Skip to content

Archive for February 2004

29
Feb

Corat-Coret Anugerah Planet Muzik 2004.



Siti tak menang tangan

Anugerah Planet Muzik 2004 (APM 04) masih segar di minda walau sudah seminggu berlalu. Selain menjadi gelanggang memperkukuhkan lagi industri muzik di rantau kepulauan Melayu, inilah saja peluang untuk penduduk khususnya orang Melayu kota singa untuk bertemu artis pujaan mereka. Apapun di sebalik kemeriahan itu ada juga perkara yang sedap dan kurang enak untuk dipandang dan didengar. Ikuti corat coret APM 2004.

Mula-mula nampak macam macho-macho belaka tapi rupanya indah khabar dari rupa. Petugas keselamatan ramai pun boleh jadi lauk dek kerakusan peminat Singapura yang sudah lama kepingin untuk bertemu empat mata dengan artis popular dari Malaysia, Singapura dan Indonesia yang diarak dengan kereta Mercedes.

Pelik juga tengok gaya mereka, ingatkan pelayan artis rupanya petugas keselamatan. Memang tidak kena gaya, pakai kemeja hitam dan seluar hitam tapi tali leher tiba-tiba warna merah jambu.

Entah mengapa setiap kali deejay Adi Rahman tampil memenuhi ruang waktu ketika slot pesanan penaja, penonton menyorak kerana tidak berkenan dengan aksinya yang kononnya lawak tetapi berbaur sinikal.

Panik juga apabila jurugambar Berita Harian Rosdan Wahid dan wartawan URTV Johar ditahan pihak kastam Singapura kerana curiga dengan kelengkapan fotografi yang banyak dibawa bersama. Ketua rombongan Warner Music, Aida Husin rupanya sudah terlepas di hadapan bersama dengan surat pengisytiharan kelengkapan berkenaan. Lega akhirnya, apabila dua orang media itu dibebaskan.

Sidang media sebaik majlis berakhir bertukar menjadi sesi bergambar artis bersama peminat. Ini menyukarkan pihak media dari ketiga-tiga negara untuk bertanya soalan. Sudahlah terpaksa berhimpit-himpit dengan peminat akhirnya, media yang putus asa terus berlalu pergi.

Cukup menyedihkan apabila penganjur tidak menyediakan kemudahan untuk media menghantar bahan berita. Akibatnya wartawan dan jurugambar Berita Harian terpaksa berpusing satu dewan untuk mencari plak tiga pin. Akhirnya kami meminjam kelengkapan milik bahagian teknikal.

Rupanya ada peminat yang sanggup tidak menonton konsert Mariah Carey (malam yang sama) sebab nak tengok persembahan Siti Nurhaliza di APM04.

Sebaik tamat majlis, peminat terus menyerbu ke pentas untuk bersalam dengan Siti. Sampai lenguh tangan artis ini menunjukkan betapa kuatnya pengaruh Siti berbanding artis lain. Pegawai keselamatan panik seketika kerana keadaan agak di luar kawalan.

http://www.emedia.com.my/”

29
Feb

Layanan kelas dua artis Malaysia.

Siti Nurhaliza ketika menerima Anugerah Artis Terbauk di Anugerah Planet Muzik 2004

SAYA hendak minta tolong pada wartawan di Malaysia supaya ambil perhatian pada layanan yang diberikan pada artis Asia terutama dari Malaysia sendiri pada MTV Asia Awards 2004 yang baru lalu.

Cukup sakit rasanya hati apabila ketika Siti Nurhaliza berduet dengan Gareth Gates tapi suara tenggelam timbul. Jelas sangat kedengaran mikrofonnya diperlahankan. Tak tahulah apa sebabnya. Barangkali mereka takut artis luar gigit jari kerana terkedu dengan vokal power artis Asia.

Kasihan tengok Siti yang bersusah payah meneran suara supaya sama level dengan Gareth. Entahlah, hilang seri rasanya vokal Siti Nurhaliza yang kita puji selama ini pada malam itu.

Harap ada pihak yang mengambil inisiatif untuk tegur, pantau atau beri komen pada MTV Asia agar perkara ini tidak berulang lagi. Kita ada banyak persatuan hiburan yang kononnya membela nasib artis Malaysia. Memanglah langkah untuk gabungkan duet artis Barat dan Timur sesuatu yang bagus untuk pendedahan dan publisiti tetapi caranya tak kena!

Mereka seolah-olah merendahkan keupayaan dan kredibiliti artis Asia itu sendiri. Memanglah bukan senang hendak membuat persembahan pada malam itu tetapi biarlah adil dan saksama.

Mujurlah Siti menang malam itu, rasa terubatlah sikit rasa sakit di hati. Tetapi alangkah bagusnya kalau Siti dapat lebih lancar bertutur bahasa Inggeris. Sampai bila Siti hendak berada di takuk lama? Orang luar sudah mula pandang Siti, jadi apa lagi? Siti sewajarnya mencari masa untuk belajar dan belajar bahasa Inggeris. Saya tahu Siti subuk tetapi apa salahnya untuk kemajuan diri dan industri muzik kita.

Peminat Siti

http://www.emedia.com.my/”

29
Feb

Saya tak sempurna – Norman KRU.

