SITI REINVENTS HERSELF
27th January 2003
“Suatu masa kan terbukti jua
Dunia kan menjadi saksinya”
So goes Siti in the bridge of a yet untitled tune, penned by Aidit Alfian for her eagerly-awaited upcoming pop album.
And those words, penned by Siti herself, hit home, as with many of the other songs on her latest release. They promise to prove much to her detractors.
The accolades, honours and the legions of loyal fans count for nothing to many, and this time around, the 24-year-old queen of Malay pop, both contemporary and traditional, is out to prove she’s capable of whipping up a batch of tunes to satisfy even the harshest critics.
Set aside her record-setting, award-winning feats recorded in the Malaysia Book of Records, which currently stands at 81, after her last two wins at the 17th Anugerah Juara Lagu. Forget the body of work throughout the span of her seven-year career, which has resulted in 16 albums plus more than a handful of compilations.
As the petite diva prepares her 10th studio effort, which is also her sixth pop release, she is determined to break the mould and set new standards and directions for herself.
From a sneak preview given for two tracks that may be included in the album, both of which were Aidit Alfian tunes, it’s a fresh and brand new Siti we have here.

Perhaps, more importantly, the missing element from most of her offerings is here this time around, lending much to the overall feel and texture of the effort. The girl is now into soul and R&B.
“The overall concept of the album is pretty much still commercial pop, except this time there’ll be a marked difference, in terms of the melodies as well as my vocal presentation,” explains Siti.
“It’s the first time I’m actually attempting an R&B oriented effort. It’s what I’ve always wanted all this while, but I just never found the material that would fit what I had in my mind.
“This time around, I was given a lot of tunes which fitted into the direction that I want to take. It wasn’t planned, but things just fell into place. The direction of the album developed with every tune recorded and pieces all fell into place.” As one of the few dependable money makers in Malay pop, Siti says freedom has always been given by her label to work on what she wants.
“I’m just having a late start, as previously, I didn’t come across such tunes which really worked, but this time around, I have an abundance of quality material to enable me to offer something different.” Of course, Siti points out, in a business where Ringgit sense is also important, she will not alienate her fans, fed on the saccharine sweet notes of her previous songs.
“I know my fans like me from my previous tunes, which were very typical Malay pop, and I have to maintain that to some degree. I can’t make a drastic change. I do not want to alienate them.
“The changes are slowly coming, with various influences previously missing from my work absorbed bit by bit into my new tunes to keep up with today’s music.” And a reaction is guaranteed judging from what Buzz heard when we paid her a visit at the recording studios to watch her in action recording the final track for possible inclusion into the album.
The marked difference is in her more expressive, stronger vocals that reflect a mature, soulful woman, rather than the teenage, bubblegum music of her earlier years.
“Well, there’s definitely going to be some reaction to this album, but we’ll see. I would say there is an almost 50 per cent difference in the approach this time.
“What I hope for is a change, a freshness from the past.” For the album – which has been set back a little due to her busy schedule, resulting in a yet unconfirmed release date but slated for the very near future – a total of 13 songs have been recorded. Ten will be on the album.
One confirmed number is Bukan Cinta Biasa, which Siti excitedly promised to be a favourite with fans, despite it not being something they might expect from her. It was written by an Indonesian singer cum composer, Dewiq, who is tied with Universal Indonesia.
It’s totally different, despite the fact that you could easily lump it into the ballads category. There’s just this whole strength to the tune, with a melody and arrangement for a singer to really show what she is made of. Besides Aidit, Adnan Abu Hassan, Helen Yap as well as Ajai contributed to the album.
Perhaps the proudest moment for Siti in this effort is her increased contribution to the album, with her writing the lyrics to three songs, as well as sharing writing credits for Bukan Cinta Biasa.
Seven years in the industry, and twice as many albums under her belt, Siti seems to be gaining momentum for a promising rediscovery of herself, though one is inclined to think that she may just burn herself out.
“Well, I’m bound by my contract to release a certain number of albums within a period, and short breaks are still there for me to take.” The thing is, an album is a singer’s ticket to earning revenue, from say live performances. And in situations like that, people usually want to focus on the hits only.
In a humble tone, she murmurs: “And I’ve got only one or two hits from each album, so I have to continue producing new tracks so I can keep people listening.” Ever the modest star. Even if there was even a shred of truth to her admission, Siti may just have an undisputed winner on her side. So, keep an eye on this one which is a Buzz pick for one of the best releases of 2003.
source *http://www.mmail.com.my
Menjernihkan Yang Keruh.
“MINGGU lalu saya menemui Pengarang Pentas dunia, Fauziah Raof yang cukup dikenali kerana kejayaannya membawa penyanyi Malaysia ke Festival Lagu Antarabangsa (ISF) di Kazakhstan sejak 10 tahun lalu.
Pertemuan ini adalah susulan artikel yang saya paparkan dalam ruangan ini pada 14 Oktober lalu mengenai cerita yang berlaku kepada Siti Nurhaliza ketika singgah di London selepas mencapai kejayaan di Kazakhstan pada Ogos tahun lalu, dari versi Siti dan pihak di London.
Agak kecoh juga apabila artikel ini disiarkan hingga saya perlu mengadap orang atasan di Berita Harian Sdn Bhd (BHSB) dan juga bahagian undang-undang New Straits Times Press (NSTP) sebagai persediaan jika diambil tindakan undang-undang.
Saya terima undangan itu untuk mendengar cerita versi beliau dalam pertemuan di pejabatnya di Selayang Baru pada 22 Januari lalu dan turut dihadiri bos saya, pengarang Hiburan Harian Metro, Zubairi Zabidin.
Bagi Fauziah, bayang-bayang orang yang saya paparkan ditujukan kepadanya dan tidak berpuas hati serta mahu saya membersihkan namanya. Saya tidak pasti bagaimana caranya tetapi apa yang mampu saya lakukan ialah memaparkan kenyataannya dan biarlah pembaca menilainya.
Menurut Fauziah, dia menyediakan beberapa aktiviti untuk Siti sepanjang empat hari di London atas permintaan rakyat Malaysia di sana. Terlanjur berada disana, saya aturkan aktiviti Siti bersama rakyat Malaysia dan Siti Nurhaliza Production (SNP) memberi masa selama dua jam untuk Siti menyanyi supaya dapat meninjau kota London sepuasnya.
