau kerana wang.

Maklumlah kehidupan artis-artis kita sekarang bukan macam dulu, dibayar seratus dua ringgit untuk satu show. Tapi sekarang, sekali show dibayar puluhan ribu ringgit.

Kak Tim teringat cerita seorang penyanyi kita. Dulu sebelum jadi penyanyi, jenuh bersengkang mata sebulan di pejabat nak menanti RM3,000 masuk akaun.

Tapi lepas jadi penyanyi sepenuh masa… tak sampai sebulan, akaun melonjak sampai RM60,000. Masuk bulan keempat, dah dapat beli dua kondo mewah. Bayar tunai lagi. Tak sampai setahun menyanyi, pakai kereta besar.

Begitu mewahnya kehidupan artis sekarang. Tapi kalau kemewahan itu dilabur untuk kesenangan orang lain, tentu ramai yang kecewa terutama anggota keluarga sendiri yang begitu banyak membantu sejak awal bertapak menjadi anak seni.

17
Dec

Mawi, Siti meriahkan Malam Gala Titian Budaya M’sia-Indonesia

indian-dance-gala.jpg17-12-2006 12:59:17 AM
Radin Sri Ghazali

siti-haziq-gala.jpg
Siti ditemani Haziq menerusi lagu Ala Dondang
(Foto mStar Online Oleh Radin Sri Ghazali)

JAKARTA: Acara Titian Budaya Malaysia dan Indonesia anjuran Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia dimeriahkan lagi pada malam semalam menerusi penampilan istimewa dua orang artis tersohor negara iaitu Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan Mawi di Jakarta Convention Center.

Sebagai acara pembuka tirai, Siti diberi penghormatan dengan mendendangkan lagu yang ditulis oleh Suhaimi Pak Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah iaitu ‘Titian Budaya’ sebagai lagu tema pada acara tersebut.

Siti turut melakonkan watak seorang permaisuri menerusi lagu ‘Ala Dondang’ yang dikatakan memaparkan kisah Raja-Raja Melayu serta keutuhan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum di bawah naungan Yang Di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

siti-gala-2.jpg
Siti… Kelihatan anggun ketika menyanyikan lagu tema berjudul Titian Budaya
(mStar Online)

Penyanyi kelahiran negeri Johor, Haziq AF4 turut membuat penampilan istimewa sebagai Sultan disamping Siti menerusi lagu tersebut.

Penyanyi yang kini kian menempah popularitnya di pesada muzik tempatan, Mawi turut menyerikan acara tersebut dengan dendangan lagu irama tradisional orang Melayu iaitu Zapin Budi.

Penyanyi yang pernah menjuarai pertandingan realiti Akademi Fanatsia 3 itu juga turut menunjukkan bakatmenari zapin pada malam tersebut.

mawi-gala-2.jpg
Mawi menyanyikan lagu Zapin Budi turut menunjukkan bakat terpendamnya menerusi tarian zapin
(mStar Online)

Malam tersebut turut dimeriahkan lagi dengan beberapa orang penyanyi lain seperti Haziq AF4 yang menyanyikan lagu ‘Sayang Musalmah’, penyanyi veteran Andre Goh menerusi lagu ‘Mas Merah’ dan duet istimewa di antara penyanyi yang berbangsa India, Banumitha dan penyanyi muda Edrie Nadzrin menerusi lagu ‘Pandang-Pandang, Jeling-Jeling’.

haziq-gala.jpg
Haziq yang dikenali memperjuangkan lagu irama asli turut hadir untuk memberi persembahan
(mStar Online)

Persembahan tarian yang mewakili setiap suku kaum di Malaysia turut dipersembahkan. Antaranya adalah Tarian Jatiswaran (oleh Temple of Fine Arts), Tarian Kipas (oleh Dua Space Dance Theatre) dan jua tarian etnik masyarakat Sabah dan Sarawak (oleh Artisari Istana Budaya).

Majlis yang dihadiri kira-kira 1000 orang penonton turut diserikan dengan alunan melodi daripada gabungan Jabatan Kebudayaan Kesenian dan Warisan Negeri Sembilan bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan menerusi muzik ‘Cak Lempong’.

