TMNET hotspot launch @ Piccolo Mondo, Bintang Walk, Bukit Bintang, KL.
Friday February 28th, 2003
Eager fans, technophiles and friends of TM Net gathered on the very busy stretch of Bukit Bintang recently to welcome the latest hot service from TM Net, the wireless access service, tmnet hotspot.
TM Net Ambassador, Siti Nurhaliza, arrived looking totally cool in silver and in a sleek open-top gleaming sports car before officially launching tmnet hotspot, which will have people connecting to the Internet all over the city just with a wireless LAN card and being in a tmnet hotspot location. She also did a tour of the TM Net booths along with the Chairman of TM Net Sdn Bhd, Ybhg. Dato’ Dr. Md. Khir Abdul Rahman, as well as trying out tmnet hotspot on a cool PDA!
The gorgeous Siti was also on hand to answer questions fielded from the press and later mingled with fans and tmnet staff before zooming off into the night in what else…but that hot silver tmnet hotspot car!
TMNET
Hanya 14 jam untuk Tetap Di Sini.
Oleh Khadijah Ibrahim
DALAM tempoh 14 jam, penyanyi Siti Nurhaliza perlu menyelesaikan penggambaran klip video untuk lagu Tetap Di Sini. Hanya masa itu yang dia ada. Beberapa jam sebelum itu Siti telah mengadakan persembahan Konsert Aman Malaysia di Bukit Jalil. Selepas penggambaran klip tersebut, dia harus bekejar ke destinasi lain. Begitulah sibuknya penyanyi yang muncul dengan album barunya, E.M.A.S.
Tetap Di Sini, lagu ciptaan Aiman dan lirik oleh Lan A 2 Z berdurasi empat minit 30 saat itu adalah sebahagian daripada promosi filem Paloh. Filem arahan Adman Salleh itu akan ditayangkan awal Jun ini.
Walaupun klip video tersebut disiarkan untuk promosi di saluran televisyen, jalan cerita yang ditampilkan dalam klip video tersebut seolah-olah sebahagian daripada cerita Paloh.
Klip video berbajet sekitar RM40,000 itu diarah oleh Sandosh Kesavan dari Janu Talkies.
Menurut Sandosh, klip video yang menjalani penggambaran sebanyak `36 take’ itu akan menggunakan teknik 3D dan grafik.
“Teknik 3D dapat dilihat sewaktu Siti menulis surat sambil dihiasi pelita ayan. Apabila api tersebut padam, maka akan muncul kelip-kelip.
“Sementara grafik pula akan digunakan sewaktu Siti melepaskan botol yang mengandungi sepucuk surat ke dalam tasik,” katanya ketika ditemui di lokasi penggambarannya di Hulu Langat, Selangor, baru-baru ini.
Beliau yang sebelum ini pernah mengarah klip video lagu Permata dendangan Anuar Zain telah melakukan pra produksi selama sebulan sebelum ke lokasi mengarah klip video tersebut.
Tegasnya, klip video lagu tersebut bukan setakat menampilkan Siti Nurhaliza sebagai penyanyi, sebaliknya kehadiran Siti seolah-olah adalah sebahagian daripada jalan cerita Paloh.
Siti dalam klip video tersebut digambarkan sebagai sahabat kepada Fatimah yang berkawan dengan Siew Lan (Janet Khoo). Siti menerima surat daripada Fatimah yang menceritakan tentang kisah cinta terhalang Fatimah dengan Ahmad.
Jelasnya, visual yang digunakan memberi sokongan kepada jalan cerita klip video tersebut.
Selain teknik 3D, Sandosh juga menggunakan elemen air, api, angin dan tanah untuk menyokong kekuatan klip video tersebut.
Seiring dengan jalan cerita maka klip video tersebut banyak menggunakan peralatan dan pakaian pada era 40-an.
Bagi Siti Nurhaliza pula, ini bukanlah lagu tema filem pertama yang dirakamnya dalam bentuk klip video. Sebelum ini Siti terlibat dalam klip video lagu Untuk Selamanya dan Air Mata Ibu.