“ALHAMDULILLAH suara Norman Abdul Halim (Norman KRU) ceria semasa Zubir berbual dengannya menerusi telefon, baru-baru ini, sekali gus menafikan ‘suara sumbang’ yang mengatakan Norman masih tertekan selepas dilanda kontroversi yang mengheretnya hingga ke mahkamah.

Pun begitu, sebelum Zubir menceritakan perkembangan terbaru dunia korporat KRU Berhad, izinkan Zubir berkongsi cerita me-ngenai peminat Bintang Popular dari Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur yang amat berharap Norman menamatkan za-man bujangnya bersama finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003 (ABP-BH2003) iaitu Siti Nurhaliza Tarudin!

Peminat berkenaan dalam perbualan telefonnya, berkata sekiranya Norman dan Siti disatukan sebagai suami, isteri, tidak akan timbul isu siapa tumpang populariti siapa kerana kedua-dua personaliti berkenaan mempunyai banyak persamaan, sama-sama popular, berpengaruh, ada production house sendiri dan kaya! Yang penting, mereka masih single.

Justeru, apa kata Norman apabila Zubir memintanya mengulas mengenai harapan peminat berkenaan? ìAku tak nak komen apa-apa Zubir. Sebarang kenyataan pastinya akan menyinggung perasaan peminat dan keluarga Siti sendiri. Lagipun aku dengan Siti, kenal macam-macam tu aje. Kami tak pernah berborak di telefon, keluar jauh sekali.

“”Lagipun siapalah aku di mata Siti, aku ni tak sempurna,î jelas Norman, sekali gus meninggalkan 1001 tanda tanya di dalam kepala Zubir, sama ada Norman merajuk dengan insan bernama wanita.

Norman pernah digosipkan bercinta dengan personaliti TV3, Norazlina Redzwan (Alin) dan sebelum itu, Rita Rudaini. Pun begitu, gosip tinggal gosip apabila sehingga ke hari ini, baik Norman, Alin mahupun Rita, semuanya membawa haluan sendiri. Zubir rasa mereka ni kena mandi bunga! Jangan marah beb.

Sementara itu, Zubir dengar cerita, ketika ini Norman, Edry dan Yusry berada di Los Angelas (LA), Amerika Syarikat sehingga 6 Mac depan. Mereka ke LA bukan makan angin, sebaliknya mengintai peluang pernia–gaan untuk melebarkan empayar KRU Berhad.

Menurut sumber, PT KRU International akan beroperasi di Jakarta, Indonesia, mulai April depan dan KRU bercadang melancarkan rangkaian perniagaannya di LA dalam masa terdekat ini. Khabarnya, Norman akan menghantar Edry ke LA untuk menguruskan perniagaan mereka sekiranya cita-cita KRU untuk mempunyai pejabat di LA menjadi kenyataan suatu hari nanti.

Zubir hanya mendoakan cita-cita Norman bersama adik beradiknya akan tercapai suatu hari nanti, insya-Allah. Oh ya Norman, calon isteri jangan lupa cari ya. Awak tu bukannya muda lagi, dah 32 tahun. Cool Norman, cool!

http://www.emedia.com.my/”

23
Feb

APM 2004 – Kemenangan Siti Nurhaliza sudah diduga.

SELAGI kuasa memilih terletak di tangan peminat, maka keputusan yang bakal diperolehi sudah dapat dijangkakan. Begitulah yang terjadi setiap kali nama penyanyi terkenal Siti Nurhaliza tercalon untuk sesuatu pertandingan.

Meskipun peminat adalah juri amatur namun keputusan yang mereka buat itu bijak dan bukan berdasarkan kepada pilihan melulu semata-mata.

Menerusi acara Anugerah Planet Muzik 2004 (APM 2004) yang berlangsung di Singapore Expo Hall 3, Jumaat lalu, peminat sekali lagi membuat keputusan meletakkan Siti di tangga teratas.

Kemenangan Siti dalam APM 2004 sudah dapat diduga sejak awal lagi. Sejarah APM telah membuktikan bahawa penyanyi tersebut mempunyai rekod yang tersendiri.

Senario itu dapat dilihat sejak Anugerah Planet Muzik bermula pada 2001, Siti yang sering tercalon untuk anugerah Artis Wanita Paling Popular menguasai kategori tersebut.

Acara yang merupakan pengiktirafan muzik untuk karyawan dari Malaysia, Indonesia dan Singapura itu juga terus meletakkan penyanyi dari Kuala Lipis, Pahang itu sebagai Artis Wanita Terbaik di rantau ini.

Penguasaan Siti dalam kedua-dua kategori itu sejak APM dimulakan dilihat ada rasionalnya.

Berbanding dengan penyanyi lain, Siti berjaya menguasai pasaran muzik di ketiga-tiga negara. Maka tidak hairanlah setiap kali namanya disebut, peminat akan menjerit berbanding penyanyi lain yang kurang dikenali di kalangan peminat tempatan.

Maka jika ada pihak merasakan kemenangan penyanyi yang sentiasa bersikap rendah diri itu tidak wajar, harap mereka membuat kajian dulu sebelum mencemuh.