“”Saya agihkan masa itu untuk beberapa tempat antaranya pelancaran kelab peminat Siti di Hotel Holiday Villa dan Majlis Makan Malam di rumah kedutaan Malaysia di London.
“”Saya juga berurusan dengan penduduk Malaysia di London yang menyampaikan permintaan kerabat Brunei, mengundang Siti ke rumahnya dan berharap Siti dapat menyanyi kerana mereka sangat meminati Siti. Saya bersetuju dan memberikan tempoh setengah jam hingga 45 minit untuk Siti berada di sana. Mereka meraikan Siti dan apa salahnya Siti hadiahkan mereka dengan satu atau dua lagu.
“”Ini majlis pertama di London dan tempatnya bertukar di Hotel Dorchester. Selepas makan, Siti menyanyi dua lagu tetapi wakil kerabat Brunei menuduh Siti melanggar kontrak kerana mereka mahu Siti menyanyi selama 45 minit sesuai dengan bayarannya (kontra tempat tinggal selama di London).
“”Saya terpinga-pinga kerana tidak tahu itu perjanjiannya kerana saya difahamkan mereka iklas memberikan tempat tinggal itu.
“”Malam itu juga kami keluar dari rumah itu tetapi Siti dan pengurusannya menuduh saya mengambil kesempatan menggunakan nama Siti.
“”Pihak SNP tidak puas hati apabila peminat dikenakan bayaran sebanyak 12 pound untuk majlis hi-tea dan 18 pound untuk makan malam sedangkan jumlah itu agak kecil. Sejak itu hubungan Siti dengan saya cukup dingin tetapi aktiviti yang dirancang tetap diteruskan.
“”Kemuncaknya ialah Siti, Ayie dan Rozie pulang sehari lebih awal dengan penerbangan terus dari London-Kuala Lumpur tampa memaklumkan kepada saya selaku ketua rombongan. Perubahan ini menyebabkan Siti tidak hadir untuk majlis di rumah kedutaan Malaysia di Tuscane kerana rombongan singgah di sana sebelum pulang (tiket balik ialah dari London-Tuscane-Kuala Lumpur).
“”Saya tidak sangka penyanyi terkenal yang dipuji kerana berbudi bahasa, sanggup melakukan perkara itu. Saya tidak hadir di majlis sidang media meraikan kemenangan Siti yang dianjurkan syarikat rakamannya kerana tersinggung dengan perbuatan Siti.
“”Saya ingin tahu apa sebenarnya yang diceritakan Siti atau pihak di London yang dikatakan cerita kurang enak hingga menusia cepat kelabu mata apabila berada dinegara orang dan lupa maruah diri dan bangsa?
“”Saya juga tidak puas hati apabila artikel itu mengatakan orang yang rasa dirinya bersalah akan kepanasan bimbang tembelangnya pecah dan jalan terbaik membuka cerita ini sebelum orang lain buka mulut ialah dengan mengatakan dirinya tidak bersalah.
“”Walaupun artikel ini tidak menyatakan siapa orangnya tetapi saya rasa budak umur tujuh tahun pun tahu kalau sebut Kazakhstan, siapa lagi kalau bukan saya kerana saya yang membawa penyanyi tanah air ke Kazakhstan,”" katanya.
Jawapan saya ialah saya tidak perlu menjelaskannya kerana itu antara saya dengan mereka dan saya sudah memberi penjelasan kepada bos saya. Itulah antara lain kenyataan beliau dalam perbualan selama dua jam, siap diraikan dengan makan tengah hari.
HARIAN METRO”
Keliru miliki ciri ’simplicity’.
“Oleh Ellyna Ali
“”SALAHKANKU… jangan salahkanku, salahkan Aidit!”", demikian alunan Nurul apabila lagu Keliru dendangannya bersama suami, Ajai dinobatkan sebagai Juara Lagu dalam Anugerah Juara Lagu Ke-17 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, malam kelmarin.
Jika diselami dan dikupas kata Nurul itu, dia seolah-olah ingin memberitahu penonton bahawa bukan salah mereka apabila lagu itu diangkat sebagai juara segala juara tetapi salahkan komposer dan penulis liriknya, Aidit Alfian kerana berjaya mengha-silkan lagu sebaik itu sehingga menambat hati juri.
Dilihat dari satu sudut mengapa Nurul harus berkata demikian, mungkin dia dan Ajai sendiri menyedari penonton tidak menyimpan harapan
terhadap Keliru untuk bergelar Juara Lagu, jauh sekali menjadi lagu kegemaran bagi gelaran paling berprestij itu termasuklah kategori Pop Rock.
Ia memang satu kenyataan kerana ada sebahagian penonton kelihatan melopong dan terpinga-pinga, sebaik saja Keliru diumumkan sebagai Juara Lagu. Keliru juga mewujudkan perasaan ingin tahu
terhadap kekeliruan mereka, apakah yang menyebabkan lagu itu diangkat sebagai pemenang bagi kategori utama itu sedangkan bagi mereka Keliru begitu mudah melodi dan susunan muziknya?
Bunyinya pula tidaklah terlalu catchy dan ia juga bukanlah sebuah lagu yang benar-benar hebat. Seperkara lagi, persembahan Ajai dan Nurul pada malam itu pula tidaklah semantap mana.
Atas dasar semua ini, bagaimana Keliru boleh diangkat sebagai Juara Lagu? Untuk meleraikan segala persoalan ini, mari kita lihat Keliru dari sudut melodi dan susunan muziknya dalam erti kata seni muzikal.
Walaupun ringkas, Keliru sebenarnya mempunyai melodi dan bunyi yang cukup unik. Elemen pop dan rock disatukan dengan cukup baik dan penggunaan strings mencantikkan lagi lagu itu.
Komposer dan penyanyi M Nasir turut mengakui Keliru adalah lagu pop rock yang bagus kerana kela-inan melodinya.
Sementara itu, Ketua Juri malam itu, Datuk Johari Salleh pula memberitahu, Keliru mempunyai ciri-ciri untuk memenangi Juara Lagu kerana mempunyai ciri ‘simplicity’.