Kedua-dua lagu tersebut merupakan lagu tema untuk filem Laila Isabela arahan Rashid Sibir dan telefilem Air Mata Ibu yang diterbitkan oleh SRC.
Menurut Siti, beliau bersetuju untuk menyanyi lagu Tetap Di Sini kerana ingin menyokong usaha yang dilakukan oleh Finas dan Filem Negara yang menerbitkan filem Paloh.
“Filem yang berkisar tentang sejarah negara perlu diberi sokongan. Sebagai menunjukkan sokongan maka Siti sedia menyanyikan lagu tema filem tersebut,” katanya yang tetap ceria walaupun kelihatan letih.
Menurut Siti, klip video yang bakal disiarkan di layar kaca itu sedikit sebanyak dapat mempromosi kerjaya seninya.
Ditanya tentang dunia lakonan, Siti berkata jika watak dan skrip yang diberi sesuai dengan dirinya, dia tidak akan menolak.
“Kalau boleh sebelum Siti berundur dari bidang seni, Siti teringin juga hendak berlakon dalam sebuah filem sebagai kenangan.
“Tetapi Siti belum tahu masa yang paling sesuai untuk berbuat begitu,” katanya.
http://www.utusan.com.my/
Tan Su Loke Siti bukan anak emas.
Bersama Dean
SYARIKAT rakaman Suria Records (M) Sdn. Bhd. (SRC) dikenali kerana menaungi banyak penyanyi terkenal termasuk Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris. Antara artis-artis lain ialah Liza Hanim, New Boyz, Handy Black, Aqasha, Firdaus dan ramai lagi.
Tan Su Loke pemilik SRC adalah usahawan bukan Melayu yang minat dengan muzik Melayu. Di sebalik kejayaan menaungi banyak artis popular, Tan Su Loke juga menjadi sasaran banyak pihak yang tidak puas hati dengan corak pengurusannya.
Ada yang mendakwa SRC mengamalkan pilih kasih dalam memberi layanan kepada artis-artisnya, tidak berani membuat pelaburan besar terhadap penerbitan album dan hanya memberi tumpuan kepada artis popular Siti Nurhaliza dan mengetepikan artis-artis lain.
Rasa tidak puas hati itu bukan saja dilemparkan oleh penggiat seni bahkan beberapa artis terkenal SRC sendiri yang berani mendedahkan kelemahan syarikat itu kepada pihak media.
Minggu lalu saya menemu bual Tan Su Loke selepas pelancaran telefilem VCD Air Mata Ibu di Kuala Lumpur.
Tan Su Loke menjelaskan dengan panjang lebar dan mengharapkan persoalan itu terjawab.
Berikut adalah petikan temu bual saya dengan Tan Su Loke.
DEAN: Apa komen Mr. Tan apabila ada beberapa penyanyi SRC mendedahkan rasa tidak puas hati mengenai pengurusan kepada media?
TAN SU LOKE: Saya melihat segala masalah artis dengan syarikat rakaman sebagai masalah rumah tangga. Saya mahu bertanya artis-artis itu, mengapa perlu bising-bising hal ini. Rasa-rasanya lebih elok bercerita dan luahkan dengan pihak pengurusan.
Apa jawapan Mr. Tan kalau orang kata SRC pilih kasih terhadap artis-artisnya?
Saya hairan dan tertanya-tanya mengapa perkara ini boleh ditimbulkan. Saya sendiri memastikan semua artis saya dapat layanan yang sama rata.
Bagaimana dengan layanan kepada Siti Nurhaliza?
Sama seperti artis lain. Tidak istimewa. Mungkin ada yang tidak puas hati disebabkan oleh populariti Siti yang diperoleh oleh Siti. Siti popular kerja media. Saya dan kakitangan SRC hanya bekerja menerbitkan album dan melakukan promosi dan pemasaran album artis-artis.