Dalam acara yang berlangsung selama tiga jam itu, Siti yang turut menerima anugerah Lagu Paling Popular (Bukan Cinta Biasa) berkata, kehadirannya ke APM 2004 lebih ditumpukan kepada persembahan dan kemenangan yang diraih di luar jangkaan.

“Siti tak sangka akan menang dan secara ikhlas, Siti tidak menaruh apa-apa harapan kerana pada tahun ini semua artis yang dicalonkan memang hebat.

“Terutamanya untuk kategori Artis Wanita Terbaik. Siti tak sangka, Siti ingat mungkin Titi DJ dari Indonesa kerana dia memang diva dan terbaik. Jadi bila Siti dipilih, syukur alhamdulillah,” jelasnya yang turut memperdengarkan lagu baru, Akhir Zaman sewaktu persembahan.

Seorang lagi artis tempatan yang tidak sangka akan menang ialah Anuar Zain. Penyanyi yang mempunyai ramai peminat wanita itu terus menguasai kategori Artis Lelaki Paling Popular sejak tahun lalu lagi.

Turut tercalon untuk kategori ini ialah Ajai, Chrisye, Ferhad, Glenn, Hazami, Hazrul Nizam, Iwan Falls, Jamal Abdillah dan Yusry.

Kata Anuar, kemenangannya adalah atas sokongan peminat sekalian dan sebagai balasan untuk mereka, dia berjanji akan menghasilkan album terbaik di masa akan datang.

“Sebenarnya saya tak sangka akan menang sebab tahun lepas dapat anugerah yang sama dan saya ingin ucapkan terima kasih pada peminat kerana sudi memilih saya.

“Pada saya Glenn, Ajai dan peserta lain memang bagus dan mereka juga berhak. Kemenangan ini membuatkan saya akan lebih berusaha untuk maju dan menghasilkan yang lebih baik,” katanya penuh semangat.

Bagi Exists pula kemenangan yang diraih bagi kategori Kumpulan Paling Popular merupakan sejarah kepada mereka kerana pertama kali menang.

Menurut Ezad yang mendendangkan lagu Singkong dan Keju di pembukaan acara bersama Andy Flop Poppy, Thaqif (Singapura) dan Natasha (Indonesia), kemenangan yang diperolehi sebagai pembakar semangat untuk mereka.

“Kalau saya tahu Exists ada peluang menang sudah tentu saya bersedia dari awal. Disebabkan tidak sangkalah maka saya berada di belakang pentas, rileks. Apa pun saya bersyukur kerana ini adalah kejayaan pertama Exists dalam APM,” katanya mewakili rakan-rakan lain.

Exists ketika ini sibuk mencari bahan untuk album baru yang dijangka akan diterbitkan pada hujung tahun ini.

Satu perkara yang paling jelas untuk kategori Artis Baru Lelaki, Wanita dan Kumpulan Terbaik semuanya didominasi oleh artis Indonesia. Marcell yang popular dengan lagu Hanya Memuji berduet dengan Shanty, memenangi kategori Artis Baru Lelaki Terbaik.

Walaupun Agnes Monica belum menyerlah bagi peminat tempatan, namun penyanyi yang juga pelakon drama yang mempunyai vokal yang mantap memenangi kategori Artis Baru Wanita Terbaik. Sementara itu, bagi kategori Kumpulan Baru Terbaik dimenangi oleh Utopia. Ketiga-tiga artis tersebut mempunyai keistimewaan tersendiri.

Ternyata anugerah yang dianjurkan oleh Mediacorp Radio RIA dan Warna dengan kerjasama Beond DDB (M) Sdn. Bhd. itu lebih dikuasai oleh artis Malaysia dan Indonesia.

Artis tuan rumah hanya menonjol untuk kategori yang dipertandingkan bagi peringkat Singapura sahaja. Itupun hanya dikuasai oleh Ferhad.

Ferhad, penyanyi yang mencipta nama di Malaysia itu berjaya memperoleh anugerah untuk kategori Artis Solo Terbaik, Lagu Terbaik dan Album Terbaik Singapura.

Saingan terdekat Ferhad dalam ketiga-tiga kategori itu ialah Hazrul Nizam yang gaya nyanyiannya seperti Rem.

Sementara itu Chrisye dari Singapura dipilih sebagai penerima Anugerah Khas APM 2004 kerana sumbangannya dalam menyemarakkan industri muzik di Indonesia.

Artis Indonesia lain yang berjaya memenangi anugerah ialah Padi (Album Terbaik – Save My Soul dan Kumpulan Terbaik), Iwan Fals (Artis Lelaki Terbaik) dan Ari Lasso (Lagu Terbaik – Rahasia Perempuan, ciptaan Ahmad Dhani dari kumpulan Dewa).

Meskipun majlis yang diacarakan oleh Aznil Nawawi (Malaysia), Shanty (Indonesia) dan Adi Rahman serta Ab. Shake (Singapura) itu berjaya mengumpul penggiat seni dari tiga negara, namun ada yang berpendapat acara yang dipersembahkan pada malam berprestij itu terlalu lama.

Antara artis yang menjayakan persembahan ialah Liza Hanim, Erra Fazira, Yusry, Yasin, Waheeda, Glenn, Audy dan Rosalina.

http://www.utusan.com.my/

23
Feb

Indonesia Raih 5 Penghargaan Tapi Siti Nurhaliza Terpopuler di Anugerah Planet Muzik 2004 di Singapura.

