Skip to content

Archive for September 2004

5
Sep

Kasihan Siti Nurhaliza — Kris Dayanti.



Oleh TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN

KETIKA namanya dikaitkan dalam e-mel layang yang memburukkan Siti Nurhaliza, Krisdayanti hadir lagi ke negara ini.

Walaupun didatangkan bukan untuk menjawab fitnah yang mengaibkan itu, mahu tidak mahu dia terpaksa melayan pertanyaan tentang perkara yang bermain di kepala jutaan rakyat Malaysia ketika ini.

“Saya hanya tahu tentang fitnah mengaitkan saya dan Siti itu melalui media yang menemu bual saya semalam,” kata Kris kepada Pancaindera dalam pertemuan kami, pagi Rabu lalu.

Pertemuan yang turut ditemani oleh suaminya, Anang Hermansyah ini dalam waktu yang cukup terbatas.

Bagaimanapun Anang tidak mengganggu, sebaliknya sibuk membelek buah hati barunya kamera digital berharga RM15,000 ribu yang dibeli di Hong Kong.

“Itu hobi baru suami saya, nampaknya asyik sekali dia. Tetapi yang jadi hobinya boleh buat kami `semput’, ya mahal sekali harganya,” adu Kris cuba mengusik Anang yang leka dengan dunia barunya itu.

Menjeling kepada jadual acara yang disediakan syarikat rakamannya cukup untuk membuatkan orang biasa seperti kita `pening’.

Langsung tiada rehat dan pagi itu sahaja dalam masa empat jam, Kris bertemu bual dan mengadakan sesi fotografi dengan tiga akhbar.

Tetapi kesudian Kris untuk menjawab soalan yang berbaur negatif tetapi perlukan penjelasan, amat dihargai.

Pertemuan singkat di tepi tangga hotel mewah ini memberikan jawapan kenapa Kris berjaya mempertahankan nama gah di kedua-dua negara Indonesia dan Malaysia, meskipun dalam kemelut dan kontroversi yang tidak berkesudahan.

Semuanya kerana kejujuran seorang yang bernama Krisdayanti.

* Kenapa Siti Nurhaliza dibuat begitu?

Bercakap tentang e-mel layang terhadap Siti Nurhaliza yang turut mengaitkan namanya, Kris menjelaskan, itu adalah salah satu daripada bahana yang dibawa oleh kemajuan teknologi.

“Kita tidak boleh melawan dengan akses bebas ini lagi. Fitnah disebarkan dengan sesuka hati dan banyak hati yang menderita kerana itu.

“Bagaimanapun saya menganggap ia adalah sesuatu yang lumrah dalam hidup terutamanya orang seni seperti saya.”

Lalu sejauh mana tuduhan mengatakan Kris membawa Siti berjumpa dengan bomoh untuk menaikkan seri wajah ketika penyanyi popular itu di Indonesia?

“Bomoh itu apa ya?”spontan saja pertanyaan yang keluar daripada bibir mungilnya tanpa menjawab pertanyaan saya.

Setelah diberi keterangan tentang perkara itu, seketika dia terdiam. Dua tangan berdakap kejap dan dengan nada serius yang berhati-hati, Kris menjawab, “Kasihan ya dengan Siti. Kenapa mahu buat macam-macam tuduhan seperti itu?

“Saya hanya bertemu dengan dia beberapa kali sahaja. Dia ke Indonesia atas urusan kerja waktunya sangat terbatas.

“Jadi kami hanya berjumpa di hotel dan di tempat-tempat persembahan, itu sahaja,” katanya, jujur.

* Artis Malaysia buat operasi kecantikan di Indonesia?

Bagaimanapun Kris mengakui sering kali ditanya mengenai apa betul banyak artis tempatan ke Indonesia untuk buat operasi kecantikan.

Kos yang murah dan ketinggian teknologi industri kecantikan dan kosmetik di negara itu menjadikan ia lokasi terbaik untuk merobah wajah.

Yang bulat menjadi bujur sirih, kulit gelap menjadi putih bersih dan hidung kemik menjadi terletak bak seludang – itulah bantuan kecanggihan teknologi dunia solekan yang dianggap semakin penting bagi mereka bergelar celebrity hari ini.