Tarian Jatiswaran oleh Temple of Fine Arts turut mendapat perhatian daripada penonton-penonton
(mStar Online)

Majlis itu dihadiri Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia Datuk Seri Rais Yatim bersama isterinya Datin Seri Masnah Rais , Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Bapak Menteri Kebudayaan dan Pariwisata Republik Indonesia, Ir Jero Wacik

16
Dec

Bawa anak-anak Datuk K bercuti

Datuk Siti Nurhaliza khabarnya baru saja pulang bercuti setelah seminggu berada di Pulau Bali. Sumber terdekat dengan penyanyi tersohor negara itu membisikkan pada Kak Tim, Siti tidak pergi seorang diri, tetapi bersama suaminya Datuk K.

“Tiga anak-anak Datuk pun ikut sama. Siti memang sukakan kanak-kanak. Sebab itu, budak-budak itu sukakan dia. Anak bongsu Datuk, panggil Siti, Mak Iti. Budak tu manja dengan Mak Iti dia,’’ begitu kata sumber Kak Tim, menceritakan bagaimana Siti Nurhaliza memenuhi waktu cuti sekolah bersama anak-anak Datuk K.

KAK TIM: Sekadar ke Port Dickson.

10
Dec

They shone for her

IT’S always easy to know when Datuk Siti Nurhaliza is around: an excited crowd sprouting cameras and mobile phones with cameras will invariably gather.

Last Saturday, the crowd had gathered in the concourse area of the 1 Utama shopping centre. TV3 was preparing to capture the process of selecting the participants for a reality TV show that Siti herself had come up with. Since the show is called Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene (Siti Nurhaliza Seeks a Pantene Star), the crowd had figured out that the singer herself would make the selection. So they waited patiently despite nothing happening for an hour after the scheduled start.

sv_02sitishow.jpg
Siti was her usual charming and confident self on stage, setting a fine example for the contestants of her reality TV show, Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene
Then, at 2pm, the chatter grew louder and more excited, and people started milling about. Ah, pandemonium? Siti must have arrived?.

“I love you too,” said Siti to the crowd after she got on stage half an hour later, after much teasing from the emcee, former radio DJ Angie Ng.

Her fans cheered enthusiastically. Feeeel the lurrrve? Yes, one could! Siti, I have to admit, is very obliging when it comes to her fans. When one family with a young child broke through the security ring around the table where she was sitting to ask for a photograph with her, she kindly obliged even though the show was mere minutes from starting.

The idea for Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene came about while she was shooting a Pantene commercial, Siti explained to the crowd.

“During the shoot, I remembered my early days when I started in the entertainment business (in the late 1990s). That was when I realised that a reality show would be a great platform for Malaysian women to find out what it’s like to be all that they can be,” she said in Bahasa Malaysia.

That intriguing premise had hundreds of girls, aged between 18 and 25, responding to the first call for auditions in Malacca, Johor Baru, Penang and Kuala Lumpur last month and earlier this month. From those auditions, 18 girls were selected to appear before Siti herself at the shopping complex in Bandar Utama, Selangor, last Saturday.

Siti, celebrity judge Waheeda and Proctor & Gamble assistant country marketing manager Tan Hui Woon were there to pick the 10 lucky girls who would go on to participate in the show. (Proctor & Gamble manufactures Pantene products in Malaysia.)

The 10 were scheduled to move into the Pantene House at an undisclosed location in Kuala Lumpur yesterday and would then face challenges and tests weekly that will give them the chance to show Siti and the other judges what they’re made of. Of course, viewers will get to watch every grin and grimace, every bonding session and cat fight, along the way, too!

Nurul Jannah impressed the judges with her wit and became one of the 10 girls who will be on the show.
Each week, one girl or more will be eliminated by the three judges. And the last one left standing will become a Pantene ambassador like Siti, Waheeda, Maya Karin and Camelia. The winner, in fact, will be the first non-celebrity to become a Pantene ambassador.

And with Siti on hand to guide and mentor her, who knows how many doors will open to her after that?

“You may even become more famous than I am,” said Siti to the 18 girls standing nervously on stage.

The girls dreamed about that for a second before waking up to cold reality: to have a chance at winning that prize, they had to convince the judges that they have that special “shine quality”.