“Singapura (SIB)

Sejumlah artis Indonesia kembali menunjukkan yang terbaik di kawasan Asia Tenggara. Melalui pesta musik Anugerah Planet Muzik 2004 yang digelar di Singapore Expo, Jumat (20/2) anugerah yang diberikan oleh persatuan media elektronik Singapura (Media Corp Radio) tersebut memberikan lima penghargaan bagi artis Indonesia. Meski demikian, artis Malaysia Siti Nurhaliza terpopuler. Begitu namanya disebut dan sosok mungil artis yang pernah digosipkan naksir sama Ari Wibowo tersebut kelihatan, sekitar 3.000-an penonton di ruang tersebut bersorak-sorak dan berteriak memanggil namanya. Siti pun tersipu-sipu tatkala MC Najib Ali yang ganjen tersebut merayunya.

Artis Indonesia yang beroleh penghargaan adalah Marcell yang beroleh anugerah sebagai Artis Lelaki Pendatang Baru Terbaik, Utopia meraih anugerah Duo/Kumpulan Pendatang Baru Terbaik, Agnes Monica penerima anugerah Artis Perempuan Pendatang Baru Terbaik, Padi yang mendapat anugerah Duo/Kumpulan Terpopuler, Iwan Fals mendapat anugerah Artis lelaki Terbaik, Chrisye yang beroleh anugerah Anugerah Khas Planet Muzik, Ari Lasso yang meraih anugerah Lagu Terbaik lewat tembang Rahasia Perempuan, Padi yang beroleh anugerah Album Terbaik lewat album My Soul. Sementara itu Siti Nurhaliza mendapatkan tiga penghargaan Anugerah Artis Perempuan Terpopuler dan Anugerah Artis Perempuan Terbaik serta Anugerah Lagu Paling Populer lewat lagu Bukan Cinta Biasa. Lagu tersebut pun populer di Indonesia.

Anugerah diberikan atas dasar keterbaikan dan keterpopuleran di negara-negara di Asia Tenggara dengan penekanan di tiga negara: Malaysia, Indonesia dan Singapura. Di pemberian anugerah tersebut, Siti Nurhalizah yang paling sering tampil di atas pentas, baik untuk membacakan pemenang atas dasar nominasi hingga mengambil hadiah. “”Penghargaan ini membuat Siti terpacu untuk terus kerja keras,”" tandasnya dengan bibir tersenyum sambil mengatakan ia ingin memiliki pikiran yang lebih dewasa dengan album (di kemudian hari) lebih baik.

Perempuan kelahiran Pahang 11 Januari 1979 tersebut mengaku bahagia dengan anugerah yang diberikan padanya. Anugerah tersebut pun bukan hal pertama diraihnya namun tetap memberi kebahagiaan dan membuatnya ingin tetap lebih baik di kemudian hari. Meski berasal dari lain negara, antara Siti dan artis Indonesia yang juga hadir seperti tidak ada batas. Mereka selalu terlibat cengkerama.

Sejumlah artis Indonesia yang menerima penghargaan pun diberi kesempatan untuk melantunkan suara. Dari seluruh artis Indonesia yang tampil, Agnes Monica beroleh sambutan paling istimewa. Begitu diminta untuk naik, massa yang sebagian besar orang muda langsung berteriak-teriak dan memanggil namanya. Dengan gerak tomboy Agnes Monica melambai-lambaikan tangan. Agnes beroleh anugerah karena album …And The Story Goes meski album tersebut tidak begitu laris di Malaysia dan Singapura. Di dua negara ini, album Dekade Chrisye yang terjual terbanyak yakni lebih dari 10.000 keping. Massa setempat mengenal Agnes Monica karena sinetron Pernikahan Dini diputar di Singapura dan ditonton publik Malaysia. Sementara itu, meski tampil dengan suara memukau, Ari Lasso kurang mendapat sambutan. Suara Ari Lasso secara kualitas istimewa, menyelesaikan penampilan dengan baik tapi Ari Lasso sepi dari tepukan. Aplaus yang diterima ketika yang bersangkutan diumumkan menerima Anugerah Lagu Terbaik lewat tempat Rahasia Perempuan di album Keabadian.

Selain artis Indonesia penerima penghargaan tersebut, Shanty pun tampil sebagai mc dari Indonesia. Bravo. (a6/l)

http://www.hariansib.com/”

23
Feb

APM2004 gamat.

“Oleh Meor Riduwan Ahmad

Evening with Mariah Carey Charmbracelet World Tour 2004) dan di Singapura (Anugerah Planet Muzik 2004, APM 2004).

Bezanya ‘gegaran’ konsert diva pop antarabangsa itu disaksikan ekslusif oleh penonton di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur manakala APM 2004 turut disiar secara langsung menerusi saluran Astro dan Radio Era (di Malaysia) dan Media Corp TV12, Media Corp, Radio Ria 89 dan Warna 94.2FM di Singapura.

Majlis gemilang yang mengiktiraf muzik serantau itu memasuki tahun keempat penganjurannya dan diadakan di Singapore Expo Hall 3, Singapura.

Ia mempertandingkan 17 kategori dengan empat kategori (Popular) ditentukan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) peminat, manakala baki 13 kategori lagi ditentukan juri khas.