“”Dalam pertandingan lagu di luar negara pun, anugerah bagi Lagu Terbaik biasanya diberikan jika ia mempunyai kriteria ini. Maksudnya, lagu itu bukan saja mudah diingati tetapi juga senang dinyanyikan. Selain itu, ia harus mempunyai ketulenannya iaitu tidak meniru atau mencedok lagu lain serta ada kelainannya.
“”Kita memang beri tumpuan pada kriteria ini dan untuk pengetahuan semua juga pengadilan untuk kategori lagu dan juara bagi setiap kategori genre muzik tidak dipengaruhi persembahan penyanyi pada malam itu,”" katanya.
Nyata Keliru memenuhi setiap ciri untuk bergelar Juara Lagu dan kelainan pada melodi dan bunyinya yang membenam hasrat dan impian peminat Siti Nurhaliza untuk melihat Nirmala ini diangkat sebagai Juara Lagu.
Jika diperhatikan, Nirmala mempunyai kesamaan seperti lagu Irama Malaysia lain yang pernah dinyanyikan Siti Nurhaliza dalam pertandingan seumpama itu sebelumnya. Atas sebab itu ia hanya berjaya menjadi juara di gelanggang sendiri.
Pun begitu, tidak ada sesiapa yang menolak bahawa persembahan Siti Nurhaliza menerusi lagu itu memang mantap dan wajar menerima anugerah Persembahan Terbaik.
Bagaimana pula dengan kategori Vokal Terbaik? Ada yang kecewa apabila Liza Hanim diumumkan sebagai pemenangnya kerana mereka mengharapkan ia menjadi milik Siti Nurhaliza. Tetapi Liza memang berhak meraih anugerah itu kerana sememangnya dia mempunyai vokal hebat dan penghayatan lagunya menakjubkan.
Komposer Adnan Abu Hassan pernah memberitahu bahawa vokal Liza adalah lebih baik jika dibandingkan Siti Nurhaliza.
Johari juga berkata: “”Liza mempunyai vokal yang bagus, kawalan vokal yang cukup baik, pitch dan julat vokal yang bagus serta penghayatan amat baik. Kita dengar sendiri betapa berkesannya lagu Gelisah Mimpi yang dibawanya.
Bagi kategori Balada, lagu Menadah Gerimis ciptaan Azmeer pula mempunyai kekuatan melodi dan lirik yang mampu mengatasi saingannya yang lain dalam kategori itu dan tiada siapa boleh mempertikaikannya.”"
http://www.emedia.com.my/”
Keliru menang berdasar jumlah agregat.
KUALA LUMPUR: Pemilihan lagu Keliru sebagai pemenang utama Anugerah Juara Lagu Ke-17 (JL17) dibuat berdasarkan jumlah agregat terendah mengikut ranking daripada pilihan 10 juri walaupun tiada juri yang memilih lagu itu sebagai pilihan nombor satu.
Ketua Juri AJL17, Datuk Johari Salleh, berkata semua juri diberikan kuasa untuk menentukan kedudukan lagu pilihan masing-masing daripada posisi pertama hingga ke-12, iaitu mengikut jumlah 12 lagu yang bertanding.
Juri memilih lagu mengikut budi bicara masing-masing dari tangga 1 hingga ke-12 dan lagu yang dipilih itu dikumpulkan mengikut posisi secara keseluruhan. Bilangan posisi setiap lagu dijumlahkan daripada semua juri.
“Contohnya, saya memilih lagu A untuk posisi keenam, manakala juri lain pilih lagu A untuk posisi kedua dan seterusnya begitulah. Maka, kedudukan semua posisi itu dikira untuk mengambil jumlah keseluruhan mata posisi lagu berkenaan untuk menentukan jumlah agregatnya.
“Apabila sistem ini dibuat, maka agregat pada lagu Keliru didapati paling rendah, maka Keliru dipilih sebagai juara keseluruhan. Saya sendiri tidak pilih lagu Keliru pada posisi pertama tetapi keputusannya, jumlah agregat untuk Keliru adalah paling rendah, sekali gus kedudukannya paling atas berbanding lagu lain,†katanya.
Beliau mengulas kontroversi berhubung lagu Keliru ciptaan Aidit Alfian sebagai Juara Lagu dalam AJL17, malam Ahad lalu.
Kontroversi tercetus apabila banyak pihak terkejut dengan keputusan AJL17, selain Berita Harian turut menerima banyak panggilan serta e-mel daripada pembaca yang hairan dan tidak puas hati mengenai keputusan AJL17.
Dalam pertandingan itu, Keliru dendangan pasangan suami isteri, Ajai dan Nurul muncul juara keseluruhan dengan gelaran Juara Lagu dan juara bagi kategori Pop Rock. Lagu Menadah Gerimis nyanyian Ziana Zain menjuarai kategori Balada dan Nirmala alunan Siti Nurhaliza muncul juara kategori Irama Malaysia.
Johari berkata, keputusan dicapai setelah semua mata posisi setiap juri untuk 12 lagu terbabit dikira.
“Tidak ada kesilapan atau unsur bias dibuat sebab setiap juri adalah profesional dan mengikut bidang masing-masing.
“Sistem ranking ini adalah format penjurian bertaraf antarabangsa dan digunakan kebanyakan negara dalam pertandingan lagu termasuk di Festival Lagu Asia. Sistem ini juga dipakai dalam pertandingan Juara Lagu anjuran TV3 sebelum ini,†katanya.
Beliau berkata, juri menggunakan budi bicara dan pengetahuan mereka dalam bidang masing-masing.
“Jadi apabila sudah diberitahu bahawa Keliru adalah paling tinggi kedudukannya kerana agregatnya paling rendah, maka ia adalah pemenang keseluruhan. Keputusan juri adalah muktamad,†kata Johari
Kelmarin, Johari serta beberapa juri AJL17 yang lain mengadakan pertemuan tergempar di Sri Pentas bagi meleraikan kekeliruan berikutan isu itu. Ia berlaku kerana masalah teknikal dan ada beberapa juri yang dikatakan tidak jelas dengan format penjurian disediakan penganjur.
“Saya akui ada juri yang salah tafsir dengan corak penjurian TV3.