The first thing the girls had to do was a little catwalk display of outfits sponsored by local brand Intoxi-Kate. Having had only that morning to rehearse their walks, the girls were, er, a little awkward, shall we say. But they had the chance to shine in the most challenging part of the competition yet: They had to recite the Pantene tagline – with feeling, mind you! – and then answer a few questions from the judges. The idea was for the participants to demonstrate their confidence and character.

One participant in particular impressed Siti with her replies.

“I will surely succeed if Siti chooses me to be a Pantene star,” said Nurul Jannah, 20, from Malacca, confidently.

Siti laughed. “And what will happen if I don’t pick you? Will you still succeed?” she asked from the judge’s table.

Also chosen to be on the show is Robyna Melissa Hon – all that long black hair must have caught the judges’ eyes since this is, after all, a show sponsored by a shampoo!
“Well, I cook well, so I can open a restaurant … or I’ll be a Mak Andam and I’ll do your make-up!” replied Nurul cheekily to an amused Siti. (A Mak Andam is someone who does bridal makeup.)

Her confidence and sass must have convinced the judges of her worth, as Nurul became one of the 10 selected to move into Pantene House.

“I’m so happy. I didn’t think that I would win because everyone was so beautiful,” said Nurul, who aspires to be a model.

Robyna Melissa Hon, 18, was the last contestant to be picked and she was on cloud nine when I met her backstage.

“I have long black hair and my dream is to be a super model. So I thought this would be a good platform to show people who I am,” she said breathlessly.

Like Robyna and Nurul, Lufiyah Sheikh Omar, 21, has a dream, too: “This is actually a stepping stone for me because I want to sing and dance. I can sing very well. I hope I can be like Siti one day,” she said.

These girls had confidence to spare, obviously! Will one of them become Malaysia’s next star?

Said Siti about the 18 contestants: ”They’re all attractive, but some of them have weak points. Maybe some were too nervous while others couldn’t remember their lines.

“But in a reality show there will be some that are lucky and others that are unlucky.”

“Don’t give up too easily,” Siti advised the ones who were not picked that day. “Perhaps it’s not your luck to be picked today, but there are lots of things out there for you to get involved in. If you are patient and hard working, you can meet all kinds of challenges.”

As for the challenges the 10 chosen girls will face on the show, nobody’s telling, not even Siti. She did say, however, that the Indonesian version of the show that has already begun airing in that country has contestants engaged in social works, such as visiting an orphanage.

“These are the kinds of values we want to instil in young people. We want to expose them from young to social work so that they will become women with good values – attractive inside as well as outside,” she said.

sv_02sitired.jpg
Siti – in the middle in a striking, chilli red Richard Tsen dress – with the 10 girls who were picked to appear in her show. Fifth from left is TV3’s head of content development, Marini Ramlan, and fourth from right is Proctor & Gamble assistant country marketing manager, Tan Hui Woon.
No, it’s not all about looking glamorous just on the outside, pointed out Siti, who loves the fact that women who wear the tudung (head scarf) are allowed to participate in a reality show where the quality of your hair is of utmost importance.

“There are a lot of women who wear the tudung in Malaysia. And shampoo is used by all kinds of people whether they wear a tudung or not,” she pointed out.

Any words of advice to the nervous 10 who will be moving into Pantene House?

“Confidence is important, but let’s not be overconfident,” she said during a break backstage. “Doing your homework is also important. Homework such as how you walk and talk. Your knowledge and your experience are important as well.”

Heed those words, girls, and, who knows, one of you might get to where Siti is today…

‘Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene’ will begin airing weekly, every Sunday, at 7.30pm from Dec 17 onwards on TV3. For more information visit tv3.com.my/pantene.

10
Dec

‘This is my life’

In a rare personal interview since her humungous wedding to Datuk Khalid Muhammad Jiwa, aka Datuk K, in September, Siti Nurhaliza gives StarMag-Variety a glimpse of her private side.

IT’S safe to say that almost everyone wants to know what married life is like for Datuk Siti Nurhaliza. (Some people even want to know if she’s pregnant yet, which is a little intrusive, I think!) So I just had to pop that question when we had a few moments together after the taping of the Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene reality show last Saturday.

sv_02datukship.jpg
Recent milestones: Receiving her Datukship from the Sultan of Pahang in October (above) and, of course, that wedding in September when she … gained a shoulder to cry on? We’re just teasing, Siti!

sv_02sitik.jpg

She gave a shy laugh and said: “My life is normal like everyone else’s. I run around and work but my work commitments have to be less now. Back then, the entire week was full of work. Now, I set aside two or three days for my family.