Seawal jam 6.30 petang lagi ruang legar di bahagian luar dewan beransur dibanjiri peminat pelbagai peringkat umur yang tidak sabar menanti munculnya barisan artis pujaan dari Malaysia, Indonesia dan tuan rumah Singapura.

Dan menjelang 8 malam barisan artis yang dinanti mula tiba secara berkumpulan dengan menaiki kereta mewah.

Antara artis yang pertama tiba adalah Floop Poppy dan Izad (Exist), Fadley(Padi), Rosalina, Natasya, Ezlynn, Agnes Monica dan Shanty, Anuar Zain, Ferhad dan Hazrul Nizam.

Suasana tenang bertukar kecoh dan riuh apabila peminat mulai tolak-menolak untuk bersalaman dan mengambil gambar dari jarak dekat sambil menjerit nama artis idola mereka.

Setiap kali artis melangkah di permaidani merah memasuki dewan, semua mata bagaikan terpaku dan tidak lepas memandang.

Kebanyakan mereka langsung tidak berganjak masuk ke dalam dewan walaupun diarahkan petugas dan juga pengacara jemputan, semata-mata menantikan penyanyi Siti Nurhaliza.

Ekoran itu, Siti dan Audi yang paling akhir sampai terpaksa diiring segera menyelinap ke dalam dewan berikutan peminat mula bertindak di luar kawalan dan cuba menghampirinya.

Gegaran APM 2004 bermula dengan dengan persembahan secara medley oleh Andy, Ezad, Addy, Fadley dan Natasha mendendangkan lagu evegreen seperti Balada Seorang Biduan, Hati Lebur Jadi Debu, Widuri, Camelia, Madu dan Racun serta Si Jali-Jali.

Kemudian, kumpulan Utopia tercalon bagi anugerah Kumpulan Baru Terbaik mengambil giliran membuat persembahan lagu slow rock iaitu Antara Ada dan Tiada diikuti penyampaian pertama Artis Baru Lelaki, Artis Baru Wanita dan Kumpulan Baru (Terbaik).

Persembahan lain yang menarik adalah nyanyian oleh Shanty, Ezlynn, Agnes Monica dan Rosalina mendendangkan lagu segar dan rancak iaitu Cinta Pura-Pura, Bilang Saja, Persembahan Dari Hati dan Ekspresi.

Antara bintang lain yang beraksi dan menyampaikan anugerah adalah Yusry, Erra, Nurul, Ning, Liza Hanim, Yasin, Anuar Zain, Ezlynn, Waheeda(Malaysia); Hazrul, Ferhad, Rosalina(Singapura) dan Arri Lasso, Glen Audy, Shanty(Indonesia).

Begitupun persembahan oleh OAG untuk dua lagu iaitu Selamba dan Akustika walaupun baik pada permulaannya tetapi diakhiri dengan tingkah laku memalukan ekoran tindakan penyanyinya Radhi membaling ‘mikrophone’ dan melompat keterlaluan.

Rasanya dia sedia maklum majlis itu disaksikan jutaan penonton khususnya di tiga negara dan bukannya di ‘gig’ mereka.

Kemuncak APM2004 diakhiri persembahan mantap dan memukau Siti Nurhaliza mendendangkan lagu Bukan Cinta Biasa, Debaran Cinta dan lagu baru ciptaan Yasin, Akhir Zaman yang mendapat sorakan gemuruh segenap isi dewan.

Bertindak sebagi pengacara Aznil, Shanty, Ab Shaik dan Adi Rahman berjaya menceriakan suasana dengan jenaka spontan dan mengusik artis serta penonton dalam dewan yang berkapasiti 3,500 orang itu.

Sementara itu adat pertandingan ada yang menang dan kalah. Bagi yang menang ia cabaran untuk mengekalkan kejayaan pada tahun hadapan dan kepada yang tewas tidak harus berputus asa.

Siti Nurhaliza misalnya biarpun disebut-sebut menang besar pada APM 2004 ini tetap merendah diri. Dia menyifatkan kemenangannya untuk trofi anugerah Lagu Paling Popular, Artis Wanita Paling Popular dan Artis Wanita Terbaik adalah kerana peminat terus setia menyokongnya.

“Secara jujur saya katakan saya tidak sangka akan menang tiga anugerah kerana saingan cukup sengit.

“Apapun saya bersyukur dan berterima kasih kepada peminat yang tidak jemu-jemu menyokong sejak mula hingga kini,”katanya.

Sementara itu Anuar Zain pula terharu kerana peminat memilihnya dua tahun berturut turut sebagai Artis Lelaki Paling Popular.

Berlaku sedikit kejutan apabila penyanyi baru Hazrul Nizam yang disebut-sebut bakal menerima banyak anugerah tidak berjaya.

Apa yang diperhatikan peminat bersorak nama Hazrul apabila setiap kali namanya diumumkan. Dia tewas kepada Addy yang muncul sebagai Artis Harapan Singapura.

Kemenangan Ferhad pula untuk tiga anugerah (Lagu Terbaik, Album Terbaik dan Artis Solo/Berkumpulan Terbaik, Singapura) jelas seperti tidak diterima peminat Kota Singa itu yang kurang memberi sokongan kepadanya berbanding Hazrul.