“Ya, kalau yang dinamakan wanita itu tentunya sangat prihatin dalam soal-soal kewanitaannya.

“Apa yang saya boleh kata, saya belum pernah melihat dengan mata saya sendiri artis-artis Malaysia melakukan operasi di sini. Belum pernah!” ungkapnya dengan gaya bahasa yang cukup berlapik.

Beberapa saat kemudian, Kris menambah lagi, “Jujur saja kita bicara, kalau ada yang melakukannya saya fikir ia soal yang sangat peribadi.

“Semua wanita perlu kepada hal-hal seperti ini di pandangan saya,” jelas penyanyi yang pernah membuat pengakuan jujur bahawa dia telah menggunakan botox untuk memudakan kulit wajah.

Apatah lagi sebagai artis, kata Kris, pendedahan kepada penggunaan kosmetik yang tebal dan cahaya lampu yang kuat untuk rakaman televisyen dan sesi fotografi menjadikan golongan ini sangat prihatin kepada teknik-teknik terbaru dalam dunia kecantikan.

“Justeru kalau ada yang melakukannya ia adalah satu keperluan, bukan untuk melawan pemberian Tuhan,” tegasnya.

* Media Indonesia ibarat mengorek `tong sampah’

Banyak artis Malaysia yang cuba mengorak langkah ke Indonesia menerima `kejutan’ dengan budaya yang diamalkan oleh pihak media di sana.

Terbaru Misha Omar memberitahu, bahawa dia lebih banyak diasak dengan persoalan yang `menggerunkan’ ketika sesi promosinya di Indonesia, di luar daripada kebiasaan media di negara ini.

Menjawab soal itu, kata Kris, sememangnya budaya itu diamalkan sudah sekian lama oleh sesetengah pihak media di negaranya.

“Baru-baru ini seorang artis membuat keputusan nekad, mengeluarkan pistol dan menembak ke ruang udara apabila tidak tahan bila diasak bertubi-tubi dengan soalan peribadi oleh media.

“Media ini lebih banyak mengorek di tempat sampah dan mencari-cari keburukan kami untuk dipaparkan.

“Ini yang menakutkan dan menjadikan artis tidak boleh menjadi diri mereka sendiri.”

Bagaimanapun keadaan itu kata Kris, tidak melemahkan semangatnya untuk terus memberikan kerjasama terbaik dengan media.

“Bukankah media dan artis saling memerlukan? Saya tidak pernah paranoid untuk bertemu media walaupun ketika berhadapan dengan kontroversi.

“Cuma sebagai manusia, kita juga berhak untuk berasa marah dan kecewa apabila mereka mengorek sampai ke `tong sampah’ untuk mencari keburukan.”

* Hari indah bermula dengan senyuman

Kejelitaan dan keindahan yang terpancar daripada wajahnya bukan dengan bantuan suntikan botox dan solekan semata-mata.

Itu hanyalah teknik yang membantu pengekalan kecantikan tetapi bagi Kris apa yang penting ialah bangun pagi dengan senyuman dan keceriaan.

“Petua saya mudah sahaja. Bangun awal pagi dengan melakukan perkara yang indah-indah.

“Membangunkan semangat itu penting agar kita tidak memulakan hari dengan kemarahan dan kebosanan,” katanya berkongsi petua.

* Akui tewas dengan populariti artis baru

Sebagaimana Siti Nurhaliza yang menerima persaingan dengan bintang-bintang baru dari sudut yang cukup positif, Kris juga menjadi salah seorang daripada kelompok itu.

Jika Siti dilihat sedikit tewas dengan persaingan bintang yang lahir melalui pertandingan Akademi Fantasia ketika ini, Kris juga berhadapan dengan keadaan yang sama.

“Saya kena terima keadaan. Ketika ini industri hiburan tengah menerima kehadiran bintang baru ini dengan marak sekali, ini perlu kita banggakan.