“Apabila kita adakan mesyuarat semalam, kita dapati ia memang benar dan disahkan juruaudit.
“Ada juri yang silap dengar sebelum ini dan TV3 juga meminta maaf kerana kurang jelas. Tidak ada kesilapan berlaku,†katanya.
Johari mengakui bahawa juri mengadili lagu yang bertanding terlebih awal iaitu dengan mendengar cakera padat (CD) beberapa hari sebelum AJL17 berlangsung.
“Saya akui penjurian dibuat berdasarkan pendengaran menerusi CD. Ini cara yang terbaik sebab lagu yang bertanding ini adalah juara bulanan dan bertanding sepanjang tahun.
“Ini wajar kerana mungkin kesilapan dalam persembahan pada malam pertandingan boleh merosakkan lagu itu sedangkan lagu itu adalah lagu bagus. Malah, Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM) juga membuat penjurian menerusi CD.
“Malam pertandingan itu, kita hanya mengadili dari segi persembahan dan vokal,†katanya.
http://www.emedia.com.my/
Keliru dinobat Juara Lagu Ke-17.
KUALA LUMPUR: Lagu berjudul Keliru dendangan pasangan penyanyi suami isteri, Ajai dan Nurul berjaya menjulang Anugerah Juara Lagu dalam pertandingan Juara Lagu Ke-17 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, malam semalam.
Ia sekali gus menafikan ramalan ramai pihak bahawa juara lagu kali ini akan kembali dimiliki Irama Malaysia.
Dengan kemenangan itu juga, Ajai dan Nurul berserta komposer dan penulis lirik, Aidit Alfian berjaya membawa pulang trofi dan wang tunai RM25,000.
Terdahulu, mereka turut menerima trofi dan wang tunai RM12,000 apabila Keliru diumumkan sebagai juara bagi kategori Pop Rock.
Bagi kategori Balada pula, kemenangan berpihak kepada Ziana Zain yang membawakan lagu ciptaan Azmeer berjudul Menadah Gerimis.
Bersama komposer itu, Ziana turut membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000.
Seperti yang dijangka ramai, lagu Nirmala ciptaan Pak Ngah dan lirik oleh Che Kem dendangan Siti Nurhaliza berjaya meraih kemenangan bagi kategori Irama Malaysia dengan menerima trofi serta wang tunai RM12,000.
Siti juga turut membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000 apabila diumumkan sebagai pemenang bagi Persembahan Terbaik menerusi lagu itu.
Bagi kategori Vokal Terbaik yang mula diperkenalkan tahun ini pula, ramai yang sudah menjangkakan ia akan menjadi milik penyanyi Liza Hanim.
Menerusi kemenangan itu, Liza yang membawakan lagu Gelisah Mimpi ciptaan Aiman dan lirik oleh Alam Maya turut membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000.
http://www.emedia.com.my/
Dalam lubuk hati Siti.
COMEL… Siti mencecah 24 tahun Sabtu ini. -Gambar SHAHRUL ZAMAN ZAIN
BUKAN mudah bagi seorang artis mengekalkan populariti apatah lagi meraih puluhan anugerah setiap tahun. Hanya mereka yang berpengaruh dan bijak mengatur langkah dalam arena seni saja mampu berbuat demikian.
Itulah kelebihan yang ada pada gadis berasal dari Kuala Lipis, siapa lagi kalau bukan Siti Nurhaliza Taruddin, 24. Sekalipun mahkota Artis Paling Popular yang dipertahankan selama lima tahun berjaya menjadi milik Rosyam Nor tahun lalu, namun Siti terus menambat hati jutaan peminatnya.
Mengukuhkan lagi kedudukan dalam arena seni suara yang penuh mencabar ini, penyanyi yang diperkenalkan menerusi lagu Jerat Percintaan terbitan SRC Record pada tahun 1995 mengidam untuk mengadakan konsert besar di Indonesia serta konsert jelajah di luar Kuala Lumpur bagi mendekatkan diri bersama peminat yang menyokongnya selama ini.
Menurut Siti, dia serius merealisasikan impian itu sempena kehadiran album pop terbarunya yang dijangka berada di pasaran 11 Januari ini di mana tarikh yang sama Siti menyambut kelahiran yang ke 24 tahun.
“Mungkin ada yang tertanya mengapa Siti pilih Indonesia. Sebenarnya semua ini untuk peminat kerana tanpa mereka mungkin Siti tidak dikenali di sana. Dengan peluang yang diberikan, apalah salahnya Siti membalas budi mereka kerana mereka juga membeli album Siti? dan pendorong kerjaya seni Siti.
“Begitu juga, konsert jelajah luar Kuala Lumpur (KL) yang Siti rancang selepas pelancaran album baru ini. Sebenarnya bukan tak mahu buat di KL tapi Siti selalu adakan konsert dan persembahan di sini jadi peluang peminat berjumpa Siti mudah.
“Tapi kat luar sana susah untuk kami bertentang mata. Namun, semua itu bergantung pada perancangan dan kesanggupan penganjur. Setakat ini Siti tidak mampu bercerita lebih lanjut kerana masih dalam perbincangan,†katanya.
Siti mengakui, peluang menjayakan persembahan ulang tahun Trans TV bersama penyanyi terkenal Indonesia, Kris Dayanti, Vina Panduwinata, A B Three, Nita Thalia, Lis Dahlia, Adien dan Koes Hendratmopada 14 Disember lalu pendorong utama mengadakan konsert di republik itu.
Bagaimanapun, penyanyi berwajah comel ini mahu memberi tumpuan terlebih dulu pada pertandingan Anugerah Juara Lagu ke-17 apabila lagu dendangannya Nirmala ciptaan Pak Ngah dan Bicara Manis Menghiris Kalbu (Aiman) layak ke peringkat akhir.
“Sekarang ini Siti sedang sibuk membuat persiapan persembahan membawakan dua lagu berkenaan. Bagi Siti pertandingan kali ini lebih sengit bukan saja taruhan lagu setiap calon variasi dan mantap malah, persembahan finalis akan diiringi orkestra pimpinan Ramli MS. Menyanyikan lagu secara orkestra bagi Siti lebih sukar kerana perlu fokus.