“I’m happy, really happy. It’s nice to have a shoulder to cry on. Before I got married, I still had my family to turn to, of course, but that’s not the same. Just ask any woman who has a boyfriend or husband what it feels like. It’s nice to be cared for by a husband, to be able to share problems and laugh together.

So, I’m happy,” she concluded – while practically glowing, so we believe her. The usual scrutiny of media and fans has obviously increased since she got married; how does she feel about that, we wonder? Unlike many stars who bemoan the loss of privacy (slightly hypocritically – after all, they did seek out their high-profile jobs, right?), Siti seems graciously at peace with where her life has taken her.

“This is the life of a celebrity. I can’t run from it and I have to be realistic. This is my life and my job.

“I’m grateful for my 11 years of experience as a singer and meeting all kinds of people, so now I’m able to control my emotions in any situation,” she said.

What does make her uncomfortable is the undeniable fact that she seems to be a source of inspiration for many. But the pedestal isn’t for her, she says.

“First of all, I’m just a normal human being. I’m not an angel nor am I perfect. I’m just fulfilling my responsibilities,” said Siti.

“I was a kampung girl from a small village (Kuala Lipis, Pahang), then I went to the city to work and face all the challenges of the music industry. I’m glad I am still able to stand and face any challenges that come my way. It is my hope that women can learn from my good qualities but not follow my bad ones,” she said demurely.

Perfect she might not be, but her rags-to-riches story, complete with a fairytale wedding as icing, is undeniably inspiring. And then there’s the title! The Sultan of Pahang awarded her the title last month and the unassuming Siti is still getting used to it, it seems.

“Rasa kekok sikitlah (It feels a little awkward),” she said with a shy laugh.

“People usually call me Siti, Siti, Siti. But (the title) is an honour and an acknowledgement from the Sultan of Pahang and a sign of appreciation, therefore I feel really appreciated and Siti junjung kurnia Tuanku (Siti humbly accepts the honour bestowed on her by the Sultan).”

7
Dec

Persis puteri

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff

Siti jadi Duta Rasmi Koleksi Tiara Elegance

7ct.jpg

LENSA kamera puluhan jurugambar yang hadir tidak berhenti difokus kepada wajah jelita penyanyi tersohor ini. Sejak dia memasuki dewan sehinggalah mengucapkan selamat tinggal untuk ke bilik persalinan, sebaik selesai acara, kelibat Datuk Siti Nurhaliza tidak putus-putus dirakam.

Lalu, tidak hairan jika ada yang membisikkan ke telinga, wanita cantik inilah yang sememangnya harus ditabalkan sebagai insan yang paling banyak dirakam gambarnya di Malaysia. Setiap kali membuat kemunculan, tidak kira majlis pelancaran, acara anugerah, pertandingan lagu, apatah lagi perkahwinan, wajah manis inilah yang paling dinantikan jurugambar.

Dan, ketika dia tampil melancarkan Koleksi Tiara De’ Elegance, di Hotel Palace of Golden Horses, Seri Kembangan, kelmarin, sekali lagi penampilannya yang persis seorang puteri, dari awal hingga akhir menjadi tumpuan.

Masakan tidak, tiara yang kemas terletak di rambutnya saja sudah bernilai kira-kira RM1 juta, manakala perhiasan di leher, jari dan lengannya juga bernilai hampir RM1 juta. Tiara Siti pada majlis pelancaran itu diberi nama Takhta Mutiara atau Throne of Pearls yang dihiasi dengan mutiara Laut Selatan serta emas putih bertatahkan berlian.

Impian Siti untuk setidak-tidaknya bergelar “puteri” walaupun buat seketika, tidak syak lagi terlaksana buat kesekian kalinya ketika dia menggayakan koleksi cantik dari Elegance Club, serta gaun putih bak Cinderella rekaan Datuk Bernard Chandran.