Kami tidak ada hak untuk menentukan artis mana yang perlu diberikan publisiti meluas oleh media dan sebaliknya. Itu kerja dan strategi pihak media. SRC hanya membantu artis-artis dari segi sokongan moral serta menerbitkan album-album yang bermutu. Itu sahaja.
Orang kata Siti anak emas SRC?
Tidak. Kenapa pula harus saya bezakan soal layanan? Semuanya artis saya. Memang saya akui, Siti merupakan artis yang saya sayang. Saya sayang kerana bakat dia. Begitu juga dengan komitmen dia dalam melakukan kerja-kerjanya. Dia budak baik, dengar cakap orang tua. Saya sangat senang kerja dengannya.
Tetapi ada orang kata, SRC kerap terbitkan album Siti macam memerah tebu. Apa jawab Mr. Tan?
Memang betul. Tetapi itu adalah strategi syarikat rakaman. Semua orang tahu, Siti menyanyi dua jenis lagu iaitu pop dan tradisional. Oleh itu, SRC perlu terbitkan kedua-dua album itu. Album pop diterbitkan dua tahun sekali dan begitu juga dengan album tradisional.
Semasa album pop di pasaran, kami tidak terbitkan album tradisional dan begitulah sebaliknya.
Secara tidak langsung setiap tahun Siti mempunyai sebuah album baru sama ada pop atau tradisional. Tetapi, kami tidak mengadakan rakaman dalam jangka masa terdekat. Kami beri peluang Siti berehat dan mendapatkan mood supaya suaranya menjadi lebih baik dan peminat juga tidak akan jemu.
Mr. Tan juga selalu kelihatan mengikut Siti ke mana sahaja dan ini mungkin menimbulkan rasa tidak senang di kalangan artis-artis lain?
Mana ada. Banyak juga function yang saya tidak ikut. Jangan kata saya selalu ikut Siti. Saya ada banyak kerja lain. Orang tidak tahu bahawa saya juga ada ikut artis-artis lain. Kenapa tak bising?
Mungkin mereka cemburu agaknya?
Susah mahu cakap. Perasaan cemburu memang ada dalam diri semua manusia. Mungkin juga disebabkan pengaruh persekitaran mereka atau orang-orang di sekeliling yang cuba merosakkan karier mereka.
Tapi saya percaya artis-artis saya baik-baik belaka.
Apa nasihat Mr. Tan kepada artis-artis Mr. Tan yang ada masalah?
Datang jumpa saya dan terangkan masalah. Kalau boleh diselesaikan cara baik, nak buat apa cari cara kurang baik. Tapi jangan sesekali bercerita kepada orang luar mengenai hal kita.
Khabarnya SRC akan terbitkan filem pula selepas ini?
Benar. Kami nak terbit dalam tahun ini juga.
Berapa Mr. Tan labur untuk buat filem?
RM2.5 juta. Saya sudah bersedia untuk bikin filem dengan kos itu.
Mungkin Siti Nurhaliza akan berlakon filem pertama itu?
Mungkin juga (sambil ketawa).
SRC sudah tawarkan Siti peluang berlakon?
Sudah.
Apa katanya?
Dia senyum saja.
Jadi Siti akan berlakon filem itu?
Belum tahu lagi (ketawa lagi). Kamu pandai memujuk saya untuk tahu cerita sebenar! Saya tak kata Siti setuju, saya kata Siti senyum saja.
http://www.utusan.com.my/
Kak Chah risik Siti Nurhaliza.
“
LAGI cerita mengenai Cinta Beralih Arah yang menggabungkan tiga syarikat produksi. Kali ni Nisa dikhabarkan mengenai pelakon yang bakal menjadi tunjang utama filem ini. Khabarnya Habsah Hassan (Kak Chah), Ruhanie Abdul Rahman (Kak Ani dan Mustaffa Maarof sendiri sudah menyenaraikan nama beberapa artis pilihan.