“Apapun Siti tak harapkan kemenangan. Bagaimanapun sama-sama berdoa agar kesihatan baik supaya dapat melaksanakan tanggungjawab yang diberikan penggubah lagu dengan baik.
“Mengenai album baru, Siti baru 80 peratus selesai rakaman suara dan nampaknya tak dapatlah lancarkan album baru pada hari lahir Siti 11 Januari, sehari sebelum pertandingan itu diadakan. Mungkin kita anjakkan ke bulan Februari,†katanya.
Tambahnya lagi, dia tidak sabar menantikan kemunculan album pop keenamnya selepas melahirkan album pop Jerat Percintaan, Aku Cinta Padamu, Pancawarna, Adiwarna dan Safa, kerana menyifatkan album ini penuh kelainan.
“Siti memang tak sabar-sabar nantikan kemunculan album ini kerana ia cukup berlainan dari album lepas dari segi susunan muziknya dan penyampaian Siti. Ia juga boleh disifatkan kematangan Siti dalam arena seni suara apabila diberi kepercayaan menghasilkan tiga lirik salah satunya, Bukan Cinta Biasa.
“Siti yakin album ini lebih berkualiti dan mampu memenuhi kehendak peminat kerana menyediakan pelbagai genre muzik seperti pop R&B dan paling ketara sekali ‘track’ lagu rancaknya disusun lebih kemas dan ‘catchy’.
“Terima kasih pada komposer antaranya, Ajai, Lukman S dan Azmeer kerana sudi memberi lagu yang bagus untuk album kali ini. Malah, berharap peminat juga menyukainya. Selain mereka, Siti juga terharu apabila komposer terkenal Indonesia, Dewiq sudi menghasilkan sebuah indah lagu buat Siti,†katanya lagi.
http://www.emedia.com.my/
gambar di rumah siti
“dari rafreen
ni e-mail netty kepada kawan dia Awin (Awin yg email gambar ni kat kengkawan dia sbenarnya..so, kerana dia la kita dpt gambar ni)
Hah…jom citer paal CT…Awin yg sebenarnya Netty tak tahu pun CT balik
beraya kat Lipis. Masa 13/2 tu Netty gi berjln2 ke rumah pcik mcik Amran.
Balik dari beraya rumah diorg pkl 3.00 ptg, Netty balik semula ke rumah
mertua Netty, on the way balik rumah ternampak lah WAJA CT plat no. ABP 2001
yg dia menang anugerah tu kan..adik Amran dulu satu team dgn CT wakil daerah
Lipis main bola tampar. Hmm hebat tul Ct zaman sekolah dulu…siap wakil
daerah tu!!! adik Amran beriya2 ajak Netty teman dia jumpa kawan lama dia
tu. Netty pun apa lagi melonjak2 lah nak teman kan dia jumpa CT. Ayah mertua
Netty asyik mengusik Netty aja sbb excited sgt nak jumpa CT. Kita org pun gi
pekan Lipis isi filem utk bergambar…
Awin nak tahu tak Netty seram sejuk kaki tangan masa tgh drive nak pergi
rumah CT. Sampai aja kat gate rumah CT tak tahu nak digambarkan mcm mana
lah…Siti Saerah yg keluar dari pintu..lepas tu dia panggil CT…CT
berlari2 anak nak tengok siapa kat luar rumah…alahai cutenya CT time
tu..betul2 cam budak2…dia senyum tak habis2.
CT ajak Netty masuk dlm rumah dia, tapi Netty kata kat dia, Netty jumpa dia
cuma nak bersembang kat luar & bergambar..segan nak masuk..lagi pun time tu
CT tgh berkemas nak balik KL, tak nak lah mengganggu dia…lepas tu teruslah
bergambar…sporting betul lah CT tu..peramah…sambil Netty posing dgn
dia…mulut dia tak habis2 bertanya pasal kawan2 lama pada adik
Amran…member2 sekolah dia ramai yg dah kahwin anak orang dah…CT senyum
aja….Netty pun ambil kesempatan tanya CT bila lagi? CT malu2 time tu
sambil tersenyum….jgn tanyalah dia kata…eeiiii geram tengok senyuman dia
tu…ketawa manja lak tu….dia mcm appreciate sgt bila Netty kata Netty
minat ssgt kat dia…tak habis2 dgn terima kasih dia tu..
Itulah cerita Netty pasal cik Siti Nurhaliza yg mmg peramah, rendah diri,
cantik & berbudi bahasa…
insyaallah kalau ada rezeki Awin pun akan dpt berjumpa & bersalam, bergambar
live dgn CT…
Awin Netty lum scan lagi gambar CT…nanti dah scan Netty send kat
Awin…tunggu tau Netty mesti hantar punya…gambar dah ada dlm drawer
ni..kejap lagi nak gi scan..
Ok till then take care bye!
Awin….
hah ni sambung cerita lagi…kerja tgh byk ni tapi tak tahulah Netty ni
asyik nak bercerita pasal CT aja..
Netty pergi hari tu pergi rumah banglo dia. Rumah lama dia pun Netty ada
pergi juga saja nak tahu lokasi dia kat mana. Husband Netty yg bawa Netty
tengok rumah lama dia. Tak juah pun dari banglo baru CT. satu kawasan aja.
Mak mertua Netty kata perabot rumah CT skrg semuanya baru, perabot rumah
lama sikit pun diorg tak bawa ke rumah baru…rumah lama tu terbiar kosong
aja…
CT pakai baju overall masa Netty bergambar dgn dia…tinggi CT sama dgn
Netty…body Ct mmg cantik…punggung besar sikit dari Netty…tu yg buat
dia cantik tu..kulit CT bersih licin mcm kulit baby…suara dia manja..sedap
ssgt…lunak didengar..amboi fanatik nya Netty ni….Amran suka sgt kata
Netty fanatik kat CT..yelah dah terlalu minat kat dia kan Awin kan??
semuanya tentang CT baik belaka…
Masa Netty berdiri sebelah CT kan awin, bau perfume dia sedap sgt
Awin..lembut aja..terasa mcm nak tanya brand perfume tu tapi segan
lah….masa nak balik Netty salam dgn CT..pas tu bila sampai rumah bau
perfume CT tu melekat kat tangan Netty..agaknya dia pakai perfume lotion
kot….masa tu kan Awin Netty rasa tak nak cuci tangan…asyik tercium2
tangan sendiri..terbau2 keharuman perfume dia…iskh iskh..teruk tul lah
Netty ni kan Awin….ni baru perempuan yg minat kat dia kalau lelaki tak tau
lah mcm mana….kelakar lah Netty…..emm rasa nak cari brand perfume CT
lepas tu nak beli….buat collection…
Awin agak2 apa perfume brand kegemaran CT ya Awin?? Okay lah ya Awin
sambunglah balik keje Awin tu…..asyik membaca cerita Netty ni aja….