“Saya bangga dengan kehadiran bintang baru yang berprestasi tinggi seperti mereka. Cuma harapan saya agar mereka tidak menjadi `bintang segera’, tetapi bintang yang kekal lama di persada ini,” katanya yang terpaksa mengambil masa lebih 10 tahun untuk sukses seperti hari ini.

* Cahaya – buah tangan terbaru

Kedatangan Kris ke Malaysia di saat-saat seluruh negara menyambut kemerdekaan ke-47 bukan dengan jiwa kosong.

Dia sebaliknya dalam rangka mempromosikan album terbarunya, Cahaya yang dipasarkan oleh Warner Music Malaysia di sini.

Ada suara-suara nakal, termasuk rakan artis yang bertanya kenapa perlu untuk Krisdayanti sibuk membuat promosi lagi dalam pada saat namanya di puncak populariti seperti hari ini.

Tetapi Krisdayanti adalah Krisdayanti. Prinsip hidupnya sangat jelas. Dia tidak pernah percaya bahawa populariti boleh memberi peluang kepadanya untuk menjadi orang yang terleka walau
hanya seketika.

“Sayang sekali kalau yang dinamakan `artis besar’ itu jika dia memilih `menghalalkan’ cara yang tidak menghargai orang lain.

“Saya perlu terus mempromosikan produk terbaru saya kerana saya membawa sesuatu yang baru di sini.

“Muziknya baru, semangatnya baru dan segala-galanya baru. Jadi saya tidak seharusnya hanya bersandarkan kepada kehebatan dahulu untuk terus kekal pada hari ini dan juga esok,” katanya berfalsafah.

Peristiwa kedatangan pertamanya ke Malaysia pada awal tahun 1999 menjadikan Kris cukup menghargai apa yang menjadi miliknya hari ini.

“Waktu itu saya datang ke sini, langsung tidak dipedulikan oleh peminat. Media juga hanya beberapa kerat sahaja yang datang.

“Atas usaha yang bukan sedikit sekarang keadaan sudah berubah. Saya sangat berbesar hati dengan penerimaan ini lalu saya perlu menjaga kepercayaan ini dengan sebaik mungkin,” katanya.

Yang dinamakan artis besar juga kata Krisdayanti, perlu sentiasa turun padang, mendekati peminat, mempromosi diri di radio, akhbar dan majalah kerana itu adalah rahsia kejayaan.

http://www.utusan.com.my/

2
Sep

Pop queen Siti to report online slander.

BY IZATUN SHARI
PETALING JAYA: E-mails deriding pop queen Siti Nurhaliza Taruddin have reached as far as Taiwan, besides circulating in Malaysia, Indonesia and Singapore.

The singer’s brother Saiful Bahri said a government official in Taipei alerted Siti Nurhaliza about the e-mails when she was performing there recently.

“We do not want to create trouble for others but it has gone to a level that challenges our family’s dignity.

“This is close to killing her career,” said Saiful Bahri, who is also co-managing director of Siti Nurhaliza Productions (SNP), the company that manages the singer.

He said she would lodge a police report before she leaves for her concert in Indonesia soon.

“Siti Nurhaliza is very sad and could not believe that someone would run down another Malaysian,” he said, commenting on reports that the artiste had become a victim of slanderous e-mails which claimed that she did not possess a clean image as portrayed by the media.

The authors of the e-mails, purportedly called “Asmah and the Gang,” claimed they were Astro staff.

Siti Nurhaliza said she received two such e-mails prior to her concert at the National Stadium in Bukit Jalil recently and another one last week.

“We have to act as it challenged Siti Nurhaliza’s dignity,” said Saiful Bahri, adding that the move to lodge a police report was also aimed at curbing the culture of spreading lies through e-mails.

SNP has engaged lawyers to handle the matter.

Karyawan chairman Zainal Abidin Omar said the prime suspect was someone from the industry, adding that the trend of using e-mails to spread rumours about an individual’s personal life should be stopped.

“It is all right to criticise one’s performance but not her personal life.”

“Let the police track down the culprits,” he said, adding that he brought the matter to Deputy Internal Security Minister Datuk Noh Omar’s attention on Tuesday.

http://thestar.com.my/