Dengarnya ada dua nama yang menduduki senarai teratas. Yang utama adalah penyanyi tersohor, Siti Nurhaliza. Begitupun, sumber yang memaklumkan berita ini berkata Kak Chah belum mengirimkan sebarang lamaran secara rasmi. Katanya, ia baru diajukan secara lisan tapi tak tahu sama ada terus pada Siti sendiri atau syarikat pengurusannya.
Menurut sumber tu lagi, tawaran ini diajukan sebagai membuka peluang pada artis kesayangan ramai itu untuk mencuba bakat di bidang lakonan terutama bagi filem bercorak kemanusiaan. Lagipun, filem ini tidak menonjolkan aspek komersial atau menampilkan popularitinya sebagai penyanyi popular.
Sementara tu, syarikat berkenaan turut mempunyai calon kedua iaitu Erra Fazira. Kata sumber tu lagi, kedua-dua calon tu memang sesuai membawakan watak utama. Begitupun, tiada paksaan kerana segala-galanya bergantung pada persetujuan mereka.
http://www.emedia.com.my/”
Kak Chah risik Siti Nurhaliza.
“
LAGI cerita mengenai Cinta Beralih Arah yang menggabungkan tiga syarikat produksi. Kali ni Nisa dikhabarkan mengenai pelakon yang bakal menjadi tunjang utama filem ini. Khabarnya Habsah Hassan (Kak Chah), Ruhanie Abdul Rahman (Kak Ani dan Mustaffa Maarof sendiri sudah menyenaraikan nama beberapa artis pilihan.
Dengarnya ada dua nama yang menduduki senarai teratas. Yang utama adalah penyanyi tersohor, Siti Nurhaliza. Begitupun, sumber yang memaklumkan berita ini berkata Kak Chah belum mengirimkan sebarang lamaran secara rasmi. Katanya, ia baru diajukan secara lisan tapi tak tahu sama ada terus pada Siti sendiri atau syarikat pengurusannya.
Menurut sumber tu lagi, tawaran ini diajukan sebagai membuka peluang pada artis kesayangan ramai itu untuk mencuba bakat di bidang lakonan terutama bagi filem bercorak kemanusiaan. Lagipun, filem ini tidak menonjolkan aspek komersial atau menampilkan popularitinya sebagai penyanyi popular.
Sementara tu, syarikat berkenaan turut mempunyai calon kedua iaitu Erra Fazira. Kata sumber tu lagi, kedua-dua calon tu memang sesuai membawakan watak utama. Begitupun, tiada paksaan kerana segala-galanya bergantung pada persetujuan mereka.
http://www.emedia.com.my/”
Telemovie Airmata Ibu hargai jasa ibu.
KASIH saudara masa berada, kasihnya ibu membawa ke syurga dan syurga di bawah telapak kaki ibu adalah perumpamaan yang cukup menyanjung betapa besarnya budi dan pengorbanan ibu tercinta yang sanggup berkorban harta dan nyawa demi membesarkan anak-anak.
Sejauh manakah generasi alaf baru menghargai jasa dan budi ibunda tercinta? Inilah mesej bermakna yang ingin disampaikan oleh Suria Records Sdn Bhd (SRC) dengan menerbitkan produk berkualiti, Airmata Ibu bagi memupuk kesedaran kepada masyarakat.
Produk ini diserikan lagi dengan penampilan khas, penyanyi tersohor tanah air, Siti Nurhaliza sebagai role model kepada generasi muda yang akan menyanyikan lagu tema telemovie ini yang juga berjudul, Airmata Ibu. Lagu ini memuatkan dalam album terbaru Siti yang akan berada di pasaran tidak lama lagi.
Siti yang juga artis SRC ketika diminta pandangannya mengenai telemovie ini berkata:
“Telemovie ini ada mesej yang baik dan cukup bermakna kepada masyarakat. Siti percaya kita semua ada ibu dan ada juga yang sudah dan bakal menjadi ibu tidak lama lagi. Ibu Siti sendiri seorang yang cukup prihatin dan sanggup berkorban apa saja untuk anaknya,†katanya di majlis pratonton dan pelancaran telemovie Airmata Ibu terbitan SRC di Saloma Theatre, kelmarin.