Sebelum ini, Siti pernah menggayakan tiara dari jenama serupa ketika dia serta Datuk Khalid Mohd Jiwa diijabkabulkan di Masjid Wilayah Persekutuan dan kemudiannya disandingkan di Kuala Lumpur Convention Centre, diikuti satu lagi majlis resepsi Kuala Lipis, Pahang.

Pada majlis terbabit, pemilik suara lunak untuk lagu Cahaya Cinta ini bukan saja melancarkan koleksi menarik tiara dari Elegance Club, bahkan dia yang juga artis paling banyak menerima anugerah di Malaysia turut diumumkan sebagai Duta Rasmi Koleksi Tiara Elegance.

“Siti amat berbangga apabila pihak Elegance Club memberikan penghormatan kepada Siti untuk menjadi duta koleksi tiara mereka. Pengarah Urusannya, Tracy Ong, adalah sahabat Siti sendiri,” ujar Siti apabila ditanya mengenai kesudiannya untuk bekerjasama dengan pengeluar tiara dan barangan perhiasan berkenaan.

Katanya, kerjasama yang dijalin bersama Tracy bukanlah baru bermula. Sebaliknya, sepanjang acara bersejarah buatnya pada Ogos dan September lalu, Tracy menyediakan beberapa koleksi tiara untuk digayakan Siti pada majlis terbabit.

“Justeru, apabila Tracy menyatakan hajat untuk menjadikan Siti sebagai duta, dengan senang hati Siti menerimanya,” katanya yang akan bekerjasama selama setahun bersama jenama itu, yang tergolong dalam produk perhiasan paling popular di kalangan wanita negara ini.

Siti berkata, selama menjalinkan kerjasama bersama Tracy, dia begitu kagum dengan cara wanita itu bekerja dan memastikan pelanggan sentiasa mendapat layanan sebaiknya. Baginya, tiada alasan untuk dia menolak tawaran daripada wanita berjaya itu kerana keserasian antara mereka cukup dirasakan.

Tracy sendiri tidak memilih artis mahu pun wanita lain bagi mewakili koleksi terbaru tiara berkenaan kerana dia percayakan aura, kuasa serta kejelitaan yang dianugerahkan kepada penyanyi ini, yang memberikannya inspirasi untuk hadir bersama koleksi terbabit.

Sepanjang bergelar duta, Siti akan tampil menggayakan serta mempromosi koleksi berkenaan dalam sekurang-kurangnya empat acara berbeza, termasuk majlis makan malam gala, iaitu sebuah acara tertutup bagi pelanggan jenama terbabit, yang berlangsung pada sebelah malam sebaik saja sidang akhbar berkenaan ditamatkan.

Kata Siti lagi, pada acara pertama malam itu, selain mengadakan persembahan, dia juga akan mengenakan kira-kira tiga tiara Elegance, yang diperindahkan lagi dengan tiga gaun rekaan Bernard.

6
Dec

Gelaran Ratu ‘Tiara’ kini milik Siti

06-12-2006 03:09:57 PM
Radin Sri Ghazali

siti-1.jpg
Datuk Siti Nurhaliza Tarudin sekali lagi mencipta namanya sebagai duta kepada Elegance Tiara Collection
(Foto The Star Oleh Ibrahim Mohtar)

KUALA LUMPUR: Datuk Siti Nurhaliza Tarudin sekali lagi melakar sejarah apabila dia dilantik sebagai duta kepada koleksi terhad, ‘Elegance Tiara Collection’ bertempat di Palace of the Golden Horses baru-baru ini .

Koleksi tersebut adalah hasil rekaan Tracy Ong iaitu pengasas kepada Elegance Club Sdn Bhd dan merupakan tiara eksklusif yang pertama di Malaysia.

ct44.jpg

Siti tetap anggun dan berseri walaupun sudah bergelar isteri (Foto The Star oleh Ibrahim Mohtar)

Ketika memberi ucapan alu-aluan kepada tetamu yang hadir, Siti tidak putus-putus menyuarakan kekaguman dan memuji kecantikan serta keanggunan koleksi tiara dari Elegance Club tersebut.

siti-3.jpg

Penglibatan Siti sebagai duta dikatakan tidak membebankannya daripada segi kerja
(Foto The Star)

“Siti amat bersetuju dengan moto Tracy Ong iaitu ‘A Thing of Beauty is a Joy Forever’ (Sesuatu kecantikan itu merupakan sebuah kegembiraan yang kekal untuk selamanya) dan kagum dengan rekaan koleksi terbaru serta terhad Elegance Club.