Ferhad ketika ditanya mengenai hal itu berkata dia tidak merasakan peminat di Singapura ‘membencinya’ ekoran dia mencipta nama di Malaysia.

“Saya tidak sangka akan menang dan sangat bersyukur dengannya. Pada pendapat saya peminat di Singapura lebih rapat dan kenal dengan Hazrul kerana dia mencipta nama di sini. Selain itu dia juga banyak berlakon dalam drama dan ini menjadikan peminat di sini lebih rapat dengannya berbanding saya.

“Ini tidak menjadi masalah kepada saya kerana percaya perjuangan muzik saya sama ada di Malaysia atau di Singapura,” katanya.

SENARAI PEMENANG APM 2004

1. ARTIS BARU LELAKI TERBAIK

-Marcel

2. DUO/KUMPULAN BARU TERBAIK

-Utopia

3. ARTIS BARU WANITA TERBAIK

-Agnes Monica

4. ARTIS LELAKI PALING POPULAR

-Anuar Zain

5. ARTIS WANITA PALING POPULAR

-Siti Nurhaliza

6. DUO/KUMPULAN PALING POPULAR

-Exist

7. LAGU PALING POPULAR

-Bukan Cinta Biasa-(Artis:Siti Nurhaliza, Koposer:Dewiq/Siti Nurhaliza, Lirik:Dewiq/Siti Nurhaliza)

8. DUO/KUMPULAN TERBAIK

-Padi

9. ARTIS LELAKI TERBAIK

-Iwan Fals

10. ARTIS WANITA TERBAIK

-Siti Nurhaliza

11. ANUGERAH KHAS PLANET MUZIK

-Chrisye

12. LAGU TERBAIK

-Rahasia Perempuan(Artis: Ari Lasso, Komposer: Ahmad Dhani, Lirik: Ahmad Dhani)

13. ALBUM TERBAIK

-Save My Soul(Artis: Padi, Penerbit: Jan Djuhana/Piyu)

14. ARTIS SOLO/DOU/KUMPULAN TERBAIK SINGAPURA

-Ferhad

LAGU TERBAIK SINGAPURA

-PERNAH (Artis: Ferhad, Komposer: Ferhad/Audi Mok, Lirik: Ferhad)

ALBUM TERBAIK SINGAPURA

-Katakan Saja(Artis: Ferhad, Penerbit: Audi Mok/Luke Mason/Ahmad Izham Omar/Paul Moss/Jai Wahab/Paul Morrison/Eka)

http://www.emedia.com.my/”

17
Feb

Surprise, surprise.

SHE came, she smiled sweetly, delivered some polite thank-yous, and then with another flash of her perfect dentistry, she was gone, without even a sweet song for the audience to remember her by.

Stunning pop diva Mariah Carey, elegantly dressed in an eye-catching fuchsia ball gown, raised the roof off the Singapore Indoor Stadium when she made an unexpected surprise guest appearance to accept a special Lifetime Achievement Award, which was presented to her by cheeky Brit boy band Blue, who could not resist giving her a peck on the cheek and getting down on their knees to strike “we-are-not-worthy” poses, at the recent MTV Asia Awards 2004 held on Valentine’s Day.

Although Carey, who flew in from Busan, South Korea prior to the show, did not hang around long enough to deliver a tune for her adoring public (the singer left for Jakarta soon after receiving her award where she performed at a concert the day after), her fleeting appearance at the pan-regional awards show – the largest in Asia – was greeted with shrill screams and rapturous applause from the 7000-strong crowd nevertheless. It’s just a shame that she couldn’t bring herself to thank her Asian fans properly by singing a song or two as it would have truly made the night for the majority of the young revellers at the show.

The other big surprise for the night was the appearance of Malaysian actress Michelle Yeoh, who received The Asian Film Award for her action flick, The Touch, as well as her contribution to the Asian film industry. In addition to collecting her award, Yeoh also took time out to deliver a reverential and highly emotional tribute to the late Hong Kong singer Anita Mui, who died of cervical cancer last year, in the evening’s most poignant moment. Mui was given the Inspiration Award by MTV in honour of her contribution to the Asian music industry and Yeoh’s touching homage to her close friend brought the audience to a respectful hush.

Apart from the teary Anita Mui tribute, the crowd at the Indoor Stadium remained boisterous and in good voice for the duration of the show, which was quite remarkable considering its length. Presided over by genial teenybopper hosts Michelle Branch and Vanness Wu, a total of 16 awards were handed out at this year’s award ceremony voted by viewers across the region. In keeping with the Valentine’s Day theme of the event, all winners made off with a cupid shaped trophy, adding a cheeky MTV flavoured twist to the proceedings.

The list of acts performing and presenting at this year’s awards included Black Eye Peas, Sugababes, Liberty X, Blue, Stacie Orrico, Simple Plan, Gareth Gates, Stefanie Sun, BoA (Korea), 5566 Machi and A*Mei (Taiwan) among others. The Malaysian acts on the bill were Too Phat, Siti Nurhaliza, Siti Sarah and Misha Omar. Acts representing Indonesia, the Philippines and Thailand were also present on the international line up.