Gambar tak sempat nak scan lagi…nanti2 Netty scan ya! sabar tau
Awin…Netty tau Awin mesti tak sabar nak tengok….
Bye!
kalau gambar tak keluar, klik kanan mouse, klik properties akan keluar add url…copy dan pastekan kat Address…
atau sila ke web forum >>
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?ti…ghlight=&page=3
sekian, terimas.kalau rasa gambar2 ni dah ada dalam forum ni boley tlg delete yup moderators.
sekian..enjoy!!
ni Abg Mir (jemir)yang bgtau…dapat dr forum cari.com
siapa yang nak tau nama baju kuning tu?ehehhe!!cyberkids..nama nya netty…
kat atas tu nanti reen paste email dia kepada kawan dia..(dia cerita la ni masa kat umah siti)
siti dgn keta waja.keta waja ni siti yang punya .dia menang anugerah aritu ABP 2001:
ni pun taktau sapa bebudak ni..kekawan adik siti kot.tak pun kengkawan siti ;D
yang penting tetamu la “
Album
Album, Adiwarna
Alhammdullilah dan syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat juga Siti menyiapkan album pop Siti yang ketiga ini untuk tatapan peminat tersayang juga buat pencinta seni tanahair.
Terlebih dahulu ucapan terima kasih Siti tujukan buat abah dan emak serta keluarga yang selama ini tidak jemu-jemu memberi sokongan buat Siti dalam melayari kehidupan sebagai seorang artis rakaman. Buat abang Ayie terima kasih segalanya…
Seterusnya buat keluarga kedua Siti iaitu Suria Records, yang telah sama-sama bersusah payah sehingga hari ini. Buat Big Boss hinggalah kakitangan Suria Records. Siti sayang anda semua! Harap-harap album ini dapat mengulangi kejayaan kita… insya-Allah!
Tidak lupa juga kepada mereka yang bertindak sebagai tulang belakang dalam penerbitan album ini iaitu Abg. Dee, Abg. Azmeer, Abg Salman, Abg Cikgu… ehhh silap Abg. Ly, Abg. Johari, Abg. Azlan, Kak Zuriani dan ramai lagi. Begitu juga kepada pencipta lirik, para pemuzik, pencipta lagu, penyanyi latar dan tenaga kerja studio yang bekerja keras demi album ini, kerjasama anda amat Siti hargai…
(signed)
Album, Cindai
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Inilah rakaman paling indah dalam mengetengahkan khazanah, inilah bahasa penuh santun dalam untaian gurindam pantun, inilah akar budi irama Melayu Asli yang masih terus bernadi.
Alhamdulillah….. hasrat yang sudah lama tersemat akhirnya tercapai. Siti merasa bersyukur kerana diberikan kesempatan dan ruang untuk mengabadikan lagu-lagu Melayu traditional di dalam sebuah album yang cukup besar ertinya.
Ia umpama karya agung yang memberikan pelbagai intipati berzaman yang boleh dikongsi bersama. Iramanya serantau, bahasanya memukau dan dapat mengimbau kenangan lampau.
Terlebih dahulu Siti dedikasikan album ini untuk kedua ibu bapa dan juga kaum keluarga yang telah memeperjuangkan lagu Melayu Asli sejak dari dahulu lagi. Perjuangan kecil ini amat besar maknanya bagi Siti.
Ucapan sekalung budi Siti tujukan kepada keluarga Suria Records (Mr. Tan, Abang Adnan(Dee), Mr. Foo, Abang Sham, Abang Bard, Abang Joe, Abang Ripin, Kak Nieta dan lain-lain) kerana memberikan kerjasama yang baik untuk menghasilkan album ini.
Tidak lupa juga kepada mereka yang bertindak sebagai tulang belakang dalam penerbitan album ini iaitu Pak Ngah, S. Atan, para pemuzik, pencipta lagu, penulis lirik, penyanyi latar dan tenaga kerja studio yang bekerja keras demi album ini. Semoga kerjasama ini akan membawa kejayaan bersama.
Kepada pencetus karya terdahulu yang lagu-lagunya masih terus bernadi, Siti mengabadikan album ini untuk kalian. Buat semua pihak media cetak dan juga elektronik, para pengarang, jurugambar, wartawan, DJ-DJ radio dan produser di seluruh Malaysia, Singapura, Brunei dan indonesia, kerjasama anda semua amat Siti hargai.
Tidak ketinggalan juga kepada artis-artis veteran, rakan-rakan artis, bekas guru-guru dan sahabat handai (SMC), penduduk Kuala Lipis dan semua peminat yang amat Siti sayangi. Semoga album ini dapat mengeratkan lagi jalinan persaudaraan antara kita.
Aku Dalam Ingatan kalian.
(signed)
Siti Nurhaliza (II)
Bersyukur Siti sekali lagi ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga Siti menghasilkan album kedua Siti khas buat anda semua.
Di kesempatan ini Siti ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga yang banyak memberi dorongan dan nasihat buat anaknya ini. Begitu juga kepada teman-teman seperjuangan serta peminat-peminat tersayang. Kata-kata nasihat dan perangsang anda akan Siti pegang sebagai pedoman di dalam menempuhi liku-liku dan onak duri dunia seni yang penuh mencabar ini.