Telemovie arahan Eddie Pak ini dibintangi oleh barisan artis popular tanah air seperti Wan Nor Azlin, Jalaludin Hassan, Khatijah Tan, Zaidi Omar, Esma Daniel, Shaharuddin Tamby, Danny X-Factor, Zulkifli Majid, Norkhiriah Shafie, Suhaila Sulaiman dan beberapa pelakon kanak-kanak.
Pengarah Urusan SRC, Tan Su Loke, berkata sejajar dengan kehendak pasaran SRC juga giat menerbitkan telemovie dalam bentuk Video Cakera Padat (VCD).
Katanya, telemovie pertama terbitan SRC yang mencatat kejayaan ialah New Boyz, Pulau Inspirasi, yang dijual melebihi 50,000 unit. Mengikut perancangan, pihak kami juga bercadang akan menerbitkan filem pula tidak lama lagi.
“Telemovie Airmata Ibu ini diharap akan mendapat sambutan kerana ia dibarisi pelakon popular tanah air. Penampilan khas Siti juga adalah bagi menyanyikan lagu tema untuk telemovie ini.
“Pemilihan Siti untuk menyampaikan lagu tema telemovie ini kerana pihak kami mendapati ia sesuai dengan suara Siti yang memang boleh menyampaikan lagu sedemikian dengan baik,†katanya.
Penggambaran telemovie yang membabitkan kos lebih RM100,000 ini membabitkan kawasan perkampungan di Janda Baik, Pahang, selama sebulan.
Airmata Ibu ini bertemakan penderitaan seorang ibu yang bernama Aisyah yang mengalami musibah berlarutan seperti sudah jatuh ditimpa tangga.
Aisyah juga berusaha mencari pekerjaan di sebuah resort untuk membesarkan tiga anaknya yang masih kecil.
Antara masalah yang dihadapi Aisyah ialah dirinya menderita penyakit barah, lebih-lebih lagi selepas kematian suaminya Kamal. Namun Aisyah merahsiakan penyakit yang dihidapi daripada anak-anaknya itu.
Apa yang menyedihkan ibu tunggal ini terpaksa berpisah dengan anak-anaknya dengan menyerahkan mereka kepada keluarga angkat.
http://www.emedia.com.my/
Al-Kisahnya.
Siti terbabit dalam Paloh
NAMPAKNYA suara emas penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza terus menjadi pilihan untuk menyanyikan lagu latar filem. Terbaru, Siti dipilih untuk menyanyikan lagu Tetap Di Sini bagi dimuatkan dalam filem, Paloh.
Pemilihan Siti bermakna satu tanggungjawab berat buat penyanyi Jerat Percintaan itu. Ini kerana Paloh adalah filem kedua terbitan Filem Negara Malaysia dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas). Manakala, produksinya pula dikendalikan World Evolution Brain (WEB).
Selain menyumbang suara, Siti juga meluangkan masa untuk menjalani penggambaran klip video lagu berkenaan di sekitar Kuala Lumpur, minggu depan. Pembabitan ini dapat dilihat sebagai sumbangan kecil penyanyi SRC itu kepada pembangunan filem nasional.
Dengan penghasilan lagu terbaru itu, ini bermakna Siti sudah menyumbang suara untuk tiga lagu runut bunyi, selain telemovie, Air Mata Ibu dan Untuk Selamanya. Lagu Untuk Selamanya dimuatkan dalam filem terbaru lakonan Rosyam Nor dan Nasha Aziz, Laila Isabella yang akan menemui penonton Mac ini. Telemovie Air Mata Ibu akan berada di pasaran mulai 24 Februari ini.
Sementara itu, album terbaru Siti, Emas akan berada di pasaran 3 Mac ini. Emas adalah singkatan daripada Edaran Muzik Aspirasi Semasa membuktikan kepekaan anak Kuala Lipis, Pahang ini terhadap peredaran kerjaya seninya. Antara lagu yang dimuatkan termasuk Bukan Cinta Biasa, Debaran Cinta dan Ku Yakini.