Besides Carey, the big winners of the night were Linkin Park and Korean pop rocker BoA, who bagged two awards each. Linkin Park scooped the gongs for Favourite Rock Act and Favourite Video while BoA walked away with awards for Most Influential Asian Artist and Favourite Artist Korea. Elsewhere, Hong Kong, Malaysia and Singapore divas Sammi Cheng, Siti Nurhaliza and Stefanie Sun emerged as winners in the Favourite Artist category for the third straight year while Blue won Favourite Pop Act for third year running.

The show kicked off with a risque cabaret performance of Hey Big Spender by The Pussycat Dolls, a vampy new act from LA comprising 10 stunning models in skimpy costumes, always a recipe for success in this writer’s book. Elsewhere, BoA thrilled the crowd with an energetic version of her hit single Rock With You. Canadian pop punks Simple Plan also raised the decibel level with a medley of its two most popular songs, Perfect and Addicted, while British trio Sugababes captivated the audience with a sultry rendition of its latest single Too Lost In You. Flying the flag for Thailand was the interestingly named ‘Bird’ Thongchai McIntyre who performed a high-energy tune complete with extravagant Thai-flavoured choreography and a catchy chorus.

As predicted, this year’s awards ceremony took its cue from last year’s event by continuing the concept of pairing foreign acts with local ones. But while the notion of MTV providing a platform for regional artists to share the stage with their more illustrious foreign peers is one to be applauded, it must be said that more often than not, the end result unfortunately leaves lots to be desired, usually down to the fact that rehearsal time is at a premium.

The calamitous collaboration between chart-topping US teenybopper Stacie Orrico, Malaysia’s very own Too Phat and Singaporean R&B/Hip Hop outfit Urban Exchange was such a case in point. While the energy and passion were there for all to see, one could not help but get the feeling that a little more time spent in rehearsals in order to tighten things up would have made a world of difference.

All three acts gave it their all but in truth they were fighting a losing battle with the mixing desk as well as the arrangement of the hastily conceived medley. As it turned out, poor little Stacie looked like she didn’t know what hit her when her two collaborators entered the stage and started highjacking her pop song with clumsy rhymes and bellowed phrases.

Slightly better (but not by much) was the duet between Taiwanese outfits A*Mei and Machi. While the combination of hip-hoppers’ bulging biceps and A*Mei’s super-short beaded qipao (traditional dress) was a slightly surreal sight, the b-boy dance routine that they pulled of the bag was cute enough to distract the crowd from the slightly disjointed musical goings on.

Unexpectedly, the best collaboration of the night was the one between Pop Idol Gareth Gates and Malaysian songbird Siti Nurhaliza. Despite rumours of disappointing rehearsal sessions between the two singers, their version of Gates’ ballad Say It Isn’t So turned out fine on the night. It was a decent showcase for both crooners’ impressive vocal talents and nicely underscored the evening’s theme of romance. In fact, the tune was so effectively executed that the crowd even began singing along towards the end.

Shutting down proceedings with a flourish on the night were multi-ethnic rap crew Black Eye Peas who brought the house down with lively renditions of its hits Shut Up and Where Is The Love. Gorgeous female vocalist Fergie, who had already won the hot chick award of the evening with her stunning good looks, rocked the house with her soaring vocals while her crew delivered faultless rhymes behind her. As a finale it was perfect and the audience exploded with noise and applause amidst the confetti and balloons.

While the event may have seemed a little too long for some of the audience, there’s no denying that some of the fantastic performances on the night, especially that of the Black Eye Peas, made it a night to remember. If Carey had decided to reward us with song, it really would have been truly magical. As it was, this year’s show was pretty decent entertainment. Roll on the next year.

http://www.star-ecentral.com/

7
Feb

Bukan mudah jadi pengurus Siti.

“KERJAYA sebagai pengurus artis menuntut kesabaran yang tinggi apatah lagi mengendalikan jadual harian penyanyi paling popular tanah air, Siti Nurhaliza. Boleh dikatakan di mana ada Siti, di situ pasti ada Rozi Abdul Razak, kakak ipar merangkap pengurus peribadinya. Kehadiran Rozi juga sudah diibaratkan seperti tangan kanan selebriti kesayangan ramai itu. Sepanjang lapan tahun bersama Siti, bekas wartawan itu menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi. HANISAH SELAMAT berpeluang berkongsi cerita dengan orang kuat Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd itu.

ROZI (kanan) bersama
suaminya Ayie dan adik
iparnya, Siti Nurhaliza.

Persada Seni: Apakah antara tanggungjawab yang seharusnya dilaksanakan pengurus artis dan bagaimanakah anda membezakan hubungan sebagai kakak ipar dan pengurus? Apakah pertalian itu memberi kesan kepada cara kerja anda?

Rozi: Sebagai pengurus artis, saya mempunyai tanggungjawab yang besar bagi melaksanakan segala kerja berkaitan kerjaya Siti. Saya akan memastikan setiap jadual Siti diatur dengan teliti termasuk urusan persembahan, konsert, fotografi, temubual radio, promosi album, program TV, penggambaran iklan dan sebagainya. Walaupun kakak ipar Siti, tetapi dalam urusan kerja, Siti tetap bos saya. Saya tetap menghormatinya walaupun usianya lebih muda saa tetapi gelaran itu juga membuatkan urusan kerja saya lebih senang kerana saya memahami hati budi Siti. Pertalian ini tidak menimbulkan masalah kerana kami mudah berterus terang dan lebih memahami.