Special thanks Siti khas buat orang yang berada di sebalik kejayaan Siti selama ini. Mereka ialah keluarga SRC, especially Big Boss kita Mr. Tan & family, thanks for your support. Mr. Foo, abg. ee & family, abg. Sham & family dan terima kasih yang tak terhingga pada PRO SRC iaitu abg. Bard, abg. Joe dan kak Nieta (kita kerja kuat). Serta tak lupa terima kasih Siti kepada mereka yang menjayakan cover album Siti, terima kasih kak Nurul.
Begitu juga kepada penerbit album Siti kali ini, Mr. Adnan yang tidak jemu-jemu membimbing Siti. Kepada komposer yang menyumbangkan lagu di dalam album Siti kali ini. Terima kasih kerana sudi meyumbangkan kreativiti anda yang merupakan pengalaman bagi Siti dalam membawakan pelbagai rentak.
Kepada penerbit LY (Anne) dan Azmeer (lembik) pengalaman bekerja dengan anda cukup menyeronokkan (yes boss). Kepada backing vocal terima kasih kerana kerja keras anda.
Ucapan terima kasih Siti kepada orang yang menentukan jatuh bangun Siti sebagai artis iaitu kepada pihak media cetak dan elektronik, DJ-DJ radio di seluruh M’sia, S’pore dan Brunei, producer TV, TV1-RTM, TV3, Astro, MetroVision, TCS an RTVB dan juga pada semua editor, reporter dan jurugambar di seluruh tanahair dan S’pore.
Akhir kata terimalah hadiah daripada Siti buat peminat dan pencinta seni.
Maaf dan wassallam.
(signed)
Album, Siti Nurhaliza (I)
Syukur Alhamdulillah kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya juga maka lahirlah album pertama daripada CT untuk anda semua.
Di kesempatan ini, CT ingin menyampaikan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang selama ini nbersusah payah dalam membantu CT di dalam bidang yang sudah menjadi darah daging CT, tak lain dan tak bukan ialah bidang seni. Ucapan terima kasih CT pertama kali buat seluruh ahli keluarga terutama ibu dan ayah CT yang banyak memberi sokongan dan semangat kepada CT, ayah saudara CT iaitu En. Rahim bin Bachik yang banyak memberi tunjuk ajar kepada CT, abang CT ( Ayie), Kak Zie, seluruh ahli keluarga Polis di Kuala Lipis. Especially Tuan Lufti (bekas KPD Lipis) sekeluarga yang banyak membantu CT, Tuan Hasbullah & Puan Aida (isteri) serta keluarga, Kombo Polis Kuantan serta seluruh ahli PERKEP. Tak lupa juga kepada keluarga Sek. Men. Clifford iaitu guru-guru CT yang understanding, teman-teman sekolah serta seluruh kakitangan kebudayaan Yayasan Pahang.
To my sporting produser, Mr. Adnan Abu Hassan, Mr. Sham Hussain pegurus artis, Abang Bard dan Kak Azura serta kakitangan yang lain. Thank you so much!!! Begitu juga para komposer, penulis-penulis lirik, Hentjie, backing vocalist, Vincent yang sama-sama bersusah payah di Studio Big Boss kita Mr. Tan, terima kasih.
Terima kasih yang tak terhingga juga kepada pihak RTM yang telah menaikkan nama CT, TV3, Media cetak dan elektronik, para wartawan, DJ-DJ yang sentiasa ceria serta semua individu yang telah menjayakan dalam pembikinan album CT, sokongan anda amat CT hargai dan untuk itu terimalah……………..
Untuk bakal peminat-peminat CT. Tanpa anda siapalah CT.
(signed)
Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza Susah Tidur Gara-Gara Bomoh Puja Gambar.
KESIAN Siti Nurhaliza. Gara-gara terdedahnya kisah bomoh memuja gambarnya hampir setiap malam atas permintaan peminatnya, beliau sampai sukar tidur malam!
‘Apabila nak tidur, Siti takut! Bayangkan setiap malam gambar kita dipuja orang. Tak selesalah… lebih-lebih lagi apabila kita dah tahu niat mereka yang tak baik tu. Siti sebenarnya tak sangka ada orang yang sanggup buat kerja macam tu. Siti sedih…
‘Apa saja yang berlaku adalah ketentuan Tuhan. Justeru, dalam hal memuja gambar ni, Siti sebenarnya lebih kesal dengan sikap individu yang menemui bomoh. Jika tak ada orang yang jumpa bomoh tu, benda-benda karut macam ni tak ada. Tak ada pelanggan, tak ada bomoh, tak ada syirik!’ kata Siti, lapor Berita Harian Malaysia.
Kepada peminatnya yang ingin tahu rahsia Siti menjaga seri mukanya, mudah saha.
‘Setiap kali bangun pagi, tengok muka depan cermin dan selawatlah ke atas Nabi Muhammad saw bersama fikiran yang positif. Insya-Allah, apa saja kebaikan yang kita lakukan akan diberkati Allah,’ kata Siti lagi.
http://cyberita.asia1.com.sg/
Awards
“:::2003:::
UNDIAN PEMBACA MAJALAH ROTTW 2002
-Artis Terbaik 2002
-Lagu Terbaik -Nirmala
-Penyanyi Wanita Terbaik
ANUGERAH PLANET MUZIK( SINGAPURA) 2003
- Artis Wanita Terbaik
- Artis Wanita Paling Popular
- Anugerah Khas
ANUGERAH PERSONALITI HIBURAN
- Anugerah Personaliti – Penyanyi Wanita.
- Anugerah Personaliti – Anugerah Khas.