VCD Ada Apa Dengan Cinta
DEMAM Apa Ada Dengan Cinta (AADC) nampaknya masih belum berakhir. Selepas tamat tayangan di pawagam, kini peminat filem lakonan Dian Sastowardoyo dan Nichloas Saputra berpeluang menontonnya menerusi video cakera padat (VCD).
Istimewanya, VCD edaran Suria Records yang berada di pasaran Isnin lalu, didatangkan dalam pakej istimewa. Pada harga RM19.90, selain dapat menonton filem berkenaan, peminat juga dihadiahkan dengan tiga keping poskad.
Setiap poskad pula, menyelitkan puisi yang dideklamasikan Cinta dan Rangga dalam AADC. Peminat juga berpeluang mengikuti kisah di sebalik tabir pembikinan AADC kerana VCD itu turut menyertakan The Making Of AADC selama 45 minit.
Ia turut diselitkan dengan sari kata untuk kepuasan tontonan. Maklum, sebelum ini ada yang merungut kerana sukar memahami bahasa yang dituturkan dalam filem berkenaan.
Pelik juga kerana mengapa baru kini VCD edisi istimewa itu diedarkan. Justeru apabila ditanya kepada pihak terbabit, sumber SRC berkata, pihaknya sudah menghantar surat kepada semua pengedar supaya tidak menjual VCD selain yang diedarkan mereka.
“Ini kerana di Malaysia, hanya SRC yang mendapat hak untuk mengedarkan filem berkenaan. Mengikut perjanjian, VCD asli hanya boleh dijual sebulan selepas filem itu ditayangkan di pawagam,†kata sumber berkenaan.
Selamat Pengantin Baru
PENYANYI Mimpi Laila, Yasin sudah pun selamat bergelar isteri apabila diijabkabulkan dengan wartawan New Straits Times, Eena Houzyama, 14 Februari lalu. Ahad ini, pasangan ini akan sekali lagi diraikan pada satu majlis di Petaling Jaya. Selamat Pengantin Baru buat mereka berdua.
Dalam pada itu, Persada Seni turut terdengar khabar penyanyi Liza Hanim juga bakal menaiki jinjang pelamin. Kalau pasangan Sharifah Shahirah dan Ijoy Azari memilih awal Mac sebagai tarikh mengabadikan ikatan cinta mereka, Liza pula akan diijabkabulkan dengan pasangannya, Shah hujung bulan depan.
Khabarnya, penerima trofi Persembahan Vokal Terbaik, Anugerah Juara Lagu ke-17 itu sudah pun menempah bunga telur yang direka khas untuk tetamunya nanti. Bunga telur itu dengarnya ditempah khas dari Klang dua bulan lalu.
Dengarnya, Liza sempat berpesan supaya ia disiapkan sebelum kedatangan Mac. Kalau sudah macam tu, betullah masanya sudah dekat. Tapi, Liza nampaknya masih belum membuka mulut mengenai hal ini. Hai, nak buat surprise ke Liza?
http://www.emedia.com.my/
Celebrities help out at charity do.
A CELEBRITY Brunch was held at Tasputra Perkim’s grounds last month to raise funds for the day care centre for severely handicapped children.
Among the celebrities who took part in the event were Chef Wan, Siti Nurhaliza, Fauziah Latiff, Ning Baizura, Nurul & Ajai and Ferhad.
Chef Wan conducted two workshops on “The Joy of Cheese Cake†and “The Art of Entertaining†while the other celebrities gamely manned food stalls at the day care centre’s grounds.
The event was jointly organised by moving company, Allied Pickfords Malaysia, and the Soroptimist International Club of Kuala Lumpur.
While the adults eyed the delicious food on sale, the children were given special attention at a Children’s Corner where they were treated to caramel popcorn, cotton candy and given the chance to try their hand at sand art and face painting.