“Oleh itu, Siti berbesar hati untuk menjadi duta kepada koleksi ini,” ujarnya lagi.

Pereka yang berbakat besar itu juga pernah menaja kesemua tiara yang dipakai oleh Siti bagi majlis akad nikah serta persandingannya di KLCC dan Kuala Lipis.

Keserasian di antara Tracy dan Siti membuat penyanyi terkenal itu tidak teragak-agak untuk memberi kerjasama apabila diminta menjadi duta.

Bagi Tracy dia telah membuat satu pilihan yang tepat dengan memilih penyanyi berusia 28 tahun itu sebagai duta untuk koleksi tiara ekslusif yang akan berada di pasaran pada bulan Disember ini.

“Kami mempunyai kerjasama yang baik sejak dari dulu lagi. Malah, Siti begitu kagum dengan Tracy terutamanya daripada segi perniagaan kerana dia merupakan seorang wanita yang gigih berusaha,” ujar Siti ketika sidang akhbar yang berlangsung kira-kira sepuluh minit.

siti-2.jpg
Siti mengenakan tiara disaluti emas putih yang dihiasi dengan koleksi mutiara khas iaitu South Sea Pearls yang disulami ratusan butir belian
(Foto The Star)

Siti telah menandatangani perjanjian dengan Elegance Club Sdn Bhd selama setahun dan akan menggunakan koleksi tiara tersebut untuk beberapa majlis yang melibatkan Elegance Club Sdn Bhd..

siti-4.jpg

Siti kelihatan anggun dengan gaun tajaan Datuk Berrnard Chandran
(Foto The Star)

“Bagi Siti, endorsement ini tidaklah seberat mana kerana ianya hanya tertakluk kepada penggunaan tiara sahaja dan bukannya jenis barang perhiasan yang lain,” ujarnya yang kelihatan anggun dengan koleksi tiara ‘Throne of Pearls’ yang bernilai kira-kira RM 2 juta ringgit.

Tiara yang disaluti emas putih itu dihiasi dengan koleksi mutiara khas iaitu ‘South Sea Pearls’dan disertakan dengan ratusan butir berlian.

Pada malam yang sama juga, Siti Nurhaliza turut mengadakan persembahan tertutup di Palace of the Golden Horses sempena Malam Penghargaan untuk pelanggan-pelanggan setia Elegance Club.

Kesemua set barangan kemas untuk persembahan pada malam itu ditaja oleh Elegance Club.

Manakala busana Siti Nurhaliza ditaja oleh pereka tersohor negara, Datuk Bernard Chandran.

5
Dec

Transfered Posts

Bagaikan Mimpi Sahaja…
Anugerah ERA 2006
Yok Ganyang!
Siti Nurhaliza Bersanding 2006
Selamat Bersanding Datin Siti Nurhaliza!
Selamat Pengantin BARU Buat Datin Siti Nurhaliza Dan Selamat Pengantin LAMA Buat Dato Khalid Mohd Jiwa
Biarlah Siti Dan Rahsianya
Siti Nurhaliza Yang Terlampau
Halang Siti Nurhaliza Berkahwin Dengan Dato’ K ???
Biarlah Dato’ K
SMS Layang Siti Nurhaliza & Dato’ Khalid
Komik Siti Nurhaliza & Dato’ K
Peminat Siti Nurhaliza Ditipah
Confirm!
Kami Tak Bodoh!
Apa ni Siti?
Biarlah Rahsia
Percayakan Siti
Milik Siapakah Gadis Ini?
Hadapi Dengan Senyuman
Pergilah Sayang
Sharifah Aini VS Siti Nurhaliza
Happy Birthday Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza Nak Kahwin?
What happen Siti Nurhaliza???
Siti AT MTVAsia Aid 2005
Telur oH Telur…
Siti Nurhaliza tak akan jadi Juara Malaysia lagi
Kenapa Malam Amal Suria 2002 kurang sambutan?
Durian and Siti Nurhaliza???
Peminat Siti Nurhaliza Ditipu!!!
Apa kata Siti Nurhaliza mengenai laman http://siti.nurhaliza.com?