ANUGERAH JUARA LAGU 2002
- Persembahan Terbaik – Nirmala
- Juara Etnik Kreatif/Irama Malaysia- Nirmala
MTV ASIA AWARDS 2003
- Fovourite Artiste – Malaysia
:::2002:::
ANUGERAH MEDIA HIBURAN
- Artis Jelita
ANUGERAH PLANET MUZIK (SINGAPURA) 2002
- Artis Wanita Terbaik
- Artis Wanita Paling Popular
MTV ASIA AWARD 2002
- Favourite Music Artist – Malaysia
ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 2002
- Vokal Terbaik Wanita – Konsert Mega Siti Nurhaliza
KONSERT HITS PILIHAN PENDENGAR RMKL
- Persembahan Terbaik – Bicara Manis Menghiris Kalbu
VOICE OF ASIA 200- Juara Grand Prix
ANUGERAH ERA 2002
- Lagu Etnik Pilihan – Nirmala
- Video Muzik Pilihan – Nirmala
- Vokal Wanita Pilihan
ANUGERAH BINTANG POPULAR 2002
- Penyanyi Wanita Popular
ANUGERAH PARTI CIT CAT
- Artis Paling Popular
- Ratu Diva No. 1
:::2001:::
ANUGERAH PLANET MUZIK (SINGAPURA) 2001
- Penyanyi Wanita Terbaik
- Penyanyi Wanita Popular
- Lagu Paling Popular – Balqis
PILIHAN PEMBACA MEDIA HIBURAN
- Artis Balada Sensasi PPMH 2001
ANUGERAH MUZIK INDONESIA 2000
- Artis Luar Negara Paling Berhasil Di Indonesia
ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 2001
- Persembahan Vokal Terbaik – Sahmura
- Album Pop Etnik Terbaik – Sahmura
THE MALAYSIA BOOK OF RECORD
- “”Most Awards Won Artiste”"
ANUGERAH URS
- Artis Remaja Paling Glamour
- Model Paling Glamour
- Lagu Cinta Paling Glamour – Kau Kekasihku
ANUGERAH ERA
- Vokal Wanita Terbaik Pilihan
- Lagu Pop Terbaik Pilihan – Percayalah
- Video Klip Terbaik Pilihan – Percayalah
- Lagu Etnik Terbaik Pilihan – Pandang Pandang Jeling-Jeling
- Kumpulan/Duet Terbaik Pilihan – Bersama Tan Sri S.M Salim
ANUGERAH BINTANG POPULAR 2001
- Bintang Paling Popular
- Penyanyi Wanita Popular
JUARA LAGU 2001
- Persembahan Terbaik – Ya Maulai
- Juara Pop Rock – Engkau Bagaikan Permata
:::2000:::
ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 2000
- Persembahan Vokal Wanita Terbaik – Pancawarna
- Anugerah Kembara
- Album Pop Etnik Terbaik – Seri Balas
- Album Terbaik – Seri Balas
ANJURAN PAPITA 2000
- Anugerah Personaliti Terbaik
ANUGERAH BINTANG POPULAR 2000
- Penyanyi Wanita Paling popular
- Artis Paling Popular
ERA CORNER 2000
- Penerima Anugerah Tempat Ke-2
JUARA LAGU 2000
- Juara Kategori Balada – Kau Kekasihku
- Juara Kategori Etnik Kreatif – Balqis
- Juara Lagu 2000 – Balqis
:::1999:::
ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 1999
- Persembahan Vokal Terbaik – Adiwarna
- Album Pop Terbaik – Adiwarna
- Album Terbaik AIM 1999 – Adiwarna
JUARA LAGU 1999
- Juara Kategori Balada – Purnama Merindu
- Juara Kategori Irama Malaysia – Hati Kama
FESTIVAL MUZIK SHANGHAI 1999
- Piala Emas Pertandingan Nyanyian
PERTANDINGAN NYANYIAN ANTARABANGSA PASIFIK SELATAN ’99 AUSTRALIA
- Pemenang Pop/Top 40 Kategori Lagu Antarabangsa – We’ll Be As One
- Persembahan Vokal Terbaik Wanita – We’ll Be As One
ANUGERAH BINTANG POPULAR 1999
- Penyanyi Wanita Paling Popular
- Artis Paling Popular
PILIHAN PEMBACA MEDIA HIBURAN
- Artis Jelita Sensasi PPMH ’99
- Artis Paling Sensasi PPMH ’99
PERTANDINGAN POSKAD SENSASI MANGGA
- Pemenang Pertama (pilihan peminat)
COVER TERCANTIK MAJALAH WANITA
- Cover Majalah Wanita Terbaik 1999
:::1998:::
ANUGERAH BINTANG POPULAR 1998
- Penyanyi Wanita Paling Popular
- Artis Paling Popular
JUARA LAGU 1998
- Juara Kategori Irama Malaysia – Cindai
- Juara Lagu – Cindai
ANUGERAH CARTA RIM 1998
- Pencapaian Album Melayu Terbaik – Adiwarna
:::1997:::
ANUGERAH MUZIK SINGAPURA 1997
- Artis Baru Wanita popular
- Lagu Paling Popular – Mawarku
ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 1997
- Lagu Terbaik AIM 1997 – Jerat Percintaan
- Artis Baru Wanita Terbaik
ANUGERAH BINTANG POPULAR 1997
- Artis Remaja Paling Popular
- Penyanyi Wanita Paling Popular
- Penghibur TV Paling Popular
- Artis Paling Popular
PILIHAN PEMBACA MEDIA HIBURAN – PPMH 1997
- Artis Wanita Jelita 1997
JUARA LAGU 1997
- Persembahan Terbaik – Aku Cinta Padamu- Juara Kategori Balada – Aku Cinta Padamu
CARTA RADIO 3 SHAH ALAM 1997
- Persembahan Terbaik – Aku Cinta Padamu
:::1996:::
JUARA LAGU 1996
- Persembahan terbaik – Jerat Percintaan
- Juara Kategori Balada – Jerat Percintaan
- Juara Lagu 1996 – Jerat Percintaan
BINTANG HMI 1996
- Juara Bintang HMI 1995 – Camar Yang Pulang
:::OTHERS:::
Darjah Kebesaran Ke-4 Negeri Pahang
- Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP)
Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP)
Duta Muhibah PBSM Negeri Sembilan
Model Nippon Wiper Blade (NWB)
Model/Jurucakap Maybelline New York(1999)
Model untuk BLEU (1999)
Model untuk PEPSI (1999)
Model untuk Mitsubishi Trium(2000)
Puteri Setem oleh Pos Malaysia Berhad.(2001)
Malaysia Red Cresent Society(2001)
Duta Sukan “”ASEAN PARALIMPIK GAMES”" Pertama (2001)
Duta “”With All Our Hearts’ Charity Fund”" Jusco (2002)
Duta TM Net (2002)
Bintang Universe of Corum
- The Most Successful Talent in Malaysia Music Industry(2002)
Anugerah Puteri Remaja Malaysia(Puteri UMNO)(2002)
“