The older children also took the opportunity to go on pony rides, while the younger children thoroughly enjoyed the antics of the street clown, who gave out balloons shaped like animals and flowers.
Tasputra Perkim needs RM32,000 for its monthly expenses to give specialised care to the more than 50 severely handicapped children who attend its day care centre.
http://metro.thestar.com.my/
Up Close With Siti Nurhaliza.
There’s a casual and down-to-earth vibe about Siti Nurhaliza that almost makes you forget that she’s actually Malaysia’s reigning queen of pop with a huge following in her home country as well as in Indonesia. Perhaps it’s her upbringing in a traditional family in a town called Kuala Lipis in Pahang. Success, if anything, has only goaded her to keep her feet firmly rooted to the ground.
And of course, there also seems to be a general consensus that Siti Nurhaliza always wins. Since her triumph at the Bintang RTM in 1995, Siti has garnered more than 80 awards in her career. And on January 24, Siti took home the much-coveted Favourite Artist Malaysia award at the 2003 MTV Asia Awards for the second time in a row, boasting an achievement that her peers can only look on in envy.
So what’s the secret to her success and is it true that Siti will be releasing an English album soon? MTVAsia.com’s Lennat Mak finds out.
***
You have won the Favourite Artist Malaysia at the MTV Asia Awards again! Can you share with us the secret of your success?
The secret to my success is to train a lot for the vocals, always believe in myself, being sincere and hardworking. I do keep track of the voting online actually. And I’m really grateful to my fans who voted and supported for me.
So what did you do with the award that comes with a DVD player last year?
The award is in my display cupboard. I really appreciate the award ‘coz it introduced me to the international music industry. As for the DVD player, I uses it to watch DVDs and VCDs all the time!
You have won countless awards throughout your career. Is there enough space to display them?
Yes! I have one display cupboard in my hometown, Kuala Lipis and one in Keramat, K.L. And there’s another one in my office!
What’s a typical day of Siti Nurhaliza like?
If it’s a show day, I’ll be rehearsing and sound checking for about two hours. If it’s a regular day, I will go window shopping or just hang around with my little cousins, nephews and nieces at home. And if I have commitments for a full scale concert tour, I’ll be training and rehearsing all day one month before the actual show.
What are you plans for 2003?
I will be working on my tour concert in Malaysia and Indonesia. Coming soon I will be releasing my new album of pop songs, which will probably be released in March.
Is that true that you are currently brushing up on your English for an English album?
[Laughs] I really hope I can come out with an English album. But I have to learn how to speak English fluently first. So, in two to three years time maybe!
www.mtvasia.com
Kontroversi London
“SITI tak boleh cakap apa-apa sebab peguam Siti dah nasihatkan supaya jangan buat sebarang ulasan. Biarlah dia (Fauziah Raof) saja yang buat ulasan. Jadi, kepada peminat, orang yang membaca ulasan berkenaan, menilainya sendiri sama ada perkara itu logik atau sebaliknya? jelas Siti yang tidak mahu bercakap banyak sekalipun dipujuk berkali-kali membuat ulasan.
Memetik kenyataan Fauziah juga pengarang Pentas Dunia (PD) yang disiarkan Harian Metro pada 27 Januari lalu,†Saya tidak sangka penyanyi terkenal (Siti) yang dipuji kerana berbudi bahasa, sanggup melakukan perkara itu.
Namun, Siti dengan tenang mengulas kenyataan Fauziah apabila penulis membacakan kenyataan itu ketika bertemu Siti di sidang media Anugerah Planet Muzik 2003 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Adakah Siti lebih rela berdiam diri tanpa mengambil sebarang tindakan?
Berikut adalah sebahagian lagi kenyataan Fauziah.
“”Saya juga berurusan dengan penduduk Malaysia di London yang menyampaikan permintaan kerabat Brunei, mengundang Siti ke rumahnya dan berharap Siti dapat menyanyi kerana mereka sangat meminati Siti. Saya bersetuju dan memberikan tempoh setengah jam hingga 45 minit untuk Siti berada di sana.