Persada Seni: Sebagai pengurus artis nombor satu negara, pasti anda menghadapi pelbagai rintangan dan kerenah manusia. Bagaimana anda menangani perkara itu?

Rozi: Saya harus mengakui memang tidak mudah untuk bergelar pengurus Siti kerana jadual hariannya sentiasa terisi dengan pelbagai aktiviti dan saya harus berhadapan dengan ramai pihak yang mahukan khidmatnya. Saya harus meneliti setiap perkara, mengatur agar jadual tidak bercanggah dan paling mencabar apabila saya harus mengatakan `tidak’ kepada pihak yang mahukan Siti kerana ada kalanya permintaan itu tidak dapat ditunaikan jika Siti sudah terikat dengan komitmen lain. Saya harus menolak dengan baik. Mengenai cabaran lain dalam bidang seni, saya harus tabah dan tidak mudah melatah kerana itu juga sebahagian daripada prinsip Siti. Saya juga harus menjadi sekuat Siti.

Persada Seni: Sehingga kini, pernahkah anda menghadapi situasi yang benar-benar menguji kesabaran anda?

Rozi: Memang terlalu banyak cabaran tetapi saya tahu bagaimana saya bekerja dan mungkin ada pihak yang tidak faham. Tugas saya tidak mudah tetapi saya sentiasa berusaha untuk memastikan semua pihak berpuas hati. Sukar untuk saya jelaskan kepada sesetengah pihak yang tidak memahami, jika saya tidak dapat memenuhi permintaan mereka yang mahukan khidmat Siti. Walaupun sudah diterangkan mengenai kesibukan Siti tetapi masih ada pihak yang mahukan Siti. Keadaan ini saya harus tangani dengan bijak.

Saya juga pernah dikatakan lebih sudu daripada kuah hanya kerana saya harus menjaga Siti, menjaga kebajikan dan yang penting saya harus melindungi Siti. Saya fikir tindakan saya tidak salah tetapi masih ada pihak yang tidak memahami kerja saya.

Persada Seni: Siti cukup disenangi dengan perilaku sebagai wanita Timur yang bersopan terutama dari segi penampilan dan tingkah laku. Namun apabila timbul pelbagai gosip liar yang cuba mencemar nama baiknya, apakah tindakan anda selaku pengurus?

Rozi: Saya tahu hati budi Siti dan tentu tuduhan demi tuduhan yang diterimanya membuatkan saya sedih dan kesal. Saya akan berusaha mencari puncanya dan sentiasa berfikiran positif. Saya tahu cabaran ini berat tetapi jika niat kita ikhlas dan tahu kebenarannya, saya pasti, Allah sentiasa bersama.

Andai kata ada tuduhan yang cuba mengaibkan nama Siti dan keluarga secara keterlaluan, saya pasti membersihkan nama baik.

Persada Seni: Siapa yang bertanggungjawab membuat keputusan berkaitan kerjaya Siti? Adakah ia di tangan Siti 100 peratus atau pihak Siti Nurhaliza Productions?

Rozi: Cara kami bekerja adalah dengan berbincang dan ada permuafakatan. Setiap perkara dibincangkan bersama dan kami mengambil jalan yang terbaik. Sebagai master key, Siti antara orang penting yang membuat keputusan untuk kerjayanya. Saya memberi pendapat untuk kebaikan kerjayanya dan menyokong setiap usaha yang dilakukannya.

Persada Seni: Apakah reaksi anda jika ada yang berpendapat pengurus yang mempunyai pertalian keluarga dengan artis lebih kerap campur tangan dalam semua perkara?

Rozi: Semua itu terpulang kepada individu. Saya lebih bersikap terbuka kerana tetap menghormati Siti sebagai adik ipar dan majikan saya. Saya tidak akan membuat keputusan sendiri tanpa pengetahuannya. Walaupun mempunyai pertalian dengan Siti, saya tidak mengambil kesempatan dalam apa jua perkara.

Persada Seni: Antara keluarga dan profesion sebagai pengurus, mana yang lebih menjadi keutamaan?

Rozi: Alhamdulillah, saya mendapat kepercayaan yang penuh daripada keluarga untuk menguruskan Siti walaupun saya sudah mempunyai keluarga sendiri. Walaupun sibuk saya tetap memberi keutamaan kepada keluarga jika ada waktu terluang. Keluarga Siti juga keluarga saya, suami saya adalah abangnya, anak saya adalah anak saudaranya, tentu semua ini begitu dekat dengan diri saya ataupun Siti.

Persada Seni: Sebagai manusia biasa, pasti Siti mempunyai kerenahnya sendiri. Bagaimana anda menangani Siti sebagai artis dan dalam masa sama kerenahnya sebagai anggota keluarga?

Rozi: Saya bersyukur kerana Siti bukan orang yang cerewet untuk diuruskan kerana saya sudah mengenali hati budinya. Saya tahu apa yang dia suka dan tidak suka. Semua ini lebih memudahkan kerja saya. Kami juga sentiasa berbincang dan dia bersikap terbuka.

http://www.bharian.com.my/”