“Mereka meraikan Siti dan apa salahnya Siti hadiahkan mereka dengan satu atau dua lagu. Ini majlis pertama di London dan tempatnya bertukar di Hotel Dorchester. Selepas makan, Siti menyanyi dua lagu, tetapi wakil kerabat Brunei menuduh Siti melanggar kontrak kerana mereka mahu Siti menyanyi selama 45 minit sesuai dengan bayarannya (kontra tempat tinggal selama di London).
“”Saya terpinga-pinga kerana tidak tahu itulah perjanjiannya kerana saya difahamkan mereka ikhlas memberikan tempat tinggal itu. Malam itu juga kami keluar dari rumah itu, tetapi Siti dan pengurusannya menuduh saya mengambil kesempatan menggunakan nama Siti.
“”Pihak SNP tidak puas hati apabila peminat dikenakan bayaran 12 pound untuk majlis hi-tea dan 18 pound untuk makan malam sedangkan jumlah itu agak kecil. Sejak itu hubungan Siti dengan saya cukup dingin tetapi aktiviti yang dirancang tetap diteruskan.
“”Kemuncaknya ialah Siti, Ayie (abang Siti) dan Rozie (kakak ipar) pulang sehari lebih awal dengan penerbangan terus dari London-Kuala Lumpur tanpa memaklumkan kepada saya selaku ketua rombongan.
“Perubahan ini menyebabkan Siti tidak hadir untuk majlis di rumah kedutaan Malaysia di Tashkent kerana rombongan sepatutnya singgah di sana sebelum pulang (tiket balik ialah dari London-Tashkent-Kuala Lumpur).â€
Sementara itu, sumber yang rapat dengan rombongan Siti ketika di London memberitahu, tujuan sebenar Siti berada di London adalah untuk mendapatkan penerbangan terus dari London-Kuala Lumpur.
“Kami hanya nak ambil flight direct dan sepatutnya tidak ada sebarang show atau aktiviti untuk Siti ketika kami singgah ke London.
“Begitu juga dengan majlis hi-tea dan makan malam tu. Sepatutnya ia tak perlu dikenakan sebarang bayaran kepada peminat kerana kami difahamkan semua kegiatan di Hotel Holiday Villa adalah untuk tujuan kebajikan.
“Mengenai permintaan kerabat Brunei yang mahu Siti menyanyi, sebenarnya kami tak tahu apa-apa pun. Sebelum pergi, dia (Fauziah Raof) minta Siti pakai baju cantik-cantik, katanya nak pergi makan malam dengan kerabat Brunei.
“Dia juga suruh kami bawa CD (cakera padat) minus one Siti. Kami pun terkejut juga kenapa dia suruh bawa CD? Kami hanya simpan CD berkenaan. Sampai saja di sana (Hotel Dorchester), tiba-tiba mereka minta Siti menyanyi.
“Kami pun tak tahu macam mana mereka boleh menuduh Siti melanggar kontrak kerana tak nak menyanyi sampai 45 minit. Kami juga tak tahu macam mana boleh timbul isu Siti menyanyi tak sesuai dengan bayaran yang dikontra dengan tempat tinggal kami di London.
“Setahu kami, rombongan Siti ke London, tinggal di apartmen dan ia mendapat tajaan sepenuhnya.
“Kami akui balik sehari lebih awal dengan flight terus dari London ke Kuala Lumpur. Tapi, sebelum tu kami dah informed anak Fauziah (Raof) mengenai perkara itu. Macam mana dia boleh kata kami tak beritahu dia yang kami nak balik KL (Kuala Lumpur) sehari lebih awal?
“Kami juga tak tahu Siti ada perjumpaan dengan kedutaan Malaysia di Tashkent. Cukuplah… saya tak mahu komen lagi. Biarlah orang yang membaca ulasan berkenaan membuat penilaian sendiri,†jelas sumber itu lagi yang juga berkali-kali dipujuk supaya membuka mulutnya pada hari itu.
http://www.emedia.com.my/”